Tuesday, December 15, 2009

Suara Malaysia tenggelam dalam isu perubahan iklim



Dunia yang kita diami kini semestinya sementara dan tidak kekal lama. Tambahan pula, dunia bersifat pinjaman dan amanah yang mesti dipelihara sebaik mungkin oleh bangsa insani. Sunnguhpun begitu, berapa ramai yang menyedari hakikat dan gagasan idea penciptaan manusia selaku khalifah yang ditugaskan untuk memakmurkan dunia. Manusia akan mula menghargai perkara yang semakin dirasakan akan hilang dan akan berupaya untuk mempertahannya. Dunia kini berhadapan dengan isu perubahan ilkim yang mendadak akibat kadar pelepasan karbon yang begitu tinggi oleh negara maj yang menjadi petualang utama pemanasan global. Suhu harian kita sekarang lebih panas berbanding 12 tahun yang lalu, kemarau Afrika semakin meruncing dan paras air lautan dunia meningkat saban hari dek kerana bongkah ais kian cair. Peduli apa dengan perubahan iklim?



Walaupun pelbagai gambaran buruk yang dipaparkan, Malaysia tidak memandang isu ini kritikal untuk dibincangkan dan diwacanakan. Dan rata-rata masyarakat Malaysia lebih cenderung untuk risau terhadap penyakit berjangkit seperti selsema babi dan isu jenayah picisan. Pemikiran dangkal sesetengah individu termasuk kadang-kadang pak menteri melihat isu ini hanya seperti isu remeh dan tidak layak untuk dibahaskan secara serius kerana negara bukan tergolong di kalangan negara-negara maju. Malah, negara masih melihat soal pencemaran fizikal sahaja sebagai ancaman dan tidak melihat keseimbangan alam yang terjejas akibat tangan rakus manusia. Soalnya, penglibatan secara kolektif bersama dunia mesti digerakkan untuk menyatakn keberadaan Malaysia secara prokatif untuk menyumbang idea dan dana bagi tujuan memastikan kelestarian alam terus terjamin.



Selepas dua persidangan di Rio de Janeiro dan Kyoto sehingga termeterainya Protokol Kyoto yang dijangka menlewati tarikh luputnya pada 2012, dunia masih kabur dan tiada tanda-tanda positif untuk mengurangkan pelepasan karbon. Kini dunia masih mengharapkan Persidangan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Mengenai Perubahan Iklim (COP15) untuk mencari jawapan muktamad untuk kesediaan yang boleh dipersoalkan untuk menuruti resolusi yang bakal diputuskan. Barat yang terdoktrin dengan fahaman jalur pemikiran saintisme dan ini telah di anggap mazhab yang autonomi dalam mencorak dunia sains Barat. Mereka melihat alam sebagai makhluk yang tiada bernyawa dan robot sepertimana tamsilan Rene Descartes yang mengatakan alam ini hanya mesin mekanikal semata.!



Kini, persoalan menjaga kelestarian alam mesti digalaskan kembali oleh dunia Islam. Dan worldview Islam yang jelas terhadap alam sekitar mesti dijadikan agenda utama memerangi sebarang aktiviti yang boleh menrosakkan sistem keseimbangan alam.sebagai uamt Islam, agama mengajar kita supaya memelihara alam untuk menjaga agama kita. Ini kerana sebarang usaha merosakkan alam sekitar dan dosa mencemarinya adalah mengganggu intipati kehidupan beragama. Dalam erti kata lain, kebiadapan mengeksploitasi alam sekitar tanpa mengambil kira soal adab dan tatasusila melambangkan kerendahan moral tamadun meskipun terma pembangunan celupan Barat menjadi agenda kemajuan mereka. Suara kita tidak sepatutnya tenggelam dan mesti beralih kepada penyumbang bukan hanya selesa dengan status penerima bulat-bulat idea. Negara Islam mesti tekad menyatakan komitmen untuk kelestarian alam dengan lebih konkrit dengan tidak hanya bergantung terus dengan bahan bakar petrol sahaja malah membuka sejarah kepada pengkajian tenaga hijau.

No comments:

Post a Comment