Showing posts with label kesedaran. Show all posts
Showing posts with label kesedaran. Show all posts

Tuesday, December 15, 2009

Suara Malaysia tenggelam dalam isu perubahan iklim



Dunia yang kita diami kini semestinya sementara dan tidak kekal lama. Tambahan pula, dunia bersifat pinjaman dan amanah yang mesti dipelihara sebaik mungkin oleh bangsa insani. Sunnguhpun begitu, berapa ramai yang menyedari hakikat dan gagasan idea penciptaan manusia selaku khalifah yang ditugaskan untuk memakmurkan dunia. Manusia akan mula menghargai perkara yang semakin dirasakan akan hilang dan akan berupaya untuk mempertahannya. Dunia kini berhadapan dengan isu perubahan ilkim yang mendadak akibat kadar pelepasan karbon yang begitu tinggi oleh negara maj yang menjadi petualang utama pemanasan global. Suhu harian kita sekarang lebih panas berbanding 12 tahun yang lalu, kemarau Afrika semakin meruncing dan paras air lautan dunia meningkat saban hari dek kerana bongkah ais kian cair. Peduli apa dengan perubahan iklim?



Walaupun pelbagai gambaran buruk yang dipaparkan, Malaysia tidak memandang isu ini kritikal untuk dibincangkan dan diwacanakan. Dan rata-rata masyarakat Malaysia lebih cenderung untuk risau terhadap penyakit berjangkit seperti selsema babi dan isu jenayah picisan. Pemikiran dangkal sesetengah individu termasuk kadang-kadang pak menteri melihat isu ini hanya seperti isu remeh dan tidak layak untuk dibahaskan secara serius kerana negara bukan tergolong di kalangan negara-negara maju. Malah, negara masih melihat soal pencemaran fizikal sahaja sebagai ancaman dan tidak melihat keseimbangan alam yang terjejas akibat tangan rakus manusia. Soalnya, penglibatan secara kolektif bersama dunia mesti digerakkan untuk menyatakn keberadaan Malaysia secara prokatif untuk menyumbang idea dan dana bagi tujuan memastikan kelestarian alam terus terjamin.



Selepas dua persidangan di Rio de Janeiro dan Kyoto sehingga termeterainya Protokol Kyoto yang dijangka menlewati tarikh luputnya pada 2012, dunia masih kabur dan tiada tanda-tanda positif untuk mengurangkan pelepasan karbon. Kini dunia masih mengharapkan Persidangan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Mengenai Perubahan Iklim (COP15) untuk mencari jawapan muktamad untuk kesediaan yang boleh dipersoalkan untuk menuruti resolusi yang bakal diputuskan. Barat yang terdoktrin dengan fahaman jalur pemikiran saintisme dan ini telah di anggap mazhab yang autonomi dalam mencorak dunia sains Barat. Mereka melihat alam sebagai makhluk yang tiada bernyawa dan robot sepertimana tamsilan Rene Descartes yang mengatakan alam ini hanya mesin mekanikal semata.!



Kini, persoalan menjaga kelestarian alam mesti digalaskan kembali oleh dunia Islam. Dan worldview Islam yang jelas terhadap alam sekitar mesti dijadikan agenda utama memerangi sebarang aktiviti yang boleh menrosakkan sistem keseimbangan alam.sebagai uamt Islam, agama mengajar kita supaya memelihara alam untuk menjaga agama kita. Ini kerana sebarang usaha merosakkan alam sekitar dan dosa mencemarinya adalah mengganggu intipati kehidupan beragama. Dalam erti kata lain, kebiadapan mengeksploitasi alam sekitar tanpa mengambil kira soal adab dan tatasusila melambangkan kerendahan moral tamadun meskipun terma pembangunan celupan Barat menjadi agenda kemajuan mereka. Suara kita tidak sepatutnya tenggelam dan mesti beralih kepada penyumbang bukan hanya selesa dengan status penerima bulat-bulat idea. Negara Islam mesti tekad menyatakan komitmen untuk kelestarian alam dengan lebih konkrit dengan tidak hanya bergantung terus dengan bahan bakar petrol sahaja malah membuka sejarah kepada pengkajian tenaga hijau.

Saturday, November 7, 2009

Agenda Menjenayahkan Perang





Penulis baru-baru ini sempat mengunjungi Kuala Lumpur Foundation to Criminalise War (KLFCW) bertempat di PWTC. Agak rugi sebenarnya tidak berpeluang mengikuti sedari awal persidangan ini yang membariskan speaker-speaker yang melatari banyak lapangan kehidupan yang patut dikongsi bersama bermula daripda aktivis keamanan, mantan tahanan Guantanamoa, journalis kemanusiaan dan mantan-mantan pimpinan termasuk ahli akademik dalam bidang militari..Pengalaman dan ilmu yang dicurahkan menjadikan penulis begitu teruja menaakul hakikat peperangan moden Barat kini yang lebih mengundang seribu satu maha bencana semata-mata mengejar erti tamadun palsu yang kosong nilai pengisiannya..


