Showing posts with label ekonomi. Show all posts
Showing posts with label ekonomi. Show all posts

Thursday, December 9, 2010

Wedding Season



Setiap kali tiba musim persekolahan, maka secara tidak disangka datang dengan begitu banyaknya undangan majlis raja sehari sahabat penulis. Tiada yang salahnya untuk perkara itu, cumanya penulis gembira melihat rakan-rakan dan sahabat-sahabat yang telah berjaya melunasi sepruh daripada agama mereka dengan sunnah perkahwinan. Dan tahniah dan mabruk kepada sahabat, Abd Ghafar Paimin@Jep dan pasangan, Zuhaira Shamsudin@Aju, Hafizi Pauzi dan pasangan, Wan Zahidah, Basyirah Abd Rahman dan pasangan Syafiq Azfar dan lain-lain sahabat. Moga kalian dalam rahmatNya dan selamt menjalani kehidupan berumahtangga dalm suasana berkat dan mawaddah. Doa penulis mungkin hadiah kecil buat kalian, Barakallah wa baraka 'alaikuma wa jama'a bainakuma fil khair..
Bagi mereka yang masih bujang, kalian bukan tidak beruntung tapi nikmat bujang seharusnya digunapakai sebaik mungkin baik dalam mencari pengalaman yang berharga baik ilmu. Malah, jauh lagi untuk berkelana dan bermusafir atas muka bumi Tuhan bagi mengutip mutiara ilmu dan masih tercicir untuk dijadikan bekalan dan buah perkongsian yang paling bermakna ketika kalian berumahtangga. Bukan untuk menafikan tatkala sudah berkahwin tidak punya masa untuk perkara-perkara tersebut, masih boleh dilakukan cuma terbatas dengan amanah tanggungjwab berkeluarga yang septutnya diberi tumpuan lebih. Bagi penulis, inilah hadiah yang paling berharga untuk dijadikan pengikat kasih dan rasa mawaddah bagi mereka yang sudah berkahwin.
Bagi mereka yang masih 'mencari', teruskan mencari dan berusaha kerana itu lebih baik daripada terus menyerah kepada Allah tanpa usaha yang maksimum. Percayalah, di situ ada jalan dan berkemungkinan Dia ingin mengurniakan yang paling terbaik bagi mereka yang 'berliku' dalm menemui jodoh pilihan agama dan hatinya. Ada kemungkinan bunga yang disunting belum puas mekar atau si kumbang sesat dalam mencari bunga yang baik untuk ditagih madunya. Wallahua'alam.. Bagi mereka yang terpaksa 'menangguhkan' hari bahagia mereka disebabkan kekangan ekonomi, penulis mencadangkan duit zakat yang berlebihan diurus dan disalurkan kepda pasangan yang sudah bersedia tetepi belum punyai kedudkan ekonomi yang stabil. Jadikan panduan hadith Nabi S.A.W dalam mecari pasangan hidup baik dalam berkongsi rasa susah dan senang serta mempunyai kesatuan wawasan yang jelas dalam membngunkan ummah dalam medium 'ibadah' yng diharuskan ini. Hadith Rasulullah s.a.w pernah bersabda, “Seorang wanita itu dinikahi kerana empat; kerana hartanya, kerana keturunannya, kerana kecantikkannya dan kerana agamanya. Maka hendaklah kamu mengutamakan yang beragama, nescaya kamu berbahagia.”. Hadith ini telah direkodkan oleh kedua-kedua Imam Bukhari dan Imam Muslim di dalam kitab sahih mereka serta imam hadith yang lain.
Penulis optimis setiap sesuatu ada hikmahnya untuk diteladani oleh hambaNya. Namun, tatkala sahabat-sahabat yang telah mengakhiri zaman bujangnya dan telah lena ditemani dengan pasangan masing-masing tetapi diri penulis disibukkan dengan timbunan buku dan makalah ilmiah sebagai teman buat masa kini. Ya, di situ letaknya nilai lagi besar bersama ilmu.

