Showing posts with label ilmu. Show all posts
Showing posts with label ilmu. Show all posts

Monday, March 15, 2010

Ceritera tentang panas




Panas. Satu ungkapan yang sering diluahkan pada saat ketika ini oleh semua yang merasa bahana teriknya matahari yang memancar. Dan terdengar luahan menyamakan panas yang dialami kini umpama berada di neraka jahanam. Tetapi manusia sering lupa mengambil iktibar daripada makhluk yang bernama panas yang telah Allah kirimkan kepada hambanya buat nilaian taqwa dan reminder buat mereka yang terus menerus memekak telinga mendengar inzar peringatan daripadaNya.

Penulis sendiri pernah ke negara Teluk, Qatar tatkala di sana tepat waktu kemuncaknya panas sehinggakan debu-debu kering penuh menenggelamkan kenderaan yang kaku di tepi jalan. Bahang panasnya boleh dikatakan mencecah sekitar 45 -50 darjah celcius. Namun, penduduk Qatar tidak pernah merungut akan kepanasan dan tahap keyakinan mereka kepada Ilahi bertambah yakin dengan berpendapat tahap kepanasan ini adalah ujian kecil. Kata mereka, ini tarbiyah Tabuk. Buktinya, kaum muslimat tetap teguh berprinsip menutup penuh sempurna berjilbab hitam tatkala matahari kuat memuntahkan cahayanya. Di Mlaysia, lain pula senarionya apabila musim panaslah peluang untuk mendedahkan dan acara memendekkan segala pakain dengan beralasan untuk memudahkan peng'udara'an berjalan dengan sempurna.

Terlintas di benak penulis akan rapatnya konotasi panas dengan beberapa peristiwa yang pernah berlaku:
  1. Panas terik yang extravaganza sifatnya kebelakangan ini adalah secara fizikalnya bilamana manusia rakus dalam mengurustadbir alam dengan sifat kebinatangan mereka sambil dibantu oleh rakan kongsi setia iaitu nafsu. Koalisi padu antara dua unsur jahat ini telah menyebabkan manusia wajib menerima padah akan nazaknya Bumi menanggung derita dan akhirnya dijustifikasikan melalui kepanasan kepada manusia sebagai hukuman mandatori. Rujuk surah Rum, ayat 30.
  2. Ghazwah Tabuk yang berlaku pada musim panas 9 hijrah telah meninggalkan nota penting buat umat. Kaab bin Malik dan baki 2 sahabat telah dihukum oleh Rasulullah s.a.w akibat leka dengan habuan dunia dengan meninggalkan seruan jihad dan puak Munafiqun pun menampakkan belang munafiq mereka dengan beralasan akan cuaca panas untuk tidak turut serta dalam medan perang. Jangan kita dikalahkan oleh nafsu untuk beribadah dek kerana panas dan banyak nikmat yang mendatang. Panas dunia hanya sedikit nisbahnya. Rujuk surah Taubah, ayat 81.
  3. Nabi Ibrahim yang dihumbankan dalam api yang marak lagi panas telah disejukkan sifat kepanasannya hingga Baginda berwisata selesa. Amalkan doa ini jika ingin berada dalam kesejukan. Rujuk surah Al-Anbiya' , ayat 69.
  4. Panasnya dan gawatnya politik tanahair sehinggakan berlaku lompatan perwakilan dan defisitnya nilai integriti sehingga mempermainkan kpercayaan rakyat yang memangkah mereka dengan harapan untuk bekerja dalam satu kesatuan soff dalam membuat perubahan. Ingat, Allah akan persoal setiap kepimpinan anda melibatkan tanggungjawab dan cara bagaimana anda berhadapan dengan soal mengurus persepsi umum rakyat terhadap anda. Rujuk kisah Saidina Umar al-Khattab sewaktu berstatus khalifah yang telah mnerima aduan daripada rakyat yang mengatakan beliau adalah pimpinan yang tidak mempedulikan nasib rakyat sehinggakan beliau sendiri tampil memberi bantuan sebagi bukti keprhatinan daan menafikan dakwaan tidak berasas terhadap beliau.
Antara saranan yang boleh diambilcakna di masa panas sekarang:

