Friday, July 30, 2010

PENGUNDI BARU: KUASA PENENTU PRK 13



Pengundi muda adalah golongan sasaran komponen parti-parti politik utama dalam negara yang berpotensi untuk mengubah landskap politik sesebuah negara dan komitmen sokongan kepada parti dan perjuangannya. Keputusan pilihan raya umum pada 8 Mac 2008 menyaksikan perubahan yang ketara dan menunjukkan keberanian rakyat untuk bersuara secara senyap melalui kotak-kotak undi bagi memihak kepada pakatan pembangkang, PR. Seolah-olah politik perkauman yang menjadi tradisi setiap kali menjelang PRU telah lenyap dan terkubur dan memberi nafas baru dan sinar kepada wujudnya politik baru. Kemuncak kepada political shift yang dicetuskan pada pilihan raya yang lepas telah berlanjutan dalam siri-siri pilihan raya kecil yang membuktikan corak pengundian dan factor kemenangan sebuah parti yang bertanding ditentukan oleh pengundi baru dan muda.

Kelompok pengundi muda ini adalah mereka yang baru sahaja menamatkan pengajian di institusi pendidikan tinggi. Mereka sentiasa bersifat kritikal terhadap sesuatu isu yang timbul dan lebih liberal dan konstruktif dalam menilai isu. Daya inkuiri yang tinggi dan perkembangan teknologi maklumat yang telah membntu merek adalam mengakses maklumat-maklumat tentang seseuatu topik membuatkan mereka tidak terikat kepada ideologi politik dan bebas menentukan persepsi corak pemikiran mereka. Media baru yang lebih bersifat terbuka dan liberal lebih menjadi bahan carian utama dalam menyatkan sikap mereka melalui peti undi berbanding media konvensional yang dilihat ‘menyekat’ kebebasan bersuara dan ‘mengawal’ dan membentuk jalur pemikiran yang tipikal dan lapuk. Berdasarkan kajian Zentrum Future Studies Malaysia, sebanyak 64.5 peratus kelompok dalam lingkungan umur 21 ke 29 tahun lebih mempercayai blog serta media online bagi memperoleh maklumat. Dalam pada itu, sebanyak 23.1 peratus dari mereka bergantung kepada maklumat yang dipaparkan televisyen dan hanya sebanyak 12.4 peratus dari golongan ini yang bergantung kepada surat khabar tempatan.


Maka tidak pelik apabila kebanyakan parti politik telah melipatgandakan usaha masing-masing untuk mendekati dan cuba mendaftarkan seberapa ramai pengundi baru khususnya golongan muda. Terkini, UMNO mencatatkan jumlah pengundi baru paling banyak iaitu 24,818 diikuti dengan DAP 17,756 dan PAS sebanyak 16,987. Pasca 2008 telah memberi impak besar kepada parti pemerintah, BN apabila hilang 2/3 majoriti dan lebih mendukacitakan apabila lima negeri dikuasai oleh pakatan pembangkang. Masing parti-parti politik utama memasng niat tersendiri di sebalik usha mendafrakan pengundi baru sebelum menjelang PRU 13, BN cuba untuk merampas kembali kerusi-kerusi yang telah hilang dan PR pula cuba untuk menawan Putrajaya. Begitulah pentingnya peranan pengundi baru.


PERLUMBAAN MENDAFTARKAN PENGUNDI BARU

Mengikut perangkaan SPR, kira-kira 28% atau 4.39 juta penduduk negara ini yang berusia lebih 21 tahun dan layak untuk mengundi masih belum mendaftar sebagai pemilih dengan 65% daripada golongan Bumiputra. Dikatakan jumalah pengundi di Malaysia adalah 11 juta setakat ini dan bilangan pengundi baru seramai empat juta ini jika didaftarkan bakal menentukan jatuh bangun parti politik dalam negara. Daripada jumlah tersebut, jika dipecahkan mengikut negeri Selangor mempunyai jumlah yang paling tinggi iaitu seramai 787,000 orang. Kemudian diikuti oleh Johor sebanyak 605,000 dan Perak (526,000) dan Sarawak (473,000).

