Showing posts with label world cup 2010. Show all posts
Showing posts with label world cup 2010. Show all posts

Monday, July 5, 2010

Apa kesudahan World Cup 2010?

World Cup 2010 di Afrika Selatan telah hampir ke penghujungnya. Menyaksikan empat pasukan terbaik dunia akan berentap dan beradu nasib untuk menempah tiket ke perlawanan separuh akhir..Jerman vs Sepanyol dan Uruguay vs Belanda. Mungkin ramai yang terkejut dengan pasukan pilihan mereka dan pasukan yang disebut-sebut akan menjulang trofi FIFA World Cup 2010 jatuh tersungkur dengan permainan hambar dan akhirnya membawa padah tersingkir dalam perlawanan kalah mati. Brazil, Argentina, Italy dan France telah menamatkan misi untuk meneruskan siri-siri perlwanan berikutnya apabila masing-masing tewas. Bagaimanpun, bola itu bulat dan segala kemungkinan boleh berlaku dalam dunia bola.

Dalam dunia bola, walaupun sesebuah pasukan itu dikira terbaik atas kertas ranking dan menurut perkiraan FIFA namun jika salah mengatur strategi perlwanan atas padang permainan dan masing-masing gagal berfungsi bermain dalam satu pasukan pasti kalah jawapannya. Gawang gol adalah matlamat akhir dan strategi adalah nilai tambah yang akan meyakinkan para pemain tentang corak persembahan yang mesti diserlahkan atas padang bola. Ya..kata kunci adalah perancangan (strategi) yang rapi dan taktik serangan dan mutu persembahan yang mantap dalm semangat satu pasukan akan membuahkan hasil dan gol kemenangan.

Apa yang ingin dikongsi penulis dalm entri adalah berkisar tentang bola dan World Cup 2010:
  • Nasib rakyat Afrika Selatan pasca World Cup 2010
Memang diakui World Cup 2010 telah bertuanrumahkan di benua Afrika buat julung- julung kalinya. Ini mungkin satu penghormatan buat negara Afrika Selatan dan benua Afrika untuk menganjurkan kejohanan berprestij bola sepak bertaraf dunia. Bagaimana kerajaan Afrika Selatan mampu untuk menguruskan kewangan yang berganda untuk menganjurkan World Cup 2010 namun tiada peruntukan kewangan yang mencukupi yang dibelanjakan untuk meringankan kemelut kemiskinan yang melanda benua Afrika. Stadium di Cape town menelan belanja US $500 juta. Suatu angka besar yang pastinya membuat golongan miskin terus menderita di tanah air sendiri. Mana-mana pembinaan berskala besar seperti Burj Tower Dubai pasti menyebabkan defisit fiskal kepada negara mereka jika tiada kekuatan kewangan reserve. Mengambil contoh acara Olimpik 2008 di Beijing, China. Pasca Olimpik melihatkan bahawa Stadium Bird Nest dan semua kepelngkapan sukan telah bertukar lengang tanpa kunjungan orang dan fungsinya mati setelah berakhir Olimpik kecuali dijadiakn sebagai lokasi peranginan musim sejuk yang dikenali sebagai Happy Ice. Setahun selepas Olimpik, Bird Nest berkapasiti 91,000 tempat duduk telah mengadakan konsert Jackie Chan, opera dan persembahan nyanyian tradisi China bagi mengelakkan ketiadaan fungsi stadium tersebut . Namun , pasukan bola kebangsaan China telah dinafikan hak mereka untuk memanfaatkan fungsi sebenar stadium. Memalukan..!rujuk . China dikatakan mampu untuk mengcover balik segala kerugian pasca Olimpik kerana memiliki simpanan foriegn exchange reserve bernilai 2 trilion dollar dan kuasa gergasi ekonomi dunia yang boleh bangkit dalam tempoh yang singkat. Tetapi , Afrika..negara yang sudah sinonim dengan kemiskinan dan kesusahan hidup akan terus melarat pasca World Cup 2010. Kesan secara langsung akan kena terus kepada rakyat mereka. Jadi, apa yang bakal berlaku selepas World Cup 2010 South Afrika..?Sama-sama kita tunggu dan lihat.
  • Nelson Mandela dan World Cup 2010
Ya..satu pengiktirafan buat pejuang anti dasar kejam dan drakonian,apartheid. Nelson Mandela. Menarik untuk diketahui bahawa dalam tempoh beliau dipenjarakan di Pulau Robben dengan segala kekurangan dan beliau dikelaskan di bahagian D iaitu bahagian paling rendah, dengan catuan makan dan kemudahan berbeza, hanya boleh menerima surat yang telah ditapis (misalnya ada ayat-ayat yang dihitamkan hingga tidak boleh dibaca) dan dilawati oleh seorang setiap 6 bulan dan paling menakjubkan penulis adalah beliau masih sempat menghabiskan pengajiannya dalam bidang Undang-Undang melalui program luar University of London. Memang benar telahan beliau yang mengatakan bumi Afrika tidak akan dianiaya lagi dan akan dihargai sebagaimana kata-kata beliau: “Never, never and never again shall it be that this beautiful land will again experience the oppression of one by another”. Tertarik setiap kali perlawanan yang dimulakan akan ada kain rentang bertulis "Say no to Racism".Tahniah buat Mandela atas buah-buah perjuangan yang telah anda kecapai selama mana meringkuk dalam tahanan 27 tahun.
  • Aplikasi strategi Sun tzu dalam perlawanan
Sepanjang penulis menyaksikan perlawanan, banyak aplikasi Sun Tzu yang digunakan dalam strategi perlawanan. Mana tidaknya sehinggakan pasukan gergasi dunia, Brazil pun boleh jadi sambal daripada aksi permainan samba mereka..Antaranya, salah satu prinsip Sun Tzu adalah membuatkan musuh dalam kelelahan sambil menghematkan penggunaan tenaga untuk serangan balas. Aksi permainan Argentina dan Jerman di suku akhir menyaksikan Jerman bijak mengatur serangan balas tatkala pemain Argentina cuba mengimarahkan kotak penalti Jerman yang pada jangkaan Argentina berhasil.Dan menarik untuk pasukan bukan pilihan untuk memotivasikan pasukan mereka adalah dengan mengetahui bahawa pasukan lawan tidak selamanya kuat dalam segala hal. Pasti ada titik kelemahan yang mesti diganggu gugat untuk melemahkan psikologi mereka.

