Friday, August 21, 2009

Fasa memalaikatkan diri dalam bulan Quran




Syed Waliyullah Al-Dahlawi dalam kitabnya Hujah al-Balighah ketika mengungkapkan bulan Ramadhan sebagai untuk memalaikatkan diri kita setelah mana segolongan manusia telah berjaya diibliskan atau terperangakap dalam belenggu kesyaitanan. Walaupun istilah ini jarang digunakan untuk menerangkan bulan Quran ini tetapi Syeikh cuba memaksudkan supaya unsur-unsur kemalaikatan itu disemai dan dicerapi sebaik mungkin semasa berada dalam madrasah agung anugerah Allah. Satu pakej untuk hidup dalam pola zuhud. Juga, peluang beribadah dibuka seluas-luasnya kerana pintu syurga terbuka dan syaitan dalam tahanan. Unsur-unsur yang dimaksudkan adalah tidak makan minum dan patuh setia menjalankan ibadah malah jauh daripada melakukan apa-apa yang terlarang. Ini jelas diterangkan Allah dalam firmanNya untuk menjelaskan sifat-sifat malaikat dalam surah Al-Tahrim ayat 6:



Sesetengah kelompok manusia beranggapan bulan ini sebagai pesta untuk ibadah kerana segala pahala dilipatgandakanNya dan ada berpendapat bagi golongan peniagan bazaar Ramadhan bahawa bulan ini adalah bulan mencurahnya rezeki dan keuntungan dek kerana ramainya umat manusia membanjiri pondok gerai mereka. Ada juga yang ambil kesempatan untuk bercuti atau kurang bekerja kerana tiada tenaga mencukupi kerana kebiasaannya sarapan pagi dijamu sebelum berangkat bekerja seharian. Walaubagaimanapun tanggapan yang datang di benak masing-masing, yang pasti bulan ini telah dijanjikan sebagai hadiah akhirnya adalah taqwa sepertimana dalam surah Al-Baqarah ayat 183:



Sebagai peringatan, puasa kita bukan sekadar ritual agama yang kosong penghayatan yang hanya untuk menahan lapar dahaga tetapi lebih daripada itu. Sebab itu, tokoh ulama terkemuka tanah air Tuan Guru Nik Abdul Aziz berpendapat bahawa bukan bulan puasa yang sepatutnya diberi nama kerana nanti masyarakat umum hanya menyempitkan erti kata puasa hanya menahan lapar dahaga sahaja tetapi dengan mengekalkan identiti asal iaitu bulan ramadhan. Ini kerana bulan ramadhan padanya puasa di siang hari, bertarawih di malam hari dan peluang bertemu malam yang lebih baik daripada 83 tahun 4 bulan (lailatul qadr). Dalam catatan sejarah juga bulan ini telah menyaksikan kemenangan tentera Islam dalam Badr, pembukaan Fath Makkah, pembebasan Kota Baitul Maqdis daripada cengkaman tentera Salibiyah 700 tahun dan pembukaan kota Sepanyol, Andalusia pada peta umat Eropah. Namun, apa yang perlu disingkapi adalah umat Islam bukan hanya cemerlang dalam Ramadhan sahaja dan kurang produktivitinya dalam bulan-bulan yang lain tetapi rahsia mereka terkandung dalam istiqamah dalam beramal punca kemenangan atas kebathilan. Musim ramadhan menuntut kita muncul sebagai muslim yang punyai pendirian dalam beramal dan jangan sampai kita dimusimkan juga dek kerana Ramadhan yang hanya kunjung tiba setahun sekali.



Rebut peluang yang ada selagi hayat dikandung badan kerana bonus pahala yang dijanjikan dalam pesta durian runtuh yang pada 10 awalnya rahmat, di pertengahannya keampunan dan pengakhirannya pelepasan daripada api neraka yang merupakan kemerdekaan hakiki. Semuanya akan dapat dicapai sekiranya ibadah dilakukan dalam penuh pengharapan dan keimanan. Yang penting, puasa juga dapat membentuk sifat kepedulian social yang tinggi terhadap mereka yang kuarang bernasib baik. Tetapi yang silapnya budaya masyrakat kita yang hanya merai anak yatim atau hafiz al quran sebulan sahaja dan membiarkan mereka di baki bulan lain yang sepatutnya mereka amat memerlukan anda..

