Sunday, February 14, 2010

Gong Xi Fa Cai 2010

Selamat Thun Baru Cina ducapkan kepada seluruh kaum Tiong Hwa yang menyambutnya..trutamanya kepada Lao Shi Lai Mun atas tunjuk ajar pengajian kelas mandarin yang telah penulis ikuti beberapa bulan lepas. Mudah-mudahan ilmu yang diperolehi dapat meluaskan pandangan hidup penulis tentang cita-cita sosial dan kehidupan bermasyarakat di Mlaysia. Bermula dengan pengajian mandarin sebagai permulaan untuk mengenal kaum Cina, penulis pula teruja untuk menelaah sumber sejrah kebudayaan Cina yang amat menarik diterokai. Dui Bu qi he Gong Xi Lao Shi..!

Wednesday, February 3, 2010

Isu Kalimah Allah cetus daya berfikir konstruktif bukan desktruktif



Polemik isu penggunaan kalimah Allah terus diperhangatkan dan siapa yang layak menggunakan kalimah ini telah terjawab secara konsepsinya dalam Al-quran sendiri apabila tuan empunya Alam sendiri dalam kalam suciNya, surah al-Haj, ayat 40.

“Dan kalaulah Allah tidak mendorong setengah manusia menentang pencerobohan setengahnya yang lain, nescaya runtuhlah tempat-tempat pertapaan serta gereja-gereja (kaum Nasrani), dan tempat-tempat sembahyang (kaum Yahudi), dan juga masjid-masjid (orang Islam) yang sentiasa disebut nama Allah banyak-banyak padanya dan sesungguhnya Allah akan menolong sesiapa yang menolong ugamaNya”.

Apa yang pasti, ramai cuba untuk menrungkaikan kekusutan yang timbul seputar kontroversi hak milik penggunaan kalimah ini. Maka, perbincangan yang terarah mesti diletakkn untuk menemukan konsensus atau permuafakatan gunanya untuk menyelesaikan polemik ini bukan hanya terus memeningkan masyarakat umum dengan aksi dungu demontrasi yang tidak bermatlamat sedangkan dakwah kita pincang untuk melakukan aksi penerangan besar-besaran bertujuan memahamkan non-muslim. Knapa tidak dihalakn aksi demontrasi yang muncul 'tiba-tiba' ini kepda permasalahan akidah dan kumpulan yang bangganya mempromosi ajaran sesat. Sehinnga entri ini ditulis, tersenarai 55 kumpulan yang masih aktif menjalankan tugas 'dakwah' songsang mereka.Malaysia yang telah mencapai setengah abad kemerdekaan ini seharusnya tampil matang dalam menangani isu ini. Malah, Islam dan prinsip aqidahnya gunanya untuk menyatukan semua fahaman dan bukan memecahbelahkan manusia dan adakah muslim yang berteriakan sakan ini telah melunasi tugasnya untuk menyatakan Islamnya kepada Allah? Sehingga saat menulis entri ini juga, tidak timbul dibenak pemikran bhawa kebenran untuk non muslim menggunapakai perkataan Allah sebagai usaha meng'gadai'kan prinsip penulis dalam aqidah. Mlah penulis berpegang untuk terus menjaga agama dan aqidah seprtimana dalam maqasid syariah Dan dituduh sebagai penyebab tersebar luasnya gerakan Kristianisasi yang akan membahayakan generasi akan datang..penulis amat khuatir tetapi kekhuatiran itu bukan sebab untuk terus defensif dan mengaku kalah malah usaha kita perlu diperhebatkan untuk memperelokkan imej Islam di mata non muslim khususnya di Malaysia. Manusia diberi pilihan untuk membuat keputusan sekiranya kita bijak tampil Islam sebagi agama terbaik dan paling baik. Tuhan tetap satu dan esa.Tiada dikotomi dan kompromi dalam pemilikan tuhan seprti didakwa Tuhan Islam dan Kristian. Cumanya, Kristian sahaja yang mensyirikkanNya dan hujahnya seperti terkandung dalam ayat 46 Surah Al-Ankabut :-

“Dan janganlah kamu berhujjah dengan orang-orang ahlal-kitab kecuali dengan cara yang terbaik. Kecuali dengan yang Zalim di kalangan mereka (tak perlu berhujjah). Dan katakan : “Kami percaya kepada wahyu yang diturunkan kepada kami dan wahyu yang diturunkan kepada kamu, tuhan kami dan tuhan kamu adalah satu dan kepadaNya kami menyerah diri (Islam)”.


Maka pertentangan isu nama Allah s.w.t. ini untuk saya bukan sekadar literal atau konsepsi Allah s.w.t., bahkan ia boleh mengajak umat manusia bukan saja berbalah, tetapi menjernihkan semula fikiran kita terhadap kaedah berfikir dan bekerja kita dalam menegakkan apa yang kita percaya sebagai “berjuang di jalan Allah s.w.t.”. Bukankah Islam itu, iktikad dihati lafaz dengan yakin di lidah dan menzahirkan apa yang diimani melalui perbuatan.Maka dengan sebab itu, saat kita terus berpolemik tentang isu ini, pernahkah mereka yang mengaku muslim ini melakukan perilaku jahat yang ditanggapi umum masayrakat kita sebagai benda baik seprti amalan rasuah, penindasan dan penyewenagn harta negra, perkauman sedangkan perkara ini adalah penetuan jelmaah fahaman aqidah yang paling penting daripada mengaku dan melaungkan saya muslim tetapi berperangai seprti non-muslim, malah lebih teruk lagi. Keadilan mesti mengatsi dan membenamkn kebathilan yang diperindahkan..