Thursday, November 18, 2010

Idea that works and idea doesn't exist?


*

Jumlah pertambahan PASTI saban tahun semakin meningkat...Mengikut statisitik, tahun 2008 sebanyak 600 murid didaftarkan daripada 550, iaitu meningkat 9%. Tahun 2009, meningkat kepada 750, iaitu naik 25% dan tahun 2010 pula bertambah sehingga 879, iaitu sebanyak 17%. Dicatatkan bahwa jumlah kesluruhan PASTI di Wilayah Persekutuan adalah 17 buah premis PASTI berdaftar.

Penulis teruja melihat perkembangan PASTIyang positif makin meningkat. Kini sudah menjadi trends dan fenomena baru dalam masyarakat apabila ramai dikalangan ibubapa menghantar anak-anak kecil mereka ke Tadikan yang lebih bercorakkan Islamik atau lebih tepat lagi ke PASTI, baca Pusat Asuhan Tunas Islam kerana mereka inginkan anak mereka menjadi baik dan soleh pekertinya. Ini lagi berbaloi daripda menghantar ke TABIKA, KEMAS dan lain-lain pusat asuhan yang tiada unsur mendidik ke arah pembentukan insan yang baik akhlaknya. Bagi penulis, ini naluri fitrah semulajadi ibubapa untuk melihat anak mereka menjadi baik. dan mereka yakin hanya 'kilang yang baik' akan menghasilkan produk yang berkualiti sifatnya. Peranan ibubapa amat penting sehingga diberi penekanan dalam Islam melalui kalam Baginda, "Setiap anak dilahirkan atas fitrah, maka Ibubapalah yang mengyahudikan atau menasranikan atau memajusikannya," (Hadith Riwayat Bukhari daripada Abu Hurairah).

Idea penubuhan PASTI ini tercetus bila penulis dan beberapa sahabat bersembang di Ijtima Tarbawi Pemuda di Rusila. Ya, bermula dengan idea ini disusuli dengan perancangan untuk memastikan idea ini direalisasikan. Sememangnya idea is bullet-proof. But it's simply because the idea is unproven and untested. Even bullet-proof vest need to be tested thousand times before it can be claimed bullet-resistant. Potensi PASTI amat cerah untuk memperkukuhkan aspek siasah di mana penguasaan dan penbuhan institusi PAS amat penting untuk melegitimasikan serta menghilangkan fobia dan meraih kpercayaan masyarkat terhadap PAS untuk memerintah dan mengurustadbir. Bayngkan jika murid PASTI 50 dan setiap daripada mereka ada ibubapa serta penjaga dalam rata-rata 100 orang sudah pasti ia akan menjadi gelombang kesedaran dan mileage besar kepada gerakan Islam melibatkan aspek indirect dakwah . Lebih-lebih lagi digerakkan oleh anak muda. Ekonomi dapat dijana bilamana suber resources ada dan premis wujud, maka peluang pekerjaan dan duit poket lebihan dapat diperolehi hasilan aktiviti amal Islami yang memenuhi ruang premis tatkala wujudnya premis. Manfaatnya pulang kepada ummah dan penduduk sekitar..

Namun, pasti ada cabaran yang tidak dinafikan oleh penulis untuk meletakkan batu asas kepada sebuah institusi disamping kekangan komitmen sahabat-sahabat. Anngaplah ini sebagai amal jariah dan motivasi kita dalam mempersiapkan tenaga-tenaga muda yang kompeten. Medan kita untuk mendidik masyarakat adalah kepada mereka yang telah siap tertanam fikrah Islam.

Teringat bila penulis mengikuti persidangan Biomalaysia 2010 dimana Stevia, sejenis tumbuhan herba yang boleh dibuat alternatif kepada gula. Syarikat Pure Circle Mlaysia telah berjaya memetakan kewujudan mereka diperingkat global untuk berjaya mengabil bahgaian dalm pemprosesan stevia hingga ke peringkat penghasilan produk makanan bagi mereka yang menghidapi Diabetis. Teruja melihat pelan jangka masa panjnag mereka yang dikatakan begitu bersungguh-sungguh untuk meyakinkan masyarakat akan Stevia bilamana mereka sudah terbiasa dengan pengambilan gula. Penulis mengambil semangat mereka dalam megusahakan produk dan hasilan duniawi mereka tetapi berkeyakinan projek PASTI ini bukan sahaja manfaat di dunia tapi bersama menuai hasil di akhirat kelak. Dengan ini segala yang terBUKU di minda akan PASTI untuk menYAKINKAN bahwa Islam mampu setanding berhadapan dengan dunia realiti dan mengembalikan keprcayaan masyarakat terhadpa kebolehtadbiran gerkan Islam dan anak muda memimpin perubahan..sirru barakatillah..

p/s: Berbual dengan Dr Zuhdi Marzuki tentang pengalaman bersekolah anak beliau di oversea dimana menyaksikan anak beliau begitu teruja untuk terus berada di sekolah daripada berada dirumah kerana mendapati wujud suasana yang 'lain' daripada tempat-tempat lain. Dan, anak beliau menanti hari-hari mendatang dengan penuh energetik untuk hadir ke sekolah berbanding dengan suasana sekolah negara yang penuh dengan masalah sosial dan ditambah pula cdangan mewujudkan pendidikan seks. Nauzubillah..


Saturday, June 19, 2010

Indonesia tolak bantuan kita sebab sumber JUDI..




Demam world cup 2010 Afrika Selatan telah membuka tirainya. Semua orang termasuk penulis bersekang mata semata-mata untuk melihat pasukan pilihannya terus mengungguli setiap match yang berlangsung. Namun, di sebalik keghairahan World Cup 2010 penulis dan rakyat Malaysia tidak akan dilupakan dengan isu judi bola yang sememangnya HARAM tetapi dihalalkan oleh kerajaan Malaysia. Polis yang sepatutnya bekerja untuk mengurangkan jenayah yang lebih besar, telah terpaksa berjaga malam untuk mengesan judi haram bola sepak.

Isu ini perlu diambil serius, bukan masa untuk mendakwa ia telah dimanipulasikan oleh pihak pembangkang untuk kepntingan politik mereka. Tetapi, sudah menjadi kewajipan untuk menegur pimpinan yang gagal mengurustadbir ekonomi negara sehingga dah terlalu 'terdesak' untuk menjana pendapatan ekonomi negara dan ini merupakan tindakan siasah (baca:politik) yang harus dipuji demi menyelamatkan generasi akan datang daripada terus bergelumang dengan najis judi. Kita pun tidak ingin melihat hasil cukai perjudian ini terus mendarah daging dalam denyut nadi ekonomi kewangan negara. Penulis baru terlihat video perbahasan Dewan Rakyat mengenai isu cukai judi yang telah mengautkan keuntungan dan telah 'menyumbang' kepda pendapatan negara sebanyak RM 2,370,000.00. Banyak bukan? Menjadi kerisauan adalah hasil ini telah diagihkan kepada seluruh rakyat. Judi di negara ini telah menjadi industri yang tidak dapat tidak MESTI disokong oleh pemerintah untuk terus berkuasa.



Ketika mana Malaysia sibuk mengangkat nama sebagai hab produk halal dengan menganjurkan MIHAS(Malaysia International Halal Showcase) ke 7, eknominya bergelumang dengan sumber haram. Kita jangan sibuk mendabik dada dengan mengatakan kita juara dalam pengeluaran produk halal tetapi terus menaja industri judi sehingga kerajaan Indonesia telah menolak tawaran bantuan kemanusiaan Malaysia atas alasan Mlaysia negara judi!! Berikut komen yang diberikan untuk menolak bantuan;

Kami sangat berterima kasih atas kepedulian Pemerintah Malaysia, namun karena dibeberapa tempat terjadi penolakan disebabkan alasan judi, kami memilih untuk menolak bantuan Pemerintah Malaysia dengan bantuan negara lain” ujar Ketua Pengedaran Bantuan Bandar Minangkabau, Budi S Ervan.

Dalam sesetengah negara berlumba membina pusat-pusat perjudian dengan anggapan ia dapat meningkatkan hasil pendapatan negara, lain pula halnya sebuah negeri kepulauan kecil di Pasifik, Vanuatu, yang berpenduduk hampir 300,000 orang dan majoriti beragama Kristian. Kerajaan Vanuatu telah meluluskan akta pengharaman judi di negara mereka sejak tahun 2006 dan ia tidak mendapat sebarang bantahan dari rakyat malah dialu-alukan. Nah,bandingkan dengan negara kita yang mengaku negara Islam tetapi menjadi hero dalm isu perjudian dengan menghalalkan judi bola di samping lambakan judi yang sedia ada. Semua agama turut menentang judi kerana ia boleh memudaratkan masyarakat.

Sekiranya pungutan suara dilakukan di kalangan awam, juga ketua-ketua semua agama di Malaysia selain Islam, nescaya mereka akan bersetuju tentang kemudaratan judi dan arak kepada masyarakat, melebihi kebaikan. Penulis bukan anti sukan tetapi amat suka kalau industri sukan dibersihkan daripda unsur dosa. Biar segala perbuatan kita dikirakan sebagai ibadah hatta kita main bola..!Jom kita perangi judi habis-habisan.

Friday, April 30, 2010

Economy on Qardhawi's point of view..



Sama-sama hayati bait-bait kata tokoh intelektual zaman ini..MESTI TONTON.

Thursday, December 31, 2009

Dinar emas: kemestian yang dipandang remeh




Hari ini, sistem kewangan Islam berteraskan dinar emas sebagai alat pertukaran (medium of exchange) masih lagi belum dijejakkan ideanya dalam konteks realiti. Biarpun, ramai menanggapi ini merupakan senjata ampuh dunia Islam yang menghadapi elemen konvesional sistem kapitalis Barat yang berunsurkan riba dan penindasan kepada dunia. Selama ini, kekuatan ekonomi ciptaan Barat hanya berteraskn kepada riba, sistem wang kertas janji kosong dan cetakan wang kertas tanpa sandaran. Sistem wang fiat yang hanya berasaskn persepsi kepercayaan dunia terhadap nilaian dagangan (komoditi) dan lambakannya tanpa sandaran emas menyebabkan kadar inflasi begitu tinggi dan susutnya kuas beli pengguna.


Walapun, dibentang dengan fakta dan sejarah terhasilnya wang fiat yang kita gunakan kini yang disinonimkan dengan Bretton Woods selepas perang dunia kedua namun umat Islam terikat untuk bergerak dalam kerangka kewangan sendiri kerana masing-masing terikat dengan perjanjian yang dipersetujui bersama dengan IMF supaya nilai diperakukan (legal tender) hanya berasaskan kepada mata wang yang dikeluarkan oleh bank kerajaan sahaja. Tiada dinar emas dan perak sama sekali. Semua akur dan diam dengan kehendak sistem kewangan global yang tidak terikat dengan mana-mana kekayaan sebenar intrinsik seperti emas dan perak. Sekiranya US batuk, seluruh dunia akan mendapat tempias penyakitnya kerana hampir semua komoditi dunia masih terikat nilainya dengan dolar US.


Penulis terasa terpanggil berkongsi bahawa pentingnya dinar emas dijadikan subjek hangat untuk ditetliti secara serius khususnya untuk dibumikan kewujudannya sebagai nilai mata wang (currency). Nilai emas tidak akan susut mendadak bahkan sentiasa naik dan stabil . Beberapa perkongsian dalam memahami realiti ekonomi global dan halatuju ekonomi ummah:


• OIC perlu diberi wajah baru dalam memperkasakan ekonomi ummah. Penggunaan sumber kekayaan seperti minyak perlu diperkemaskan strategi pengagihannya dan perkongsian pintar dalam memastikan pemindahan teknologi yang sesuai antara negara-negara umat Islam dapat dipusatkan untuk pembinaan blok kuasa ummah menghadapi badai rakus kapitalis. Guna sumber kekayaan untuk selesaikan masalah ekonomi dan sosial ummah.