  1. Solat Istisqa' (minta hujan) patut diadakan secara mega melibatkan semua kakitangan kerajaan dan pimpinan kerajaan tanda pengharapan dan kerdilnya diri ini menyusunatur kejadian alam yang bagitu sempurna. Kredit diberikan kepada YAB Datuk Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat atas usaha yang dibuat baru-baru ini mengimami solat di Kelantan. Suatu petanda baik bukan sekadar diberi pujian tapi diikuti lagi dituruti bersama.
  2. Perbanyakkan minum air masak dan kurangkan minum minuman berais. Pkai pakaian cerah dan berkaca mata hitam (tips yang diambil daripada Qatar). Dlam Islam, wajib kita menolak mafsadah (mudarat) untuk diri dan wajib menerima kebaikan. Bilamana seseorang individu menerima maslahah akan terhindar mafsadah.
  3. Jangan ditrutkan emosi dan kepntingan diri yang akhirnya memakan diri. Syaitan yang dijadikan daripada api akan sentiasa menyemarakkan api yang sedia ada dalam diri manusia sehingga hilang pertimbangan waras. Kolektifnya dalm bekerja dan membuat keputusan akan lebih mengarahkan kepada kebenaran dan kesepakatan. Mereka yang mengisytiharkan diri sebagai Bebas @ katak sebenarnya telah terbabas dan mengkhianati amanah dan mandat rakyat.
P/S: Banyaknya bencana alam mutakhir ini telah menandakan bumi berada di penghujung usia. Tragedi gempa bumi di Chile dengan skala ritcher 8.8 telah mengakibatkan alignmnet bumi lari daripada kedudukan asal dan memendekkan hayat bumi. Rujuk

Friday, January 1, 2010

Who Needs an Islamic State..pertembungan dua jalur pemikiran

Salam thun baru 2010. Mudah-mdahan thun baru hijrah dan masihi yang baru menjengah ini menjadikan kita terus komited dalam meningkatkan pemahaman kita beragama dan berusaha mempraktikkan segala jalan penyelesaian terbaik buat masyarakat.

Ramai yang mengimpikan tertegaknya negara Islam. Tetapi bagaimana rupa bentuk acuan terbaik dalam zaman kini. PAS masih lagi komited memperjuangkan hasrat menegakkan negara ISLAM meskipun bergabung dalam rakan politik Pakatan Rakyat. Soal penerimaan DAP yang tidak menerima konsep negara Islam tidak timbul walaupun terdengar suara keras daripada mereka suatu ketika dahulu. Konvensyen Pakatan Rakyat baru-baru ini ckup memberi jawapan muktamad kepada persoaln yang timbul. Boleh rujuk dalam artikel Bahasa Baru. Tun Mahathir pun dahulu kala pernah mendakwa Malaysia sekrang adalah negara Islam contoh. Masing-masing mendakwa inginkan negara Islam termasuk kelompok Hizbul Tharir. Soalnya, sejauhmana pemahaman konsep Hirasah Ad-Deen wa Siasah ad-Duniya bihi dapat dipraktikalkan oleh ahli gerakan Islam dan mungkin video dibawah boleh dikaji dan dibuat bahan perbincangan dalam kelompok usrah. Teringat kata Said Hawwa dalam Jundullah:

" Aku tidak termasuk kelompok yang mereka bercita-cita inginkan Islam kembali sebelum ini. Berpakat dalam soal usul tetapi khilaf dalam soal furu'. Sekiranya berpakat dalam usul dan furu' pun tetapi masih gagal implementasinya dalam rangka kerja masa kini. Terserah kepada masa untuk menentukan dan yang pasti kita bekerja untuk memastikan Islam dapat didaulatkan."

Video ini adalah diskusi kepada buku Who Needs an Islamic State tulisan Dr Abdelwahab El-Affendi, Pensyarah kanan di the Centre for the Study of Democracy, University of Westminster, London. Program yang disiarkan di Islam Channel, UK ini dipengerusikan oleh Anas Altikriti, chief executive of The Cordoba Foundation dan panelis keduanya pula adalah Taji Mustafa dari Hizbul Tahrir .




Selamt menonton..!

Thursday, December 31, 2009

Dinar emas: kemestian yang dipandang remeh




Hari ini, sistem kewangan Islam berteraskan dinar emas sebagai alat pertukaran (medium of exchange) masih lagi belum dijejakkan ideanya dalam konteks realiti. Biarpun, ramai menanggapi ini merupakan senjata ampuh dunia Islam yang menghadapi elemen konvesional sistem kapitalis Barat yang berunsurkan riba dan penindasan kepada dunia. Selama ini, kekuatan ekonomi ciptaan Barat hanya berteraskn kepada riba, sistem wang kertas janji kosong dan cetakan wang kertas tanpa sandaran. Sistem wang fiat yang hanya berasaskn persepsi kepercayaan dunia terhadap nilaian dagangan (komoditi) dan lambakannya tanpa sandaran emas menyebabkan kadar inflasi begitu tinggi dan susutnya kuas beli pengguna.