Kita sering mempersalahkan orang lain terutamanya non-muslim dalam isu ini kerana gagal melihat sensitiviti umat Islam dinegra inisedangkan imej Islam yang kita tampilakn kepada mereka saban hari semakin buruk dan tidak mustahil dan penulis berpegang dalam janji Tuhan yang akan menggnatikan segolongan bangsa lain yang ikhlas berjuang menegakkan syariatNya dan mengagungkan perintahnya daripada terus Islam dihina dan diperlekeh sekiranya kita masih selesa dengan sogokan simplistik dan absurd bahawa Islam di Malaysia hanya milik Melayu. Fikirkan bersama untuk renungan.

Akhirnya, saksikan video ini berkenaan isu kalimah Allah. Kredit diberikan kpada YB Khalid Samad atas hujah yang bersifat santai dan ber'isi' dan sarat dengan fakta sebagai bukti perlunya penyelesaian isu ini ditangani dengan berhemah bukannya dengan provokasi murahan yang diperlakukan ke atas rumah-rumah ibadah. Dan,cuba perkemaskan 'produk' kita untuk dipasarkan kepada pelanggan non muslim dan kenalpasti dikalangan kita yang merupakan musuh tegar yang bertopengkan pengakuan palsu Muslim dan bersifat seperti munafik agung dalam melagakan ummat Islam..faham2 sendiri la..



Saturday, January 16, 2010

E-undi: Antara ketempangan sistem dan pencabulan amalan demokrasi kampus



Artikel ini ditulis setahun lepas apabila timbulnya desas-desus perlaksanaan e-undi di UM ynag sememangnya mesti dilawan. Artikel ini turut dikongsi dan dibincang bersama dan pandangan daripada tokoh-tokoh dan figura tertentu dicedok bagi mendapat buah fikiran dan hujah konkrit berkenaan dengan e-undi. Artikel ringkas ini telah tersiar dalam harakah keluaran bilangan ke 1505.Semoga dapat dimanfaatkan untuk kebaikan bersama dan pastikan aksi bantah terhadap e-undi diteruskan . Penulis bagaimanapun tergelak seketika apabila pelajar SK TTDI lebih matang menilai erti demokrasi dlam proses pilihanraya berbnding HEP UM yang beria-ia sakan untuk melaksanakan e-undi yang teruji gagal.Rujuk disini


Apakah E-undi?


E-undi ialah sistem pembuangan dan pengiraan undi yang menggunakan aplikasi elektronik sebagai alternatif kepada sistem pemangkahan undi melalui kertas (ballout paper). Sistem seumpama ini telah digunapakai secara meluas di beberapa negara maju seperti Amerika Syarikat, Australia dan Brazil. Dalam sistem e-undi, terdapat beberapa kaedah mengundi secara elektronik termasuk mesin mengundi( mesin elektronik rekod terus DRE ),Internet, telefon mudah alih, pembantu digital peribadi dan televisyen digital. Tampak sekilas pandang, suatu perkembangan positif ke arah mendidik masyarakat tentang erti demokrasi sebenar dalam sistem pilihanraya dari sudut kerahsiaan undi dipertingkat dan kadar pengurangan undi rosak pada tahap minumum tetapi nikmat yang dijanjikan berkemampuan untuk mencurah kesenangan telah mengundang malapetaka dahsyat sehingga tercalar rekod pengendalian pilihanraya secara bersih dan telus. Beberapa kajian kes di negara maju yang mengamalkan teknik undi elektronik ini mengakui terdapat kelompangan yang jelas mengopak konsep asal berpilihanraya. Contohnya berlaku kontroversi semasa pemilihan Presiden dalam pilihanraya umum Amerika Syarikat pada tahun 2004 apabila melibatkan masalah keabsahan software kendalian dan pengiraan semula. Ini dihangatkan lagi apabila timbulnya kondisi ketidakfungsian pengendalian sistem(jammed system) di Virgina pada November 2003 menyebabkan hak mengundi mereka dinafikan.



Contoh di atas seakan-akan terlalu jauh untuk dikaitkan dengan konteks pilihanraya kampus tetapi terdapat nilai sepunya untuk dicari titik pertemuan bagi menjamin pilihanraya yang demokratik dan memanfaatkan kuasa satu undi yang merupakan ekpresi pendirian politik peribadi. Pilihanraya dilihat sebagai suatu indikator untuk mengukur sejauhmana suatu komuniti tersebut bebas bersuara melalui medium yang telus dan partisipasi dalam kancah berpolitik. Tidak perlu untuk mempersoalkan tentang sistem yang terbaik selagimana komuniti tersebut gagal mengenal erti dan tujuan sebenar mengapa pilihanraya dilaksanakan dan reaksi sosial mereka tempang berhadapan dengan masyarakat. Kampus tidak sepatutnya bersalahan dengan realiti sebenar masyarakat malah alam universiti sebagai medan latihan untuk memahami struktur fundamental hidup bermasyarakat malah menjadi cerminan kepada sistem komuniti luar.



