Thursday, February 18, 2010

Isu anak jalanan Malaysia




Isu buang anak adalah 'presented problem' yang lahir daripda sistem nilai yang negara amalkan. Maka terdengar suara-suara individu yang brhasrat untuk menangani masalah ini berikutan betapa seriusnya gejala pembuangan anak dan penganiayaan kejam trhadap makhluk manusia yang tidak mengenal erti dosa dan pahala diratah oleh semut. Niat Datin Seri Rosmah Mansor boleh dipuji namun terdapat pencanggahan antara tindakan kerajaan yang dilihat seolah-olah membela anak luar nikah atas nama kebajikan yang dipelopori oleh Menteri Pembangunan Wanita, Kluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Jalil.
Video Al-Jazeera ini mengambarkan penubuhan pusat kebajikan masyarakat kanak-kanak jalanan yang mendapat bantuan daripda kerajaan. Tindakan kerajaan seolah-olah menghalalkan aktiviti pelacuran yang dijalankan oleh 'ibu-ibu' mereka untuk mencari 'nafkah' sementara membiarkan 'anak-anak' meneruskan kehidupan seperti insan lain. Projek murni kerajaan ini secara tidak langsung akan menambahkan penyakit sosial lain. Tengok video di atas menrangkan usaha 'murni' kerajaan. Mungkin ini nilai sekerat kebajikan yang terdapat pada pemahaman sekerat @ separuh Islam anutan pemerintah.

Bukan menafikan tindakan pusat kebajikan, tetapi saban tahun kes pembuangan bayi terus meningkat. Program mega anjuran kerajaan menjadi sarang mereka membuat aktiviti terkeji. Bukan cara sebegini dalam mendidik masyrakat dengan membiarkan kejahatan trut bertindak buas dalm merosakkan elemen pemelihraan keturunan yang menjadi salah satu teras dalam tujuan syariah(Maqasid Syariah). Bagi penulis, beberapa point penting mesti diambilcakna:

1) Kejahilan kerajaan memandang remeh isu ini menyebabkan timbul isu ini dan rakyat dimangsakan terhadap kejahilan dan kebebalan sistem pendidikan yang tiada semangat membentuk sikap dan akhlak. Kejahilan yang berpanjangan ini adalah punca payahnya untuk menerima perubahan. Aqidah dan pemerintahan kerajaan mesti dibersihkan daripada segala bentuk peyelewenagan baik dari segi pemahaman cara hidup pentadbiran (governance) kerana ini yang menatijahkan kepincangan dalam setiap aspek perjalanan kerajaan melibatkan rakyat dan pemerintah.

2) Sistem nilai yang dibentuk sekian lama oleh kerajaan ini dengan menganggap isu buang anak adalah satu norma untuk hidup maju adalah sistem nilai songsang. Mungkin ada yang berpendapat ini harga yang ter'paksa' dibayar untuk maju. Tapi, kerana maju acuan Barat lah jiwa kosong. Pemerintah beranggapan kuasa dan status quo akan kekal di tangan mereka sekiranya aktiviti ini dibiakkan dan ditambah dana untuk menyuburkan dan akhirnya rakyat terpaksa menanggung akan kepincangan sosial yang katastrofik.

3) Permasalahan tidak akan selesai kalau diselesaikan ikut kefahaman taraf pemikran manusi yang dangkal. Hukuman Allah bersifat preventive bukannya sekadar menghukum pesalah wajar dilaksanakan daripada wang rakyat dihabiskan mensubsidi penjenayah yang hidup senang bak di hotel dan di syurga kerana semuanya tersedia.

4) Kerajaan haruslah memastikan kebajikan dari segi kos sara hidup, pekerjaan, taraf pendidikan rakyat terpelihara dan rakyat tidak terlalu terdedah dengan pelbagai maksiat dan kemungkaran yang semacam dilindungi. Semua agama, kaum dan budaya bencikan perkara yang merosakkan dan memudarat anak-bangsa mereka.

5) Penulis masih berpegang dengan agama dan nilai keprcayaan rakyat akan Islam dan murni sekiranya agama pemerintah tunduk patuh dalam meatuhi semua kehendak Ilahi dalm sistem perundangannya. PAS disandarkan kepercayaan oleh rakyat untuk menterjemahkan aspek baldatun tayyibah wa rabbun ghafur yang merupakan anti tesis kepada omongan kosong 1 malaysia. Terapkan kefahaman kepada masyarakat dalam tempoh berbaki yang ada!

Kefahaman asas perubahan!

Wednesday, February 17, 2010

Kaya Jiwa vs kaya harta




Baru-baru ini, Majalah Malaysia Business telah mengeluarkan senarai makhluk manusia yang paling terkaya dalam tahun 2010. Memang dari satu sudut ia merupakan pencapaian yang boleh dibanggakan dengan lahirnya jutawan-jutawan lokal yang mempunyai aset yang mencecah berbilion-bilion ringgit. Namun ini bukan ukuran kepada keberhasilan ekonomi yang stabil walaupun terlihat beberapa individu dan pemuka-pemuka baru yang disenaraikan sebagai jutawan baru yang terdiri daripada bangsa Melayu. Agaknya, pemerintah Malaysia mungkin tresenyum lebar sedikit hasil dasar liberalisasi ekonominya dalam Model Ekonomi Baru yang dicanang beliau sendiri. Paling kaya dalam senarai dicatatkan ialah Robert Kuok dengan aset bernilai RM 10 bilion iaitu pemegang saham utama dalam Kuok Empire, Shangri La dan Wilmer International.

Mungkin dalam tempoh 5 tahun lagi yang mendatang, paparan sama akan terpampang di dada akhbar yang mengatakan individu Robert Kuok masih lagi menjuarai takhta dalam senarai manusia Mlaysia paling kaya dan rakyat pun masih kabur menanggapi maksud sebenar dan hanya sekadar bergembira sebentar tanpa ada rasa untuk memotivasikan diri untuk terus maju dalam pemilikan harta dan aset. Semeamngnya mereka mungkin kaya tetapi berapa ramai yang mendapat faedah hasil kekayaaan yang dituai yang pastinya terdapat 'hak' orang lain dalam bahagian timbunan harta. Penulis teringat kata-kata ketika berdiskusi dengan Prof Emiritus Dr. Khoo Kay Kim, sistem kapitalis yang menjadi dogma ekonomi wujudnya jurang kekayaan melampau antara golongan kaya dan miskin hanya boleh diubati dengan kebajikan sosial. Ya, hari ini, di Malaysia pengalaman peribadi kejyaan jutawan tidak dihebahkan untuk mendorong orang lain turt berjaya seperti mereka. Sebaliknya dibandingkan dengan individu terkaya dalam planet Bumi, Bill Gates dan isterinya Melinda mampu menyalurkan aset kekayaannya apabila menubuhkan Bill & Melinda Foundation yang bertujuan untuk meningkatkan penjagaan kesihatan dan mengurangkan kesmikinan tegar disamping membantu rakyat menikmati akses kepada teknlogi komputer .Rujuk di sini. Namun, sayang individu ini tidak mendapat hidayah. Teringat bait-bait kata, Seseorang tidak dianggap berjaya selagi mana tidak mampu untuk memotivasikan orang lain untuk turut berjaya sepertinya, kata-kata ilmuwan agung.

Agihan kek kekayaan negara yang gagal diurustadbir dengan baik telah menambahkan kemiskinan tegar. Kita boleh berbangga dengan deretan nama baru jutawan namun kita perlu sedari bahawa masih ramai lagi jutaan rakyat yang masih menderita dengan asakan ekonomi yang mencengkam dengan tekanan kos sara hidup yang tinggi berbekalkan nilai pendapatan yang rendah untuk menikamti keperluan asas hidup. Jawapannya, masih berlaku monopoli dalam pemilikan harta yang amat dilarang keras oleh Islam. Sebagai panduan bersama berasaskan nasihat Dr Yusf Qardhawi dalam pemilikan harta:

(1), Ia mesti diperolehi melalui jalan yang halal dan diakui syarak

(2) Mestilah tidak bertentang dengan kepentingan umum. Jika tidak ia mesti dirampas secara rela atau tanpa rela dan digantikan dengan sesuatu yang adil.

