Minngu lepas, penulis bersama teman berkesempatan menonton filem Wall Street: Money Never Sleep arahan Oliver Stone. Cuba untuk melihat idea -idea bikinan Barat menggambarkan keadaan sebenar Wall Street dan salah satu usaha untuk mencabar minda penulis memahami filem yang agak 'berat' pembawaan plot ceritanya daripada kebiasaan. Ya, mungkin kesimpulan mudah yang boleh dibuat adalah setiap kejayaan para spekulator di Wall Street adalah dengan minda seorang 'penjenayah'. Tidak keterlaluan tatkala harta dijadikan sasaran kekayaan, malah Gordon Gekko seorang banduan yang telah dibebaskan setelah 22 tahun dipenjara atas kesalahan manipulasi wang dan penipuan telah melakukan aksi penipuan dendam ke atas teman rapatnya sendiri dalm perniagaan ketika mana AS mengalami economic depression menggunakan wang simpanan anaknya sendiri. Selebihnya boleh tonton sendiri filem. Antara ambilan penting yang ingin dikongsi bersama:
1) Pengarah yang baik akan cuba menyempaikan ideologinya atau world viewnya dalam filem arahannya. Dalam filem Wall Street, terma yang diangkat adalah Greed is Good sehingga dipaparkan buku tulisan Gordon Gekko diangkat sebagai best seller. Mungkin dari sudut positifnya, tamak boleh membawa mkasud bersungguh-bersungguh sehingga digambarkan dalam filem ini pekerja-pekerja Wall Street terlalu 'bermotivasi' tidak keruan dalam memajukan ekonomi AS. Oliver Stone walaupun pada dasarnya menggmabarkan keadaan sebenar dan melegitimasikan kenyataan fakta yang berlaku dalam kondisi dalaman Wall Street, tetapi dia telah berjaya membuktikan bahawa mereka yang berada di puncak kejayaan di Wall Street adalah penipu besar dalam menindas golongan yang tidak berdaya dari sudut kekuatan ekonomi. Sebab itu, kita masih kurang dalam menyediakn lapisan kawanan media yang meliputi bidang kewartanawan dan perfileman dalam menayajikan filem bermutu tinngi dan berupaya menyampaikan mesej Islam dalam penyampaian santai lagi dinamik.
2)Malaysia sepatutnya belajar untuk mengetengahkan idea-idea yang lebih kritikal dan 'berat' sifatnya daripada terus menghidangkan hidangan filem yang tidak bermaruah dan rendah nilai intelketual. Tahniah diucapkan kepada rakan-rakan kita yang berusaha merealiasasikan sebuah rancangan LAW KANA BAINANA(If Prophet Muhammmad s.a.w be Among Us). Bagi penulis, usaha untuk menjadikan setiap titik detik kehidupan kita dibaluti dengan amalan sunnah hatta kepada perkera yang dipandang remeh sebab BIG MATTER DOESN'T EXIST WITHOUT SMALL MATTER AS A STARTING POINT..Ayuh kita kembali kepada kehidupan beragama.
3)Ekonomi adalah alat untuk capai kebahagiaan tetapi bukan ia adalah segala-galanya. Lihat bagaimana pentadbiran yang diurustadbir dengan baik oleh Mujaddid Islam pertama, Saidina Umar Abd Aziz dalam membawa kemakmuran kepada negara tadbirannya sehingga diberitakan tiada golongan asnaf yang layak menerima zakat daripada tabungan Baitul Mal, tiada percakaran antara serigala dan ayam malah hasil gandum yang ditanam mencukupi untuk 2 tahun berikutnya. Berkat limpahan daripada orang yang soleh dan beramal soleh. Mlaysia juga telah menggariskan ETP dalam membangunkan negara supaya menjadi negara maju dan berpendapatan tinggi menjelang 2020 dengan kapasiti pelaburan RM1.3 trillion. Biarpun banyak mana sekalipun duit yang dilaburkan, asalkan ia memberi manfaat buat rakyat Malaysia dan menyediakan rezeki halal buat generasi akan datang. Quite impressive that plan to transform Malaysia but need doer more than talker..
P/s: terkedu melihat jawapan balas muslimah ini di akhir video ini. pp/s:ternanti filem arahan Oliver Stone, pengarah 'kontroversi' yang akan menghasilkan karya filemnya tentang tokoh hebat dunia,Moa Zedong,Joseph Stalin,Adolf Hitler.. Oliver juga antara penggiat seni yang mengkritik lantang teori Holocoust dan menyokong pendirian Ahmadinejad.