Walapun, dibentang dengan fakta dan sejarah terhasilnya wang fiat yang kita gunakan kini yang disinonimkan dengan Bretton Woods selepas perang dunia kedua namun umat Islam terikat untuk bergerak dalam kerangka kewangan sendiri kerana masing-masing terikat dengan perjanjian yang dipersetujui bersama dengan IMF supaya nilai diperakukan (legal tender) hanya berasaskan kepada mata wang yang dikeluarkan oleh bank kerajaan sahaja. Tiada dinar emas dan perak sama sekali. Semua akur dan diam dengan kehendak sistem kewangan global yang tidak terikat dengan mana-mana kekayaan sebenar intrinsik seperti emas dan perak. Sekiranya US batuk, seluruh dunia akan mendapat tempias penyakitnya kerana hampir semua komoditi dunia masih terikat nilainya dengan dolar US.


Penulis terasa terpanggil berkongsi bahawa pentingnya dinar emas dijadikan subjek hangat untuk ditetliti secara serius khususnya untuk dibumikan kewujudannya sebagai nilai mata wang (currency). Nilai emas tidak akan susut mendadak bahkan sentiasa naik dan stabil . Beberapa perkongsian dalam memahami realiti ekonomi global dan halatuju ekonomi ummah:


• OIC perlu diberi wajah baru dalam memperkasakan ekonomi ummah. Penggunaan sumber kekayaan seperti minyak perlu diperkemaskan strategi pengagihannya dan perkongsian pintar dalam memastikan pemindahan teknologi yang sesuai antara negara-negara umat Islam dapat dipusatkan untuk pembinaan blok kuasa ummah menghadapi badai rakus kapitalis. Guna sumber kekayaan untuk selesaikan masalah ekonomi dan sosial ummah.


• Alternatif kepada mata wang dunia mesti diwujudkan sesegera mungkin memandangkan dolar US sudah menemui jalan buntu untuk terus survival. Dinar dilihat mata wang yang tiada manipulasi, tiada inflasi, dan tiada spekulasi dapat memastikan spekulator matawang dunia terduduk diam dalam mengaut keuntungan senyap-senyap. Di Amerika sendiri, sudah ada sekelompok yang bangun untuk menidakkan kuasa dolar iaitu Liberty Dollar yang telah menrik 5 juta komuniti US.. Mana suara dunia Islam?


• Perlu perbincangan serius meja bulat antara cendikiawan Islam melewati ulama’ fiqh muamalah, saintis muslim dan pelbagai tokoh politik yang melatari geografi dunia Islam untuk mempelopori mekanisme terbaik dalam praktikal penggunaan dinar emas. Wujudkan sebuah forum atau board khas perlaksanaan dinar emas sebagai medan perbincangan dan tanda kesungguhan sehingga terhasilnya blue print dan black white. Sehingga kini, idea masih diperingkat awangan walaupun terdengar getusan pemimpin namun tiada tindakan susulan yang prokatif dan agresif. Mana silapnya?


• Dunia masa akan datang akan berhadapan realiti ekonomi berasaskan kreativiti dan inovatif. Dunia Islam mesti membentuk asas inovasi dengan berasaskan pemahaman mereka menegenai agama. Jangan terlalu tenggelam dengan kegemilangan masa silam tetapi bangkit berhadapan realiti dengan berusaha memanfaatkan potensi yang ada. Bina pemahaman dengan maksud Islam dalam konteks civilizing force berpandukan asas Rasullulah membangunkan alam dan modal insan.


Hari ini, dunia Islam mesti melibatkan secara langsung dan aktif malah responsif dalam aktiviti ekonomi global. Dinar emas bukan lagi alternatif tetapi kemestian yang wajib digunapakai oleh seluruh dunia Islam. Pemahaman asas tentang mikro ekonomi dan mkaro ekonomi adalah batu asas dalam berhujah dengan sistem ekonomi korup. Tawarkan jalan terbaik Islam sebagai agenda baru untuk sumber menguruskan kekayaan negara terbaik untuk menikmati kemakmuran. Kerana ia, ibadah dapat disempurnakan dan Islam tidak menjadi fitnah lagi.!

