Sunday, November 14, 2010

Islamikkah IFF?




Sudah lama penulis membiarkan laman blog ini bersawang sendirian tanpa kemaskini. Pada entri kali ini, terasa tanggungjawab untuk mengulas sedikit tentang IFF (Rujuk laman web IFF)yang telah menimbulkan sedikit polemik baru dalam pola masyarakat Malaysia. Walaupun telah dilulas oleh beberapa pihak daripada pihak samada menyokong penganjurannya atau menentangnya namun ia jelas bertentangan dengan etika berpakaian yang dianjurkan oleh Islam.

Kini jenama Islamik telah disalahgunakan oleh pihak-pihak tertentu malah disokong oleh mereka yang dengki dengan Islam supaya Islam terus berbalah sesama umatnya. Nyata sekali apabila dalam pertunujkan fesyen ini amat melampau dikaitkan dengan Islam. Penulis mengutuk sebarang usaha yang dibuat ini bertujuan menjatuhkan maruah Islam dan semata-mata ingin menjaga hati US yang inginkan 'Islam Sderhana', idea lelongan murahan Pak Menteri Najib dan Rosmah Mansor.

Propaganda musuh amat licik tatkala umat Islam hampir-hampir buntu mencari formula yang terang lagi bersuluh untuk digunakan sebagai pakej kehidupan yang boleh membawa mereka ke arah yang lebih hebat. Sogokan dan bantuan kewangan akan disalurkan kepada mereka-mereka yang berhasrat’ untuk mempromosikan Islam secara 'simple' lagi menyesatkan. Jadi, kumpulan-kumpulan kecil seperti SIS berstatus 'Islam' zahirnya telah memanipulasikan kebaikan yang dikandung oleh intipati ajran Islam bertujuan kononnya untuk mendapatkan kesamarataan hak bagi kaum feminin. Maka tidak pelik mereka ini boleh bergerak aktif walaupun tanpa latar belakang agama yang kuat.

Difahamkan pengarah IFF ini orang Islam (rujuk) dan Rosmah Mansor juga sudah pasti Islam..Malang sekali kalau mereka ini tidak faham untuk mengetngahkan idea berpakaian dalam Islam bilamana mereka ini berkuasa dan berduit. Rosmah Mansor dilihat figura aktor yang menjadi penaung kepada IFF ini malah tanpa segan silu menganjurkan sekali lgi di Singapura walapun ditentang hebat di Monte Carlo. Bertanya kenapa baru sekrang dipersoalkan sedangkan sudah lama berlangusng, jawapannya bukan bergantung kepada masa tapi soal kesedaran agama masayrakat yang inginkan kebaikan di perhebatkan dan disemarakkkan agendanya dan pada masa sama cuba mengurangkan kemungkaran sedaya mungkin. Penulis ingin cadangkan kepada penganjur IFF supaya minta maaf secara terbuka kepada semua umat Islam dunia sebagai tanda kesilapan yang harus diterima.

Isu ini harus ditangani dengan bijak. Sebarang pertentangan atau demontrasi ini akan membuka mata dunia dan mereka akan mempersoalkan tentang mengapa islam vs islam. Karikatur yang dilukis oleh pelukis akhbar Denmark telah mencetuskan gelombang kemarahan umat Islam dunia..Dunia pasti bertanya kenapa Islam ciptaan musuh Islam ditentang oleh umat Islam? Jawapannya kerana Islam telah awal meletakkan garis panduan yang ckup sempurna bagi beberapa perkara asas kehidupan manusiawi. Jangan sampai dunia memandang Islam memusuhi kebudayaan dan fesyen. Cumanya perlukan pengawasan dan batsasn supaya maruah wanita yang tinggi itu tidak dimanipulasi oleh mereka yang berkepntingan untuk melariskan fesyen 'kuno' mereka. Sudah masanya PAS dan NGO Islam tampil realiti untuk berhadapan dengan kelompok budayawan dan artis untuk mengetngahkan idea pembaharuan yang lebih segar dan diterima umum sebelum memerintah negara. Kredit kepada kerajaan kelantan kerana telah berusaha mengetngahkan idea dan nilai-nilai positif dalm dunia hiburan. Rosmah boleh untuk tidak dan teruskan acara IFF ini dengan syarat lantikan mufti atau pegawai syariah diwajibkan untuk memantau dan dipatuhi arahan mereka jika bertentangan sama sekali dengn Islam. Klau ingin teruskan, buang nama Islam pada anjuran acara IFF.

Kenapa isu ini membabitkan 'Wanita pertama' ini tidak dihebohkan didada akhbar perdana dan malahan Isteri PM itu seolah-olah tidak tahu akan gelombang kemarahan rakyat yang meluap di luar sana. Dibandingkan dengan isu apabila TGNA mendapat tajaan untuk pergi menunaikan umrah dibantah dengan alasannya kerana duit rasuah yang sudah pastinya jauh menyimpang hujah yang dikemukakan.Fikir-fikrkanlah kewajaran dengan bijak mengapa YAB Ustaz Azizan, MB Kedah menghalang media perdana measuk membuat liputan DUN Kedah.

Ckuplah dosa yang dibuat oleh Salman Rushdie, Aayan Hirsi Ali, Kassim Ahmad dalam menmporakperandakan umat Islam dengan 'ilmu' sesat bawaan mereka ini.

p/s: teringat kata-kata Sheikh Nuruddin Banjari bahwa kita seharuskan menjilbabkan masyarakat dan memastikan masyrakat berjilbab tatkala gelombnag untuk masyrakat kembali dalam kehudupan agama dan lambakan alim ulama. Bukannya terus memaksiatkan masyrakat dalm dosa yang sedia ada.

pp/s: Paradigma masyarkat mesti kembali untuk mengangkat nilai Islam yang mulia dan lebih-lebih lagi memartabtkan wanita. Iklan di jalanraya yang memperagakan Tubuh yang mengiurkan mesti dikurangkan (Lihat kajian kesan kadar kemalangan dikurangkan apabila iklan menguirkan dibuang di luar negara). Galakan kepada berhijab dan menutup aurat mesti diperhebatkan. Promosi kebaikan Islam kepada masyrakat dengan pemberitahuan bahawa indahnya hidup bersyariat..!!

No comments:

Post a Comment