Thursday, August 20, 2009

Menjejaki hubungan dua hala antara Alam Melayu dan Khilafah Uthmaniyah.




Prof Syed Muhammad Naquib al-Attas dalam bukunya Islam dalam Sejarah Kebudayaan Melayu menukilkan bahawa kedatangan Islam di Kepulauan Melayu merupakan satu peningkatan akal dan budi orang Melayu kerana transformasi besar yang telah mengubah world view dan sistem nilai pemikiran orang Melayu kepada konsep yang lebih luas dan mulia sehinggakan pendidikan yang pada asalnya diswastakan kepada golongan bangsawan akhirnya dinikmati oleh semua lapisan masyarakat.


Islam yang melimpah rahmatnya di bumi Farsi terus merentasi Bilad al-Sham dan Mesir. Dan juga melewati al-Hind dan Tanah Besar China sebelum sampai ke Bilad al-Jawi. Perubahan yang baru dalam melihat dunia telah dipasakkan oleh Islam kepada jiwa penganutnya merangkumi faham ilmu, ekonomi dan keadaan sosial pada ketika itu. Mengikut catatan sejarah klasik yang dipercayai kesahihannya mengatakan bermulanya era pengislaman Alam Melayu melalui jalan perdagangan. Penulis optimis bahawa pedagang Arab yang menyampaikan Islam di Alam Melayu telah melaksanakan misi Islam secara bijaksana setelah melihat menebalnya fahaman Hinduisme yang menjadi pegangan Alam Melayu sejak sekian lama. Strategi yang digunakan mereka bukan terus menyebarkan secara membuta tuli tanpa menyelidiki status sosial masyarakat terdahulu bahkan mereka cuba mengislamkan kepala masyarakat iaitu Raja yang menjadi ‘pusat’ ketaatan seluruh rakyat dan payung keselamatan mereka. Parameswara yang diislamkan menukar nama kepada Sultan Iskandar telah berjaya mempengaruhi rakyat bawahannya. Begitu juga terjadi kepada kerajaan Pasai dan Acheh.


Namun, kemakmuran Melaka sebagai lokasi strategik perdagangan dan pusat penyebaran Islam telah menarik minat Portugis untuk menguasai jalan perdagangan dan pada masa sama menjalankan misi kristinianisasi ke atas majoriti muslim. Melaka masyhur sebagai pusat kegemilangan perdagangan pada ketika pemerintahan Sultan Mansor Syah (1458-1477). Perancangan diatur oleh pihak kolonialis Barat untuk merampas Alam Melayu dan Melaka tidak terkecuali menerima penentangan hebat dari soldadu Portugis. Di tambah pula dengan kelemahan pentadbiran, masalah dalaman dan kelemahan militari yang timbul pada era Sultan Mahmud Syah. Dan akhirnya, tahun 1511 menyaksikan Melaka yang telah berkubu selama sebulan daripada serangan Portugis jatuh dan rebah dan lenyaplah identiti Kesultanan Melayu Melaka yang diasaskan pada 1400.


Pada zaman klasik Alam Melayu, Acheh dilihat mempunyai hubungan diplomatik yang kuat dengan Khilafah Uthmaniyah. Ini dibuktikan dengan fakta-fakta berikut:
• Sultan Selim II (Khalifah Uthmaniyah) telah menghantar bantuan armada ketenteraan untuk membebaskan Melaka daripada Portugis pada 1519.
• Menyedari ketenteraan Turki yang amat diperlukan untuk membebaskan Melaka, Sultan Alauddin Riayat Shah al-Kahhar (pemimpin Acheh) telah membentuk pasukan elit untuk membebaskan wilayah di utara Sumatera dengan dibantu oleh Hamid Khan, ketua turus angkatan perang Turki pada 1539.
• Penubuhan Akademi Ketenteraan, Askeri Beytul Mukaddes yang diubah menjadi ‘Askar Baitul Maqdis’ dengan kerjasama khilafah uthmaniyah dan kerajaan Islam Acheh untuk melatih pejuang-pejuang serta pahlawan terbilang.
• Nur Al-Din Al-Raniri dalam Bustan Al-Salathin meriwayatkan, Sultan Ala Al-Din Riayat Syah al-Kahhar mengirim utusan ke Istanbul untuk mengadap Khalifah.