• Alternatif kepada mata wang dunia mesti diwujudkan sesegera mungkin memandangkan dolar US sudah menemui jalan buntu untuk terus survival. Dinar dilihat mata wang yang tiada manipulasi, tiada inflasi, dan tiada spekulasi dapat memastikan spekulator matawang dunia terduduk diam dalam mengaut keuntungan senyap-senyap. Di Amerika sendiri, sudah ada sekelompok yang bangun untuk menidakkan kuasa dolar iaitu Liberty Dollar yang telah menrik 5 juta komuniti US.. Mana suara dunia Islam?


• Perlu perbincangan serius meja bulat antara cendikiawan Islam melewati ulama’ fiqh muamalah, saintis muslim dan pelbagai tokoh politik yang melatari geografi dunia Islam untuk mempelopori mekanisme terbaik dalam praktikal penggunaan dinar emas. Wujudkan sebuah forum atau board khas perlaksanaan dinar emas sebagai medan perbincangan dan tanda kesungguhan sehingga terhasilnya blue print dan black white. Sehingga kini, idea masih diperingkat awangan walaupun terdengar getusan pemimpin namun tiada tindakan susulan yang prokatif dan agresif. Mana silapnya?


• Dunia masa akan datang akan berhadapan realiti ekonomi berasaskan kreativiti dan inovatif. Dunia Islam mesti membentuk asas inovasi dengan berasaskan pemahaman mereka menegenai agama. Jangan terlalu tenggelam dengan kegemilangan masa silam tetapi bangkit berhadapan realiti dengan berusaha memanfaatkan potensi yang ada. Bina pemahaman dengan maksud Islam dalam konteks civilizing force berpandukan asas Rasullulah membangunkan alam dan modal insan.


Hari ini, dunia Islam mesti melibatkan secara langsung dan aktif malah responsif dalam aktiviti ekonomi global. Dinar emas bukan lagi alternatif tetapi kemestian yang wajib digunapakai oleh seluruh dunia Islam. Pemahaman asas tentang mikro ekonomi dan mkaro ekonomi adalah batu asas dalam berhujah dengan sistem ekonomi korup. Tawarkan jalan terbaik Islam sebagai agenda baru untuk sumber menguruskan kekayaan negara terbaik untuk menikmati kemakmuran. Kerana ia, ibadah dapat disempurnakan dan Islam tidak menjadi fitnah lagi.!

Thursday, October 1, 2009

Berbaloikah F1 1 Malaysia?



Ketika terdengar kali pertama usaha Malaysia untuk menyertai Kejohanan Dunia Formula Satu (F1) pada tahun 2010 melalui Proton atau Lotus dengan menggunapakai tema gagasan 1 Malaysia, penulis berasa kagum dan tkjub sebentar melihat kesungguhan pemerintah dalam menaikkan imej negara dalam industri automatif negara. Namun bila difikir untuk lapis kedua dan setrusnya menampakkan kedangkalan yang nyata terutamanya manfaat yang rakyat dapat hasil daripada penyertaan ini dan manfaat yang diterima oleh Proton dalm memajukan bidang penyelidikan dan pembangunan (R & D) yang seharusnya menjadi teraju utama dalam memperkasakn industri automatif serta menyimpangnya konsep slogan ratib harian Perdana Menteri dalam 1 Malaysia iaitu rakyat didahulukan.


Penulis bukanlah golongan ‘yes sir man’ sentiasa dan setiap warganegara Mlaysia berhak bersuara menyatakan luahan mereka bukan kerana untuk menjatuhkan sesiapa tetapi atas dasar untuk melihat Malaysia ini membangun dengan lebih progresif tanpa mengabaikan prinsip asas kenegaraan dan negara ini untuk milik semua bukan untuk diswastakan untuk tujuan golongan tertentu.