Ramadhan kareem. . Ramadhan telah melewati setengah purnama dan tinggal beberapa hari berbaki untuk seluruh ummat Islam merebut peluang dan promosi membuat kebaikan semaksima mungkin. Semak kembali tahap amalan kita dalam bulan Ramadhan kali ini, apakah kita masih selesa dengan pencapaian yang kita tunjukkan sepanjang 15 hari berlalu?Qiamulail..?Tarawikh..?berbuka puasa dengan hidangan yang banyak sehingga membazir..? Takut2 nnti digolongkan di kalangan mereka yang RUGI bila mana Ramadhan yang datang tidak dapat menghapuskan dosa-dosa terdahulu..Mudah-mudahan Allah masih memberikan kita kekuatan untuk terus beramal ibadah sehingga bertemu dengan LAILATUL QADR.. Ramadhan banyak mencatatkan sejarah penting dalam Islam apabila beberapa siri ghazwah berlaku seperti Uhud, Fathu Makkah, pembukaan Andalusia dan lain-lain. Jadi, Ramadan juga bukan alasan bagi kita untuk bermalasan dan beralasn untuk tidak kompeten malah perlu jadi lagi hebat daripada bulan-bulan lain. Teringat penulis akan satu peristiwa dahulu yang berlaku di Tunisia sekitar tahun 1957, Presiden Husin Bourgiba yang mengeluarkan arahan kepada kakitangan awamnya supaya tidak berpuasa atas alasan ia membantutkan PRODUKTIVITI negara. Bagi penulis, ini adalah pemikiran skeptism terhadap agama dan melihat agama adalah satu halangan kepda pembangunan sesebuah negara atau tamadun..tinggalkan Tunisia dengan cerita silamnya dan mudah-mudahan penyakit ini tidak merebak di Malaysia. Ada beberapa peristiwa yang berlaku dalam bulan Ramadhan kali ini dan ingin dikongsi bersama penulis :
Pelancaran mata wang dinar syariah Kelantan
Awal Ramadan pada 12 ogos 2010. Kelantan melancarkan mata wang dinar syariah,dinar emas dan dirham perak sebagai alternatif untuk kegunaan kira-kira 1,000 premis perniagaan di sekitar negeri Kelantan, termasuk Pasar Besar Majlis Perbandaran Kota Bharu (MPKB), Bazar Buloh Kubu dan Pasar Siti Khadijah selain untuk tujuan pembayaran zakat di negeri tersebut serta kegunaan untuk pembayaran gaji kakitangan awam negeri itu. Tahniah dan syabas diucapkan kepada Kerajaan negeri Kelantan atas inisiatif ini dalam mengembalikan penggunaan dinar emas sebagai alternatif matawang. BNM(Bank Negara Mlaysia) sepatutnya sedar akan perlunya matawang ini digunapakai dalam sistem kewangan negara kerana emas adalah komoditi yang sifar inflasi, manipulasi dan tidak akan susut nilai. Malah ,mengikut satu laporan oleh Morgan Stanley dan Royal Bank of Canada merumuskan bahwa ringgit Malaysia akan mengalami kejatuhan nilai dalam tempoh 12 tahun daripada sekrang dan kesan kejatuhan ini adalah disebabkan impak krisis hutang Eropah. Walaubagaimanapun, ini senario yang berlaku dalam matawang yang kita dokong sekarang yang hanya bernilai atas persepsi yang kita letak pada sehelai kertas..Apapun, satu permulaan yang baik ditunjukkan oleh kerajaan pimpinan TGNA dalam memperkukuhkan nilai-nilai ekonomi Islam.
Cadangan pembinaan masjid di Ground Zero, tapak runtuhnya WTC.
Awal 10 Ramadhan, 16 Ramadhan. Obama mempertahankan pembinaan masjid dan pusat kebudayaan Islam berhampiran denga tapak runtuhnya WTC 9 tahun lepas atas alsan Amerika mengamalkan kebebasan beragama kepada seluruh rakyatnya. Ia adalah lebih baik daripada saban tahun dijadikan upacara pemujaan mangsa-mangsa yang terkorban oleh waris-waris mereka. Tahniah kerana berjya memecah kebuntuan walapun terikat dengan polisi karat Pro-Zionis dan Yahudi tetapi masih memberi jalan untuk mencipta satu perubahan, Pada penulis, potensi Obama untuk melakukan perubahan dalam kompleksnya sistem sosio-ekonomi rakyat AS wajar dipuji dan berharap Obama akan bertemu jalan hidayah dengan 'lampu hijau'. Kita, ummat Islam seseorang yang ada potensi dan berpengaruh untuk kebangkitan Islam masa depan seperti Nabi S.A.W sendiri berdoa supaya Umar alKhattab diIslamkan kerana beliau kuat dan berpengaruh dalam ketika masyarakat Arab Jahiliyah.
Pemergiaan Ustaz Ahmad Sonhadji
2 Ramadhan 1431H, perginya buat selama-lamanya ulama agung nusantara di Singapura. Walaupun namanya asing bagi kita di Mlaysia tetapi karya yang ditinggalkan telah menjadikan almarhum begitu ikhlas dalam kerja dakwahnya di kepulauan Singapura. Ustaz terkenal melalui siri kuliah tafsir al-Quran melalui radio di Singapura. Koleksi kuliah berkenaan dihimpunkan dan akhirnya menjadi koleksi lengkap Tafsir al-Quran kontemporari karangan ulama tempatan yang dinamakan sebagai Abrul Athir. Ya Allah rahmatilah ruh beliau dan kubur beliau dan tempatkan beliau di kalangan mereka yang Engkau kurniakan nikmat serta jadikanlah beliau sebagai suri teladan hidup kami di dunia mahupun akhirat..Tatkala ini, siapa di kalangan kita boleh berkata dia boleh hidup lagi dalam Ramadhan berikutnya dan kalau boleh pun, sejauhmana kadar kekuatan kita jika dibandingkan dengan Ramadhan sebelumnya..renung-renungkanlah..
Akhirmya, dalam bulan Ramadhan yang mulia ini, Allah telah letakkan end of product dalam bulan ini adalah taqwa, iaitu bekalan dan aset bernilai untuk kita bawa ketika berjumpa Ilahi. Pada penulis, ada 3 target yang ingin dicapai sepanjang bulan Ramadhan ini:
Iman yang bertambah
Ilmu yang bermanfaat
Kesihatan yang baik
Semoga ramadhan kali ini menjadi pemula untuk kita meningkatkan kuantiti/kualiti ibadah kita. Larutkan diri kita dengan ibadah-ibadah sunat disamping meningkatkan kualiti-kualiti ibadah yang wajib dalam hari-hari yang tersisa.
