Friday, June 24, 2011

Halatuju PAS yang lebih cerah


Pastinya Muktamar PAS baru-baru ini telah membuka lembaran baru bagi sebuah gerakan yang lebih sistematik dan berstrategis lagi perancangannya bagi menghadapi PRU 13 dan mengimejkan semula persepsi baik golongan bukan Islam terhadap agenda perjuagan PAS.



Bagi penulis, ia adalah satu anjakan paradigma dan tindakan berani untuk melihat PAS terus melangkah berhadapan dan persediaan mengantikan UMNO. Agenda yang digagaskan adalah Negra Berkebajikan adalah satu formula yang bertepatan yang ala Malaysia yang ditunggu oleh seluruh rakyat Malaysia. Tapi ada beberapa persoaln yang mesti dihadapi oleh PAS setelah mana ‘rebranding’ dilakukan:



1. Persediaan PAS untuk menampilkan tokoh-tokoh muda yang mampu memimpin bercirikan landskap Malaysia.



2. Line up pimpinan baru PAS terutama pimpinan YBrbahgia Haji Muhammad Sabu seharusnya mesti bersdia menterjemahkan idea negara berkebajikan dan keboleupayaan tadbir urus yang baik. Daripada pemerhatian penulis, antara criteria yang sering ditonjolkan daripada media trhadap imej Mat Sabu adalah kebolehan berdemonstran, kepetahan hujahan untuk menyangkal adalah antara imej bersifat kepembangkangan dan bukan kesediaan untuk mentadbir dengan baik.


3. PAS sering dilihat parti yang mempunyai ahli lebih 1 juta iaitu parti yang mampu menyaingi parti dominan orang Melayu, UMNO. Tetpi, kesetiaan ahli yang tidak berstrategi dalam mencatrur gerak kerja piliharaya dan hanya mejadi tulang belakang yang meyokong semata tidak ckup menjadi parti itu lebih menonjol untuk sifat mentadbir. Kekuatn PAS ibarat pancaran matahari menyinari kehidupan tetapi tidak terfokus. Mungkin medium pemfokusan seolah kanta untuk menfokuskan pancaran matahari itu terbit dariapda golongan professional. Tumpuan kini lebih kepada sejauhmana bijaknya mencantas idea penipuan UMNO memindah pengundi disamping memperkukuhkan majoriti sokongan negeri yang dimenangi.


4. Percaturan PAS untuk tadbir negri-negeri yang bersifat multi racial komposisi kaumnya seperti Perak atau Johor adalah satu peluang menzahirkan idea Negara berkebjikan kerana konsep idea semestinya bersifat praktikal dan apabila melalui siri-siri pilihanraya, persepsi pengundi di bandaran dan piggiran semmstinya tertumpu kepada hasil yang praktikal. ‘Keberjayaan’ UMNO menggulingkan PERAK adlah takut terzahirnya idea mini Negara berkebajikan milik tadbiran PAS.




5. Kumpulan pertengahan atau middle class adalah tunjang perubahan dan mewakili kelompok terbesar untuk berubah. Mereka adlah golongan yang sudah lama terperap dengan idea UMNO mentadbir kerajaan dan kemungkinan agak muak dengan corak pentadbiran lama. Tertarik dengan praktikal pentadbiran Islam di Kelantan dengan prinsip masuliyah, itqan mungkin boleh djadikan model urustadbir baik.



6. Seharusnya ‘anak-anak kecil’ dalam PAS seperti gerakan kampus seharusnya peka terhadap hujan amanat ucapan Presiden PAS iaitu negera berkebajikan. Kalau dahulu perlunya bengkel @ retreat untuk memahamkan idea Negara Islam, kenapa tidak idea Negara berkebajikan diambil langkah serupa dalam melahirkan kader-kader yang bersifat negarawan. Usrah mesti lebih tetrumpu aspek good governance, justice dalm ruang lingkup Islam yang lebih praktikal.


7.Ucapan dasar Presiden PAS baru-baru ini amat mementingkan soal pembinaan negara..Ia sepatutnya difahami secara menyeluruh kerana beberapa batu asas telah ditekankan oleh TGHA merupakan penekanan penting untuk mendidik ahli supaya trus menjadikan agenda seorang yang negarawan daripada dididik dengan ius-isu yang tidak menentu dan emosional.

Akhirnya, setelah membelek buku hasil daripada kajian tesis yang mencerita tentang perubahan hukum yang lebih praktikal oleh Dr Muhammad Firdaus Huda, penulis bertambah yakin bhawa maqasid syariah adalah matlamat sebanr sebuah perlaksanaan hukum.

No comments:

Post a Comment