Wednesday, February 3, 2010

Isu Kalimah Allah cetus daya berfikir konstruktif bukan desktruktif



Polemik isu penggunaan kalimah Allah terus diperhangatkan dan siapa yang layak menggunakan kalimah ini telah terjawab secara konsepsinya dalam Al-quran sendiri apabila tuan empunya Alam sendiri dalam kalam suciNya, surah al-Haj, ayat 40.

“Dan kalaulah Allah tidak mendorong setengah manusia menentang pencerobohan setengahnya yang lain, nescaya runtuhlah tempat-tempat pertapaan serta gereja-gereja (kaum Nasrani), dan tempat-tempat sembahyang (kaum Yahudi), dan juga masjid-masjid (orang Islam) yang sentiasa disebut nama Allah banyak-banyak padanya dan sesungguhnya Allah akan menolong sesiapa yang menolong ugamaNya”.

Apa yang pasti, ramai cuba untuk menrungkaikan kekusutan yang timbul seputar kontroversi hak milik penggunaan kalimah ini. Maka, perbincangan yang terarah mesti diletakkn untuk menemukan konsensus atau permuafakatan gunanya untuk menyelesaikan polemik ini bukan hanya terus memeningkan masyarakat umum dengan aksi dungu demontrasi yang tidak bermatlamat sedangkan dakwah kita pincang untuk melakukan aksi penerangan besar-besaran bertujuan memahamkan non-muslim. Knapa tidak dihalakn aksi demontrasi yang muncul 'tiba-tiba' ini kepda permasalahan akidah dan kumpulan yang bangganya mempromosi ajaran sesat. Sehinnga entri ini ditulis, tersenarai 55 kumpulan yang masih aktif menjalankan tugas 'dakwah' songsang mereka.Malaysia yang telah mencapai setengah abad kemerdekaan ini seharusnya tampil matang dalam menangani isu ini. Malah, Islam dan prinsip aqidahnya gunanya untuk menyatukan semua fahaman dan bukan memecahbelahkan manusia dan adakah muslim yang berteriakan sakan ini telah melunasi tugasnya untuk menyatakan Islamnya kepada Allah? Sehingga saat menulis entri ini juga, tidak timbul dibenak pemikran bhawa kebenran untuk non muslim menggunapakai perkataan Allah sebagai usaha meng'gadai'kan prinsip penulis dalam aqidah. Mlah penulis berpegang untuk terus menjaga agama dan aqidah seprtimana dalam maqasid syariah Dan dituduh sebagai penyebab tersebar luasnya gerakan Kristianisasi yang akan membahayakan generasi akan datang..penulis amat khuatir tetapi kekhuatiran itu bukan sebab untuk terus defensif dan mengaku kalah malah usaha kita perlu diperhebatkan untuk memperelokkan imej Islam di mata non muslim khususnya di Malaysia. Manusia diberi pilihan untuk membuat keputusan sekiranya kita bijak tampil Islam sebagi agama terbaik dan paling baik. Tuhan tetap satu dan esa.Tiada dikotomi dan kompromi dalam pemilikan tuhan seprti didakwa Tuhan Islam dan Kristian. Cumanya, Kristian sahaja yang mensyirikkanNya dan hujahnya seperti terkandung dalam ayat 46 Surah Al-Ankabut :-

“Dan janganlah kamu berhujjah dengan orang-orang ahlal-kitab kecuali dengan cara yang terbaik. Kecuali dengan yang Zalim di kalangan mereka (tak perlu berhujjah). Dan katakan : “Kami percaya kepada wahyu yang diturunkan kepada kami dan wahyu yang diturunkan kepada kamu, tuhan kami dan tuhan kamu adalah satu dan kepadaNya kami menyerah diri (Islam)”.


Maka pertentangan isu nama Allah s.w.t. ini untuk saya bukan sekadar literal atau konsepsi Allah s.w.t., bahkan ia boleh mengajak umat manusia bukan saja berbalah, tetapi menjernihkan semula fikiran kita terhadap kaedah berfikir dan bekerja kita dalam menegakkan apa yang kita percaya sebagai “berjuang di jalan Allah s.w.t.”. Bukankah Islam itu, iktikad dihati lafaz dengan yakin di lidah dan menzahirkan apa yang diimani melalui perbuatan.Maka dengan sebab itu, saat kita terus berpolemik tentang isu ini, pernahkah mereka yang mengaku muslim ini melakukan perilaku jahat yang ditanggapi umum masayrakat kita sebagai benda baik seprti amalan rasuah, penindasan dan penyewenagn harta negra, perkauman sedangkan perkara ini adalah penetuan jelmaah fahaman aqidah yang paling penting daripada mengaku dan melaungkan saya muslim tetapi berperangai seprti non-muslim, malah lebih teruk lagi. Keadilan mesti mengatsi dan membenamkn kebathilan yang diperindahkan..

Kita sering mempersalahkan orang lain terutamanya non-muslim dalam isu ini kerana gagal melihat sensitiviti umat Islam dinegra inisedangkan imej Islam yang kita tampilakn kepada mereka saban hari semakin buruk dan tidak mustahil dan penulis berpegang dalam janji Tuhan yang akan menggnatikan segolongan bangsa lain yang ikhlas berjuang menegakkan syariatNya dan mengagungkan perintahnya daripada terus Islam dihina dan diperlekeh sekiranya kita masih selesa dengan sogokan simplistik dan absurd bahawa Islam di Malaysia hanya milik Melayu. Fikirkan bersama untuk renungan.

Akhirnya, saksikan video ini berkenaan isu kalimah Allah. Kredit diberikan kpada YB Khalid Samad atas hujah yang bersifat santai dan ber'isi' dan sarat dengan fakta sebagai bukti perlunya penyelesaian isu ini ditangani dengan berhemah bukannya dengan provokasi murahan yang diperlakukan ke atas rumah-rumah ibadah. Dan,cuba perkemaskan 'produk' kita untuk dipasarkan kepada pelanggan non muslim dan kenalpasti dikalangan kita yang merupakan musuh tegar yang bertopengkan pengakuan palsu Muslim dan bersifat seperti munafik agung dalam melagakan ummat Islam..faham2 sendiri la..



No comments:

Post a Comment