Tarikh 9 November 1989 menyaksikan runtuhnya Tembok
Dengan justifikasi itu, pemerintah Jerman Timur mendirikan Tembok
Hari ini, ideologi sosialisme telah ranap dan berkubur malah sejurus runtuhnya Tembok Berlin pada 1989, komunisme yang berwahyukan kepada Das Kapital telah renyuk dan dibakulsampahkan pada 1991 dan perlumbaan teknologi persenjataan nuklear antara Kesatuan Soviet dan AS telah dihentikan. Malah, dataran Tiananmen di Beijing juga menjadi saksi pertmpahan darah rakyat yang bangkit menentang kezaliman pemerintah sosialis pada 4 Jun 1989 dan tidak pelik China sekrang begitu berhati-hati dalm menapis setiap sumber informasi supaya agenda mem’propaganda’kan rakyat untuk bangkit semual dapat dimatikan berikutan peringatan runtuhnya Tembok Berlin.
Penulis yakin ketempangan kedua sistem ini akan berakhir kerana masing-masing diasaskan untuk memenuhi tuntutan nafsu serakah untuk memiliknegarakan semua asset dan mengkayakan kocek pemodal dalam skala keuntungan maksima. Runtuhnya Tembok
Kesan dan impak tembok non-physically existed ini boleh mengundang bahana besar dalam perkembangan masyarakat yang progresif.Apapun, mereka yang elit akan terus di’pelihara’ dan dijaga oleh sistem korup dan rakyat juga akan dimangsakan. Agenda menjaga status quo pemerintah dipastikan dan sebarang usaha ke arah meruntuhkan ‘tembok’ itu akan dikenakan hukuman. Undang-undang rimba akan disemarakkan dalam kepincangan sedia ada. Berhubung dengan tauliah telah dijadikan senjata ampuh untuk menghalang berkembangnya dakwah yang dilihat agak ‘radikal’ pengajarannya. Isu penangkapan MAZA telah menjadi eviden berhubung soal ini.
Islam pun dikurung dalam kandang dan fungsi memasyrakatkan Islam terbantut kerana jumudnya pemrintah melihat peranan Islam untuk dibataskan untuk hal-hal yang bersifat ritual semata-mata. Prosedur dan kebolhfungsian Islam juga dalam hal siasah syariah tidak salah untuk diinstitusikan tetapi kongkongan yang disalahguna telah mengkibatkan kefahaman Islam disekat.
Pendidikan dilihat sekarang tidak berperanan untuk mendidik masyarakat dengan nilai-nilai murni dan berperanan untuk menyediakan penuntut untuk bereaksi secara positif dan responsif dengan dunia luarnya. Malah telah di’tembok’
Ayuh, semua berperanan untuk meruntuhkan tembok-tembok yang ada dan menyatukan kembali nilai asli Islam untuk digerakkan dalam nadi denyut masyrakat dalam konteks negara bangsa.
No comments:
Post a Comment