Penulis mengamati bahawa hubungan yang akrab antara Alam Melayu dan Khilafah Uthmaniyyah yang dipaparkan telah berjaya mengurangkan pengaruh imperialisme Barat yang semakin tamak dalam menguasai sumber kekayaan tanah jajahannya. Justeru, beberapa teori dapat dicetuskan hasil pengamatan yang boleh dikongsi malah dikritik sekiranya terdapat kekurangan:
• Kerajaan Islam terdahulu telah mengambil jalan yang terbaik dalam membentuk ketumbukan yang utuh untuk melebarkan pengaruhnya dalam memastikan empayar islam terus berkembang. Kekuatan pertahanan Melaka dan Acheh sebenarnya hebat dalam sejarah perkapalan dan peperangan dalam rekod catatan sejarah dan mana mungkin sebenrnya boleh musnah dan tewas dengan persenjataan picisan Barat.
• Kekuasaan khilafah Uthmaniyah pada awal kegemilanganya telah menjadikan cegah rintang kepada sikap haloba penjajah Barat untuk menguasai lebih banyak kerajaan Islam.
• Sejarah kadangkala ditulis oleh mereka yang mendakwa membawa perubahan dan golongan yang 'menang'. Sedangkan mereka yang telah berjuang dan membawa panji kebenaran Islam serta dilabelkan sebagai golonagn kiri mahupun pemberontak tiada tempat dalam catatan sejarah. Dan jangan memandang kebanyakn fakta yang ditulis dalam buku sejarah sebagai kayu ukur menilai kebenaran.
• Negara bangsa ciptaan Barat yang mengilhamkan pasport dan sempadan memisahkan negara lain telah membuang semangat untuk hidup serumpun dalam alam Melayu. Tragedi Tak Bai yang berlaku berjiran dengan Mlaysia juga tiada suara dan bantuan dihulurkan tanda persaudaraan rumpun dan agama.

Dalam kita menyambut tahun kemerdekaan yang ke 52 pada kali ini, generasi yang sedang menikmati nikmat pembebasan lahiriah ini perlu diisi sebaik mungkin supaya sambutan setiap tahun tidak dijadikan semata-mata untuk sambutan tahunan yang kosong penghayatan malah perancangan untuk fasa kedua selepas 50 tahun kedua bagi memperkasakan generasi dan negara dapat direalisasikan.

Sebenarnya, sejarah Alam Melayu telah digelapkan oleh mereka yang dengki dan usaha untuk ops pembersihan fakta sebenar dalam buku sejarah berjaya dilakukan oleh Barat dengan mencuri manuskrip asal. Dan yang tinggal hanya sisa sejarah yang tidak penting dan kompilasi sejarah purba Mesolitik, neolitik dan Zaman Batu..Adakah ini sahaja yang hebat di mata kita?

Monday, August 17, 2009

Memaknakan konvokesyen dan segulung ijazah.




Detik 12 Ogos 2009 menjadi saksi penulis dinobatkan sebagai graduan sah oleh pihak Universiti Malaya setelah 3 tahun mengenal dan menjerumuskan diri dalam dunia akademia di kampus untuk peringkat ijazah sarjana muda. Tahniah diucapkan kepada kawanan yang bergraduasi pada istiadat konvokesyen kali ini.



