Thursday, December 9, 2010

Wedding Season



Setiap kali tiba musim persekolahan, maka secara tidak disangka datang dengan begitu banyaknya undangan majlis raja sehari sahabat penulis. Tiada yang salahnya untuk perkara itu, cumanya penulis gembira melihat rakan-rakan dan sahabat-sahabat yang telah berjaya melunasi sepruh daripada agama mereka dengan sunnah perkahwinan. Dan tahniah dan mabruk kepada sahabat, Abd Ghafar Paimin@Jep dan pasangan, Zuhaira Shamsudin@Aju, Hafizi Pauzi dan pasangan, Wan Zahidah, Basyirah Abd Rahman dan pasangan Syafiq Azfar dan lain-lain sahabat. Moga kalian dalam rahmatNya dan selamt menjalani kehidupan berumahtangga dalm suasana berkat dan mawaddah. Doa penulis mungkin hadiah kecil buat kalian, Barakallah wa baraka 'alaikuma wa jama'a bainakuma fil khair..
Bagi mereka yang masih bujang, kalian bukan tidak beruntung tapi nikmat bujang seharusnya digunapakai sebaik mungkin baik dalam mencari pengalaman yang berharga baik ilmu. Malah, jauh lagi untuk berkelana dan bermusafir atas muka bumi Tuhan bagi mengutip mutiara ilmu dan masih tercicir untuk dijadikan bekalan dan buah perkongsian yang paling bermakna ketika kalian berumahtangga. Bukan untuk menafikan tatkala sudah berkahwin tidak punya masa untuk perkara-perkara tersebut, masih boleh dilakukan cuma terbatas dengan amanah tanggungjwab berkeluarga yang septutnya diberi tumpuan lebih. Bagi penulis, inilah hadiah yang paling berharga untuk dijadikan pengikat kasih dan rasa mawaddah bagi mereka yang sudah berkahwin.
Bagi mereka yang masih 'mencari', teruskan mencari dan berusaha kerana itu lebih baik daripada terus menyerah kepada Allah tanpa usaha yang maksimum. Percayalah, di situ ada jalan dan berkemungkinan Dia ingin mengurniakan yang paling terbaik bagi mereka yang 'berliku' dalm menemui jodoh pilihan agama dan hatinya. Ada kemungkinan bunga yang disunting belum puas mekar atau si kumbang sesat dalam mencari bunga yang baik untuk ditagih madunya. Wallahua'alam.. Bagi mereka yang terpaksa 'menangguhkan' hari bahagia mereka disebabkan kekangan ekonomi, penulis mencadangkan duit zakat yang berlebihan diurus dan disalurkan kepda pasangan yang sudah bersedia tetepi belum punyai kedudkan ekonomi yang stabil. Jadikan panduan hadith Nabi S.A.W dalam mecari pasangan hidup baik dalam berkongsi rasa susah dan senang serta mempunyai kesatuan wawasan yang jelas dalam membngunkan ummah dalam medium 'ibadah' yng diharuskan ini. Hadith Rasulullah s.a.w pernah bersabda, “Seorang wanita itu dinikahi kerana empat; kerana hartanya, kerana keturunannya, kerana kecantikkannya dan kerana agamanya. Maka hendaklah kamu mengutamakan yang beragama, nescaya kamu berbahagia.”. Hadith ini telah direkodkan oleh kedua-kedua Imam Bukhari dan Imam Muslim di dalam kitab sahih mereka serta imam hadith yang lain.
Penulis optimis setiap sesuatu ada hikmahnya untuk diteladani oleh hambaNya. Namun, tatkala sahabat-sahabat yang telah mengakhiri zaman bujangnya dan telah lena ditemani dengan pasangan masing-masing tetapi diri penulis disibukkan dengan timbunan buku dan makalah ilmiah sebagai teman buat masa kini. Ya, di situ letaknya nilai lagi besar bersama ilmu.

2 comments: