Ramadhan kareem. . Ramadhan telah melewati setengah purnama dan tinggal beberapa hari berbaki untuk seluruh ummat Islam merebut peluang dan promosi membuat kebaikan semaksima mungkin. Semak kembali tahap amalan kita dalam bulan Ramadhan kali ini, apakah kita masih selesa dengan pencapaian yang kita tunjukkan sepanjang 15 hari berlalu?Qiamulail..?Tarawikh..?berbuka puasa dengan hidangan yang banyak sehingga membazir..? Takut2 nnti digolongkan di kalangan mereka yang RUGI bila mana Ramadhan yang datang tidak dapat menghapuskan dosa-dosa terdahulu..Mudah-mudahan Allah masih memberikan kita kekuatan untuk terus beramal ibadah sehingga bertemu dengan LAILATUL QADR.. Ramadhan banyak mencatatkan sejarah penting dalam Islam apabila beberapa siri ghazwah berlaku seperti Uhud, Fathu Makkah, pembukaan Andalusia dan lain-lain. Jadi, Ramadan juga bukan alasan bagi kita untuk bermalasan dan beralasn untuk tidak kompeten malah perlu jadi lagi hebat daripada bulan-bulan lain. Teringat penulis akan satu peristiwa dahulu yang berlaku di Tunisia sekitar tahun 1957, Presiden Husin Bourgiba yang mengeluarkan arahan kepada kakitangan awamnya supaya tidak berpuasa atas alasan ia membantutkan PRODUKTIVITI negara. Bagi penulis, ini adalah pemikiran skeptism terhadap agama dan melihat agama adalah satu halangan kepda pembangunan sesebuah negara atau tamadun..tinggalkan Tunisia dengan cerita silamnya dan mudah-mudahan penyakit ini tidak merebak di Malaysia. Ada beberapa peristiwa yang berlaku dalam bulan Ramadhan kali ini dan ingin dikongsi bersama penulis :
Pelancaran mata wang dinar syariah Kelantan
Awal Ramadan pada 12 ogos 2010. Kelantan melancarkan mata wang dinar syariah,dinar emas dan dirham perak sebagai alternatif untuk kegunaan kira-kira 1,000 premis perniagaan di sekitar negeri Kelantan, termasuk Pasar Besar Majlis Perbandaran Kota Bharu (MPKB), Bazar Buloh Kubu dan Pasar Siti Khadijah selain untuk tujuan pembayaran zakat di negeri tersebut serta kegunaan untuk pembayaran gaji kakitangan awam negeri itu. Tahniah dan syabas diucapkan kepada Kerajaan negeri Kelantan atas inisiatif ini dalam mengembalikan penggunaan dinar emas sebagai alternatif matawang. BNM(Bank Negara Mlaysia) sepatutnya sedar akan perlunya matawang ini digunapakai dalam sistem kewangan negara kerana emas adalah komoditi yang sifar inflasi, manipulasi dan tidak akan susut nilai. Malah ,mengikut satu laporan oleh Morgan Stanley dan Royal Bank of Canada merumuskan bahwa ringgit Malaysia akan mengalami kejatuhan nilai dalam tempoh 12 tahun daripada sekrang dan kesan kejatuhan ini adalah disebabkan impak krisis hutang Eropah. Walaubagaimanapun, ini senario yang berlaku dalam matawang yang kita dokong sekarang yang hanya bernilai atas persepsi yang kita letak pada sehelai kertas..Apapun, satu permulaan yang baik ditunjukkan oleh kerajaan pimpinan TGNA dalam memperkukuhkan nilai-nilai ekonomi Islam.
Cadangan pembinaan masjid di Ground Zero, tapak runtuhnya WTC.
Awal 10 Ramadhan, 16 Ramadhan. Obama mempertahankan pembinaan masjid dan pusat kebudayaan Islam berhampiran denga tapak runtuhnya WTC 9 tahun lepas atas alsan Amerika mengamalkan kebebasan beragama kepada seluruh rakyatnya. Ia adalah lebih baik daripada saban tahun dijadikan upacara pemujaan mangsa-mangsa yang terkorban oleh waris-waris mereka. Tahniah kerana berjya memecah kebuntuan walapun terikat dengan polisi karat Pro-Zionis dan Yahudi tetapi masih memberi jalan untuk mencipta satu perubahan, Pada penulis, potensi Obama untuk melakukan perubahan dalam kompleksnya sistem sosio-ekonomi rakyat AS wajar dipuji dan berharap Obama akan bertemu jalan hidayah dengan 'lampu hijau'. Kita, ummat Islam seseorang yang ada potensi dan berpengaruh untuk kebangkitan Islam masa depan seperti Nabi S.A.W sendiri berdoa supaya Umar alKhattab diIslamkan kerana beliau kuat dan berpengaruh dalam ketika masyarakat Arab Jahiliyah.
