Showing posts with label global. Show all posts
Showing posts with label global. Show all posts

Tuesday, December 15, 2009

Suara Malaysia tenggelam dalam isu perubahan iklim



Dunia yang kita diami kini semestinya sementara dan tidak kekal lama. Tambahan pula, dunia bersifat pinjaman dan amanah yang mesti dipelihara sebaik mungkin oleh bangsa insani. Sunnguhpun begitu, berapa ramai yang menyedari hakikat dan gagasan idea penciptaan manusia selaku khalifah yang ditugaskan untuk memakmurkan dunia. Manusia akan mula menghargai perkara yang semakin dirasakan akan hilang dan akan berupaya untuk mempertahannya. Dunia kini berhadapan dengan isu perubahan ilkim yang mendadak akibat kadar pelepasan karbon yang begitu tinggi oleh negara maj yang menjadi petualang utama pemanasan global. Suhu harian kita sekarang lebih panas berbanding 12 tahun yang lalu, kemarau Afrika semakin meruncing dan paras air lautan dunia meningkat saban hari dek kerana bongkah ais kian cair. Peduli apa dengan perubahan iklim?



Walaupun pelbagai gambaran buruk yang dipaparkan, Malaysia tidak memandang isu ini kritikal untuk dibincangkan dan diwacanakan. Dan rata-rata masyarakat Malaysia lebih cenderung untuk risau terhadap penyakit berjangkit seperti selsema babi dan isu jenayah picisan. Pemikiran dangkal sesetengah individu termasuk kadang-kadang pak menteri melihat isu ini hanya seperti isu remeh dan tidak layak untuk dibahaskan secara serius kerana negara bukan tergolong di kalangan negara-negara maju. Malah, negara masih melihat soal pencemaran fizikal sahaja sebagai ancaman dan tidak melihat keseimbangan alam yang terjejas akibat tangan rakus manusia. Soalnya, penglibatan secara kolektif bersama dunia mesti digerakkan untuk menyatakn keberadaan Malaysia secara prokatif untuk menyumbang idea dan dana bagi tujuan memastikan kelestarian alam terus terjamin.



Selepas dua persidangan di Rio de Janeiro dan Kyoto sehingga termeterainya Protokol Kyoto yang dijangka menlewati tarikh luputnya pada 2012, dunia masih kabur dan tiada tanda-tanda positif untuk mengurangkan pelepasan karbon. Kini dunia masih mengharapkan Persidangan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Mengenai Perubahan Iklim (COP15) untuk mencari jawapan muktamad untuk kesediaan yang boleh dipersoalkan untuk menuruti resolusi yang bakal diputuskan. Barat yang terdoktrin dengan fahaman jalur pemikiran saintisme dan ini telah di anggap mazhab yang autonomi dalam mencorak dunia sains Barat. Mereka melihat alam sebagai makhluk yang tiada bernyawa dan robot sepertimana tamsilan Rene Descartes yang mengatakan alam ini hanya mesin mekanikal semata.!



Kini, persoalan menjaga kelestarian alam mesti digalaskan kembali oleh dunia Islam. Dan worldview Islam yang jelas terhadap alam sekitar mesti dijadikan agenda utama memerangi sebarang aktiviti yang boleh menrosakkan sistem keseimbangan alam.sebagai uamt Islam, agama mengajar kita supaya memelihara alam untuk menjaga agama kita. Ini kerana sebarang usaha merosakkan alam sekitar dan dosa mencemarinya adalah mengganggu intipati kehidupan beragama. Dalam erti kata lain, kebiadapan mengeksploitasi alam sekitar tanpa mengambil kira soal adab dan tatasusila melambangkan kerendahan moral tamadun meskipun terma pembangunan celupan Barat menjadi agenda kemajuan mereka. Suara kita tidak sepatutnya tenggelam dan mesti beralih kepada penyumbang bukan hanya selesa dengan status penerima bulat-bulat idea. Negara Islam mesti tekad menyatakan komitmen untuk kelestarian alam dengan lebih konkrit dengan tidak hanya bergantung terus dengan bahan bakar petrol sahaja malah membuka sejarah kepada pengkajian tenaga hijau.

Sunday, September 6, 2009

Izinkan aku mengagumi Jepun...

