Penulis amat pelik dan hairan dengan sehari dua kenyataan badan penguatkuasa malaysia, PDRM apabila menutup pintu rundingan dan melabelkan kepada mereka yang meyertai perhimpunan BERSIH 2.0 akan disabitkan dengan akta ISA kerana penyertaan perhimpunan haram. berikut adalah kenytaan Timbalan Ketua Polis Negara pada 1 Julai 2011:sumber Malaysiakini
Pada hemat penulis, polis takut akan terjadinya huru hara sekiranya dibiarkan perhimpunan BERSIH 2.0 dijalankan dan hanya menggambarkan 'pelampau' ini akan merosakkan negara. Terlalu lemah taakulan dan zalimnya penghukuman polis terhadap rakyat. Tetapi, seharusnya polis bersikap matang kerana umurnya yang telah mencecah 200 tahun lebih boleh menilai tindakan mereka berdasarkan hak yang telah dijamin dalam Perlembagaan Persekutuan, hak untuk berhimpun secara aman dalm 10.1 (b). Dan mereka yang turun dalam Bersih 2.0 pun seharusnya jangan emosi dan mesti menggunakan peluang untuk berhimpun dengan aman dan paling bersih bagi meluahkan tuntutan dalam BERSIH 2.0. Masing-masing kena tunjukkan kematangan yang paling bertamadun dalam sejarah perhimpunan demonstrasi negara.
Polis jangan terus menghukum rakyat kerana menganggap rakyat masih dangkal dan mentah dalam membuat keptusan dan mereka badan penguatkuasa undang-undang seperti PDRM seharusnya celik perlembagaan dan undang-undang. Cuba berikan peluang dan berikan laluan seluas-luasnya kepada peserta himpunan BERSIH 2.0 sehingga Istana Negara sepertimana diarahkan oleh Pengerusi BERSIH 2.0. Datuk Ambiga. Rasanya PDRM pun memang dah mahir benar dalam membuat roadblok di jalanan setiap kali beberapa event besar pemerintah dan acara sukan seperti LTDL. Kalau ini dapat dibuat, nescaya perhimpunan akan berlangsung dalam kadar yang paling lama 3 jam. Jom sertai BERSIH 2.0..!
Kalau polis boleh bertindak sedemikian, ini baru langkah tepat yang mendahulukan warga. Bukan mendahulukan keuntungan untuk pemodal kerana asyik risau akan ekonomi yang bakal terjejas dalam masa sehari..huh.!
Jangan hanya pandai menghina rakyat kerana berdemo sebagai wabak. Mereka bukan penyakit. Mereka adalah sebahagian dari kita. dan hanya ingin suara didengari. Kita semua cintakan Malaysia dan inginkan sebuah negara yang lebih menghargai suara rakyat melalui PRU yang bersih. Jangan hanya pandai mengutuk dan menangkap.