Maka, kajian ini akan mengupas beberapa masalah yang kemungkinan timbul dalam sistem e-undi yang diamalkan dibeberapa buah universiti tempatan dalam siri pemilihan MPM dalam pilihanraya kampus yang diadakan. Beberapa isu pokok dalam e-undi ialah kerahsiaan undi, ketelusan sistem, kos pengaplikasian yang tinggi, status keselamatan yang diragui, integriti data dan pencabulan amalan demokratik di Malaysia. Semoga dengan penjelasan kecil ini bermanfaat dalam memaknakan erti demokrasi kampus dan mewacanakan agenda politik kampus yang sihat di kalangan mahasiswa.

Satu perspektif baru dalam evolusi demokrasi : Premis asas

Masyarakat kampus mesti meletakkan kepercayaan sebagai asas kepada penubuhan sebuah kerajaan yang sah melalui sistem pilihanraya yang adil dan telus. Sekiranya soal ini diketepikan, maka asas bagi sebuah kerajaan demoktratik akan rapuh. Perkembangan dunia informasi telah mendesak penggunaan sistem elektronik merupakan lembaran baru dalam dunia demokrasi. Persoalannya, mengapa sistem ini di’paksa’ penggunaan sedangkan testimoni di negara-negara Barat menunjukkan hasil yang mendukacitakan. Ini kerana sistem demokrasi adalah bergantung kepada sejauhmana sesebuah komuniti percaya akan metod yang diaplikasikan dan sejauhmana metod tersebut mampu menawarkan keselamatan dan imuniti integriti data yang tinggi. Selaras dengan kemajuan teknologi, pengundi perlu diberikan pilihan mengundi yang sesuai dengan gaya hidup mereka dan ia mungkin boleh dilaksanakan di negara ini dalam pilihan pilihan raya selepas ini. Bagaimanapun, pelaksanaan e-undi, mungkin juga boleh menimbulkan beberapa masalah seperti keselamatan, sistem pengkomputeran gagal berfungsi, pengodaman, ancaman virus, pengguna berasa kekok dan sebagainya. Dalam perkembangan ICT masa kini, tidak terdapat jaminan program tidak boleh dimanipulasi dan menghasilkan penyimpanan dan cetakan yang berlainan berbanding di skrin. Isu keselamatan lain termasuk memastikan semua pengundi dibenarkan membuang undi dan memastikan selepas itu undi akan disimpan dan dikira dengan tepat. Masalahnya pengundi juga perlu diyakinkan mengenai sistem e-undi. Jika tidak, peralihan metod baru dilihat gagal menyakinkan pengundi sekiranya premis asas sistem pilihanraya tidak dipenuhi.



Dalam Universal Declaration Human Right (UDHR), jelas menyatakan bahawa hak individu untuk menubuhkan kerajaan yang berautoriti mesti dizahirkan melalui iltizam( will of the people ) dan sistem pilihanraya yang universal( acceptable ) serta dijamin kerahsiaan undi. Artikel 21 ini terpakai tanpa membataskan status hierarki dalam masyarakat dan mahasiswa tidak terkecuali. Pengerusi Suruhanjaya Pilihanraya (SPR, Tan Sri Ab Rashid AB Rahman adalah individu yang bertanggungjawab mengendalikan, menguruskan sistem pilihanraya yang adil berkata pilihanraya yang diadakan hendaklah menepati kehendak dan keperluan rakyat disamping berusaha untuk memperkasakan amalan demokrasi. Sesuatu metod pengundian yang dibuat mesti meraih kepercayaan ( credible ) dan efektif. Selaras dengan keperluan sebuah negara yang membangun seperti Malaysia, e-undi dianggap tidak perlu digunakan buat masa kini.

Sesuatu metod mengundi mesti absah untuk diterima penggunaan selagimana menepati kriteria pokok:

· Ketepatan undi

· Ketelusan( Transperacy )

· Kerahsiaan undi ( Secrecy of vote )

· Pengiraan dapat dilakukan dengan cepat.



Jika diperihatikan secara rambang, sistem e-undi telah mampu mengimbangi ciri-ciri tersebut tetapi bermain dengan sistem berkomputer juga mempunyai potensi untuk melakukan penipuan. Adakah dengan inginkan sesuatu yang bersifat advance dan baru, kita sanggup mengorbankan prinsip ketelusan dan ketepatan dalam proses pengundian.