Yukio Hatoyama


Diriku teruja bukan kerana kemajuan yang berjaya dicipta oleh sebuah negara bangsa ini sehingga kadangkala Barat terpaksa akur dengan negara matahari terbit. In satu hakikat yang tidak dapat dinafikan kebenarannya sehingga mantan PM, Tun Mahathir sendiri pada awal era kekuasaannya melihat Jepun sebagai model negara yang patut ditauladani baik dari sikap rakyatnya dan kepesatan ekonomi yang memuncak. Malah kaitan pertalian dalam batas geografi Asia menjadikan Jepun lebih berkelayakan berbanding negara-negara maju lain. Dan akhirnya dasar pandang ke Timur digagaskan.


Jepun yang pada ketika dahulu pada pertengahan awal 19 telah menamatkan dasar pemencilan negara (dasar tutup pintu) dan mula menerima pakai budaya dan teknologi Barat tetapi dengan tidak menghilangkan identiti kebudayaan bangsa mereka iaitu dalam konteks acuan mereka sendiri. Tetapi sains dan teknologi bukan sahaja datang sekadar fizikalnya semata-mata malah juga membawa sarat mafsadah kerosakan yang melata sifatnya sehingga budaya dan agama sesuatu bangsa terhakis.


Tetapi apa yang dikagumi adalah sikapnya yang sanggup berubah dalam pilihanraya baru-baru ini yang melihat kepada Parti Demokrat Jepun (DPJ) menguasai lebih 300 kerusi daripada 480 kerusi dewan rendah Parlimen yang dipertandingkan. Sekaligus menafikan pemerintah tradisi dalam politik Jepun Parti Liberal Demokrat (LDP) yang telah berkuasa sejak 1955. Mutakhir ini banyak negara-negara maju seperti Amerika Syarikat dan Jepun sendiri telah bangkit membawa perubahan gergasi dalam sistem politik mereka. Kekalahan LDP telah membuka peluang kepada Ketua DPJ, Yukio Hatoyama untuk menggnatikan Aso sebagai perdana menteri. Manifesto yang dicanangkan amat bersifat optimis dan bersifat keperluan yang mendesak tatkala ekonomi dunia menunjukkan tanda-tanda buruk yang berpanjangan dengan kadar pengangguran yang semakin bertambah. Antara janji DPJ adalah untuk memberi 26,000 yen sebulan kepada setiap anak dalam keluarga untuk memudahkan kos menguruskan pendidikan anak-anak. Malah, cadangan untuk menghapuskan tol, tawaran pendidikan tinggi percuma dan pendapatan bantuan kepada petani serta elaun bulanan diberikan kepada pelatih dalam kursus pra pekerjaan.


Tampak apa yang digula-gulakan oleh parti yang bertanding semuanya manis dan masa untuk walk the talk telah bermula bagi meyakinkan rakyat yang menyokong mereka bagi membawa perubahan yang hakiki. Tetapi, rakyat Jepun telah menjadi kayu aras yang jelas bahawa mesej perubahan telah sampai dalam nadi benua Asia. Cuma beberapa indikasi yang mesti ditekankan oleh parti baru memerintah dan government in waiting:
• Rakyat walaupun kadangkala bijak memilih dan sudah well informed tentang kebobrokan parti lama. Ini tidak bermakna mereka tidak akan berpaling kepada yang lama setelah bosan melihat janji parti baru merintah tidak dibumikan. Pemerkasaan untuk menerangkan serta memahamkan asas perjuangan sesuatu kumpulan mesti ditingkat. Apa yang boleh dikatankan, citizen is well informed but not politically connected.
• Malah parti Islam seperti PAS boleh dikatakakn mesti relevan dalam arena politik tanah air apabila sentiasa menunjukkan semnagt kesetiaan dan kebertanggungjawaban dalam membina negara. Ia seharusnya tampil dari inspirasi cita-cita nasional.
• Penonjolan tokoh-tokoh lain yang berkaliber dan berkeyakinan dalam merubah kondisi parah masyarakat hasil tinggalan sisa-sisa parti terdahulu.
• Jangan jadi seperti kumpulan alternatif kepada alternatif. Istilah ini telah diungkapkan oleh YB Mujahid Rawa bahawa harapan dan aspirasi kumpulan alternatif yang menggantikan pemrintah terdahulu mesti dilaksanakan sebaik mungkin. Kalau tidak kemungkinan timbul kumpulan lain yang merelevankan kewujudan mereka untuk mengalternatifkan anda.!

