Monday, March 15, 2010

Ceritera tentang panas




Panas. Satu ungkapan yang sering diluahkan pada saat ketika ini oleh semua yang merasa bahana teriknya matahari yang memancar. Dan terdengar luahan menyamakan panas yang dialami kini umpama berada di neraka jahanam. Tetapi manusia sering lupa mengambil iktibar daripada makhluk yang bernama panas yang telah Allah kirimkan kepada hambanya buat nilaian taqwa dan reminder buat mereka yang terus menerus memekak telinga mendengar inzar peringatan daripadaNya.

Penulis sendiri pernah ke negara Teluk, Qatar tatkala di sana tepat waktu kemuncaknya panas sehinggakan debu-debu kering penuh menenggelamkan kenderaan yang kaku di tepi jalan. Bahang panasnya boleh dikatakan mencecah sekitar 45 -50 darjah celcius. Namun, penduduk Qatar tidak pernah merungut akan kepanasan dan tahap keyakinan mereka kepada Ilahi bertambah yakin dengan berpendapat tahap kepanasan ini adalah ujian kecil. Kata mereka, ini tarbiyah Tabuk. Buktinya, kaum muslimat tetap teguh berprinsip menutup penuh sempurna berjilbab hitam tatkala matahari kuat memuntahkan cahayanya. Di Mlaysia, lain pula senarionya apabila musim panaslah peluang untuk mendedahkan dan acara memendekkan segala pakain dengan beralasan untuk memudahkan peng'udara'an berjalan dengan sempurna.

Terlintas di benak penulis akan rapatnya konotasi panas dengan beberapa peristiwa yang pernah berlaku:
  1. Panas terik yang extravaganza sifatnya kebelakangan ini adalah secara fizikalnya bilamana manusia rakus dalam mengurustadbir alam dengan sifat kebinatangan mereka sambil dibantu oleh rakan kongsi setia iaitu nafsu. Koalisi padu antara dua unsur jahat ini telah menyebabkan manusia wajib menerima padah akan nazaknya Bumi menanggung derita dan akhirnya dijustifikasikan melalui kepanasan kepada manusia sebagai hukuman mandatori. Rujuk surah Rum, ayat 30.
  2. Ghazwah Tabuk yang berlaku pada musim panas 9 hijrah telah meninggalkan nota penting buat umat. Kaab bin Malik dan baki 2 sahabat telah dihukum oleh Rasulullah s.a.w akibat leka dengan habuan dunia dengan meninggalkan seruan jihad dan puak Munafiqun pun menampakkan belang munafiq mereka dengan beralasan akan cuaca panas untuk tidak turut serta dalam medan perang. Jangan kita dikalahkan oleh nafsu untuk beribadah dek kerana panas dan banyak nikmat yang mendatang. Panas dunia hanya sedikit nisbahnya. Rujuk surah Taubah, ayat 81.
  3. Nabi Ibrahim yang dihumbankan dalam api yang marak lagi panas telah disejukkan sifat kepanasannya hingga Baginda berwisata selesa. Amalkan doa ini jika ingin berada dalam kesejukan. Rujuk surah Al-Anbiya' , ayat 69.
  4. Panasnya dan gawatnya politik tanahair sehinggakan berlaku lompatan perwakilan dan defisitnya nilai integriti sehingga mempermainkan kpercayaan rakyat yang memangkah mereka dengan harapan untuk bekerja dalam satu kesatuan soff dalam membuat perubahan. Ingat, Allah akan persoal setiap kepimpinan anda melibatkan tanggungjawab dan cara bagaimana anda berhadapan dengan soal mengurus persepsi umum rakyat terhadap anda. Rujuk kisah Saidina Umar al-Khattab sewaktu berstatus khalifah yang telah mnerima aduan daripada rakyat yang mengatakan beliau adalah pimpinan yang tidak mempedulikan nasib rakyat sehinggakan beliau sendiri tampil memberi bantuan sebagi bukti keprhatinan daan menafikan dakwaan tidak berasas terhadap beliau.
Antara saranan yang boleh diambilcakna di masa panas sekarang:

  1. Solat Istisqa' (minta hujan) patut diadakan secara mega melibatkan semua kakitangan kerajaan dan pimpinan kerajaan tanda pengharapan dan kerdilnya diri ini menyusunatur kejadian alam yang bagitu sempurna. Kredit diberikan kepada YAB Datuk Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat atas usaha yang dibuat baru-baru ini mengimami solat di Kelantan. Suatu petanda baik bukan sekadar diberi pujian tapi diikuti lagi dituruti bersama.
  2. Perbanyakkan minum air masak dan kurangkan minum minuman berais. Pkai pakaian cerah dan berkaca mata hitam (tips yang diambil daripada Qatar). Dlam Islam, wajib kita menolak mafsadah (mudarat) untuk diri dan wajib menerima kebaikan. Bilamana seseorang individu menerima maslahah akan terhindar mafsadah.
  3. Jangan ditrutkan emosi dan kepntingan diri yang akhirnya memakan diri. Syaitan yang dijadikan daripada api akan sentiasa menyemarakkan api yang sedia ada dalam diri manusia sehingga hilang pertimbangan waras. Kolektifnya dalm bekerja dan membuat keputusan akan lebih mengarahkan kepada kebenaran dan kesepakatan. Mereka yang mengisytiharkan diri sebagai Bebas @ katak sebenarnya telah terbabas dan mengkhianati amanah dan mandat rakyat.
P/S: Banyaknya bencana alam mutakhir ini telah menandakan bumi berada di penghujung usia. Tragedi gempa bumi di Chile dengan skala ritcher 8.8 telah mengakibatkan alignmnet bumi lari daripada kedudukan asal dan memendekkan hayat bumi. Rujuk

No comments:

Post a Comment