Sementara itu, Pengurus Pasukan Maklum Balas Keselamatan Makmal Keselamatan F-Secure Kuala Lumpur, Chia Wing Fei pula memaklumkan pemilihan calon pilihanraya melaui e-undi memudahkan pengundi tetapi ia turut menjadi isu apabila kata laluan yang digunakan dicuri sebelum mengundi dengan faktor mekanisme seperti dilihat dalam serangan virus Trojan. Kesan negatif utama yang dikesan dalam e-undi adalah persoalan integriti yang meyebabkan penipuan berlaku selain serangan daripada penggodam.

Kelemahan dan ketempangan E-undi



Prosedur perjalanan e-undi tidak boleh menafikan kelemahan yang wujud walaupun menggunakan sistem berkomputer bagi melicinkan proses pengundian. Beberapa siri pencabulan dan kebobrokan sistem pilihanraya kampus yang lepas yang terancang bagi memenangkan pihak tertentu dan pada masa sama menafikan hak kesamarataan (equality) dalam berpolitik secara sihat. Bersaing di atas padang yang tidak rata ( unlevelled playing ground ) memberi kelebihan kepada pihak tertentu menampakkan tahap kematangan yang dangkal lebih-lebih lagi kebebasan yang dituntut dalam sistem pilihanraya digelapkan. Pihak Kementerian Pengajian Tinggi dan pihak HEP Universiti Malaya perlu melihat nilai-nilai teras amalan demokrasi yang mesti dikuatkan dari semasa ke semasa seperti penglibatan mahasiswa dalam pilihanraya yang masih pasif, pemantauan berkesan daripada badan bebas dan daftar pengundi yang autoritatif bukannya mempersoalkan tentang perkara teknikal metod yang harus digunakan. Acuan demokrasi tempang yang dicedok seperti e-undi mesti diteliti dan dikaji secara konstruktif sebelum dilaksanakan kerana ditakuti lebih memburukkan keadaan tambahan pula mahasiswa diujikaji unutk menilai keberkesanan metod berteknologi tinggi. Penegasan dibuat oleh pensyarah sains politik Universiti Kebangsaan Malaysia, Dr. Ahmad Nizamuddin Sulaiman yang menyatakan Malaysia belum bersedia melaksanakan e-undi dalam pilihanraya kerana dikhuatiri menimbulkan masalah daripada pihak ketiga. Menurutnya lagi tahap celik IT rakyat belum mencapai tahap maksimum.

Timbul mengatakan e-undi dilaksanakan di peringkat kampus kerana mahasiswa telah mempunyai tahap celik maklumat yang berpotensi mengendalikan komputer secara mahir dengan berhujahkan cekap dalam melayari Internet. Mereka sepatutnya didedahkan secara meluas tentang peri penting celik maklumat dalam konteks sebenar sebelum e-undi diperkenalkan. Konsep ini akan mampu menjadi mahasiswa mengakses maklumat untuk digunakan secara berkesan dan bijaksana. Ini diperjelaskan lanjut dalam Standard Kelayakan Celik Maklumat bagi Pengajian Tinggi dan telah menjadi asas kepada standard celik maklumat lain di luar Amerika Syarikat.



Ini perkara pokok yang terus dibincangkan apabila e-undi diperkenalkan dalam mana-mana negara yang mengamalkan sistem demokrasi tulen terutama kampus yang masih dianggap mentah dalam mengaplikasikan metod pengundian ini:

1. Kerahsiaan undi

2. Keselamatan dan integriti data-rosak,hacker

3. Kos Pengendalian sistem yang tinggi.

4. Pencabulan amalan demokratik kampus


Disini akan diterangkan berdasarkan hujah diatas:

Pertama:Kerahsiaan Undi



Dalam e-undi yang dilaksanakan di Universiti Putra Malaysia, mesin menggunakan sistem yang menghadkan hanya dibenarkan 16 calon bebas diundi dan pengesahan akan dibuat setelah selesai proses pengundian. Undian akan direkod terus dan perangkaan akan dilakukan pada kadar segera jika diperlukan. Pengundi akan dibekalkan dengan kata laluan sebelum membuang undi. Pengundian maya ini tidak memiliki bukti fizikal dan sebarang kemungkinan untuk melakukan penipuan adalah tinggi. Isu kerahsiaan undi sewajarnya dijadikan asas perbincangan e-undi kerana programmer akan mengetahui undi individu apabila kata laluan diedarkan daripada pihak pengurusan pilihanraya. Dalam pilihanraya terdahulu yang dijalankan, no.siri telah dijadikan senjata untuk mengetahui undi pelajar.

Kedua:Keselamatan dan Integriti Undi



Isu kritikal yang mendapat perhatian berhubung dengan keselamatan apabila terdedah kepada penggodam( hackers ) yang merosakkan sistem kendalian. Malah, bagi sesiapa yang memiliki akses mampu juga mengubah sistem apabila mereka memasukkan malware dan virus. Menurut buku karangan R Michael Alvarez dan Thad E Hall bertajuk Electronic Election: The Perils and Promises of Digital Democracy sebelum pengundian di AS pada 2004, pelbagai spekulasi mengenai masalah yang dikaitkan dengan e-undi.