Banyak pengalaman yang ditempuh oleh penulis bersama kawanan yang lain dan sahabat satu fakulti, satu persatuan dan satu kolej serta rakan rumah sewa. Buat semua pensyarah dan tenaga pengajar yang telah mencurah bakti ucapan syabas diucapkan atas kerja buat mulia ini. Kesemua pengalaman ini melengkapkan lagi puzzle kehidupan yang masih banyak berbaki dan perjalanan menjejaki kepingan-kepingan puzzle lain akan terus diusahakan untuk memaknakan kehidupan yang penuh harapan. Sepanjang 3 tahun berstatus mahasiswa di kampus perdana, penulis cuba untuk memahami erti sebuah kehidupan meliputi faham agama sebenar, faham berinteraksi dan membina rangkaian yang luas sebagai prasyarat untuk jaringan sosial yang lebih luas dan kebolehfungsian persatuan dalam mencitra pemikiran dalam masyarakat. Lebih dari itu, epistemologi (kajian tentang asal ilmu) ilmu untuk mencelikkan minda berbekalkan gedung sarat ilmu 14 fakulti tersedia yang hanya sedikit sahaja dicerapi penulis dan nilai persahabatan utuh yang sentiasa diingati.



Laluan untuk bergelar seorang graduan sebenarnya mudah asalkan semua syarat-syarat dipenuhi dan kaedah keperluan yang digazetkan Universiti ditepati dengan sempurna. Jubah konvokesyen dan segala aksesori pakaian ketika menerima skrol mesti dipakai untuk menghormati nilai kelimuan dan etika profeionalisme yang kita junjung. Dan transkrip dan sijil ijazah diberi tanda rasmi berakhirnya pengajian kita. Tapi, ini bukan noktah yang segala-galanya. Segulung ijazah yang hanya asalnya kertas tidak akan bernilai jika tidak dimaknakan oleh graduan pasca konvokesyen. Sijil atau sebarang transkrip akademia kini telah dipandang masyrakat dalam konteks yang membimbangkan pabila melihat ia sebagai alat atau nilai ekonomi atau tempat duduknya martabat sosial seseorang. Memberi makna adalah dalam erti kata lain iaitu bertindak secara pro aktif sebagai anggota komuniti dalam memberi sumbangan tenaga berasaskan ilmu yang dipelajari. Semua punyai potensi tersendiri untuk beraksi dalam masyarakat tanpa menggadaikan maruah ilmu yang kita sanjung. Pengganguran sebenarnya tidak sepatutnya berlaku kerana graduan tidak boleh terlalu bergantung kepada tahap gaji yang setaraf dengan kelayakan mereka atau berkehendak kepada jawatan tinggi dalam kerajaan tetapi bekerja membina karier sendiri atau jadi usahawan NGO sosial.



Jika ditelusuri sejarah tamadun ilmu terdahulu, Aristotle, Plato antara yang menggunakan penilaian pedagogi pemikiran dalam menentukan tahap penguasaan ilmu dan sehingga dikatakan didakwa 'meracuni' pemikiran generasi muda kerana berfikir perkara yang 'radikal' dan bersifat kontradiksi dengan situasi ketika itu. Bukan menidakkan kepentingan prestasi akademik tetapi perlu diseiringkan dengan kemahiran untuk berfikir analitikal (inductive reasoning). Socrates sendiri pernah berkata' " Pendidikan adalah proses pencerahan manusia dan membuatkan mereka sedar tentang kehidupan serta membantu meluahkan pendapat". Tradisi pemikiran Socrates yang lebih menumpukan kepada pertanyaan sebagai sumber mencari kebenaran dengan guru berperanan sebagai koordinator untuk mencapi kata sepakat dan kesimpulan terhadap persoalan yang diajukan. melalui ini, mampu melatih pelajar berdikari dlam berfikir dan mencabar kebiasaan. Berkata tentang memaknakan konvokesyen pula, konvokesyen juga menjadi himpunan cendikiawan yang agung dan sepatutnya diraikan dengan segala aktiviti berunsurkan kelimuan. Terima kasih kepada tenaga penggerak FESKUM ’09 kerana membawa kelainan yang dinanti-nantikan.