Pada pengamatan penulis, ada beberapa intipati penting untuk dikongsi bersama apabila pasukan lumba F1 1 Malaysia diilhamkan.


• Kos operasi dan permulaan (initial cost) yang tinggi
Peruntukan sebanyak RM 57 juta bakal dilaburkan pada peringkat permulaan untuk meningkatkan mutu enjin yang sesuai buat memenuhi syarat paling asas dalam dunia pemotoran F1. Ketua Pasukan F1 1 Malaysia, Tony Fernandez juga memaklumkan bahawa bajet tahunan projek ini ialah RM 308 juta, dengan RM 168 juta sebagai kos permulaan dengan masing-masing mendapat dana suntikan terus daripada rakan kongsi projeksi gergasi ini, Air Asia dan Naza Motor. Kos operasi juga dijangka tinggi dengan penyediaan siaran langsung dan iklan yang menelan belanja yang tinggi untuk tujuan promosi. Tatkala keadaan ekonomi negara yang kembang kuncup, pemerintah mesti punya keutamaan yang mesti diutamakan dan berfikir untuk berusaha meningkatkan taraf hidup rakyat bawahan yang mesti menjadi perbincangan rutin harian seorang pemerintah. Biar berapa banyak dana yang disediakan, seharusnya pemerintah mesti berani untuk menzahirkan aliran keluar masuk dan perbelnjaan yang jelas tentang perjalanan untuk diakses oleh rakyat. Dalam memastikan konsep good governance dicapai, pemerintah mesti telus dan bersikap transparensi untuk memastikan manfaat F1 1M pulang kepada rakyat. Dan pada masa sama, rakyat tidak boleh mengharapkan semua yang dipinta dipenuhi dalm terma lain, up-bottom iaitu pelunasan tugas pemrintah untuk kehendak rakyatnya tetapi bottom-up juga bagi pihak rakyat adalah untuk menjadi pengguna yang berhemah dalam setiap kemudahan yang disediakan disamping berusaha untuk memaksimakan akses maklumat yang tepat.


• Populariti di gelanggang F1 tidak berkadar langsung dengan penjualan kereta di pasaran.
Generalisasi yang dangkal melihat tatkala sesebuah syarikat automatif menang beberapa siri perlumbaan maka secara automatik berlakunya peningkatan penjualan produk kenderaannya sebagai kesan berkadar langsung. Malah, jangkaan ini meleset dan buktinya dapat dibawa ialah Toyota yang merupakan juara pengeluar berjaya automatif biarpun tidak pernah menjuarai kejohanan F1 dalam tempoh tujuh tahun berbanding General Motor yang merupakan handalan di gelanggang F1. Malah, Hyundai dari Korea yang telah mencecah rekod penjualan tinggi dipasarn global tidak mempunyai pasukan F1. Inikan pula Malaysia yang jauh ketinggalan dari sudut teknologi automatifnya berkepingin mencuba nsib yang tidak tentu berhasil dek kerana negara kita bukan jagoan sukan permotoran F1.


• F1 kurang sesuai sebagai gelanggang terbaik untuk promosi Proton.
Sekiranya benar ramalan pemerintah dan Tony Fernandez yang mengatakan bahawa gelanggang F1 hanya satu-satu medan untuk mengubah persepsi dunia terhadap kereta nasional maka pasukan lumba F1 1 Malaysia mesti menang siri-siri perlumbaan yang disertainya. Tetapi, pasukan F1 1 Malaysia ini berkemungkinan tipis peluangnya kerana kurangnya pengalaman. Malah tidak keterlaluan dikatakan niat asal utuk mempromosi Proton di mata global menjadi bahan lawak dan sia-sia kerana tampil muncul sebagai mereka yang mengisi lorong-lorong belakang di setiap perlumbaan. Dan sekiranya penggabungan dengan Lotus yang dikatakan syarikat automatif yang punyai pengaruh dalam dunia pemotoran F1 maka Proton tidak tersilap langkah. Namun, sekiranya jangkaan Tony Fernandez yang mengandaikan Air Asia akan untung berlipatkali ganda dek kerana ramainya peminat tegar datang ke Litar Sepang mungkin ia agak logik untuk dipertimbangkan. Tetapi, pada akhirnya ia tidak mengubah persepsi global terhadap Proton. Malaysia sendiri bukan negara besar dalam dunia pemotoran F1 dan iklan promosi boleh dijadikan alternatif kepada penyertaan F1 yang tiada titik kepastian.