Penggunaan elektrik sebagai sumber untuk mengerakkan sistem ini kadangkala mengundang malapetaka apabila terputus bekalan elektrik. Integriti undi juga dipersoalkan apabila mesin yang merekodkan penjumlahan undi secara maya boleh dipertikai dengan pertambahan undi yang sukar untuk dikesan.

Ketiga:Kos Pemasangan dan Pengendalian yang tinggi



Software atau mesin yang digunakan dalam e-undi sememangnya mahal dan memerlukan peruntukan kewangan yang tinggi. Tidak sekadar itu, pakar-pakar komputer tentang metod berteknologi tinggi akan didatangkan khas untuk mengendalikan mesin ini. Dilaporkan bahawa mesin yang digunakan di Brazil yang dikeluarkan oleh Diebold, mencatatkan harga 67 juta dollar Amerika dan syarikat ini terpaksa melatih petugasnya untuk mengawalatur mesin agar berjalan lancar. Pihak universiti terpaksa membelanjakan sejumlah wang yang banyak semata-mata untuk memperbaharui metod pengundian. Kenapa tidak didahulukan kewangan yang ada kepada meningkatkan proses pembelajaran di universiti. Jangan kita terpaksa menggadaikan nilai intelektual universiti hanya kepentingan komersial pihak tertentu.

Keempat:Pencabulan Amalan Demokratik Kampus



Bermulanya pilihanraya tahun 2004 merupakan sejarah hitam dalam kamus demokrasi kampus apabila pihak HEP terang-terangan melakukan penyelewengan dengan dibantu dengan campurtangan politik luar bagi memenangkan Aspirasi untuk memegang teraju MPM seluruh kampus. Ugutan dan penyalahgunaan kuasa untuk tempoh berkempen serta beberapa salahlaku menampakkan insiden ini mencalar demokrasi. Tambahan pula, e-undi dilihat begitu kontradik dengan realiti sebenar masyarakat yang masih mengakui sistem pilihnraya secara memangkah kertas adalah terbaik berdasarkan keperluan rakyat. Mengapakah pihak universiti begitu bersungguh dalam melaksanakan e-undi sedangkan citra masyarakat di luar berbeza dari sudut amalan demokrasinya. Mengapakah PRK tidak cuba memperbaiki keadaan parah sedia ada yang mengongkong kebebasan malah bersedia mengubah peraturan yang disifatkan drakonian. Manakah yang menjadi keutamaan antara maruah mahasiswa dengan sistem e-undi yang diagungkan. Bersama memperteguhkan amalan demokrasi kampus.

Rancakkan agenda memaknakan mahasiswa

Seharusnya mahasiswa perlu belajar banyak perkara di kampus termasuk etika hidup bermasyarakat kerana mereka akan keluar sebagai agen sinergi pencerahan minda. Hanya dengan kefahaman yang jitu, mereka akan beraksi dengan penuh iltizam untuk mengubah status sosioekonomi masyarakat. Modal insan yang baik hanya akan lahir daripada rahim universiti yang mengajar erti menghargai sebuah penghidupan sementara di alam kampus. Bertindaklah secara glokal dalam mendepani perubahan dalam ruang lingkup peluang yang ada. Generasi yang buta politik adalah mereka yang gagal memahami konteks hidup bermasyarakat disebabkan keengganan melibatkan diri dalam sebarang aktiviti sosial. Mari kita bina generasi yang kaya budi dan intelektual agar tidak menyesal di kemudian hari. Agar kita tidak dipersalahkan atas kebutaan generasi terkemudian yang bakal mewarnai marcaparda wawasan 2020.

Friday, January 1, 2010

Who Needs an Islamic State..pertembungan dua jalur pemikiran

Salam thun baru 2010. Mudah-mdahan thun baru hijrah dan masihi yang baru menjengah ini menjadikan kita terus komited dalam meningkatkan pemahaman kita beragama dan berusaha mempraktikkan segala jalan penyelesaian terbaik buat masyarakat.

Ramai yang mengimpikan tertegaknya negara Islam. Tetapi bagaimana rupa bentuk acuan terbaik dalam zaman kini. PAS masih lagi komited memperjuangkan hasrat menegakkan negara ISLAM meskipun bergabung dalam rakan politik Pakatan Rakyat. Soal penerimaan DAP yang tidak menerima konsep negara Islam tidak timbul walaupun terdengar suara keras daripada mereka suatu ketika dahulu. Konvensyen Pakatan Rakyat baru-baru ini ckup memberi jawapan muktamad kepada persoaln yang timbul. Boleh rujuk dalam artikel Bahasa Baru. Tun Mahathir pun dahulu kala pernah mendakwa Malaysia sekrang adalah negara Islam contoh. Masing-masing mendakwa inginkan negara Islam termasuk kelompok Hizbul Tharir. Soalnya, sejauhmana pemahaman konsep Hirasah Ad-Deen wa Siasah ad-Duniya bihi dapat dipraktikalkan oleh ahli gerakan Islam dan mungkin video dibawah boleh dikaji dan dibuat bahan perbincangan dalam kelompok usrah. Teringat kata Said Hawwa dalam Jundullah:

" Aku tidak termasuk kelompok yang mereka bercita-cita inginkan Islam kembali sebelum ini. Berpakat dalam soal usul tetapi khilaf dalam soal furu'. Sekiranya berpakat dalam usul dan furu' pun tetapi masih gagal implementasinya dalam rangka kerja masa kini. Terserah kepada masa untuk menentukan dan yang pasti kita bekerja untuk memastikan Islam dapat didaulatkan."