Thursday, August 20, 2009

Menjejaki hubungan dua hala antara Alam Melayu dan Khilafah Uthmaniyah.




Prof Syed Muhammad Naquib al-Attas dalam bukunya Islam dalam Sejarah Kebudayaan Melayu menukilkan bahawa kedatangan Islam di Kepulauan Melayu merupakan satu peningkatan akal dan budi orang Melayu kerana transformasi besar yang telah mengubah world view dan sistem nilai pemikiran orang Melayu kepada konsep yang lebih luas dan mulia sehinggakan pendidikan yang pada asalnya diswastakan kepada golongan bangsawan akhirnya dinikmati oleh semua lapisan masyarakat.


Islam yang melimpah rahmatnya di bumi Farsi terus merentasi Bilad al-Sham dan Mesir. Dan juga melewati al-Hind dan Tanah Besar China sebelum sampai ke Bilad al-Jawi. Perubahan yang baru dalam melihat dunia telah dipasakkan oleh Islam kepada jiwa penganutnya merangkumi faham ilmu, ekonomi dan keadaan sosial pada ketika itu. Mengikut catatan sejarah klasik yang dipercayai kesahihannya mengatakan bermulanya era pengislaman Alam Melayu melalui jalan perdagangan. Penulis optimis bahawa pedagang Arab yang menyampaikan Islam di Alam Melayu telah melaksanakan misi Islam secara bijaksana setelah melihat menebalnya fahaman Hinduisme yang menjadi pegangan Alam Melayu sejak sekian lama. Strategi yang digunakan mereka bukan terus menyebarkan secara membuta tuli tanpa menyelidiki status sosial masyarakat terdahulu bahkan mereka cuba mengislamkan kepala masyarakat iaitu Raja yang menjadi ‘pusat’ ketaatan seluruh rakyat dan payung keselamatan mereka. Parameswara yang diislamkan menukar nama kepada Sultan Iskandar telah berjaya mempengaruhi rakyat bawahannya. Begitu juga terjadi kepada kerajaan Pasai dan Acheh.


Namun, kemakmuran Melaka sebagai lokasi strategik perdagangan dan pusat penyebaran Islam telah menarik minat Portugis untuk menguasai jalan perdagangan dan pada masa sama menjalankan misi kristinianisasi ke atas majoriti muslim. Melaka masyhur sebagai pusat kegemilangan perdagangan pada ketika pemerintahan Sultan Mansor Syah (1458-1477). Perancangan diatur oleh pihak kolonialis Barat untuk merampas Alam Melayu dan Melaka tidak terkecuali menerima penentangan hebat dari soldadu Portugis. Di tambah pula dengan kelemahan pentadbiran, masalah dalaman dan kelemahan militari yang timbul pada era Sultan Mahmud Syah. Dan akhirnya, tahun 1511 menyaksikan Melaka yang telah berkubu selama sebulan daripada serangan Portugis jatuh dan rebah dan lenyaplah identiti Kesultanan Melayu Melaka yang diasaskan pada 1400.


Pada zaman klasik Alam Melayu, Acheh dilihat mempunyai hubungan diplomatik yang kuat dengan Khilafah Uthmaniyah. Ini dibuktikan dengan fakta-fakta berikut:
• Sultan Selim II (Khalifah Uthmaniyah) telah menghantar bantuan armada ketenteraan untuk membebaskan Melaka daripada Portugis pada 1519.
• Menyedari ketenteraan Turki yang amat diperlukan untuk membebaskan Melaka, Sultan Alauddin Riayat Shah al-Kahhar (pemimpin Acheh) telah membentuk pasukan elit untuk membebaskan wilayah di utara Sumatera dengan dibantu oleh Hamid Khan, ketua turus angkatan perang Turki pada 1539.
• Penubuhan Akademi Ketenteraan, Askeri Beytul Mukaddes yang diubah menjadi ‘Askar Baitul Maqdis’ dengan kerjasama khilafah uthmaniyah dan kerajaan Islam Acheh untuk melatih pejuang-pejuang serta pahlawan terbilang.
• Nur Al-Din Al-Raniri dalam Bustan Al-Salathin meriwayatkan, Sultan Ala Al-Din Riayat Syah al-Kahhar mengirim utusan ke Istanbul untuk mengadap Khalifah.