Video ihsan daripada Aljazeera tentang masjid berdekatan Ground Zero...
Pengundi muda adalah golongan sasaran komponen parti-parti politik utama dalam negara yang berpotensi untuk mengubah landskap politik sesebuah negara dan komitmen sokongan kepada parti dan perjuangannya. Keputusan pilihan raya umum pada 8 Mac 2008 menyaksikan perubahan yang ketara dan menunjukkan keberanian rakyat untuk bersuara secara senyap melalui kotak-kotak undi bagi memihak kepada pakatan pembangkang, PR. Seolah-olah politik perkauman yang menjadi tradisi setiap kali menjelang PRU telah lenyap dan terkubur dan memberi nafas baru dan sinar kepada wujudnya politik baru. Kemuncak kepada political shift yang dicetuskan pada pilihan raya yang lepas telah berlanjutan dalam siri-siri pilihan raya kecil yang membuktikan corak pengundian dan factor kemenangan sebuah parti yang bertanding ditentukan oleh pengundi baru dan muda.
Kelompok pengundi muda ini adalah mereka yang baru sahaja menamatkan pengajian di institusi pendidikan tinggi. Mereka sentiasa bersifat kritikal terhadap sesuatu isu yang timbul dan lebih liberal dan konstruktif dalam menilai isu. Daya inkuiri yang tinggi dan perkembangan teknologi maklumat yang telah membntu merek adalam mengakses maklumat-maklumat tentang seseuatu topik membuatkan mereka tidak terikat kepada ideologi politik dan bebas menentukan persepsi corak pemikiran mereka. Media baru yang lebih bersifat terbuka dan liberal lebih menjadi bahan carian utama dalam menyatkan sikap mereka melalui peti undi berbanding media konvensional yang dilihat ‘menyekat’ kebebasan bersuara dan ‘mengawal’ dan membentuk jalur pemikiran yang tipikal dan lapuk.Berdasarkan kajian Zentrum Future Studies Malaysia, sebanyak 64.5 peratus kelompok dalam lingkungan umur 21 ke 29 tahun lebih mempercayai blog serta media online bagi memperoleh maklumat. Dalam pada itu, sebanyak 23.1 peratus dari mereka bergantung kepada maklumat yang dipaparkan televisyen dan hanya sebanyak 12.4 peratus dari golongan ini yang bergantung kepada surat khabar tempatan.
Maka tidak pelik apabila kebanyakan parti politik telah melipatgandakan usaha masing-masing untuk mendekati dan cuba mendaftarkan seberapa ramai pengundi baru khususnya golongan muda. Terkini, UMNO mencatatkan jumlah pengundi baru paling banyak iaitu 24,818 diikuti dengan DAP 17,756 dan PAS sebanyak 16,987. Pasca 2008 telah memberi impak besar kepada parti pemerintah, BN apabila hilang 2/3 majoriti dan lebih mendukacitakan apabila lima negeri dikuasai oleh pakatan pembangkang. Masing parti-parti politik utama memasng niat tersendiri di sebalik usha mendafrakan pengundi baru sebelum menjelang PRU 13, BN cuba untuk merampas kembali kerusi-kerusi yang telah hilang dan PR pula cuba untuk menawan Putrajaya. Begitulah pentingnya peranan pengundi baru.
PERLUMBAAN MENDAFTARKAN PENGUNDI BARU
Mengikut perangkaan SPR, kira-kira 28% atau 4.39 juta penduduk negara ini yang berusia lebih 21 tahun dan layak untuk mengundi masih belum mendaftar sebagai pemilih dengan 65% daripada golongan Bumiputra. Dikatakan jumalah pengundi di Malaysia adalah 11 juta setakat ini dan bilangan pengundi baru seramai empat juta ini jika didaftarkan bakal menentukan jatuh bangun parti politik dalam negara. Daripada jumlah tersebut, jika dipecahkan mengikut negeri Selangor mempunyai jumlah yang paling tinggi iaitu seramai 787,000 orang. Kemudian diikuti oleh Johor sebanyak 605,000 dan Perak (526,000) dan Sarawak(473,000).
Ada beberapa kemungkinan dan hipotesis awal yang dapat dilihat daripada corak pendaftran pengundi baru yang membimbangkan ini.:
1.Proses pendaftaran yang sukar
Pendaftaran sebagai pengundi baru sekiranya sukar dan terlalu menurut birokrasi, ia sepatutnya dipermudahkan dengan pengenalan kepada pendaftaran secara automatik apabila pemilih telah berusia 21 tahun sebagai umur layak mengundi. Umum mengetahui, proses pembinaan negara perlunya kepada suara rakyat majority untuk menetukan corak pentadbiran negara masa depan dan menjadi tanggungjawab social bagi rakyat untuk menunaikan tanggungjawab mereka. Pada 29 April 2007, Timbalan Menteri Penerangan Datuk Zahid Hamidi (kini Menteri Pertahanan) telah menggesa pihak SPR untuk meminda kepada Akta Suruhanjaya Pilihanraya bagi memudahkan pendaftaran secara automatik kepada mereka yang berusia genap 21 tahun. Sepatunya tidak menjadi kesulitan untuk bekerjasama dengan pihak Jabtan Pendaftarn Negara (JPN) untuk memastikan pengundi didaftrakan secara automatik. Mengambil contoh yang tealh dilaksanakan oleh Kanada dan Arizona yang mengmabil langkah untuk mendafrtarkan pengundi baru secara online adalah satu teladan yang sepatuntya dicontohi. Namun , ia perlu dikawal selia dengan rapi oleh SPR bagi mengelak tiada sebarang usaha untuk manipulasi data berlaku.