Ada beberapa kemungkinan dan hipotesis awal yang dapat dilihat daripada corak pendaftran pengundi baru yang membimbangkan ini.:

1. Proses pendaftaran yang sukar

Pendaftaran sebagai pengundi baru sekiranya sukar dan terlalu menurut birokrasi, ia sepatutnya dipermudahkan dengan pengenalan kepada pendaftaran secara automatik apabila pemilih telah berusia 21 tahun sebagai umur layak mengundi. Umum mengetahui, proses pembinaan negara perlunya kepada suara rakyat majority untuk menetukan corak pentadbiran negara masa depan dan menjadi tanggungjawab social bagi rakyat untuk menunaikan tanggungjawab mereka. Pada 29 April 2007, Timbalan Menteri Penerangan Datuk Zahid Hamidi (kini Menteri Pertahanan) telah menggesa pihak SPR untuk meminda kepada Akta Suruhanjaya Pilihanraya bagi memudahkan pendaftaran secara automatik kepada mereka yang berusia genap 21 tahun. Sepatunya tidak menjadi kesulitan untuk bekerjasama dengan pihak Jabtan Pendaftarn Negara (JPN) untuk memastikan pengundi didaftrakan secara automatik. Mengambil contoh yang tealh dilaksanakan oleh Kanada dan Arizona yang mengmabil langkah untuk mendafrtarkan pengundi baru secara online adalah satu teladan yang sepatuntya dicontohi. Namun , ia perlu dikawal selia dengan rapi oleh SPR bagi mengelak tiada sebarang usaha untuk manipulasi data berlaku.

2. Tidak mengetahui untuk mendaftar sebagai pengundi baru

Jika masalah ini timbul, maka peranan SPR perlu diperhebatkan untuk memebri dan mencetuskan kesedaran kepada seluruh rakyat Malaysia untuk mendaftar sebagai pengundi. Bukan sahaja terlibat dalam memastikan perjalanan pihanaraya telus dan adil, malah pendidikan politik dan kempen kesedaran sepatutnya diambil berat oleh pihak SPR memandangkan ia adalah suatu proses demokrasi yang sepatutnya diambilcakna oleh mereka. Kerjasama dengan media baru dan perkembangan arus teknologi maklumat yang begitu pesat semestinya dimaksimakan manfaatnya untuk mempromosikan program pendidikan pengundi. Menjadi kewajiban kepada warga pihak SPR untuk memastikan peratusan pendaftran pengundi baru meningkat sekurang-kurangnya 80% sebelum menjelang 2013.

3. Hilang minat untuk turut menyumbng kepada perubahan sebuah Malaysia Baru.

Landskap politik semasa memainkan peranan dalam pemikiran pengundi baru kerana mereka sentiasa mencari alternative kepada permasalhan yang timbul. Contoh, pola pengundian 2008 telah menyaksikan pengundi telah memilih kepimpinan parti politik selain pemrintah untuk diberi mandate apabila melihat keupayaan pemrintah gagal menurustadbir ekonomi dan keadaan social dengan baik. Mungkin tiada factor pendorong yang kuat yang membolehkan mereka untuk mendaftar sebagai pengundi. Sikap ahli politik yang tiada pendirian kadangkala menyebabkan mereka sudah jelek dengan politik Mlaysia. Nmaun ini tidak boleh dijadakan sebab untuk berlepas tangan, parti politik dan NGO yang dianggap sebagai kuasa ketiga perlu bekerjasama bagi menggerakkan kesedaran untuk mengubah minda mereka yang ingin skeptical daripada masalah ini. Tindakan atau anggapan sesetengah golongan untuk cenderung untuk membiarkan isu politik di tangan ahli politik mesti ditangani. Tindakan memangkah undi merupakan intipati car hidup demokratik yang mesti dipenuhi oleh setiap warganegara dan setiap undi adalah berharga dan akan menjadi penentu kepada perjalanan dasar dan polisi bakal yang mempengaruhi kehidupan seharian.

Namun, di sebalik ini timbul pula golongan pengundi muda yang dilihat non partisan kepada mana-mana pihak. Ketiadaan struktur yang jelas tentang perjuangan sesuatu parti dan idea pendekatan yang dilihat tidak catchy dengan pemikrian golongan muda telah menyebabkan wujudnya golongan ini. Malah, parti-parti politik juga tidak menyediakan laluan dan jalan kepada muka-muka pemimpin baru untuk bersuara menyebabkan mereka berpendapat hanya politik ini bikinan orang tua-tua sahaja. Menurut pemerhati politik usm, Prof Madya Dr Sivamurugan Pandian, perkembangan politik negara ini mengalami ‘defisit perwakilan politik’ dan parti politik masih bergelut untuk mencari legitimasi politik bagi memenuhi janji-janji mereka pasca tsunami politik 2008.