Dalam tajuk yang lain beliau menjelaskan tentang penolakan Islam terhadap ihtikar iaitu monopoli harta yang diperlukan oleh umum. Ini bersandar daripada ayat 7, Surah al-Hasyr dimana Allah mengingatkan "..supaya harta tersebut tidak berlegar-legar (monopoli) di antara gologan kaya...." Kekayaan Abdul Rahman bin ‘Auf r.a. dikongsi kepada fakir miskin dan mereka yang memerlukan. Ini adalah contoh terpuji yang patut diamalkan peniaga. Dengan dasar pemilikan harta yang tidak dihalang dengan cukai yang besar oleh pemerintahan Baginda s.a.w., mereka berpeluang menjadi kaya dan mengambil alih tanggungjawab membantu mereka yang memerlukan terutama dari kalangan fakir miskin untuk meneruskan kehidupan selaras dengan perintah agama Islam. Ini contoh terbaik yang sepatutnya dicanang untuk menjamin kesejahteraan sosial. Keadilan bukan bermakna samarata dan menghalang manusia lain berusaha tetapi menggesa kita bekerja dalam ruang lingkup dan peluang yang sama.

Namun, jangan dianggap kebahagiaan hanya terletak pada material semata dan Barat sendiri walaupun maju terkehadapan namun gagal menemukan erti kebahagiaan sebenar pada hati yang sejahtera paduan fizikal dan rohani yang bersih. Mereka maju dalam teknologi tetapi miskin kejiwaan dan sistem nilai. Jom hayati konsep pemilikan harta cara Islam dan saranan untuk mengumpulkan harta mesti dikolerasikan dengan banyaknya sedekah untuk membersihkan harta agar terus diberkati Nya. Kredit di berikan kepada Dr Dzulkifli Ahmad dalam usaha merealisasikan agenda ekonomi baru yang bakal diwajahkan dalam sistem ekonomi Mlaysia jika PR diberi mandat.


Sunday, February 14, 2010

Gong Xi Fa Cai 2010

Selamat Thun Baru Cina ducapkan kepada seluruh kaum Tiong Hwa yang menyambutnya..trutamanya kepada Lao Shi Lai Mun atas tunjuk ajar pengajian kelas mandarin yang telah penulis ikuti beberapa bulan lepas. Mudah-mudahan ilmu yang diperolehi dapat meluaskan pandangan hidup penulis tentang cita-cita sosial dan kehidupan bermasyarakat di Mlaysia. Bermula dengan pengajian mandarin sebagai permulaan untuk mengenal kaum Cina, penulis pula teruja untuk menelaah sumber sejrah kebudayaan Cina yang amat menarik diterokai. Dui Bu qi he Gong Xi Lao Shi..!

Wednesday, February 3, 2010

Isu Kalimah Allah cetus daya berfikir konstruktif bukan desktruktif



Polemik isu penggunaan kalimah Allah terus diperhangatkan dan siapa yang layak menggunakan kalimah ini telah terjawab secara konsepsinya dalam Al-quran sendiri apabila tuan empunya Alam sendiri dalam kalam suciNya, surah al-Haj, ayat 40.

“Dan kalaulah Allah tidak mendorong setengah manusia menentang pencerobohan setengahnya yang lain, nescaya runtuhlah tempat-tempat pertapaan serta gereja-gereja (kaum Nasrani), dan tempat-tempat sembahyang (kaum Yahudi), dan juga masjid-masjid (orang Islam) yang sentiasa disebut nama Allah banyak-banyak padanya dan sesungguhnya Allah akan menolong sesiapa yang menolong ugamaNya”.