Beberapa tindakn susulan dan cadangan bagi memaknakan nilai ijazah dan konvokesyen

  • Sambung pengajian dan berusaha jadi pemuka dalam bidang yang dikuasai serta memulangkan manfaat apa yang dipelajari kepada ummah.
  • Raikan konvokesyen dengan sambutan raksasa menjulang tradisi kecemerlangan dan kelimuan seperti perhebatkan wacana dan seminar.
  • Belajar mengenal ketertiban ilmu. Dalam epistemolgi Islam sendiri menekankan hierarki ilmu dan tidak pelik ilmuwan terdahulu dapat menguasai pelbagai lapangan ilmu hasil menuruti tertib hierarki ilmu. Jangan kerana terlalu ghairah dalam berilmu sehingga apa yang dipelajari tidak tahu hujung pangkalnya.
  • Pilih kerjaya yang sesuai dengan peranan khalifah. Anda yang menentukannya.


Akhirnya, doa penulis panjatkan buat peringatn diri dan sahabat:

”Ya Allah, ampunkanlah segala dosa ku dan dosa ibu bapaku yang telah berusaha membentuk diriku menjadi insan yang baik serta rahmatilah pensyarah yang telah mengajarku sepanjang pengajian di universiti ini. Halalkan ilmu yang telah dicurahkan dan ampunkan ketelanjuranku dalam pengajian baik dari kelambatan menghadiri kuliah, assingment yang tidak siap, culas dan ’mintak tolong sign kehadiran’ serta permudahkan perjalananku selepas ini dalam urusan duniawi dan akhirat. Amin...”

Thursday, August 13, 2009

Konspirasi Barat dalam H1N1




Sejak dunia barat mengecapi renaissancenya pada awal abad 16 dan keluar daripda kongkongan belenggu gereja setelahmana menerima pencerahan daripada Dunia Islam, mereka telah berjaya menggerakkan sains dalam kerangka Barat yang jauh menyimpang daripada kuasa Ketuhanan. Dasar sekularisme yang berakar umbi terbit daripada golongan Illuminati dan mereka yang senasib dengan Galileo yang berfahaman Copernicus meletakkan satu tembok penghalang yang mustahil untuk dipertemukan titik persamaan dalam Kristian Katolik. Galileo dan Aristotle telah dianggap subjek penentangan sains dan agama. Kebangkitan sains pada zaman itu bukan sahaja dianggap bertentangan dengan semangat perjuangan gereja tetapi lebih penting menunjukkan bahawa perlunya kebebasan akal untuk berfikir.
Siri-siri peperangan juga telah banyak membantu kuasa imperialis dan sama sekali Barat yang sibuk ‘menjaja’ idea Burden of the White Men untuk membebaskan dunia daripada belenggu kemiskinan. Keperluan untuk menguasai dunia dan pada masa sama mengaut keuntungn secara percuma atas kapasiti sebagai ‘modal’ untuk memajukan Negara yang dijajah telah mendesak kuasa imperialis ini mencipta alatan militari dan kehendak perindustrian untuk menampung bahan mentah curian daripada tanah jajahan. Thomas Friedman dalam buku The World Is Flat dengan jelas menggambarkan situasi tersebut sebagai gelombang globalisasi kedua di mana syarikat multinasional gergasi seperti Syarikat Hindia Timur Inggeris pimpinan James Brooke dalam usaha menyebarluaskan pengaruh kapitalisme yang korup dan rapuh untuk tujuan kepenggunaan global. Ternyata membuahkan hasil dan ideologi ini telah sampai ke penghujung usia apabila mutakhir ini system ekonomi mereka gagal mempertahankan nilaian mata wang Dollar AS.
Namun, kapitalis dan speculator Wall Street tidak akan berdiam diri untuk menggadaikan system yang mereka dokongi dan pakatan untuk berkonspirasi sesama cendikiawan walaupun terpaksa mengorbankan prinsip ilmu dan nilai keadilan sejagat malah nyawa yang dipelihara mesti dilaksanakan sesegera mungkin untuk menyelamatkan AS sebagai kuasa unipolar dunia. AS terkenal dengan teori konspirasi yang dicipta mereka semata-mata mengalih pandangan utama dunia daripada membicarakan soal pokok. Maka tidak pelik kalau dikatakan kebanyakan penyakit jadian baru dunia masakini hasil dan lahir daripada makmal mereka. Banyak konspirasi besar dunia yang masih menjadi pertanyaan dunia dan boleh dipersoalkan tentang kebenarannya berdasarkan fakta. Antaranya, 9/11 WTC ranap musnah, pendaratan Neil Armstrong di bulan, pembunuhan John F.Kennedy dan baki lain dalam 10 teori konspirasi dunia. (Rujuk)