Video ini adalah diskusi kepada buku Who Needs an Islamic State tulisan Dr Abdelwahab El-Affendi, Pensyarah kanan di the Centre for the Study of Democracy, University of Westminster, London. Program yang disiarkan di Islam Channel, UK ini dipengerusikan oleh Anas Altikriti, chief executive of The Cordoba Foundation dan panelis keduanya pula adalah Taji Mustafa dari Hizbul Tahrir .




Selamt menonton..!

Thursday, December 31, 2009

Rohingya: menguji empati ummah




Berita pembantaian tentera Zionis ke atas penduduk semenanjung Gaza telah banyak diulang-ulang dan malahan angka korban yang terbunuh setakat ini mungkin sudah mencecah jutaan insan tidak berdosa. Namun sejauhmana sensitiviti Dunia Islam terhadap penderitaan tersebut. Liputan meluas media terhadap isu Palestin sewajarnya dipandang serius oleh semua atas semangat kemanusiaan dan belas ihsan terhadap mereka yang telah dizalimi dalam tanah air mereka.


Derita episod umat Islam yang bersifat minoriti seperti Xin Jiang, Republik Besar China, Selatan Thailand dan Mindanao, Selatan Filipina dan malahan banyak lagi terus diganyang untuk memastikan sebarang unsur Islam yang dikhuatiri mengancam daulat kerajaan zalim! Hari ini Islam dipersalahkan dan dituduh sebagai agama yang menganjurkan ekstrim dan radikalisme dalam menggugat kerajaan. Semua berita mendakwa bahawa kerajaan hanya beralasan dangkal iaitu menjalankan tugas untuk memastikan keamanan dan menggunakan lesen besar tajaan Amerika untuk memerangi keganasan yang dikaitakan dengan umat Islam. Satu cabaran terbesar yang seharusnya ditangani dengan cerdik bukan dengan emosi oleh dunia Islam.



Rohingya adalah satu lagi episod sedih duka etnik di Arakan, Burma yang kerjaan junta pimpinan Jeneral Than Shwe telah melancarkan genosid (pembersihan etnik) besar-besaran untuk memastikan tiada seorang pun terlepas untuk mendapatkan hak berkehidupan seperti insan normal lain. Cengkaman militer hari demi hari telah menyebabkan etnik ini tersempit dan terseksa di bumi tanah air sendiri. Penulis terkejut bahwa pelan ini adalah cukup terancang melalui ‘Pelan 20-tahun Pembasmian Rohingya’ (the 20-year Rohingya Extermination Plan). Malah, Majlis Negeri Arakan (Arakan State Council) di bawah kawalan langsung Majlis Negara Burma (State Council of Burma) telah melancarkan ‘kod operasi’ yang dinamakan ‘Naga Min’ (King Dragon Operation). Ini merupakan operasi terbesar, terkejam dan mungkin yang terbaik pernah didokumentasikan pada tahun 1978.



Antara mekanisme kezaliman yang dilakukan oleh tentera junta Myanmar:


  • Rampasan harta benda Rohingya dan diagihkannya kepada penduduk kampung Buddha yang menjadi kampung contoh. Kampung contoh ini diwujudkn hasil daripda agihan harta haram dan setiap 70-100 penduduk ini dihadiahkan 4 ekar tanah.

  • Perang saraf dicetuskan dengan pengedaran buku dan pita rakaman yang menghina Islam dan mewujudkan propaganda anti Rohingya.
  • Menafikan hak etnik Rohingya untuk mendapatkan pendidikan bertujuan menjadikan generasi muda mereka buta huruf dan mengurangkan tentangan pada masa depan.Hampir 80 peratus kini buta huruf hasil tindakan terancang ini.!
  • Dalam jangka masa 20 tahun, tiada lagi simbol beridentitikan Islam kerana masjid dan madrasah dirobohkan malah di Arakan daerah asal etnik ini telah diperbanyakkn pagoda. Demografi Arakan berubah kepada penempatan Buddha serta-merta.


Banyak lagi sebenarnya penindasan zalim yang dilakukan tetapi apa guna disenaraikan semua kalau tiada tindakan dibuat. Cuba berempati kepada orang lain dengan meletakkan diri kita pada tempat mereka yang dizalimi. Kita kini hidup selesa dan keselsaan yang kita kecapi kini lebih banyak mendatangkan kekalutan sosial melampau. Penulis cuba untuk membawa perhatian semua akan semua cerita duka ini dengan kaitan mafhum hadis yang mengatakan umat Islam adalah seperti satu jasad dalam konteks kasih sayang dan persaudaraan. Dan jika satu anggota mengadu kesakitan semua pasti menanggung sekali. Kegagalan menyelami prinsip tersebut dalam sesetengah sabda Nabi SAW mengheret kepada gagal menghayatinya dalam bentuk akhlak. Apabila gagal menghayatinya sebagai akhlak maka lazimnya jauh sekali ia dapat merasa relevennya ia menjadi hukum.