PERSIAPAN PARTI POLITIK UNTUK RAIH SOKONGAN MUDA

Memetik kata Datuk Abd Halim Abd Rahman, Ketua Lajnah Pilihanraya PAS yang mensasarkan PAS memerlukan sekurang-sekurangnya 50% daripada 1.2 juta pengundi yang belum mendaftar untuk mendaftar sebagai pengundi baru adalah relevan bagi mengekalkan kuasa di Selangor dan Kedah. Penekanan telah diditumpukan dalam Muktamar Tahunan PAS ke 56 sehingga tercetusnya pelan tindakan 15 strategi untuk menawan hati pengundi muda cenderung untuk memihak kepada parti selain BN pada PRU 13 dan bersama dengan PR dalam mencorakkan agenda perubahan.

Ada beberapa pendektan yang seharusnya dijalankan oleh parti politik khususnya PAS untuk menwan hati pengundi muda untuk cenderung mendaftar sebagai pengundi :

1. Me’remaja’kan PAS sebagai jentera yang mampu mentadbir

Pendekatan turun padang dengan memastikan monitoring system dapat dibuat bagi setiap kawasan adalah sangat perlu bagi mencapai sasaran 1 juta pengundi baru. PAS mesti dilihat parti yang mampu menyediakan tapak dan laluan kepada golongan muda untuk bersuara dan mempersiapkan diri PAS untuk menuju Putrajaya sebagai government in waiting. Persediaan untuk menggantikan BN perlu diperkemaskan dengan membariskan pemuka-pemuka baru dalam jentera parti.

2. Fatwakan untuk mewajibkan pengundian dan pendaftaran pengundi.

Walaupun agak mustahil untuk dilaksanakan, namun dengan kredibiliti PAS yang dibarisi oleh golongan agamawan ia mampu untuk digazetkan. Media alternative dan baru sedia bekerjasama untuk menggerakkan usaha ini.

3. Pergiatkan promosi pendaftaran dengan koalisi bersama rakan tahaluf

Umum mengetahui, pendaftaran pengundi baru adalah tanggungjawab sesebuah parti. Tetapi gerak kerja akan lebih terpandu dan sistematik jika dapat dilakukan secara bersama. Pemimpin parti perlu turun padang dan tidak ternanti untuk melwat kawasan ketika ada jemputan program. Jumlah pendaftaran pengundi baru oleh UMNO jauah meninggalkan parti komponen PR iaitu DAP dan PAS. Ini kerana pemerintah telah memanipulasikn kepentingan sector kerajaan untuk membuat kerja-kerja pendaftran berbanding PR ynga hanya tertumpu kepada geraka kerja parti.

4. DHPP mesti dijadikan aktivit penerangan di kawasan majoriti Melayu.

Sebagai satu sayap yang diiktiraf PAS, badan ini mesti berperanan luas skopnya untuk turun di dikwasan majoriti Melayu. Tembok politik cauvinis dan perkauman adalah politik kolot dan rakyat sudah mempercayai untuk memihak kepada politik perubahan.

5. Lakukan aktiviti bersama anak muda luar bandar.

Penumpuan kepada pengundi luar bandar dilihat terlalu kurang kerana mereka ini adalah kelompok yang akan memihak kepada parti yang membantu ‘survival’ mereka. Lakukan aktivit bersama dan dekati permasalahan mereka dan aktiviti kebajikan dapat dibuat memlalui badan NGO di bwah kawasan parlimen. Pengundi muda luar bandar akan lebih celik sekiranya mereka difahamkan dengan nilai-nilai teras dalam perjuangan.

6. Laksanakan BERSIH gelombang kedua.

BERSIH adalah benchmark untuk mengukur tahap celiknya rakyat untuk turut bersama menggerakkan agenda perubahan. Mesti bersifat untuk mensasarkan 1 juta pengundi baru mendaftar. Lancarkan kempen ANTI UMNO dan setiap hari lawan UMNO

7. Pendedahan isu-sisu secara konsisiten dan kewujudan grup-grup kecil untuk berdsikusi dapat merancakkan gelombang kefahaman politik dan partisipasi golongan non-pedulisme. NGO mesti main peranan. SABM (Saya Anak Bangsa Malaysia) , NGO sedang rancakkan menggerakkan usaha pendaftran pengundi baru.

Perlumbaan mendaftarkan pengundi baru dilihat persaiangan sihat antara parti-parti politik. Sekiranya lebih ramai yang mendaftar, maka lebih ramai yang berhak untuk terlibat sama dalam menentukan hala tuju negara. Bagi PAS, pendaftran pengundi baru adalah asset untuk menuju Putrajaya.

No comments:

Post a Comment