Wednesday, June 29, 2011

Nasihat John Esposito



Penulis ingin berkongsi dengan semua tentang video yang menarik ini berkenaan John Esposito, professor di International Affair and Islamic Studies, Georgetown University. Banyak karya yang telah dihasilkan melalui kajian sosial beliau berkenaan Islam melalui pemerhatian secara terus terhadap subjek kajian iaitu umat Islam seluruh dunia serta pengalaman langsung beliau berinteraksi dengan dunia Islam dan masyrakatnya. Antara buku beliau adalah Who speaks for Islam?What a Billion Muslims Really Think yang diterbitkan pada 2008.


Bagi penulis, walaupun John Esposito adalah individu yang bukan muslim dan ada mengatatakn beliau hanya orientalis yang menkaji kelemahan umat Islam. Malah lebih dari pada itu, melabelkan sebagai musuh Islam. Dalam Islam, musuh sebenarnya adalah satu yang positif kerana mereka adalah golongan yang mengetahui aib kita dan seharusnya bagi kita memperbaiki kelemahan itu. Hakikatnya, Allah sedang menegur kita melalui musuh yang ada disekeliling. Ramai musuh Islam dahulu yang lantang mengkritik Nabi sperti Abu Sufyan, Amr al 'As, Safwan bin Umayyah, tidak disuruh untuk membenci secara keterlaluan sebab mereka akhirnya memeluk Islam dengan strategi yang diambil Nabi untuk melembutkan hati mereka.


Antara intipati yang boleh dikongsi dalam video ini adalah antara mesej yang ingin disampaikan oleh beliau kepada muslim:


1) Ramainya umat Islam tidak akan memberi kesan signifikan jika tiada satu institusi yang mewakili sebahagian besar suara majoriti umat Islam. Seorang yang bersuara dengan ramainya bersuara mana lebih efektif kesannya? Institusi must represent public concern in which public affair, media and political lobby should be included.


2) Perlu meramaikan lagi profesion yang diistilahkan sebagai profesional to allow this kind of access. Apa yang diberi contoh oleh beliau adalah legal profesion should be established. Muslim in communication and politic as example. Sebenarnya penulis bersetuju tentang idea ini kerana variasi profesion umat Islam dalam bidang kritikal membolehkan akses maklumat terus terhadap pembincangan besar terutamanya dalam perbincangan polisi-polisi penting. Besar impaknya kalau kita menyumbang idea untuk menambahbaik sistem sedia ada. Mas'ul tarbiyah penulis telah membuktikan.


3) Parent upbringing. Kadangkala ibubapa terlalu memaksa kerjaya sehinggakan dipilihnya bidang pengajian yang mengikut selera ibubapa tanpa menimbangtara pilihan anaknya dalam membuat pilihan tersendiri. Ibubapa yang berpandangan jauh mungkin akan melihat masa depan anaknya untuk jangka masa yang lama dan pilihan mereka seharusnya dibuat perbincangan dua hala antara ayah dan anak bagi menentukan masa depan yang terbaik buat agama dan kerjaya. Jangan sampai kita terlalu mendesak anak-anak kesemuanya menjadi orang agamawan. Ckup sekadar kita mendidik mereka mejadi orang beragama daripada menjadi orang agama. Praktikaliti Islam dalam kehidupan adalah lebih utama berbanding sijil agama yang diperolehi sedangkan pemilik sijil tidak berakhlak dengan ahklak Islam sebenarnya.


p/s: Teringat kata Imam Ghazali: Apabila kamu suka pada seseorang itu, sukalah dengan berpada kerana mungkin satu hari nanti kamu akan membencinya dan apabila kamu benci pada seseorang itu,, bencilah dengan berpada kerana mungkin satu hari nanti kamu akan menyukainya.Wallahu'alam..

No comments:

Post a Comment