2.Tidak mengetahui untuk mendaftar sebagai pengundi baru
Jika masalah ini timbul, maka peranan SPR perlu diperhebatkan untuk memebri dan mencetuskan kesedaran kepada seluruh rakyat Malaysia untuk mendaftar sebagai pengundi. Bukan sahaja terlibat dalam memastikan perjalanan pihanaraya telus dan adil, malah pendidikan politik dan kempen kesedaran sepatutnya diambil berat oleh pihak SPR memandangkan ia adalah suatu proses demokrasi yang sepatutnya diambilcakna oleh mereka. Kerjasama dengan media baru dan perkembangan arus teknologi maklumat yang begitu pesat semestinya dimaksimakan manfaatnya untuk mempromosikan program pendidikan pengundi. Menjadi kewajiban kepada warga pihak SPR untuk memastikan peratusan pendaftran pengundi baru meningkat sekurang-kurangnya 80% sebelum menjelang 2013.
3.Hilang minat untuk turut menyumbng kepada perubahan sebuah Malaysia Baru.
Landskap politik semasa memainkan peranan dalam pemikiran pengundi baru kerana mereka sentiasa mencari alternative kepada permasalhan yang timbul. Contoh, pola pengundian 2008 telah menyaksikan pengundi telah memilih kepimpinan parti politik selain pemrintah untuk diberi mandate apabila melihat keupayaan pemrintah gagal menurustadbir ekonomi dan keadaan social dengan baik. Mungkin tiada factor pendorong yang kuat yang membolehkan mereka untuk mendaftar sebagai pengundi. Sikap ahli politik yang tiada pendirian kadangkala menyebabkan mereka sudah jelek dengan politik Mlaysia. Nmaun ini tidak boleh dijadakan sebab untuk berlepas tangan, parti politik dan NGO yang dianggap sebagai kuasa ketiga perlu bekerjasama bagi menggerakkan kesedaran untuk mengubah minda mereka yang ingin skeptical daripada masalah ini. Tindakan atau anggapan sesetengah golongan untuk cenderung untuk membiarkan isu politik di tangan ahli politik mesti ditangani. Tindakan memangkah undi merupakan intipati car hidup demokratik yang mesti dipenuhi oleh setiap warganegara dan setiap undi adalah berharga dan akan menjadi penentu kepada perjalanan dasar dan polisi bakal yang mempengaruhi kehidupan seharian.
Namun, di sebalik ini timbul pula golongan pengundi muda yang dilihat non partisan kepada mana-mana pihak. Ketiadaan struktur yang jelas tentang perjuangan sesuatu parti dan idea pendekatan yang dilihat tidak catchy dengan pemikrian golongan muda telah menyebabkan wujudnya golongan ini. Malah, parti-parti politik juga tidak menyediakan laluan dan jalan kepada muka-muka pemimpin baru untuk bersuara menyebabkan mereka berpendapat hanya politik ini bikinan orang tua-tua sahaja. Menurut pemerhati politik usm, Prof Madya Dr Sivamurugan Pandian, perkembangan politik negara ini mengalami ‘defisit perwakilan politik’ dan parti politik masih bergelut untuk mencari legitimasi politik bagi memenuhi janji-janji mereka pasca tsunami politik 2008.
PERSIAPAN PARTI POLITIK UNTUK RAIH SOKONGAN MUDA
Memetik kata Datuk Abd Halim Abd Rahman, Ketua Lajnah Pilihanraya PAS yang mensasarkan PAS memerlukan sekurang-sekurangnya 50%daripada 1.2 juta pengundi yang belum mendaftar untuk mendaftar sebagai pengundi baru adalah relevan bagi mengekalkan kuasa di Selangor dan Kedah. Penekanan telah diditumpukan dalam Muktamar Tahunan PAS ke 56 sehingga tercetusnya pelan tindakan 15 strategi untuk menawan hati pengundi muda cenderung untuk memihak kepada parti selain BN pada PRU 13 dan bersama dengan PR dalam mencorakkan agenda perubahan.
Ada beberapa pendektan yang seharusnya dijalankan oleh parti politik khususnya PAS untuk menwan hati pengundi muda untuk cenderung mendaftar sebagai pengundi :
1.Me’remaja’kan PAS sebagai jentera yang mampu mentadbir
Pendekatan turun padang dengan memastikan monitoring system dapat dibuat bagi setiap kawasan adalah sangat perlu bagi mencapai sasaran 1 juta pengundi baru. PAS mesti dilihat parti yang mampu menyediakan tapak dan laluan kepada golongan muda untuk bersuara dan mempersiapkan diri PAS untuk menuju Putrajaya sebagai government in waiting. Persediaan untuk menggantikan BN perlu diperkemaskan dengan membariskan pemuka-pemuka baru dalam jentera parti.
2.Fatwakan untuk mewajibkan pengundian dan pendaftaran pengundi.
Walaupun agak mustahil untuk dilaksanakan, namun dengan kredibiliti PAS yang dibarisi oleh golongan agamawan ia mampu untuk digazetkan. Media alternative dan baru sedia bekerjasama untuk menggerakkan usaha ini.
