Thursday, November 18, 2010

Idea that works and idea doesn't exist?


*

Jumlah pertambahan PASTI saban tahun semakin meningkat...Mengikut statisitik, tahun 2008 sebanyak 600 murid didaftarkan daripada 550, iaitu meningkat 9%. Tahun 2009, meningkat kepada 750, iaitu naik 25% dan tahun 2010 pula bertambah sehingga 879, iaitu sebanyak 17%. Dicatatkan bahwa jumlah kesluruhan PASTI di Wilayah Persekutuan adalah 17 buah premis PASTI berdaftar.

Penulis teruja melihat perkembangan PASTIyang positif makin meningkat. Kini sudah menjadi trends dan fenomena baru dalam masyarakat apabila ramai dikalangan ibubapa menghantar anak-anak kecil mereka ke Tadikan yang lebih bercorakkan Islamik atau lebih tepat lagi ke PASTI, baca Pusat Asuhan Tunas Islam kerana mereka inginkan anak mereka menjadi baik dan soleh pekertinya. Ini lagi berbaloi daripda menghantar ke TABIKA, KEMAS dan lain-lain pusat asuhan yang tiada unsur mendidik ke arah pembentukan insan yang baik akhlaknya. Bagi penulis, ini naluri fitrah semulajadi ibubapa untuk melihat anak mereka menjadi baik. dan mereka yakin hanya 'kilang yang baik' akan menghasilkan produk yang berkualiti sifatnya. Peranan ibubapa amat penting sehingga diberi penekanan dalam Islam melalui kalam Baginda, "Setiap anak dilahirkan atas fitrah, maka Ibubapalah yang mengyahudikan atau menasranikan atau memajusikannya," (Hadith Riwayat Bukhari daripada Abu Hurairah).

Idea penubuhan PASTI ini tercetus bila penulis dan beberapa sahabat bersembang di Ijtima Tarbawi Pemuda di Rusila. Ya, bermula dengan idea ini disusuli dengan perancangan untuk memastikan idea ini direalisasikan. Sememangnya idea is bullet-proof. But it's simply because the idea is unproven and untested. Even bullet-proof vest need to be tested thousand times before it can be claimed bullet-resistant. Potensi PASTI amat cerah untuk memperkukuhkan aspek siasah di mana penguasaan dan penbuhan institusi PAS amat penting untuk melegitimasikan serta menghilangkan fobia dan meraih kpercayaan masyarkat terhadap PAS untuk memerintah dan mengurustadbir. Bayngkan jika murid PASTI 50 dan setiap daripada mereka ada ibubapa serta penjaga dalam rata-rata 100 orang sudah pasti ia akan menjadi gelombang kesedaran dan mileage besar kepada gerakan Islam melibatkan aspek indirect dakwah . Lebih-lebih lagi digerakkan oleh anak muda. Ekonomi dapat dijana bilamana suber resources ada dan premis wujud, maka peluang pekerjaan dan duit poket lebihan dapat diperolehi hasilan aktiviti amal Islami yang memenuhi ruang premis tatkala wujudnya premis. Manfaatnya pulang kepada ummah dan penduduk sekitar..

Namun, pasti ada cabaran yang tidak dinafikan oleh penulis untuk meletakkan batu asas kepada sebuah institusi disamping kekangan komitmen sahabat-sahabat. Anngaplah ini sebagai amal jariah dan motivasi kita dalam mempersiapkan tenaga-tenaga muda yang kompeten. Medan kita untuk mendidik masyarakat adalah kepada mereka yang telah siap tertanam fikrah Islam.

Teringat bila penulis mengikuti persidangan Biomalaysia 2010 dimana Stevia, sejenis tumbuhan herba yang boleh dibuat alternatif kepada gula. Syarikat Pure Circle Mlaysia telah berjaya memetakan kewujudan mereka diperingkat global untuk berjaya mengabil bahgaian dalm pemprosesan stevia hingga ke peringkat penghasilan produk makanan bagi mereka yang menghidapi Diabetis. Teruja melihat pelan jangka masa panjnag mereka yang dikatakan begitu bersungguh-sungguh untuk meyakinkan masyarakat akan Stevia bilamana mereka sudah terbiasa dengan pengambilan gula. Penulis mengambil semangat mereka dalam megusahakan produk dan hasilan duniawi mereka tetapi berkeyakinan projek PASTI ini bukan sahaja manfaat di dunia tapi bersama menuai hasil di akhirat kelak. Dengan ini segala yang terBUKU di minda akan PASTI untuk menYAKINKAN bahwa Islam mampu setanding berhadapan dengan dunia realiti dan mengembalikan keprcayaan masyarakat terhadpa kebolehtadbiran gerkan Islam dan anak muda memimpin perubahan..sirru barakatillah..

p/s: Berbual dengan Dr Zuhdi Marzuki tentang pengalaman bersekolah anak beliau di oversea dimana menyaksikan anak beliau begitu teruja untuk terus berada di sekolah daripada berada dirumah kerana mendapati wujud suasana yang 'lain' daripada tempat-tempat lain. Dan, anak beliau menanti hari-hari mendatang dengan penuh energetik untuk hadir ke sekolah berbanding dengan suasana sekolah negara yang penuh dengan masalah sosial dan ditambah pula cdangan mewujudkan pendidikan seks. Nauzubillah..


1 comment:

  1. Assalamualaikum.. Semoga sihat ya penulis! =)

    Tertarik dengan idea untuk memperkukuh institusi PASTI. Pada hemat saya, sekiranya PASTI pada hari ini masih memandang bahawa fungsi, misi dan visi mereka lebih tertumpu kepada nurseri, taman asuhan semata-mata tanpa ada satu kajian dan R&D yang bersungguh dalam membawa kelainan di dalam PASTI, pastinya fungsi PASTI sama seperti nurseri atau taman asuhan yang lain. Hanya lebih kepada silibus dan pengajian pendidikan Islam lebih ditumpukan.

    Mencari keseimbangan semasa dan tuntudan serta keperluan agama dalam membentuk kanak-kanak perlu ada suatu kajian yang bersungguh. Saya tertarik dengan perenggan antara yang terakhir apabila menceritakan seorang anak teruja dengan suasana nurseri di luar negara. Maka apakah bezanya mereka di sana dan kita di sini? Apakah elemen yang menyebabkan keterujaan tersebut terjadi?

    PASTI bukanlah suatu institusi yang besar yang mungkin susah utnuk dikendalikan dan banyak karenah birokrasinya. Maka, atas keadaan ini peluang yang luas untuk PASTI bergerak lebih terkehadapan dalam membina modal insan yang cemerlang bermula pra persekolahan lagi perlulah giat dijalankan.

    Di dalam PAS dan NGO pastinya banyak para penyelidik yang hebat dalam pendidikan awal kanak-kanak dan pendidikan rendah. Kesarjanaan mereka perlu digembleng sebaik mungkin. Semoga PASTI terus melangkah dengan penuh keyakinan dan kePASTIan..

    ReplyDelete