Bioterrorism atau biological weapon adalah senjata licik yang digunakan untuk mematikan individu tanpa mengira kawan atau lawan. (Rujuk) Pendekatan ini telah dipakai oleh AS dalm mencipta virus Ebola.(Rujuk) Sehingga kini masyarakat tidak didedahkan dengan maklumat pencegahan yang berkesan terhadap penyakit ini. Dan kemungkinan besar virus H1N1 yang telah mengorbankan nyawa kebanyakan orang adalah salah satu konspirasi Barat untuk mengaut keuntungan tatkala ekonomi dunia merundum..Penyelesaian tetap ada iaitu vaksin tetapi dijual dengan harga yang tinggi dan jelas menyebelahi golongan borjuis dan kaya untuk terus menapak kukuh dan meninggalkan jurang antara miskin. Konspirasi ini juga bukan untuk menenuhkan kocek kapitalis tetapi sebagi usaha mengurangkan populasi dunia yang semakin padat. Dan kenytaaan ini membuktikan bahawa Barat dan perusahaan ubatan benar-benar berkomplot untuk terus menjadikan penyakit sebagai medan mengaut keuntungan. Kevin Trudeau dalam buku best sellernya Natural Cures They Don’t Want You To Know About mendakwa terdapat informasi kesihatan yang penting telah disembunyikan dengan adanya konspirasi antara pengamal kesihatan dengan perusahaan ubatan. Menurut Trudeau, "Ada kelompok-kelompok tertentu, termasuk... industri ubat ... yang tidak menghendaki masyarakat memahami cara penjagaan kesihatan supaya tidak diserang berbagai macam penyakit...”
Disebalik keributan kita menangani virus H1N1 ini, Islam mesti mengambil tempat dengan cepat bagi mempromosi cara-cara pembersihan yang diamalkan oleh Islam sejak 1400 tahun lalu. Budaya membasuh tangan dan semua amalan pencegahan kesihatan untuk penyakit berjangkit seperti taun di zaman Nabi telah dipraktikkan dalam Hadith Baginda dan amalan ini 100% sama dan sepadan dengan apa yang dianjurkan oleh WHO. Ayuh,jalan kan tanggungjwab penyebar mesej murni Islam kepada DUNIA.

Tuesday, August 4, 2009

Malaysia menuju Totalitarianisme...?