Penulis mengamati bahawa hubungan yang akrab antara Alam Melayu dan Khilafah Uthmaniyyah yang dipaparkan telah berjaya mengurangkan pengaruh imperialisme Barat yang semakin tamak dalam menguasai sumber kekayaan tanah jajahannya. Justeru, beberapa teori dapat dicetuskan hasil pengamatan yang boleh dikongsi malah dikritik sekiranya terdapat kekurangan:
• Kerajaan Islam terdahulu telah mengambil jalan yang terbaik dalam membentuk ketumbukan yang utuh untuk melebarkan pengaruhnya dalam memastikan empayar islam terus berkembang. Kekuatan pertahanan Melaka dan Acheh sebenarnya hebat dalam sejarah perkapalan dan peperangan dalam rekod catatan sejarah dan mana mungkin sebenrnya boleh musnah dan tewas dengan persenjataan picisan Barat.
• Kekuasaan khilafah Uthmaniyah pada awal kegemilanganya telah menjadikan cegah rintang kepada sikap haloba penjajah Barat untuk menguasai lebih banyak kerajaan Islam.
• Sejarah kadangkala ditulis oleh mereka yang mendakwa membawa perubahan dan golongan yang 'menang'. Sedangkan mereka yang telah berjuang dan membawa panji kebenaran Islam serta dilabelkan sebagai golonagn kiri mahupun pemberontak tiada tempat dalam catatan sejarah. Dan jangan memandang kebanyakn fakta yang ditulis dalam buku sejarah sebagai kayu ukur menilai kebenaran.
• Negara bangsa ciptaan Barat yang mengilhamkan pasport dan sempadan memisahkan negara lain telah membuang semangat untuk hidup serumpun dalam alam Melayu. Tragedi Tak Bai yang berlaku berjiran dengan Mlaysia juga tiada suara dan bantuan dihulurkan tanda persaudaraan rumpun dan agama.

Dalam kita menyambut tahun kemerdekaan yang ke 52 pada kali ini, generasi yang sedang menikmati nikmat pembebasan lahiriah ini perlu diisi sebaik mungkin supaya sambutan setiap tahun tidak dijadikan semata-mata untuk sambutan tahunan yang kosong penghayatan malah perancangan untuk fasa kedua selepas 50 tahun kedua bagi memperkasakan generasi dan negara dapat direalisasikan.

Sebenarnya, sejarah Alam Melayu telah digelapkan oleh mereka yang dengki dan usaha untuk ops pembersihan fakta sebenar dalam buku sejarah berjaya dilakukan oleh Barat dengan mencuri manuskrip asal. Dan yang tinggal hanya sisa sejarah yang tidak penting dan kompilasi sejarah purba Mesolitik, neolitik dan Zaman Batu..Adakah ini sahaja yang hebat di mata kita?