Akhirnya, ketika pihak anda mengalami kekalahan hanya ada tiga pilihan: menyerah, kompromi, atau melarikan diri. Menyerah adalah kekalahan total, kompromi adalah setengah kalah, tapi melarikan diri bukanlah sebuah kekalahan. Selama anda tidak kalah, anda masih memiliki sebuah kesempatan untuk menang!

p/s:Menjangkakan Jerman akan jadi juara World Cup 2010.
Menantikan pasukan Malaysia akan ke World Cup 2014 di Brazil..kini ranking 159..haha.

Saturday, June 19, 2010

Indonesia tolak bantuan kita sebab sumber JUDI..




Demam world cup 2010 Afrika Selatan telah membuka tirainya. Semua orang termasuk penulis bersekang mata semata-mata untuk melihat pasukan pilihannya terus mengungguli setiap match yang berlangsung. Namun, di sebalik keghairahan World Cup 2010 penulis dan rakyat Malaysia tidak akan dilupakan dengan isu judi bola yang sememangnya HARAM tetapi dihalalkan oleh kerajaan Malaysia. Polis yang sepatutnya bekerja untuk mengurangkan jenayah yang lebih besar, telah terpaksa berjaga malam untuk mengesan judi haram bola sepak.

Isu ini perlu diambil serius, bukan masa untuk mendakwa ia telah dimanipulasikan oleh pihak pembangkang untuk kepntingan politik mereka. Tetapi, sudah menjadi kewajipan untuk menegur pimpinan yang gagal mengurustadbir ekonomi negara sehingga dah terlalu 'terdesak' untuk menjana pendapatan ekonomi negara dan ini merupakan tindakan siasah (baca:politik) yang harus dipuji demi menyelamatkan generasi akan datang daripada terus bergelumang dengan najis judi. Kita pun tidak ingin melihat hasil cukai perjudian ini terus mendarah daging dalam denyut nadi ekonomi kewangan negara. Penulis baru terlihat video perbahasan Dewan Rakyat mengenai isu cukai judi yang telah mengautkan keuntungan dan telah 'menyumbang' kepda pendapatan negara sebanyak RM 2,370,000.00. Banyak bukan? Menjadi kerisauan adalah hasil ini telah diagihkan kepada seluruh rakyat. Judi di negara ini telah menjadi industri yang tidak dapat tidak MESTI disokong oleh pemerintah untuk terus berkuasa.



Ketika mana Malaysia sibuk mengangkat nama sebagai hab produk halal dengan menganjurkan MIHAS(Malaysia International Halal Showcase) ke 7, eknominya bergelumang dengan sumber haram. Kita jangan sibuk mendabik dada dengan mengatakan kita juara dalam pengeluaran produk halal tetapi terus menaja industri judi sehingga kerajaan Indonesia telah menolak tawaran bantuan kemanusiaan Malaysia atas alasan Mlaysia negara judi!! Berikut komen yang diberikan untuk menolak bantuan;

Kami sangat berterima kasih atas kepedulian Pemerintah Malaysia, namun karena dibeberapa tempat terjadi penolakan disebabkan alasan judi, kami memilih untuk menolak bantuan Pemerintah Malaysia dengan bantuan negara lain” ujar Ketua Pengedaran Bantuan Bandar Minangkabau, Budi S Ervan.

Dalam sesetengah negara berlumba membina pusat-pusat perjudian dengan anggapan ia dapat meningkatkan hasil pendapatan negara, lain pula halnya sebuah negeri kepulauan kecil di Pasifik, Vanuatu, yang berpenduduk hampir 300,000 orang dan majoriti beragama Kristian. Kerajaan Vanuatu telah meluluskan akta pengharaman judi di negara mereka sejak tahun 2006 dan ia tidak mendapat sebarang bantahan dari rakyat malah dialu-alukan. Nah,bandingkan dengan negara kita yang mengaku negara Islam tetapi menjadi hero dalm isu perjudian dengan menghalalkan judi bola di samping lambakan judi yang sedia ada. Semua agama turut menentang judi kerana ia boleh memudaratkan masyarakat.

Sekiranya pungutan suara dilakukan di kalangan awam, juga ketua-ketua semua agama di Malaysia selain Islam, nescaya mereka akan bersetuju tentang kemudaratan judi dan arak kepada masyarakat, melebihi kebaikan. Penulis bukan anti sukan tetapi amat suka kalau industri sukan dibersihkan daripda unsur dosa. Biar segala perbuatan kita dikirakan sebagai ibadah hatta kita main bola..!Jom kita perangi judi habis-habisan.