Sunday, June 26, 2011

Belajar daripada Laskar Pelangi







Ramai yang mungkin sudah lihat filem Indonesia ini, Laskar Pelangi hasil adaptasi novel tetralogi yang telah mencecah ke 4 paling banyak ditonton dengan jualan tiket sebanyak 4.6 juta. Satu pencapaian yang mungkin boleh dibanggakan. Penulis secara jujurnya kagum dan teruja dengan penyampaian mesej yang disampaikan oleh filem yang hanya menjadikan 10 orang bocah kecil lagi miskin di Pulau Belitung yang gigih mendapatkan erti sebuah pendidikan di SD (Sekolah Dasar) Muhammadiyah yang usang dan hampir roboh struktru bangunan wlaupun dari pada umumnya melihat lebih baik mereka terus hidup mencari rezeki demi menyara kehidupan keluarga.



Mungkin sudah ramai yang sudah menonton filem karya adaptasi novel Andrea Hinata ini, tetapi apa yang ingin dikongsi oleh penulis sedikit intipati bersama:



1) Filem Indonesia banyak mengangkat idea-idea universal dan kemanusiaan serta lebih matang penyampaian mereka. Malah, mereka sebenarnya kreatif dalam berseni kerana sudah menjadi lumrah kehidupan rakyat Indonesia untuk terus berkarya hatta dari sudut mencari rezeki tanpa mengemis bodoh seperti berlaku di negara kita. Penulis sempat ke Indonesia hujung tahun lepas dan melihat rakyatnya boleh me'manipulasi'kan alat2 ataupun apa pun benda hatta budak kecil belasn tahun turut diajar mencari rezeki halal dengan hiburan jalanan carea mereka. Mereka memang independen dan sedari kecil diajar berdikari. Tidak pelik melihat rakyat Indonesia yng mampu hidup susah hatta dalam filem Laskar Pelangi pun difahamkan 10 pelakon kecil itu memamg berasal daripada Pulau Belitung dan tiada kelas intensif lakonan dan mereka boleh berlakon dengan baik buat pertama kali.



2)Pendidikan adalah kuasa yang boleh mengubah individu kepada mengenal akan erti hak dan batil. Dan semua orang berhak mendapat pendidikan walaupun dia seorang miskin. Apa yang penting, pendidikan mesti melahirkan bukan semata-mata kecerdasan menginagt fakta dan angka tetapi lebih jauh mampu membentuk luhurnya hati. Sperti kata-kata gagasan Pak Harfan dalam filem tersebut. Ilmu sebenar adalah yang menjadi kita lebih dekat mengenal Tuhan, Allah dan lebih kenal kelemahan untuk diperbaiki ke arah lebih baik. Dlam konteks bernegara, adalah lebih baik pendidikan itu menjadi rakyat celik untuk menilai pemimpin yng boleh membawa masa depan yang lebih baik buat generasi akan datang.



3)10 Pelakon kecil bersama seorang guru,Muslimah telah menampilkan mutu lakonan yang baik. Tidak menyekat potensi seseorang untuk terus berjaya terutama ketikamana kecil adalah jalan terbaik yang sepatutnya ada bagi seorang penjaga mahupun ibubapa. Talent spotting adalah satu seni mengenalpasti bakat dan kebolehan individu untuk dioptimumkan bagi manfaat ramai. Dalam filem ini, Lintang yang telah dididik dengan sifat seorang ketua telah berjaya menyuntik semangat rakan-rakannya untuk terus belajar dan kebolehannya dalam matematik amat luar biasa. Mahar juga telah dilantik menjadi ketua kelompok untuk karnival seni kerana bakat yang ada. Rasulullah s.a.w. pun telah menggunakan teknik yang sama untuk memastikan sahabat-sahabat Baginda berada di posisi yang betul dalam peperangan berdasarkan kebolehan militari mereka. Dalam usrah dan tarbiyah kampus, ahli usrah mesti diajar untuk kenal potensi diri untuk terus menyumbang dalam medan dakwah realiti.



4)Genius adalah satu seni kebolehan on how to make complex matter become easier to be understood. Filem adalah satu bentuk interpretasi kegenuisan pengarah filem menterjemahkan idea besar dalam bentuk mudah difahami. Islam juga perlu kepada ini untukk difahami dengan mudah. Hadith Baginda ada menyatakan dengan mafhumnya, Permudahkan dan jangan dipayahkan. Penulis atau sesiapa di luar sana kadang-kadang buntu untuk mengolah Islam dalam bentuk kreatif mungkin untuk difahami. Ya Allah, berikan kemudahan buat hamba ini dalam menyampaikan dakwah... Laskar pelangi adalah idea mudah untuk diberi kefahaman tentang perbezaan antara dua nilai pendidikan moden dan Islami sesuai untuk semua lapisan masyarakat.



p/s: Siapa belum tengok kena tengok walaupun pada awalnya penulis agak mengantuk. Tetapi akhirnya, berpuas hati dan berbaloi menghabiskan filem berdurasi 1.59 minit.

No comments:

Post a Comment