Thursday, December 31, 2009

Dinar emas: kemestian yang dipandang remeh




Hari ini, sistem kewangan Islam berteraskan dinar emas sebagai alat pertukaran (medium of exchange) masih lagi belum dijejakkan ideanya dalam konteks realiti. Biarpun, ramai menanggapi ini merupakan senjata ampuh dunia Islam yang menghadapi elemen konvesional sistem kapitalis Barat yang berunsurkan riba dan penindasan kepada dunia. Selama ini, kekuatan ekonomi ciptaan Barat hanya berteraskn kepada riba, sistem wang kertas janji kosong dan cetakan wang kertas tanpa sandaran. Sistem wang fiat yang hanya berasaskn persepsi kepercayaan dunia terhadap nilaian dagangan (komoditi) dan lambakannya tanpa sandaran emas menyebabkan kadar inflasi begitu tinggi dan susutnya kuas beli pengguna.


Walapun, dibentang dengan fakta dan sejarah terhasilnya wang fiat yang kita gunakan kini yang disinonimkan dengan Bretton Woods selepas perang dunia kedua namun umat Islam terikat untuk bergerak dalam kerangka kewangan sendiri kerana masing-masing terikat dengan perjanjian yang dipersetujui bersama dengan IMF supaya nilai diperakukan (legal tender) hanya berasaskan kepada mata wang yang dikeluarkan oleh bank kerajaan sahaja. Tiada dinar emas dan perak sama sekali. Semua akur dan diam dengan kehendak sistem kewangan global yang tidak terikat dengan mana-mana kekayaan sebenar intrinsik seperti emas dan perak. Sekiranya US batuk, seluruh dunia akan mendapat tempias penyakitnya kerana hampir semua komoditi dunia masih terikat nilainya dengan dolar US.


Penulis terasa terpanggil berkongsi bahawa pentingnya dinar emas dijadikan subjek hangat untuk ditetliti secara serius khususnya untuk dibumikan kewujudannya sebagai nilai mata wang (currency). Nilai emas tidak akan susut mendadak bahkan sentiasa naik dan stabil . Beberapa perkongsian dalam memahami realiti ekonomi global dan halatuju ekonomi ummah:


• OIC perlu diberi wajah baru dalam memperkasakan ekonomi ummah. Penggunaan sumber kekayaan seperti minyak perlu diperkemaskan strategi pengagihannya dan perkongsian pintar dalam memastikan pemindahan teknologi yang sesuai antara negara-negara umat Islam dapat dipusatkan untuk pembinaan blok kuasa ummah menghadapi badai rakus kapitalis. Guna sumber kekayaan untuk selesaikan masalah ekonomi dan sosial ummah.


• Alternatif kepada mata wang dunia mesti diwujudkan sesegera mungkin memandangkan dolar US sudah menemui jalan buntu untuk terus survival. Dinar dilihat mata wang yang tiada manipulasi, tiada inflasi, dan tiada spekulasi dapat memastikan spekulator matawang dunia terduduk diam dalam mengaut keuntungan senyap-senyap. Di Amerika sendiri, sudah ada sekelompok yang bangun untuk menidakkan kuasa dolar iaitu Liberty Dollar yang telah menrik 5 juta komuniti US.. Mana suara dunia Islam?


• Perlu perbincangan serius meja bulat antara cendikiawan Islam melewati ulama’ fiqh muamalah, saintis muslim dan pelbagai tokoh politik yang melatari geografi dunia Islam untuk mempelopori mekanisme terbaik dalam praktikal penggunaan dinar emas. Wujudkan sebuah forum atau board khas perlaksanaan dinar emas sebagai medan perbincangan dan tanda kesungguhan sehingga terhasilnya blue print dan black white. Sehingga kini, idea masih diperingkat awangan walaupun terdengar getusan pemimpin namun tiada tindakan susulan yang prokatif dan agresif. Mana silapnya?


• Dunia masa akan datang akan berhadapan realiti ekonomi berasaskan kreativiti dan inovatif. Dunia Islam mesti membentuk asas inovasi dengan berasaskan pemahaman mereka menegenai agama. Jangan terlalu tenggelam dengan kegemilangan masa silam tetapi bangkit berhadapan realiti dengan berusaha memanfaatkan potensi yang ada. Bina pemahaman dengan maksud Islam dalam konteks civilizing force berpandukan asas Rasullulah membangunkan alam dan modal insan.


Hari ini, dunia Islam mesti melibatkan secara langsung dan aktif malah responsif dalam aktiviti ekonomi global. Dinar emas bukan lagi alternatif tetapi kemestian yang wajib digunapakai oleh seluruh dunia Islam. Pemahaman asas tentang mikro ekonomi dan mkaro ekonomi adalah batu asas dalam berhujah dengan sistem ekonomi korup. Tawarkan jalan terbaik Islam sebagai agenda baru untuk sumber menguruskan kekayaan negara terbaik untuk menikmati kemakmuran. Kerana ia, ibadah dapat disempurnakan dan Islam tidak menjadi fitnah lagi.!

No comments:

Post a Comment