Penulis agak kelewatan dalam memberi komentar dalam blog berkenaan dengan perihal tema perbincangan dalam persidangan yang diadakan. Criminalise war atau menjenayahkan perang satu istilah dicanangkan oleh pihak penganjur bagi menggambarkan persepsi negatif tentang bahana katastrofik perang dan aktiviti perang yang rakus tanpa mengenal musuh yang sepatutnya menjadi sasaran peluru tidak punya mata bukannya mereka teraniaya..Penulis amat optimis bahawa semua lapisan masyarakat dalam dunia impikan keamaman dan kesejahteraan dalam mendepani masa depan dan Islam sememangnya telah mencermati perkara ini dalam memastikan keselamatan serta keadilan dapat dijadikan batu asas yang kukuh dalam merangka sistem perundangan dalam masyarakat multi kebudayaan dan kepercayaan dalam dunia global kini.


Subjek perbincangan yang ingin diketengahkan untuk diamati oleh semua agar jenayah perang dapat ditanggapi dengan lebih berdisiplin:

• Bicara penjenayah perang sebenar ke mahkamah antarabangsa mesti telus jangan case selective.
Kerajaan Amerika pimpinan Bush dahulu pernah melancarkan Operation Enduring Freedom selepas September 11 atas alasan untuk mencari terroris kepada ancaman malapetaka runtuhnya WTC dan untuk melindungi keselamatan warga negaranya. Tetapi berselindung di sebalik operasi ini, siri peperangan terhadap dunia Islam sebagi contoh Afghanistan, Iraq dan ancaman serangan telah dilancarkan semata-mata mencari batnag tubuh individu Osama Laden dan militan Al-Qaeda. Malah ini telah menjadi ‘tiket’ dan lesen besar untuk menghancurkan generasi umat Islam di Asia Tengah. Begitu juga, penjenayah perang Serbia yang bertanggungjawab menganyang dan melancarkan genocide atau pembersihan etnik muslim Bosnia. Rodovan Karadzic didakwa atas kerana membunuh 8,000 orang Islam di Srebrenica pada 1995 dan tuduhan kedua kerana kempen penghapusan etnik Bosnia Serbia terhadap populasi Islam dan Croatia. Malah serangan ketenteraan Israel melalui operasi ‘Cast Lead’ pada 27 Disember 2008 telah mengorbankan 1,245 nyawa penduduk Palestin dengan lebih 5,300 yang lain cedera. Heret mereka ini ke muka pengadilan yang sebenar melalui medium peruntukan antarabngsa dengan mengenepikan kuasa veto dan status quo mereka yang mendabik dada berlakon sebagai polis pengaman dunia tetapi beraksi seprti penghuru hara keamanan dunia. Amerika dalam hal ini telah menyalhgunakn kuasa vetonya sebanyak 28 kali sejak 1973 untuk menyekat Majlis Kselamatan PBB daripada bertindak ke atas Israel.


• Haloba untuk menguasai empayar dan kekayaan milikan negara lain.
Kuasa imperialis berusaha untuk meluaskan empayar jajahan mereka setelah melihat nilaian emas hitam di Asia Tengah. Penulis melihat Israel yang terus menerus berdegil membina penempatan haram mereka di tanah Palestin dengan Israel merancang untuk memperuntukkan dana sebanyak AS$250 juta (RM900 juta) dalam tempoh dua tahun akan datang bagi membina kawasan penempatan Yahudi di wilayah Palestin di Tebing Barat tanpa mempedulikan tekanan Amerika Syarikat (AS) supaya aktiviti tersebut dihentikan. Gandhi sendiri pernah berkata ‘dunia mampu memberi keprluan setipa manusia tetapi dunia tidak mampu memberi untuk memuaskan ketamakan manusia’. Jelas menunjukkan sifat tamak kuasa imperialis tidak pernah jemu untuk menghalalkan tindakn mereka walaupun terpaksa berhadapan dengan desakan, bantahan dan cemuhan dunia. Minyak juga menjadi rebutan negara-negra maju untuk meneruskan survival ekonomi negara mereka yang masih bergantung harap kepada sumber petroleum. Tidak pelik kalau Amerika berselindung dalam operasi karut mereka untuk mengaut semua hasil kekayaan tanah jajahan. Begitu juga nasib yang menimpa Tanah Melayu dahlu apabila colonialism Syarikat Hindia Timur Inggeris membolot kekayaan hasil untuk dijadikan modal dan bahan mentah untuk menjana era industrilisasi. Nafsu hegemoni kuasa besar dunia dalam kempen ketenteraannya dan siri-siri peperangan telah meningkatkan nilai kebinatnagn teknologi persenjataan terlarang dan tiada berperikemanusiaan.


• Kesedaran untuk membngkitkan rasa pedulisme tinggi tentang hal kemanusiaan dan keadilan sejagat.
Kita semua masing-masing ada peranan tersendiri asalkan mesej benci kepada kezaliman dan ketidakadilan tiada tempat dalam masyarakat. Dalam soal kepimpinan dan pemilihan calon pimpinan, rakyat semestinya berhak untuk menolak serta memilih bakal pimpinan yang punya niali integriti tinggi serta berakhlak islam dan berazam memerangi sebarng unsur keganasan. Askar juag mesti menilai profesion mereka sebagai tentera adalah untuk mempertahnkan daulat dan kehormatan manusia bukannya menagih haus darah nyawa-nyawa tidak berdosa. Indusrti kelengkapan perang juga mesti menghentikan sebarang usaha mengeluarkan ciptaan senjata terlarang dan pemusnah. Penulis beranggapan bahwa diam bukanlah penyelesaian kepada masalah yang timbul dan keptusan ini rata-rata diambil oleh kebnyakn masyrakat dunia seolah-olah redha dan pasrah akan perbuatan luar batas kemanusiaan danpencerobohan penjenyah perang ini.