3.Pergiatkan promosi pendaftaran dengan koalisi bersama rakan tahaluf
Umum mengetahui, pendaftaran pengundi baru adalah tanggungjawab sesebuah parti. Tetapi gerak kerja akan lebih terpandu dan sistematik jika dapat dilakukan secara bersama.Pemimpin parti perlu turun padang dan tidak ternanti untuk melwat kawasan ketika ada jemputan program. Jumlah pendaftaran pengundi baru oleh UMNO jauah meninggalkan parti komponen PR iaitu DAP dan PAS. Ini kerana pemerintah telah memanipulasikn kepentingan sector kerajaan untuk membuat kerja-kerja pendaftran berbanding PR ynga hanya tertumpu kepada geraka kerja parti.
4.DHPP mesti dijadikan aktivit penerangan di kawasan majoriti Melayu.
Sebagai satu sayap yang diiktiraf PAS, badan ini mesti berperanan luas skopnya untuk turun di dikwasan majoriti Melayu. Tembok politik cauvinis dan perkauman adalah politik kolot dan rakyat sudah mempercayai untuk memihak kepada politik perubahan.
5.Lakukan aktiviti bersama anak muda luar bandar.
Penumpuan kepada pengundi luar bandar dilihat terlalu kurang kerana mereka ini adalah kelompok yang akan memihak kepada parti yang membantu ‘survival’ mereka. Lakukan aktivit bersama dan dekati permasalahan mereka dan aktiviti kebajikan dapat dibuat memlalui badan NGO di bwah kawasan parlimen. Pengundi muda luar bandar akan lebih celik sekiranya mereka difahamkan dengan nilai-nilai teras dalam perjuangan.
6.Laksanakan BERSIH gelombang kedua.
BERSIH adalah benchmark untuk mengukur tahap celiknya rakyat untuk turut bersama menggerakkan agenda perubahan. Mesti bersifat untuk mensasarkan 1 juta pengundi baru mendaftar. Lancarkan kempen ANTI UMNO dan setiap hari lawan UMNO
7.Pendedahan isu-sisu secara konsisiten dan kewujudan grup-grup kecil untuk berdsikusi dapat merancakkan gelombang kefahaman politik dan partisipasi golongan non-pedulisme. NGO mesti main peranan. SABM (Saya Anak Bangsa Malaysia) , NGO sedang rancakkan menggerakkan usaha pendaftran pengundi baru.
Perlumbaan mendaftarkan pengundi baru dilihat persaiangan sihat antara parti-parti politik. Sekiranya lebih ramai yang mendaftar, maka lebih ramai yang berhak untuk terlibat sama dalam menentukan hala tuju negara. Bagi PAS, pendaftran pengundi baru adalah asset untuk menuju Putrajaya.
Mereka adalah anak-anak kecil Gaza yang menyertai Summer Camp anjuran HAMAS, kerajaan yang diberi mandat oleh majoriti rakyat Gaza untuk memimpin Semenanjung Gaza. Mungkin paparan gambar ini akan dikatakan sebagai kem doktrinasasi supaya mereka menjadi 'terroris' oleh pihak rejim Zionis dan mereka yang pesimis dengan kebangkitan Islam. Dalam kem ini, mereka diajar beberapa perkara asas kehidupan supaya hormat dan cintakan tanahair mereka yang telah terjajah dan menanam semangat untuk berjihad, berkorban mempertahankan kiblat pertama umat Islam, Masjid al-Aqsa. Mereka juga diajar berkenaan dengan subjek asas matematik, teori berenang dan akhlak Islam. Sekurang-kurangnya mereka dilatih supaya masa-masa terluang diisi dengan perkara yang boleh mendatangkan manfaat pada diri mereka. Tugas mereka pra militari.
Adakah kita bersedia sekiranya kita diserang oleh musuh luar? Sedangkan dalam Quran sendiri telah diperingatkan supaya kita bersiap siaga menghadapai musuh..(Rujuk.Al-anfal;60)
World Cup 2010 di Afrika Selatan telah hampir ke penghujungnya. Menyaksikan empat pasukan terbaik dunia akan berentap dan beradu nasib untuk menempah tiket ke perlawanan separuh akhir..Jerman vs Sepanyol dan Uruguay vs Belanda. Mungkin ramai yang terkejut dengan pasukan pilihan mereka dan pasukan yang disebut-sebut akan menjulang trofi FIFA World Cup 2010 jatuh tersungkur dengan permainan hambar dan akhirnya membawa padah tersingkir dalam perlawanan kalah mati. Brazil, Argentina, Italy dan France telah menamatkan misi untuk meneruskan siri-siri perlwanan berikutnya apabila masing-masing tewas. Bagaimanpun, bola itu bulat dan segala kemungkinan boleh berlaku dalam dunia bola.
Dalam dunia bola, walaupun sesebuah pasukan itu dikira terbaik atas kertas ranking dan menurut perkiraan FIFA namun jika salah mengatur strategi perlwanan atas padang permainan dan masing-masing gagal berfungsi bermain dalam satu pasukan pasti kalah jawapannya. Gawang gol adalah matlamat akhir dan strategi adalah nilai tambah yang akan meyakinkan para pemain tentang corak persembahan yang mesti diserlahkan atas padang bola. Ya..kata kunci adalah perancangan (strategi) yang rapi dan taktik serangan dan mutu persembahan yang mantap dalm semangat satu pasukan akan membuahkan hasil dan gol kemenangan.