• Masa depan proton dipergadaikan
Proton bukan sahaja menerima persepsi negatif di peringkat global malah regional tempatan juga proton menerima nasib yang sama. Proton juga tidak boleh gah untuk berdiri menyatakan dirinya adalah kereta nasional dan selama-lamanya terus bergantung kepada kerajaan untuk terus mengorak langkah. Persaingan dengan beberapa syarikat automatif tempatan khususnya Perodua telah menyebabakan ramai pengguna mengalih pandangan kepada Perodua. Kereta Proton pernah berada di puncak pasaran tempatan, dengan menguasai lebih 60% pasaran pada tahun 2002, jatuh merudum hingga 28% pada tahun 2008. Dan naik sedikit sehingga 30% pada tahun 2009 kerana pengeluaran model baru yang lebih kompetitif dan affordable. Kos yang dilaburkan kepada F1 seharusnya dilaburkan kepada bidang R & D Proton kerana selama ini kereta ini tidak lari daripada bayang model kereta produk Mitsubishi dan hanya berkulitkan Proton sedangkan isinya Mitsubishi. Tiada identiti sebenar dalam penjelmaan imej penampilan Proton dan sudah tiba masanya Proton membina jatidiri yang lebih menyakinkan. Perkongsian pintar dengan beberapa syrikat automatif mesti berasaskan lebih tertumpu kepada penyelidikan dan pembangunan. Kita warganegara yang cintakan Proton tidak mahukan industri Proton menerima nasib yang sama seperti Lehman Brother yang akhirnya diisytihar bankrap kerana lambakan kereta dan tiada nilai dalam pasaran ketika dunia berhadapan dengan krisis ekonomi.


Kesimpulannya, benar bahawa menganjurkan acara kejohanan F1 dapat menarik pelancongan dan memperkenalkan imej Malaysia kerana sukan tersebut diikuti oleh seramai lebih daripada 2 billon peminat di seluruh dunia. Tetapi memadailah dengan menganjurkan sukan tersebut di litar kita sendiri. Tak perlulah kita menghabis ratusan juta (dan akhirnya berbilion) ringgit hanya untuk memaparkan imej - imej yang tidak mencerminkan isi sebenar). Sudah tiba masanya Proton serius dalam menaikkan imejnya dan menentukan masa depannya dengan pembangunan enjin yang tersendiri dan punyai nilai tambah yang menepati citarasa pengguna.

Saturday, July 25, 2009

Mengupayakan tamadun yang lebih sejahtera


Hari ini Malaysia sebuah negara yang dahulu tertakluk dibawah tempoh periodisasi imperalis yang panjang telah bangkit untuk mencipta imej yang tersendiri di mata dunia. Satu pencapaian yang paling kurang harus dibanggakan walaupun terdapat banyak kelompangan dari pelbagai sektor yang harus diperhalusi. Pelbagai dasar dan pelan induk yang dilihamkan melibatkan pelbagai bidang terus merelevankan sesuatu industri untuk terus kompetetif dan produktif dengan pasaran dunia yang terbuka misalnya Dasar Petroleum Negara.(rujuk) dengan penubuhan Petronas sepatutnya rakyat mendapat kelebihan terutamnya hasil anugerah ternilai ini dan akses untuk mengetahui perbelajaan telus dapat dicapai. Hkikinya, Malaysia tidak boleh terlalu dependan kepada sumber minyak memandangkan kuasa besar dunia sedang giat merealitikan kenderaan berjanakuasakan air dan pelbagai sumber renewable lain. (rujuk)