Apa yang pasti, ramai cuba untuk menrungkaikan kekusutan yang timbul seputar kontroversi hak milik penggunaan kalimah ini. Maka, perbincangan yang terarah mesti diletakkn untuk menemukan konsensus atau permuafakatan gunanya untuk menyelesaikan polemik ini bukan hanya terus memeningkan masyarakat umum dengan aksi dungu demontrasi yang tidak bermatlamat sedangkan dakwah kita pincang untuk melakukan aksi penerangan besar-besaran bertujuan memahamkan non-muslim. Knapa tidak dihalakn aksi demontrasi yang muncul 'tiba-tiba' ini kepda permasalahan akidah dan kumpulan yang bangganya mempromosi ajaran sesat. Sehinnga entri ini ditulis, tersenarai 55 kumpulan yang masih aktif menjalankan tugas 'dakwah' songsang mereka.Malaysia yang telah mencapai setengah abad kemerdekaan ini seharusnya tampil matang dalam menangani isu ini. Malah, Islam dan prinsip aqidahnya gunanya untuk menyatukan semua fahaman dan bukan memecahbelahkan manusia dan adakah muslim yang berteriakan sakan ini telah melunasi tugasnya untuk menyatakan Islamnya kepada Allah? Sehingga saat menulis entri ini juga, tidak timbul dibenak pemikran bhawa kebenran untuk non muslim menggunapakai perkataan Allah sebagai usaha meng'gadai'kan prinsip penulis dalam aqidah. Mlah penulis berpegang untuk terus menjaga agama dan aqidah seprtimana dalam maqasid syariah Dan dituduh sebagai penyebab tersebar luasnya gerakan Kristianisasi yang akan membahayakan generasi akan datang..penulis amat khuatir tetapi kekhuatiran itu bukan sebab untuk terus defensif dan mengaku kalah malah usaha kita perlu diperhebatkan untuk memperelokkan imej Islam di mata non muslim khususnya di Malaysia. Manusia diberi pilihan untuk membuat keputusan sekiranya kita bijak tampil Islam sebagi agama terbaik dan paling baik. Tuhan tetap satu dan esa.Tiada dikotomi dan kompromi dalam pemilikan tuhan seprti didakwa Tuhan Islam dan Kristian. Cumanya, Kristian sahaja yang mensyirikkanNya dan hujahnya seperti terkandung dalam ayat 46 Surah Al-Ankabut :-

“Dan janganlah kamu berhujjah dengan orang-orang ahlal-kitab kecuali dengan cara yang terbaik. Kecuali dengan yang Zalim di kalangan mereka (tak perlu berhujjah). Dan katakan : “Kami percaya kepada wahyu yang diturunkan kepada kami dan wahyu yang diturunkan kepada kamu, tuhan kami dan tuhan kamu adalah satu dan kepadaNya kami menyerah diri (Islam)”.


Maka pertentangan isu nama Allah s.w.t. ini untuk saya bukan sekadar literal atau konsepsi Allah s.w.t., bahkan ia boleh mengajak umat manusia bukan saja berbalah, tetapi menjernihkan semula fikiran kita terhadap kaedah berfikir dan bekerja kita dalam menegakkan apa yang kita percaya sebagai “berjuang di jalan Allah s.w.t.”. Bukankah Islam itu, iktikad dihati lafaz dengan yakin di lidah dan menzahirkan apa yang diimani melalui perbuatan.Maka dengan sebab itu, saat kita terus berpolemik tentang isu ini, pernahkah mereka yang mengaku muslim ini melakukan perilaku jahat yang ditanggapi umum masayrakat kita sebagai benda baik seprti amalan rasuah, penindasan dan penyewenagn harta negra, perkauman sedangkan perkara ini adalah penetuan jelmaah fahaman aqidah yang paling penting daripada mengaku dan melaungkan saya muslim tetapi berperangai seprti non-muslim, malah lebih teruk lagi. Keadilan mesti mengatsi dan membenamkn kebathilan yang diperindahkan..

Kita sering mempersalahkan orang lain terutamanya non-muslim dalam isu ini kerana gagal melihat sensitiviti umat Islam dinegra inisedangkan imej Islam yang kita tampilakn kepada mereka saban hari semakin buruk dan tidak mustahil dan penulis berpegang dalam janji Tuhan yang akan menggnatikan segolongan bangsa lain yang ikhlas berjuang menegakkan syariatNya dan mengagungkan perintahnya daripada terus Islam dihina dan diperlekeh sekiranya kita masih selesa dengan sogokan simplistik dan absurd bahawa Islam di Malaysia hanya milik Melayu. Fikirkan bersama untuk renungan.

Akhirnya, saksikan video ini berkenaan isu kalimah Allah. Kredit diberikan kpada YB Khalid Samad atas hujah yang bersifat santai dan ber'isi' dan sarat dengan fakta sebagai bukti perlunya penyelesaian isu ini ditangani dengan berhemah bukannya dengan provokasi murahan yang diperlakukan ke atas rumah-rumah ibadah. Dan,cuba perkemaskan 'produk' kita untuk dipasarkan kepada pelanggan non muslim dan kenalpasti dikalangan kita yang merupakan musuh tegar yang bertopengkan pengakuan palsu Muslim dan bersifat seperti munafik agung dalam melagakan ummat Islam..faham2 sendiri la..