Sunday, June 26, 2011

Menghargai aset paling berharga..







Entri kali ini pasal kesihatan. Agak luar daripada topic kebiasaaan. Setiap hari masalah kesihtan banyak yang timbul meyebabkan ramai akan berusaha untuk mencari ikhtiar penyembuhan. Bermula dengan sekecil-kecil ppenyakit hingga kepada besarnya mudharat penyakit itu kepada manusia. Kalau manusia dulu mati disebabkan insiden yang buruk seperti kemalangan tetapi manusia moden hari ini mati disebabkan cara hidup yand diamalkan telah menjai sebab datangnya pelbagai penyakit yang mengundang maut. Terbaru, dengan E. coli yang sememangnya tidaklah medatangkan kesan yang negatif walaupun umumnya mengetahui ia adalah bacteria yang lemah tidak berdaya untuk memudharatkan orang lain.

Manusia bila sudah terkena penyakit barulah ingat akan penawarnya walaupun sering diingatkan masa sihatnya. Teringat sabda Junjungan Mulia Nabi Muhammad s.a.w. yang menytakan antara lima perkara yang mesti direbut peluangnya sebelum datnag perkara yang satu lagi, iaitu masa sihat sebelum sakit.Daripada pengamatan, Islam amat mementingkan pencegahan dan ruang masa yang ada yang pentingnya masa yang ada digunakan bukan sahaja untuk ibadah kepda Allah tetapi untuk tujuan carian rezeki serta muamalah sesama insan.

Penulis antara ribuan pelajar Darussyifa yang mengikut kelas scara berguru dengan Tuan Guru Dato Dr Haron Din. Secara jujurnya, ramai pesakit diluar sana begitu berusaha untuk medapatkan rwatan secara terus daripada Tuan Guru yang diadakan pada setiap Selasa. Kita inginkan kesembuhan pada kadar yang singkat dan kalau boleh bayaran kepada perkhidmatan hendak diletakkan rendah. Penulis sebenarnya gembira melihat kebergatungan masyarakat untuk mendapatkan rwatan secara Islam dan menolak agenda khurafat serta tahyul. Ini adalah petanda yang baik menujukkan bahwaa orang beragama kembali dirujuk dalam kehidupan beragama. Cara pengubatan Darusyifa yang mengambil ruqyah yang ma’thur daripada Nabi Muhammad serta beberapa bahan sumber asli semulajadi adalah terbaik untuk diamalkan. Ada 3 syarat yang membolehkan jampi atau ruqyah dibolehkan dalam Islam. :1 ) Hendaklah bersumberkan Al-Quran da Sunnah; 2) Bacaan yang boleh difahami atau dalam bahasa Arab; 3) Menyakini hanya Allah yang memberi kesembuhan

Baru – baru ini, penulis diajak untuk mencuba alternatif terapi Alpha One yang menggunakan elektrik statik 9000 volt pada gegaran 60 sesaat yang dikatakan mampu membuat perubahan fizikal terhadap penyakit kritikal sperti darah tinggi, kencing manis. Rata-ratannya pengunjung yang kerap penulis temui semuanya dalam lingkungan usia senja dan banyak penyakit bahaya. Bayangkan seorang makcik yang telah menghabiskan 24 tahun menderita makan ubat dan mempunyai doctor sebanyak 7 doktor untuk tujuan pengubatan secara intensif.

Penulis ingin ada sikit nasihat yang ingin di kongsi bersama:
1. Mengamalkan zikir yang ma’thur seperti ruqyah asas 30 yang ada dalam Darusyifa ataupun Mathurat sebagai pendinding dan merawat penyakit dalaman. Kerana badan yang sakit lahir daripada jiwa yang sakit menderita.


2. Selalu amalkan budaya hidup sihat kerana pemakanan dan perut adalah sumber bagi segala penyakit. Ulama dan daie terdahulu tidak kedengaran mempunyai sakit berat. Ini penting untuk survival dakwah yang panjang. Amalkan makanan sunnah seperti tamar, kismis dan madu.

Setelah hampir setengah tahun penulis bersama kelas pengajian Darusyifa, sebenarnya banyak kahazanah alam yang boleh dijadikan bahan dalam perubatan. Mungkin boleh difikirkan tentang untuk mengkaji dengan megemukakan kajian empirical atas bahan yang digunakan walaupun telah terbukti kemujarabannya berdasarkan pengalaman pengubatan. Penulis cuba mengajak semua untuk cuba berfikir bahwa tatkala kita sakit dalam masa yang sekejap. Adakah kita mengeluh kesakitan sedangkan nikmat kesihatan yang ada sebelum ini kita tidak manfaatkan? Dan lebih menyedihkan apabila ibadah seharian seprti solat tidak mampu dilakukan dalam keadaan sempurna kerana lenguh lutut dan susahnya berdiri lama. Mungkin tidak apa Cuma kurangnya pahala jika dibandingkan dengan mereka yang mampu melakukan dalam keadaan baik lagi memenuhi rukun setiap perlakuan solat. Cuba amal ikhtiar doa ini setiap kali sakit dan yakin bahawa Dia yang menyembuhkan segala penyakit.

P/S: Jangan lupa kira BMI( Body Mass Index) sokmo; BMI=Weight, kg/(Height, meter) x (Height, meter)

No comments:

Post a Comment