Sejauh mana kita sering memikirkan perkara ini sebelum bertindak? Sudahkah kita berusaha memastikan apa yang kita tidak suka dilakukan ke atas diri, tidak dilakukan ke atas orang lain? Adakah kita bersedia untuk empati terhadap nasib orang serantau dengan kita malah seagama dengan kita sedangkan kita gagal untuk berlaku adil sesama kita dalam konteks kita di Mlaysia. Lyanan kerajaan kadang2 terhadap rakyat yang tidak 'menyebelahinya' berat sebelah. Sabda nabi tersebut menggesa kita meletakkan diri sendiri sebagai titi untuk memahami perasaan orang lain. Jangan kerana ingin jaga status quo kerajaan pentingkan diri sendiri dan cuba berolok-olok empati sekiranya gagal dalam realiti masalah mengurus varieti jalur pemikiran yang tidak sehaluan dengan meraka..

Dinar emas: kemestian yang dipandang remeh




Hari ini, sistem kewangan Islam berteraskan dinar emas sebagai alat pertukaran (medium of exchange) masih lagi belum dijejakkan ideanya dalam konteks realiti. Biarpun, ramai menanggapi ini merupakan senjata ampuh dunia Islam yang menghadapi elemen konvesional sistem kapitalis Barat yang berunsurkan riba dan penindasan kepada dunia. Selama ini, kekuatan ekonomi ciptaan Barat hanya berteraskn kepada riba, sistem wang kertas janji kosong dan cetakan wang kertas tanpa sandaran. Sistem wang fiat yang hanya berasaskn persepsi kepercayaan dunia terhadap nilaian dagangan (komoditi) dan lambakannya tanpa sandaran emas menyebabkan kadar inflasi begitu tinggi dan susutnya kuas beli pengguna.


Walapun, dibentang dengan fakta dan sejarah terhasilnya wang fiat yang kita gunakan kini yang disinonimkan dengan Bretton Woods selepas perang dunia kedua namun umat Islam terikat untuk bergerak dalam kerangka kewangan sendiri kerana masing-masing terikat dengan perjanjian yang dipersetujui bersama dengan IMF supaya nilai diperakukan (legal tender) hanya berasaskan kepada mata wang yang dikeluarkan oleh bank kerajaan sahaja. Tiada dinar emas dan perak sama sekali. Semua akur dan diam dengan kehendak sistem kewangan global yang tidak terikat dengan mana-mana kekayaan sebenar intrinsik seperti emas dan perak. Sekiranya US batuk, seluruh dunia akan mendapat tempias penyakitnya kerana hampir semua komoditi dunia masih terikat nilainya dengan dolar US.


Penulis terasa terpanggil berkongsi bahawa pentingnya dinar emas dijadikan subjek hangat untuk ditetliti secara serius khususnya untuk dibumikan kewujudannya sebagai nilai mata wang (currency). Nilai emas tidak akan susut mendadak bahkan sentiasa naik dan stabil . Beberapa perkongsian dalam memahami realiti ekonomi global dan halatuju ekonomi ummah:


• OIC perlu diberi wajah baru dalam memperkasakan ekonomi ummah. Penggunaan sumber kekayaan seperti minyak perlu diperkemaskan strategi pengagihannya dan perkongsian pintar dalam memastikan pemindahan teknologi yang sesuai antara negara-negara umat Islam dapat dipusatkan untuk pembinaan blok kuasa ummah menghadapi badai rakus kapitalis. Guna sumber kekayaan untuk selesaikan masalah ekonomi dan sosial ummah.


• Alternatif kepada mata wang dunia mesti diwujudkan sesegera mungkin memandangkan dolar US sudah menemui jalan buntu untuk terus survival. Dinar dilihat mata wang yang tiada manipulasi, tiada inflasi, dan tiada spekulasi dapat memastikan spekulator matawang dunia terduduk diam dalam mengaut keuntungan senyap-senyap. Di Amerika sendiri, sudah ada sekelompok yang bangun untuk menidakkan kuasa dolar iaitu Liberty Dollar yang telah menrik 5 juta komuniti US.. Mana suara dunia Islam?


• Perlu perbincangan serius meja bulat antara cendikiawan Islam melewati ulama’ fiqh muamalah, saintis muslim dan pelbagai tokoh politik yang melatari geografi dunia Islam untuk mempelopori mekanisme terbaik dalam praktikal penggunaan dinar emas. Wujudkan sebuah forum atau board khas perlaksanaan dinar emas sebagai medan perbincangan dan tanda kesungguhan sehingga terhasilnya blue print dan black white. Sehingga kini, idea masih diperingkat awangan walaupun terdengar getusan pemimpin namun tiada tindakan susulan yang prokatif dan agresif. Mana silapnya?