Sejak Pak Lah (kini Tun), mantan PM berada di hierarki tertinggi dalam bidang eksekutif negara pelabagi usaha dilaksanakan bagi menjayakan dasar yang boleh dikira sebagai pemacu enjin prestasi asas tani negara dengan memperkenalkan Dasar Bioteknologi Negara berpaksikan kepada 9 teras utama.(rujuk). Kesinambungan dasar ini kurang ditekankan dan ini seharusnya di’reexamine untuk menjana pertumbuhan ekonomi yang lebih terurus tanpa mengabaikannya. Penulis bukanlah seorang yang berpengetahuan luas dalam soal pembangunan tetapi berkata soal pengupayaan Malaysia dari sudut agro dan industri memerlukan tindakan yang lebih terpandu:

  • Penyelidikan yang dilaksanakan di institusi penyelidikan telah di’bakulsampah’kan tatkala sikap industri yang tidak mahu mengambil risiko pengkomersilan.
  • Peruntukan kasar untuk pembangunan penyelidikan negara amat sedikit sedangkan negara mengimpikan suatu ekstravanganza malah kalu tidak keterlaluan untuk me’makeup’kan inovasi yang sudah tiada nilai manfaat dalam dunia industri. Liberasasi ekonomi yang cuba ditampilkan 1 Malaysia Guy kurang melihat kepentingan ini. Masih boleh belajar . Nisbah perbelanjaan penyelidikan dan pembangunan negara ke atas Keluaran Dalam Negara Kasar (K.D.N.K) juga masih rendah, iaitu 0.5 peratus berbanding dengan negara-negara lain seperti Singapura (1.6 peratus), Korea (2 peratus), Switzerland (2.8 peratus), Jepun (2.8 peratus), dan Amerika Syarikat (2.9 peratus). (Rujuk teks ucapan Simposium S&T 2003)

  • Pemerataan program pendidikan dan kesedaran kurang dilakukan dan jika dilakukan hanya menguntungkan pihak. Pedagogi pembelajaran tentang sains dan teknologi harus ditingkatkan.

  • Kajian tentang potensi industri harus dikaji sebaiknya dengan melibatkan partisipasi seuah badan berautoriti sebagi misalnya Mlaysia mempunyai potensi dalam bidang perhutanan dan khazanah flora fauna yang diversiti sifatnya. Kurang penonjolan dalam aspek menaikkan industri dan menjadikan Malaysia sebuah one stop center penyelidikan dan pembangunan.

  • Karenah birokrasi kerajaan dan boleh dikatakan campur tangan kerajaan dalam suatu industri telah men’rimas’kan keupayaan dan mengakibatkan kelumpuhan daya indenpenden. Suatu inisiatif mesti dilakukan dengan menyediakan satu badan swasta. Legasi kerajaan Nabi s.a.w. dahulu telah menyebabkan institusi pendidikan terus ulung dengan independensinya.

  • Kesepaduan ciri Islamik yang menjadikan nilai tambah apabila adunan prinsip tauhidik harus dijadikan sandaran inovasi.

Penulis terkedu melihat paparan berita di Astro Awani tatkala merekodkan kejayaan sebauh negara Afrika Selatan, Namibia berjaya dalam menginovasikan basikal untuk men’caj’ bateri handset.(Rujuk). Nah..tamparan bagi kita yang baru berkepingan dalm bidang teknologi hijau. Ya..memang tiada yang ingin dibanggakan tetapi keberhasilan komuniti ynag dianggap tidak punya pendidikan formal berkenaan erti sains teknologi telah menghasilkan idea untuk manfaat bersama. Adakah kita berupaya menandingi kehebatan ini dan jangan cuba menidakkan potensi kreativiti kurniaan Tuhan atas usaha menjadikan Bumi ini sesuai diduduki tanpa berlakunya pencabulan hak keterlaluan. Kita punya amanah yang harus dilakukan atas prinsip ibadah walaupun esok ketentuan kiamat.