Monday, November 23, 2009

Mari perbaharui komitmen beragama..




Leaders are learners… ya, pemimpin adalah orang yang sentiasa belajar. Semua orang merupakan pemimpin biarpun tidak kepada sebuah organisasi, tetapi dia secara tidak langsung telah bertindak sebagai pemimpin kepada dirinya sendiri dalm memastikan kehidupannya tidak tersasar daripada rahmatNya. Jadi, keperluan untuk belajar tidak terhenti setakat dalam pengajian formaliti yang telah diprogramkan oleh pemerintah melibatkan institusi pendidikan sahaja malah berterusan sebagai usaha muhasabah dan meningkatkan potensi diri. Dan paling tepat, bila kita berhenti belajar dan berfikir secara automatiknya kita berhenti memimpin.

Penulis pun baru menamatkan pengajian formal di peringkat universiti rasa terpanggil untuk menambah nilai ilmu sedia ada dan pengalaman untuk lebih berfungsi dalam masyrakat dan dalam usaha melengkapkan worldview yang belum sempurna. Sebab itu, kepentingan mempersiapkan diri dengan fikrah yang jitu tentang Islam dan tawaran yang Islam berikan pada masa depan perlu diamati oleh abna harakah dan tidak terlalu simplistik kepada hujah kosong dan retorik luar kemampuan. Paling penting, ukur baju potensi dalaman sebelum bertindak dan terus perkemaskan langkah untuk berperanan proaktif dan agresif dalam mengislah masyarakat berdasarkan kemampuan dan kapasiti masing-masing.

Sebab itu, pentingnya muhasabah dan koreksi diri untuk mengubah dan membuang karat-karat jahiliyah dalam diri kita. Formulanya sudah terbukti pada zaman Rasulullah apabila Baginda sendiri menyelesaikan masalah fundamental masyrakat iaitu persoaln aqidah atau penentuan misi berkehidupan. Akal yang jahil, nafsu yang liar dan hati yang buta mengenal Pencipta adalah punca kejahatan bermaharajalela. Pendekatan yang diambil Nabi sangat efektif iaitu, inside-out, hati yang bersih mampu melahirkan sifat dan perilaku dan tatacara kehidupan yang professional sehingga menampakkan nilai utuh Islam.

Motivasi pun kurang berperanan sepenuhnya sekiranya belenggu jahiliyyah masih menebal dalam diri. Ia hanya berfungsi sebagai panadol sahaja iaitu ubat penenang kepada penyakit yang telah menular teruk dan akan mengganas kembali dengan kuasa penyakit yang berganda dan perlu dos tambahan untuk sembuh sepenuhnya. Kenalpasti simptom penyakit iaitu penyakit dalaman dan berubat dengan dos secukupnya sebagai supplemen utama iaitu dengan pendekatan beragama. Sebab itu, kesedaran dalaman untuk berubah dan tidak hanya berpuas hati dengan keadaan sedia ada menjadi dorongan kuat untuk meningkatkan kuasa revolusi sikap untuk memberi kepada khidmat baik kepada orang lain.

Atas sebab manusia diberi kebebasan memilih,seseorang yang ingin memperbaiki diri menjadi lebih baik boleh membuat pilihan samada untuk bergaul lebih banyak dengan mereka yang akan membantunya memperbaiki diri atau bergaul dengan mereka yang tidak membantu menjadi lebih baik. Seorang yang ingin dirinya menjadi lebih baik mempunyai kuasa memilih untuk melakukan aktiviti yang akan menyumbang kepada pembaikan dirinya ataupun aktiviti yang sebaliknya.

Belajarlah daripada mereka yang berpengalaman dan fakih dan jangan terkebelakang dalam soal ilmu. Jangan hanya tertumpu untuk mendalami sesuatu bidang sehingga kita tertinggal asas-asas ilmu penting untuk bertindak sebagai khalifah Allah yang memakmurkan bumi ini. Tidak pelik, Nabi Adam diajarkan nama-nama penting sebagai asas ilmu sebelum beliau dikirimkan ke dunia. Cuba latih potensi diri yang masih ada dan buka minda untuk belajar benda yang baru. Pulangkan kemahiran dan potensi yang telah dilatih kepada masyarakat luar yang sentiasa dahagakan ilmu dan dan mari sama-sama berkerja ke arah proses tajdid (pemurniaan) iaitu memperbaharui komitmen manusia dalam beragama kepada Allah.!nasihat buat diri ini yang masih jauh meniti kehidupan yang penuh dengan harapan..