Apa yang ingin dikongsi penulis dalm entri adalah berkisar tentang bola dan World Cup 2010:
Nasib rakyat Afrika Selatan pasca World Cup 2010
Memang diakui World Cup 2010 telah bertuanrumahkan di benua Afrika buat julung- julung kalinya. Ini mungkin satu penghormatan buat negara Afrika Selatan dan benua Afrika untuk menganjurkan kejohanan berprestij bola sepak bertaraf dunia. Bagaimana kerajaan Afrika Selatan mampu untuk menguruskan kewangan yang berganda untuk menganjurkan World Cup 2010 namun tiada peruntukan kewangan yang mencukupi yang dibelanjakan untuk meringankan kemelut kemiskinan yang melanda benua Afrika. Stadium di Cape town menelan belanja US $500 juta. Suatu angka besar yang pastinya membuat golongan miskin terus menderita di tanah air sendiri. Mana-mana pembinaan berskala besar seperti Burj Tower Dubai pasti menyebabkan defisit fiskal kepada negara mereka jika tiada kekuatan kewangan reserve. Mengambil contoh acara Olimpik 2008 di Beijing, China. Pasca Olimpik melihatkan bahawa Stadium Bird Nest dan semua kepelngkapan sukan telah bertukar lengang tanpa kunjungan orang dan fungsinya mati setelah berakhir Olimpik kecuali dijadiakn sebagai lokasi peranginan musim sejuk yang dikenali sebagai Happy Ice. Setahun selepas Olimpik, Bird Nest berkapasiti 91,000 tempat duduk telah mengadakan konsert Jackie Chan, opera dan persembahan nyanyian tradisi China bagi mengelakkan ketiadaan fungsi stadium tersebut . Namun , pasukan bola kebangsaan China telah dinafikan hak mereka untuk memanfaatkan fungsi sebenar stadium. Memalukan..!rujuk . China dikatakan mampu untuk mengcover balik segala kerugian pasca Olimpik kerana memiliki simpanan foriegn exchange reserve bernilai 2 trilion dollar dan kuasa gergasi ekonomi dunia yang boleh bangkit dalam tempoh yang singkat. Tetapi , Afrika..negara yang sudah sinonim dengan kemiskinan dan kesusahan hidup akan terus melarat pasca World Cup 2010. Kesan secara langsung akan kena terus kepada rakyat mereka. Jadi, apa yang bakal berlaku selepas World Cup 2010 South Afrika..?Sama-sama kita tunggu dan lihat.
Nelson Mandela dan World Cup 2010
Ya..satu pengiktirafan buat pejuang anti dasar kejam dan drakonian,apartheid. Nelson Mandela. Menarik untuk diketahui bahawa dalam tempoh beliau dipenjarakan di Pulau Robben dengan segala kekurangan dan beliau dikelaskan di bahagian D iaitu bahagian paling rendah, dengan catuan makan dan kemudahan berbeza, hanya boleh menerima surat yang telah ditapis (misalnya ada ayat-ayat yang dihitamkan hingga tidak boleh dibaca) dan dilawati oleh seorang setiap 6 bulan dan paling menakjubkan penulis adalah beliau masih sempat menghabiskan pengajiannya dalam bidang Undang-Undang melalui program luar University of London. Memang benar telahan beliau yang mengatakan bumi Afrika tidak akan dianiaya lagi dan akan dihargai sebagaimana kata-kata beliau: “Never, never and never again shall it be that this beautiful land will again experience the oppression of one by another”. Tertarik setiap kali perlawanan yang dimulakan akan ada kain rentang bertulis "Say no to Racism".Tahniah buat Mandela atas buah-buah perjuangan yang telah anda kecapai selama mana meringkuk dalam tahanan 27 tahun.
Aplikasi strategi Sun tzu dalam perlawanan
Sepanjang penulis menyaksikan perlawanan, banyak aplikasi Sun Tzu yang digunakan dalam strategi perlawanan. Mana tidaknya sehinggakan pasukan gergasi dunia, Brazil pun boleh jadi sambal daripada aksi permainan samba mereka..Antaranya, salah satu prinsip Sun Tzu adalah membuatkan musuh dalam kelelahan sambil menghematkan penggunaan tenaga untuk serangan balas. Aksi permainan Argentina dan Jerman di suku akhir menyaksikan Jerman bijak mengatur serangan balas tatkala pemain Argentina cuba mengimarahkan kotak penalti Jerman yang pada jangkaan Argentina berhasil.Dan menarik untuk pasukan bukan pilihan untuk memotivasikan pasukan mereka adalah dengan mengetahui bahawa pasukan lawan tidak selamanya kuat dalam segala hal. Pasti ada titik kelemahan yang mesti diganggu gugat untuk melemahkan psikologi mereka.
Akhirnya, ketika pihak anda mengalami kekalahan hanya ada tiga pilihan: menyerah, kompromi, atau melarikan diri. Menyerah adalah kekalahan total, kompromi adalah setengah kalah, tapi melarikan diri bukanlah sebuah kekalahan. Selama anda tidak kalah, anda masih memiliki sebuah kesempatan untuk menang!
p/s:Menjangkakan Jerman akan jadi juara World Cup 2010. Menantikan pasukan Malaysia akan ke World Cup 2014 di Brazil..kini ranking 159..haha.
Barack Obama, presiden Amerika yang telah mencipta sejarah tersendiri beliau sehingga mampu merobohkan tembok perkauman yang menjadi akar tradisi dalam kepimpinan tampuk tertinggi Amerika. Namun, setelah beberapa tahun beliau berada dalam kekuasaan, ternyata apa yang beliau sendiri ungkapkan dalam lobi-lobi kempen ketika pencalonan beliau sebagai Presiden ternyata sussah untuk diterjemahkan.