Tarikh 1 Ogos 2009 telah berlalu dan peristiwa yang berlaku pada hari tersebut akan terus menjadi sejarah. Hari demi hari Malaysia tidak dapat tidak mesti matang dalm setipa tindaknnya menggerakkan sumber tenaganya dan membuat keptusan dalm setipa sektor penting kerajaan tanpa mengenepikan konsep asas bernegara. Demonstrasi GMI (Gerakan Mansuhkan ISA) menyaksikan lautan manusia membanjiri kota pesat metropolitan untuk menyatakan bantahan secara lansung kepada YDPA setelah beberapa siri penerangan dan wacana diadakan bagi menyatakan hasrat menguburkan akta drakonian tersebut. Penulis tidak berkesempatan untuk turut serta dalam perhimpunan GMI akan tetapi begitu optimis akan perilaku FRU yang tipikal untuk bersiap sedia menganyang peserta perhimpunan yang terlibat tanpa peri kemanusiaan. Perhimpunan BERSIH dan PPSMI sudah cukup membuktikan bahawa keluhan rakyat mesti disahut oleh pihak pemerintah untuk didengari dalm membuat sebarang keputusan barulah konsep demokrasi dapat dicapai; of the people, for the people, by the people. setipa tindakan mesti berasaskan prinsip deokrasi yang telah dipopularkan oleh Abraham Lincoln(1809-1865)
Penulis hairan dengan tindakan polis yang mengharamkan perhimpunan aman ini tatkala pemerintah kini di bawah tadbiran Najib sedang hangat memperkatakan tag line beliau bahawa zaman the government knows best & everything sudah berakhir tetapi tindakan beliau langsung dalam soal melayan kehendak mereka yang berbeza pendapat amat menjengkelkan. Polis dipergunakan dalam soal ini semata-mata menyekat kemaraan pihak yang dikhuatiri mengugat hegemoni survival politik pihak pemerintah. Pemerintah perlu celik dalam soal mematangkan negara dalam bidang politik dan jangan hanya sering membodohkan mereka dengan hidangan picisan yang boleh meruntuhkan nilai bangsa Malaysia. Sogokan hiburan dengan peruntukan yang banyak juga mendapat tempat di hati pemerintah dan ini adalah budaya ‘ideal’ yang dicitrakan oleh pemimpin murahan untuk mewarnakan Malaysia dengan tempelan budaya yang jijik lagi meruntuhkan kesusilaan bangsa.
Sekembalinya setelah jauh tersimpang, demonstrasi telah digambarkan dengan perhimpunan yang ganas dan akan menghuru-harakan sistem masyarakat sivil negara dengan dakwaan bahawa ekonomi akan tempang. Sikap pihak pemerintah ini tealh melahirkan politic of fear dan akan dihukumi oleh rakyat yang matang berfikir. Akan tetapi penafian hak untuk dibicarakan dan penahanan berbaur politik di kalangan aparat yang bersuara sedikit untuk kebenaran tidak diendahkan malahan terus didiamkan atas alasan menjaga KESELAMATAN negara. Tindakan berhimpun secara aman tidak salah disisi undang-undang baik antarabngsa atau jaminan yang telah diberi dalam perlembagaan persekutuan perkara 10 malah provokasi yang dilakukan oleh pihak polis sebenarnya telah mengakibatkan peniaga jalanan kerugian RM100 juta. Apa salahnya polis yang datang mengawal lalulintas dan menetap laluan kepada demonstran dan akhirnya matlamat kahirnya untuk menyerahkan memorandum dapat dilakukan kemungkinan sejam. GMI bukan ditubuhkan atas desakan populis tetapi bagi menuntut pembelaan undang-undang kepada orang kena tahan untuk diadili. Dan kajian telah dibuat sebelumnya berkenaan dengan kezaliman akta ini dan disokong dengan bukti yang empirikal.
Di sini, beberapa pendekatan yang diprojeksikan oleh pemerintah untuk menghalalkan tindakan mereka:
• Percampuran bebas dan pergaulan tanpa batas mengundang bala kepada negara kerana yang ditimpa malang adalah kaum muda. Alasannya mudah iaitu PERPADUAN KAUM yang kabur.
• Kegagalan untuk menghormati konsep minoriti dalam membuat sebarang keputusan telah mengundang masalah besar dalam pemerintahan. Tiada hormat kepada rakyat telah mewujudkan anarkist dan diktator yang bermaharajlela.
• Akta yang menekan rakyat akan terus tumbh untuk menghidupkan politik pemrintah mengekang kuasa pencabar. Polis sudah hilang kepercayaan(public trust) di kalngan rakyat bawahan sebagai penjaga keamanan dan bertindak sebagai mata penyambung talian hayat kekuasaan pemerintah. senang cerite..negara polis da..
• Melayu akan terus menjadi mangsa politik dengki dan beracun pemrintah untuk mendapt undi murahan. kaum lain seperti Hindraf tealh hampir keseluruhan dibebaskan keran takut desakn dan hilng undi dan Melayu terus meringkuk di balik jeriji besi puaka.
• Demonstrasi yang berbentuk desakn mesti ada unsur agenda penting seperti pendidikan yang melibatkan masa depan semua kaum. Buktinya, PPSMI telah berjaya menundukkan ego pemerintah.
• Membunuh karier intelektual atau politik pencabarnya. DSAI sedang diusahakan bagi dimatikan karier politiknya dan para intektualis negara sudah kelam dan tidak mendapat tempat sewajarnya seolah-olah bakat mereka dibunuh secara senyap-senyap.