Thursday, August 13, 2009

Konspirasi Barat dalam H1N1




Sejak dunia barat mengecapi renaissancenya pada awal abad 16 dan keluar daripda kongkongan belenggu gereja setelahmana menerima pencerahan daripada Dunia Islam, mereka telah berjaya menggerakkan sains dalam kerangka Barat yang jauh menyimpang daripada kuasa Ketuhanan. Dasar sekularisme yang berakar umbi terbit daripada golongan Illuminati dan mereka yang senasib dengan Galileo yang berfahaman Copernicus meletakkan satu tembok penghalang yang mustahil untuk dipertemukan titik persamaan dalam Kristian Katolik. Galileo dan Aristotle telah dianggap subjek penentangan sains dan agama. Kebangkitan sains pada zaman itu bukan sahaja dianggap bertentangan dengan semangat perjuangan gereja tetapi lebih penting menunjukkan bahawa perlunya kebebasan akal untuk berfikir.
Siri-siri peperangan juga telah banyak membantu kuasa imperialis dan sama sekali Barat yang sibuk ‘menjaja’ idea Burden of the White Men untuk membebaskan dunia daripada belenggu kemiskinan. Keperluan untuk menguasai dunia dan pada masa sama mengaut keuntungn secara percuma atas kapasiti sebagai ‘modal’ untuk memajukan Negara yang dijajah telah mendesak kuasa imperialis ini mencipta alatan militari dan kehendak perindustrian untuk menampung bahan mentah curian daripada tanah jajahan. Thomas Friedman dalam buku The World Is Flat dengan jelas menggambarkan situasi tersebut sebagai gelombang globalisasi kedua di mana syarikat multinasional gergasi seperti Syarikat Hindia Timur Inggeris pimpinan James Brooke dalam usaha menyebarluaskan pengaruh kapitalisme yang korup dan rapuh untuk tujuan kepenggunaan global. Ternyata membuahkan hasil dan ideologi ini telah sampai ke penghujung usia apabila mutakhir ini system ekonomi mereka gagal mempertahankan nilaian mata wang Dollar AS.
Namun, kapitalis dan speculator Wall Street tidak akan berdiam diri untuk menggadaikan system yang mereka dokongi dan pakatan untuk berkonspirasi sesama cendikiawan walaupun terpaksa mengorbankan prinsip ilmu dan nilai keadilan sejagat malah nyawa yang dipelihara mesti dilaksanakan sesegera mungkin untuk menyelamatkan AS sebagai kuasa unipolar dunia. AS terkenal dengan teori konspirasi yang dicipta mereka semata-mata mengalih pandangan utama dunia daripada membicarakan soal pokok. Maka tidak pelik kalau dikatakan kebanyakan penyakit jadian baru dunia masakini hasil dan lahir daripada makmal mereka. Banyak konspirasi besar dunia yang masih menjadi pertanyaan dunia dan boleh dipersoalkan tentang kebenarannya berdasarkan fakta. Antaranya, 9/11 WTC ranap musnah, pendaratan Neil Armstrong di bulan, pembunuhan John F.Kennedy dan baki lain dalam 10 teori konspirasi dunia. (Rujuk)


Bioterrorism atau biological weapon adalah senjata licik yang digunakan untuk mematikan individu tanpa mengira kawan atau lawan. (Rujuk) Pendekatan ini telah dipakai oleh AS dalm mencipta virus Ebola.(Rujuk) Sehingga kini masyarakat tidak didedahkan dengan maklumat pencegahan yang berkesan terhadap penyakit ini. Dan kemungkinan besar virus H1N1 yang telah mengorbankan nyawa kebanyakan orang adalah salah satu konspirasi Barat untuk mengaut keuntungan tatkala ekonomi dunia merundum..Penyelesaian tetap ada iaitu vaksin tetapi dijual dengan harga yang tinggi dan jelas menyebelahi golongan borjuis dan kaya untuk terus menapak kukuh dan meninggalkan jurang antara miskin. Konspirasi ini juga bukan untuk menenuhkan kocek kapitalis tetapi sebagi usaha mengurangkan populasi dunia yang semakin padat. Dan kenytaaan ini membuktikan bahawa Barat dan perusahaan ubatan benar-benar berkomplot untuk terus menjadikan penyakit sebagai medan mengaut keuntungan. Kevin Trudeau dalam buku best sellernya Natural Cures They Don’t Want You To Know About mendakwa terdapat informasi kesihatan yang penting telah disembunyikan dengan adanya konspirasi antara pengamal kesihatan dengan perusahaan ubatan. Menurut Trudeau, "Ada kelompok-kelompok tertentu, termasuk... industri ubat ... yang tidak menghendaki masyarakat memahami cara penjagaan kesihatan supaya tidak diserang berbagai macam penyakit...”
Disebalik keributan kita menangani virus H1N1 ini, Islam mesti mengambil tempat dengan cepat bagi mempromosi cara-cara pembersihan yang diamalkan oleh Islam sejak 1400 tahun lalu. Budaya membasuh tangan dan semua amalan pencegahan kesihatan untuk penyakit berjangkit seperti taun di zaman Nabi telah dipraktikkan dalam Hadith Baginda dan amalan ini 100% sama dan sepadan dengan apa yang dianjurkan oleh WHO. Ayuh,jalan kan tanggungjwab penyebar mesej murni Islam kepada DUNIA.