Wednesday, February 17, 2010

Kaya Jiwa vs kaya harta




Baru-baru ini, Majalah Malaysia Business telah mengeluarkan senarai makhluk manusia yang paling terkaya dalam tahun 2010. Memang dari satu sudut ia merupakan pencapaian yang boleh dibanggakan dengan lahirnya jutawan-jutawan lokal yang mempunyai aset yang mencecah berbilion-bilion ringgit. Namun ini bukan ukuran kepada keberhasilan ekonomi yang stabil walaupun terlihat beberapa individu dan pemuka-pemuka baru yang disenaraikan sebagai jutawan baru yang terdiri daripada bangsa Melayu. Agaknya, pemerintah Malaysia mungkin tresenyum lebar sedikit hasil dasar liberalisasi ekonominya dalam Model Ekonomi Baru yang dicanang beliau sendiri. Paling kaya dalam senarai dicatatkan ialah Robert Kuok dengan aset bernilai RM 10 bilion iaitu pemegang saham utama dalam Kuok Empire, Shangri La dan Wilmer International.

Mungkin dalam tempoh 5 tahun lagi yang mendatang, paparan sama akan terpampang di dada akhbar yang mengatakan individu Robert Kuok masih lagi menjuarai takhta dalam senarai manusia Mlaysia paling kaya dan rakyat pun masih kabur menanggapi maksud sebenar dan hanya sekadar bergembira sebentar tanpa ada rasa untuk memotivasikan diri untuk terus maju dalam pemilikan harta dan aset. Semeamngnya mereka mungkin kaya tetapi berapa ramai yang mendapat faedah hasil kekayaaan yang dituai yang pastinya terdapat 'hak' orang lain dalam bahagian timbunan harta. Penulis teringat kata-kata ketika berdiskusi dengan Prof Emiritus Dr. Khoo Kay Kim, sistem kapitalis yang menjadi dogma ekonomi wujudnya jurang kekayaan melampau antara golongan kaya dan miskin hanya boleh diubati dengan kebajikan sosial. Ya, hari ini, di Malaysia pengalaman peribadi kejyaan jutawan tidak dihebahkan untuk mendorong orang lain turt berjaya seperti mereka. Sebaliknya dibandingkan dengan individu terkaya dalam planet Bumi, Bill Gates dan isterinya Melinda mampu menyalurkan aset kekayaannya apabila menubuhkan Bill & Melinda Foundation yang bertujuan untuk meningkatkan penjagaan kesihatan dan mengurangkan kesmikinan tegar disamping membantu rakyat menikmati akses kepada teknlogi komputer .Rujuk di sini. Namun, sayang individu ini tidak mendapat hidayah. Teringat bait-bait kata, Seseorang tidak dianggap berjaya selagi mana tidak mampu untuk memotivasikan orang lain untuk turut berjaya sepertinya, kata-kata ilmuwan agung.

Agihan kek kekayaan negara yang gagal diurustadbir dengan baik telah menambahkan kemiskinan tegar. Kita boleh berbangga dengan deretan nama baru jutawan namun kita perlu sedari bahawa masih ramai lagi jutaan rakyat yang masih menderita dengan asakan ekonomi yang mencengkam dengan tekanan kos sara hidup yang tinggi berbekalkan nilai pendapatan yang rendah untuk menikamti keperluan asas hidup. Jawapannya, masih berlaku monopoli dalam pemilikan harta yang amat dilarang keras oleh Islam. Sebagai panduan bersama berasaskan nasihat Dr Yusf Qardhawi dalam pemilikan harta:

(1), Ia mesti diperolehi melalui jalan yang halal dan diakui syarak

(2) Mestilah tidak bertentang dengan kepentingan umum. Jika tidak ia mesti dirampas secara rela atau tanpa rela dan digantikan dengan sesuatu yang adil.

Dalam tajuk yang lain beliau menjelaskan tentang penolakan Islam terhadap ihtikar iaitu monopoli harta yang diperlukan oleh umum. Ini bersandar daripada ayat 7, Surah al-Hasyr dimana Allah mengingatkan "..supaya harta tersebut tidak berlegar-legar (monopoli) di antara gologan kaya...." Kekayaan Abdul Rahman bin ‘Auf r.a. dikongsi kepada fakir miskin dan mereka yang memerlukan. Ini adalah contoh terpuji yang patut diamalkan peniaga. Dengan dasar pemilikan harta yang tidak dihalang dengan cukai yang besar oleh pemerintahan Baginda s.a.w., mereka berpeluang menjadi kaya dan mengambil alih tanggungjawab membantu mereka yang memerlukan terutama dari kalangan fakir miskin untuk meneruskan kehidupan selaras dengan perintah agama Islam. Ini contoh terbaik yang sepatutnya dicanang untuk menjamin kesejahteraan sosial. Keadilan bukan bermakna samarata dan menghalang manusia lain berusaha tetapi menggesa kita bekerja dalam ruang lingkup dan peluang yang sama.

Namun, jangan dianggap kebahagiaan hanya terletak pada material semata dan Barat sendiri walaupun maju terkehadapan namun gagal menemukan erti kebahagiaan sebenar pada hati yang sejahtera paduan fizikal dan rohani yang bersih. Mereka maju dalam teknologi tetapi miskin kejiwaan dan sistem nilai. Jom hayati konsep pemilikan harta cara Islam dan saranan untuk mengumpulkan harta mesti dikolerasikan dengan banyaknya sedekah untuk membersihkan harta agar terus diberkati Nya. Kredit di berikan kepada Dr Dzulkifli Ahmad dalam usaha merealisasikan agenda ekonomi baru yang bakal diwajahkan dalam sistem ekonomi Mlaysia jika PR diberi mandat.


No comments:

Post a Comment