Thursday, December 31, 2009

Rohingya: menguji empati ummah




Berita pembantaian tentera Zionis ke atas penduduk semenanjung Gaza telah banyak diulang-ulang dan malahan angka korban yang terbunuh setakat ini mungkin sudah mencecah jutaan insan tidak berdosa. Namun sejauhmana sensitiviti Dunia Islam terhadap penderitaan tersebut. Liputan meluas media terhadap isu Palestin sewajarnya dipandang serius oleh semua atas semangat kemanusiaan dan belas ihsan terhadap mereka yang telah dizalimi dalam tanah air mereka.


Derita episod umat Islam yang bersifat minoriti seperti Xin Jiang, Republik Besar China, Selatan Thailand dan Mindanao, Selatan Filipina dan malahan banyak lagi terus diganyang untuk memastikan sebarang unsur Islam yang dikhuatiri mengancam daulat kerajaan zalim! Hari ini Islam dipersalahkan dan dituduh sebagai agama yang menganjurkan ekstrim dan radikalisme dalam menggugat kerajaan. Semua berita mendakwa bahawa kerajaan hanya beralasan dangkal iaitu menjalankan tugas untuk memastikan keamanan dan menggunakan lesen besar tajaan Amerika untuk memerangi keganasan yang dikaitakan dengan umat Islam. Satu cabaran terbesar yang seharusnya ditangani dengan cerdik bukan dengan emosi oleh dunia Islam.



Rohingya adalah satu lagi episod sedih duka etnik di Arakan, Burma yang kerjaan junta pimpinan Jeneral Than Shwe telah melancarkan genosid (pembersihan etnik) besar-besaran untuk memastikan tiada seorang pun terlepas untuk mendapatkan hak berkehidupan seperti insan normal lain. Cengkaman militer hari demi hari telah menyebabkan etnik ini tersempit dan terseksa di bumi tanah air sendiri. Penulis terkejut bahwa pelan ini adalah cukup terancang melalui ‘Pelan 20-tahun Pembasmian Rohingya’ (the 20-year Rohingya Extermination Plan). Malah, Majlis Negeri Arakan (Arakan State Council) di bawah kawalan langsung Majlis Negara Burma (State Council of Burma) telah melancarkan ‘kod operasi’ yang dinamakan ‘Naga Min’ (King Dragon Operation). Ini merupakan operasi terbesar, terkejam dan mungkin yang terbaik pernah didokumentasikan pada tahun 1978.



Antara mekanisme kezaliman yang dilakukan oleh tentera junta Myanmar:


  • Rampasan harta benda Rohingya dan diagihkannya kepada penduduk kampung Buddha yang menjadi kampung contoh. Kampung contoh ini diwujudkn hasil daripda agihan harta haram dan setiap 70-100 penduduk ini dihadiahkan 4 ekar tanah.

  • Perang saraf dicetuskan dengan pengedaran buku dan pita rakaman yang menghina Islam dan mewujudkan propaganda anti Rohingya.
  • Menafikan hak etnik Rohingya untuk mendapatkan pendidikan bertujuan menjadikan generasi muda mereka buta huruf dan mengurangkan tentangan pada masa depan.Hampir 80 peratus kini buta huruf hasil tindakan terancang ini.!
  • Dalam jangka masa 20 tahun, tiada lagi simbol beridentitikan Islam kerana masjid dan madrasah dirobohkan malah di Arakan daerah asal etnik ini telah diperbanyakkn pagoda. Demografi Arakan berubah kepada penempatan Buddha serta-merta.


Banyak lagi sebenarnya penindasan zalim yang dilakukan tetapi apa guna disenaraikan semua kalau tiada tindakan dibuat. Cuba berempati kepada orang lain dengan meletakkan diri kita pada tempat mereka yang dizalimi. Kita kini hidup selesa dan keselsaan yang kita kecapi kini lebih banyak mendatangkan kekalutan sosial melampau. Penulis cuba untuk membawa perhatian semua akan semua cerita duka ini dengan kaitan mafhum hadis yang mengatakan umat Islam adalah seperti satu jasad dalam konteks kasih sayang dan persaudaraan. Dan jika satu anggota mengadu kesakitan semua pasti menanggung sekali. Kegagalan menyelami prinsip tersebut dalam sesetengah sabda Nabi SAW mengheret kepada gagal menghayatinya dalam bentuk akhlak. Apabila gagal menghayatinya sebagai akhlak maka lazimnya jauh sekali ia dapat merasa relevennya ia menjadi hukum.



Sejauh mana kita sering memikirkan perkara ini sebelum bertindak? Sudahkah kita berusaha memastikan apa yang kita tidak suka dilakukan ke atas diri, tidak dilakukan ke atas orang lain? Adakah kita bersedia untuk empati terhadap nasib orang serantau dengan kita malah seagama dengan kita sedangkan kita gagal untuk berlaku adil sesama kita dalam konteks kita di Mlaysia. Lyanan kerajaan kadang2 terhadap rakyat yang tidak 'menyebelahinya' berat sebelah. Sabda nabi tersebut menggesa kita meletakkan diri sendiri sebagai titi untuk memahami perasaan orang lain. Jangan kerana ingin jaga status quo kerajaan pentingkan diri sendiri dan cuba berolok-olok empati sekiranya gagal dalam realiti masalah mengurus varieti jalur pemikiran yang tidak sehaluan dengan meraka..

No comments:

Post a Comment