Penulis beranggapan sememangnya politic will itu amat penting dalam perlu dalam membuat sebrang keputusan dasar mahupun menentukan corak polisi pentadbiran yang baik. Namun, politic wisdom juga amat perlu ditekankan dan diambilcakna. Baru-baru ini, Malaysia telah menarik balik lesen perjudian Ascot Berjaya Sport ketika mana suara rakyat berpadu memprotes usaha terkeji melesenkan hal yang ternyata haram. Penulis melihat pemerintah di mana-aman peringakt kepimpinan pun akan menimbangtara sebarang keputusan yang dibuat sekiranya berhadapan dengan gelombang suara rakyat ataupun mengenepikan kepentingan rakyat. Syabas..rakyat Malaysia..andalah pejuang sebenar yang cintakan Malaysia yang sebenar.
Walaupun Obama telah dijadualkan untuk melwat Indonesia pada Mac 2010 tetapi berikutan bantahan hampir seluruh rakyat Indonesia di kota-kota besar mereka. Obama mungkin berbeza warna kulit daripada George W. Bush tetapi beliau masih menindas umat Islam di Iraq dan Afgahnistan malah terus membungkam bisu ketika mana sekutu uatnya menyerang kapal bantuan kemanusiaan ke Gaza di perairan antarabangsa. Dulu dilihat sebagai hero yang bakal membuat perubahan dan akan menunjukkan simpati kepada dunia Islam dengan aksi lawatannya ke Universiti Azhar namun ia seolah-olah sebagai kulit yang ingin menutup dasar Amerika yang sememangnya tidak akan sama sekali berkompromi malah menunjukkan usaha untuk membela nasib golongan tertindas atas maksud keadilan. Tatkala Amerika menyambut ulangtahun Pengisytiharaan Kemerdekaan pada 4 Julai 1766, mereka sepatutnya berusaha untuk mengangkat terma-terma equality, fraternity dan liberty yang dilaung-laungkan oleh mereka selama ini. Malah, kegagalan Obama makin terserlah dengan menyalahkan BP Pertroleum apabila berlakunya tumpahan minyak di Teluk Mexico.
Walaupun jasad Obama tidak sampai ke Indonesia dengan aksi bantahan, namun aksi filem yang menggambarkan riwayat beliau memasuki pawagam dengan nama Obama Anak Menteng. Bersandarkan novel tulisan Damien Dematra, juga menggunakan judul yang sama, filem ini diarahkan bersama oleh John De Rantau. Ia mengisahkan perjalanan hidup Obama, yang kini meruapakan Presiden ke-44 AS, ketika zaman kanak-kanak di Indonesia.
Inilah kekuatan pimpinan sehingga difilemkan riwayat hidupnya buat tatapan seluruh peminat dan penyokongnya. Betul kata sesetengah pujangga, "Let the pictures or film tells the story..".Gandhi (1982), sebuah filem yang mengangkat sejarah perjuangan beliau demi sebuah pembebasan India daripada cengakaman penjajah. Dalam permulaan filem itu dimulakan dengan ungakapan:
No man's life can be encompassed in one telling... least of all Gandhi's, whose passage through life was so entwined with his nation's struggle for freedom. There is no way to give each event its allotted weight, to recount the deeds and sacrifices of all the great men and women to whom he and India owe such immense debts.
Patah balik kepada topik perbincangn, ada beberapa point yang ingin dikongsi bersama dengan pembaca:
1)Barat telah membelanjakan banyak duit untuk menghasilkan sesebuah filem dan masakan tidak nilaian yang tinngi itu tidak disusuli dengan selitan mesej-mesej halus untuk menyampaikan maksudnya kepada penonton. Barat tidak menjadikan filem dalam bentuk hiburan semata-mata tetapi sanggup melabur tinggi dalam 'industri' perfileman ini sehinnga wujudnya Hollywood sebagai empayar penyebar fikrah mereka. Mungkin ada yang berpendapat, tidak perlu untuk berbelanja ke panggung wayang semata-mata untuk menonton filem. Tetapi bagi diri penulis telah 'mewajibkan' diri untuk melihat sendiri bagaimana 'permainan industri' ini berjalan untuk mempengaruhi minda dan idea besar yang ingin disampaikan secara halus. Kita sering mengeluh untuk terus memprotes seseuatu tanpa mengkaji terlebih dahulu bagaimana sesebuah sistem yang telah menjadi urat daging sesebuah masyarakat itu berfungsi. Islam yang dilihat kuasa yang mamapu mentadbir lebih baik harus mempersiapkan pemuka-pemuka figur yang memahami corak kompleks ini dalam bentuk yang boleh difahami mad'u semua. Bukankah genius itu, the capability to change the complexity into simple way..
2)Sejarah agak penting ditonton malah lebih mudah sekiranya disampaikan dalam bentuk yang mudah difahami semua. Tetapi, mereka yang berduit sahaja yang boleh menghasilkan filem-filem berskala raksasa dan mega sifatnya dan sememangnya dinaratifkan untuk memenangkan golongan yang pada pikiran mereka ada mileage besar kepada survival mereka. Usah tunggu hendak berduit baru nak hasilkan filem tetapi mulakn dengan filem-filem pendek yang padat dengan mesej kemanusiaan dan keagamaan sebagi terma utama sebagai usaha memartabatkan kembali Islam sebagai the way of life..Upin dan Ipin mampu buat sehingga boleh pecah masuk pasaran antarabangsa. Betul2x..