Friday, July 24, 2009

Dunia blog: antara penulisan dan luahan perasaan.

Blog kini telah menjadi media alternatif pada kurun yang masyarakatnya rata-rata tahu tentang perihal teknologi maklumat. Kuasanya pada PRU yang lalu dan pascanya telah mengakibatkan hegemoni pemerintah kian longgar dek kerana tsunami kematangan rakyat berfikir tentang peranan politik dalam merencana sebuah komuniti budiman. Sekarang munculnya pelbagai lagi alternatif gergasi jaringan sosial seperti Facebook dan Twitter yang menyebabkan dunia pada dewasa ini menjadi perkampungan kecil dan segala informasi yang berlaku di ruang ceruk sarwajagatraya ini dapat disampaikan dengan lebih efektif..


Aku memang akui peranan blog dalam membawa persepsi dan impaknya dalm mengubah persepsi kebanykan orang pabila meneliti isi kandungan penulisan. Dan gaya naratif seseorang banyak bergantung kepada sejauhmana penguasaan ilmu yang digarap dan impianku supaya karya ini dapat dikoleksikan suatu ketika nanti untuk tatapan umum. Skop penulisan tidak terhad asalkan mencakupi perihal isu relevan yang bersandarkan idea dan hujah. Teringat tentang nukilan seorang negarawan Amerika Syarikat, Benjamin Franklin (1706-1790):


If you would not be forgotten as soon as you are dead or rotten, either write things worth reading or do things worth writing


Ramai dikalangan orang hebat dalm lipatan sejarah, menulis dan mencetak kader yang berkualiti dalam mencorak masa depan mereka. Sejarah klasik Islam terdahulu pernah mencatatkan bagaimana ilmuan dan ahli akdemiknya gigih meninta ilmu bagi mewariskannya kepada generasi terkemudian untuk dimanfaati bersama. Sekadar renungan, Al Razi (Abu Bakar Muhammmad Al-Razi) menulis kira-kira 200 buah buku dalm bidang berbeza terutamanya dalam bidang kimia. Apa sumbangan kita selaku umat Islam kini yang rata-rata berpelajaran tetapi kuarng berpendidikan malah buntu dalm mencari pendekatan mendidik umat selain kaedah streotaip, ceramah. Bukan menidakkan peranan ceramah tetapi variasi itu perlu dalam meraikan kepelbagaian,ciptaan Tuhan.


Al-Quran juga dalm wahyu pertama jelas menyuruh untuk membaca dan membaca dan aktiviti ini meliputi seluruh disiplin ilmu yang wujud. Lihat bagaimana adilnya Allah tatkala men’diam’kan apa disiplin ilmu yang mesti dipelajari akan tetapi memberi kebebasan kepada umatNya untuk terus memerhati Alam dengan tidak mengesampingkan sandaran utama Al-Quran As-sunnah. Yang penting, ikatlah ilmu melalui penulisan

Tanpa mengenepikan semua peringkat, penguasaan seorang aktivis tidak bergantung kepada hanya satu ilmu sahaja tetapi mesti intra disciplinary of knowledge dan inter disciplinary of knowledge harus difahami sebaik mungkin untuk menjadi negarawan yang memahami selok belok urusan dunia dan akhirat. Tujuan berblog mestilah menekuni kata-kata Ulama Agung zaman ini iaitu bagi mengasah bakat kewartawanan, salah satu kemahiran yang perlu ada bagi setiap daie bukan sekadar catatan diari semata-mata.(rujuk Thaqafatan Daieah)


Akhirnya, doakan penulis setia dan istiqamah dalam menyebarkan nilai-nilai baik dalm dunia globalisasi. Penulisan juga boleh dimetaforakan sebagai alat yang berguna atau senjata yang berbahaya seperti ungkapan Syed Naquib Al-Attas dalam mentakrifkan sains moden.(rujuk buku ar-Risalah). Semua bergantung kepada diri penulis dalam menentukan penulisan bebas nilai dengan terma kebebasan dan kemerdekaan sejati. Jadilah penyalur ilmu bukan penyebar kesesatan. Selamat berlayari bahtera penuh fitnah dengan upaya iman yang celik dalam liberalisasi maklumat yang buta akan mangsanya.