• Dunia masa akan datang akan berhadapan realiti ekonomi berasaskan kreativiti dan inovatif. Dunia Islam mesti membentuk asas inovasi dengan berasaskan pemahaman mereka menegenai agama. Jangan terlalu tenggelam dengan kegemilangan masa silam tetapi bangkit berhadapan realiti dengan berusaha memanfaatkan potensi yang ada. Bina pemahaman dengan maksud Islam dalam konteks civilizing force berpandukan asas Rasullulah membangunkan alam dan modal insan.


Hari ini, dunia Islam mesti melibatkan secara langsung dan aktif malah responsif dalam aktiviti ekonomi global. Dinar emas bukan lagi alternatif tetapi kemestian yang wajib digunapakai oleh seluruh dunia Islam. Pemahaman asas tentang mikro ekonomi dan mkaro ekonomi adalah batu asas dalam berhujah dengan sistem ekonomi korup. Tawarkan jalan terbaik Islam sebagai agenda baru untuk sumber menguruskan kekayaan negara terbaik untuk menikmati kemakmuran. Kerana ia, ibadah dapat disempurnakan dan Islam tidak menjadi fitnah lagi.!

Tuesday, December 15, 2009

Suara Malaysia tenggelam dalam isu perubahan iklim



Dunia yang kita diami kini semestinya sementara dan tidak kekal lama. Tambahan pula, dunia bersifat pinjaman dan amanah yang mesti dipelihara sebaik mungkin oleh bangsa insani. Sunnguhpun begitu, berapa ramai yang menyedari hakikat dan gagasan idea penciptaan manusia selaku khalifah yang ditugaskan untuk memakmurkan dunia. Manusia akan mula menghargai perkara yang semakin dirasakan akan hilang dan akan berupaya untuk mempertahannya. Dunia kini berhadapan dengan isu perubahan ilkim yang mendadak akibat kadar pelepasan karbon yang begitu tinggi oleh negara maj yang menjadi petualang utama pemanasan global. Suhu harian kita sekarang lebih panas berbanding 12 tahun yang lalu, kemarau Afrika semakin meruncing dan paras air lautan dunia meningkat saban hari dek kerana bongkah ais kian cair. Peduli apa dengan perubahan iklim?



Walaupun pelbagai gambaran buruk yang dipaparkan, Malaysia tidak memandang isu ini kritikal untuk dibincangkan dan diwacanakan. Dan rata-rata masyarakat Malaysia lebih cenderung untuk risau terhadap penyakit berjangkit seperti selsema babi dan isu jenayah picisan. Pemikiran dangkal sesetengah individu termasuk kadang-kadang pak menteri melihat isu ini hanya seperti isu remeh dan tidak layak untuk dibahaskan secara serius kerana negara bukan tergolong di kalangan negara-negara maju. Malah, negara masih melihat soal pencemaran fizikal sahaja sebagai ancaman dan tidak melihat keseimbangan alam yang terjejas akibat tangan rakus manusia. Soalnya, penglibatan secara kolektif bersama dunia mesti digerakkan untuk menyatakn keberadaan Malaysia secara prokatif untuk menyumbang idea dan dana bagi tujuan memastikan kelestarian alam terus terjamin.



Selepas dua persidangan di Rio de Janeiro dan Kyoto sehingga termeterainya Protokol Kyoto yang dijangka menlewati tarikh luputnya pada 2012, dunia masih kabur dan tiada tanda-tanda positif untuk mengurangkan pelepasan karbon. Kini dunia masih mengharapkan Persidangan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Mengenai Perubahan Iklim (COP15) untuk mencari jawapan muktamad untuk kesediaan yang boleh dipersoalkan untuk menuruti resolusi yang bakal diputuskan. Barat yang terdoktrin dengan fahaman jalur pemikiran saintisme dan ini telah di anggap mazhab yang autonomi dalam mencorak dunia sains Barat. Mereka melihat alam sebagai makhluk yang tiada bernyawa dan robot sepertimana tamsilan Rene Descartes yang mengatakan alam ini hanya mesin mekanikal semata.!



Kini, persoalan menjaga kelestarian alam mesti digalaskan kembali oleh dunia Islam. Dan worldview Islam yang jelas terhadap alam sekitar mesti dijadikan agenda utama memerangi sebarang aktiviti yang boleh menrosakkan sistem keseimbangan alam.sebagai uamt Islam, agama mengajar kita supaya memelihara alam untuk menjaga agama kita. Ini kerana sebarang usaha merosakkan alam sekitar dan dosa mencemarinya adalah mengganggu intipati kehidupan beragama. Dalam erti kata lain, kebiadapan mengeksploitasi alam sekitar tanpa mengambil kira soal adab dan tatasusila melambangkan kerendahan moral tamadun meskipun terma pembangunan celupan Barat menjadi agenda kemajuan mereka. Suara kita tidak sepatutnya tenggelam dan mesti beralih kepada penyumbang bukan hanya selesa dengan status penerima bulat-bulat idea. Negara Islam mesti tekad menyatakan komitmen untuk kelestarian alam dengan lebih konkrit dengan tidak hanya bergantung terus dengan bahan bakar petrol sahaja malah membuka sejarah kepada pengkajian tenaga hijau.