3)Zaman generasi Y kini masalah sering dibangkitkan oleh golongan daie apabila gagal memahami mad'u mereka padahal cara yang mereka bawa langsung tidak kena dengan jiwa selera mereka. Penerangan satu hala tanpa bahan kreatif mungkin boleh membawa bncana terhadap pembawaan sebuah dakwah. Kayakan bahan dakwah kita dengan filem dan tayangan yang bermesej.
4) Filem Sang Murabbi bersempena memperingati pemergian al-Marhum Ustadz Abdullah Rahmat, murabbi pendukung amal Islami di bumi seberang perlu diperbanyakkan lagi sebagai bahan sejarah yang mesti difilemkan kerana tokoh-tokoh hebat ini akan terus memberikan semngat berjuang yang kian luntur pada pendokong mereka. Pemergian Ustaz Hassan Shukri baru-baru ini amat membekas pada hati penulis setelah mendapat sendiri sentuhan tarbiyah beliau. Penulis akan tabik pada produser filem yang sanggup menghasilkan filem Sang Murabbi versi al-Marhum Ustaz Hassan Shukri sebagai khutub khanah perlembagaan PAS. Dialah guru, umpama bapa. Mengajar, mendidik, tak kira masa. Tarbiyah baginya, seni membentuk manusia. Bagai pesan Sayyid Qutb di dalam warisan tinggalannya. Al-Fatihah..moga ruh beliau dicucuri rahmat.
Demam world cup 2010 Afrika Selatan telah membuka tirainya. Semua orang termasuk penulis bersekang mata semata-mata untuk melihat pasukan pilihannya terus mengungguli setiap match yang berlangsung. Namun, di sebalik keghairahan World Cup 2010 penulis dan rakyat Malaysia tidak akan dilupakan dengan isu judi bola yang sememangnya HARAM tetapi dihalalkan oleh kerajaan Malaysia. Polis yang sepatutnya bekerja untuk mengurangkan jenayah yang lebih besar, telah terpaksa berjaga malam untuk mengesan judi haram bola sepak.
Isu ini perlu diambil serius, bukan masa untuk mendakwa ia telah dimanipulasikan oleh pihak pembangkang untuk kepntingan politik mereka. Tetapi, sudah menjadi kewajipan untuk menegur pimpinan yang gagal mengurustadbir ekonomi negara sehingga dah terlalu 'terdesak' untuk menjana pendapatan ekonomi negara dan ini merupakan tindakan siasah (baca:politik) yang harus dipuji demi menyelamatkan generasi akan datang daripada terus bergelumang dengan najis judi. Kita pun tidak ingin melihat hasil cukai perjudian ini terus mendarah daging dalam denyut nadi ekonomi kewangan negara. Penulis baru terlihat video perbahasan Dewan Rakyat mengenai isu cukai judi yang telah mengautkan keuntungan dan telah 'menyumbang' kepda pendapatan negara sebanyak RM 2,370,000.00. Banyak bukan? Menjadi kerisauan adalah hasil ini telah diagihkan kepada seluruh rakyat. Judi di negara ini telah menjadi industri yang tidak dapat tidak MESTI disokong oleh pemerintah untuk terus berkuasa.
Ketika mana Malaysia sibuk mengangkat nama sebagai hab produk halal dengan menganjurkan MIHAS(Malaysia International Halal Showcase) ke 7, eknominya bergelumang dengan sumber haram. Kita jangan sibuk mendabik dada dengan mengatakan kita juara dalam pengeluaran produk halal tetapi terus menaja industri judi sehingga kerajaan Indonesia telah menolak tawaran bantuan kemanusiaan Malaysia atas alasan Mlaysia negara judi!! Berikut komen yang diberikan untuk menolak bantuan;
Kami sangat berterima kasih atas kepedulian Pemerintah Malaysia, namun karena dibeberapa tempat terjadi penolakan disebabkan alasan judi, kami memilih untuk menolak bantuan Pemerintah Malaysia dengan bantuan negara lain” ujar Ketua Pengedaran Bantuan Bandar Minangkabau, Budi S Ervan.
Dalam sesetengah negara berlumba membina pusat-pusat perjudian dengan anggapan ia dapat meningkatkan hasil pendapatan negara, lain pula halnya sebuah negeri kepulauan kecil di Pasifik, Vanuatu, yang berpenduduk hampir 300,000 orang dan majoriti beragama Kristian. Kerajaan Vanuatu telah meluluskan akta pengharaman judi di negara mereka sejak tahun 2006 dan ia tidak mendapat sebarang bantahan dari rakyat malah dialu-alukan. Nah,bandingkan dengan negara kita yang mengaku negara Islam tetapi menjadi hero dalm isu perjudian dengan menghalalkan judi bola di samping lambakan judi yang sedia ada. Semua agama turut menentang judi kerana ia boleh memudaratkan masyarakat.
Sekiranya pungutan suara dilakukan di kalangan awam, juga ketua-ketua semua agama di Malaysia selain Islam, nescaya mereka akan bersetuju tentang kemudaratan judi dan arak kepada masyarakat, melebihi kebaikan. Penulis bukan anti sukan tetapi amat suka kalau industri sukan dibersihkan daripda unsur dosa. Biar segala perbuatan kita dikirakan sebagai ibadah hatta kita main bola..!Jom kita perangi judi habis-habisan.