Pemergiaan Ustaz Ahmad Sonhadji
2 Ramadhan 1431H, perginya buat selama-lamanya ulama agung nusantara di Singapura. Walaupun namanya asing bagi kita di Mlaysia tetapi karya yang ditinggalkan telah menjadikan almarhum begitu ikhlas dalam kerja dakwahnya di kepulauan Singapura. Ustaz terkenal melalui siri kuliah tafsir al-Quran melalui radio di Singapura. Koleksi kuliah berkenaan dihimpunkan dan akhirnya menjadi koleksi lengkap Tafsir al-Quran kontemporari karangan ulama tempatan yang dinamakan sebagai Abrul Athir. Ya Allah rahmatilah ruh beliau dan kubur beliau dan tempatkan beliau di kalangan mereka yang Engkau kurniakan nikmat serta jadikanlah beliau sebagai suri teladan hidup kami di dunia mahupun akhirat..Tatkala ini, siapa di kalangan kita boleh berkata dia boleh hidup lagi dalam Ramadhan berikutnya dan kalau boleh pun, sejauhmana kadar kekuatan kita jika dibandingkan dengan Ramadhan sebelumnya..renung-renungkanlah..
Akhirmya, dalam bulan Ramadhan yang mulia ini, Allah telah letakkan end of product dalam bulan ini adalah taqwa, iaitu bekalan dan aset bernilai untuk kita bawa ketika berjumpa Ilahi. Pada penulis, ada 3 target yang ingin dicapai sepanjang bulan Ramadhan ini:
Iman yang bertambah
Ilmu yang bermanfaat
Kesihatan yang baik
Semoga ramadhan kali ini menjadi pemula untuk kita meningkatkan kuantiti/kualiti ibadah kita. Larutkan diri kita dengan ibadah-ibadah sunat disamping meningkatkan kualiti-kualiti ibadah yang wajib dalam hari-hari yang tersisa.
Video ihsan daripada Aljazeera tentang masjid berdekatan Ground Zero...
Syed Waliyullah Al-Dahlawi dalam kitabnya Hujah al-Balighah ketika mengungkapkan bulan Ramadhan sebagai untuk memalaikatkan diri kita setelah mana segolongan manusia telah berjaya diibliskan atau terperangakap dalam belenggu kesyaitanan. Walaupun istilah ini jarang digunakan untuk menerangkan bulan Quran ini tetapi Syeikh cuba memaksudkan supaya unsur-unsur kemalaikatan itu disemai dan dicerapi sebaik mungkin semasa berada dalam madrasah agung anugerah Allah. Satu pakej untuk hidup dalam pola zuhud. Juga, peluang beribadah dibuka seluas-luasnya kerana pintu syurga terbuka dan syaitan dalam tahanan. Unsur-unsur yang dimaksudkan adalah tidak makan minum dan patuh setia menjalankan ibadah malah jauh daripada melakukan apa-apa yang terlarang. Ini jelas diterangkan Allah dalam firmanNya untuk menjelaskan sifat-sifat malaikat dalam surah Al-Tahrim ayat 6:
Sesetengah kelompok manusia beranggapan bulan ini sebagai pesta untuk ibadah kerana segala pahala dilipatgandakanNya dan ada berpendapat bagi golongan peniagan bazaar Ramadhan bahawa bulan ini adalah bulan mencurahnya rezeki dan keuntungan dek kerana ramainya umat manusia membanjiri pondok gerai mereka. Ada juga yang ambil kesempatan untuk bercuti atau kurang bekerja kerana tiada tenaga mencukupi kerana kebiasaannya sarapan pagi dijamu sebelum berangkat bekerja seharian. Walaubagaimanapun tanggapan yang datang di benak masing-masing, yang pasti bulan ini telah dijanjikan sebagai hadiah akhirnya adalah taqwa sepertimana dalam surah Al-Baqarah ayat 183:
Sebagai peringatan, puasa kita bukan sekadar ritual agama yang kosong penghayatan yang hanya untuk menahan lapar dahaga tetapi lebih daripada itu. Sebab itu, tokoh ulama terkemuka tanah air Tuan Guru Nik Abdul Aziz berpendapat bahawa bukan bulan puasa yang sepatutnya diberi nama kerana nanti masyarakat umum hanya menyempitkan erti kata puasa hanya menahan lapar dahaga sahaja tetapi dengan mengekalkan identiti asal iaitu bulan ramadhan. Ini kerana bulan ramadhan padanya puasa di siang hari, bertarawih di malam hari dan peluang bertemu malam yang lebih baik daripada 83 tahun 4 bulan (lailatul qadr). Dalam catatan sejarah juga bulan ini telah menyaksikan kemenangan tentera Islam dalam Badr, pembukaan Fath Makkah, pembebasan Kota Baitul Maqdis daripada cengkaman tentera Salibiyah 700 tahun dan pembukaan kota Sepanyol, Andalusia pada peta umat Eropah. Namun, apa yang perlu disingkapi adalah umat Islam bukan hanya cemerlang dalam Ramadhan sahaja dan kurang produktivitinya dalam bulan-bulan yang lain tetapi rahsia mereka terkandung dalam istiqamah dalam beramal punca kemenangan atas kebathilan. Musim ramadhan menuntut kita muncul sebagai muslim yang punyai pendirian dalam beramal dan jangan sampai kita dimusimkan juga dek kerana Ramadhan yang hanya kunjung tiba setahun sekali.
Rebut peluang yang ada selagi hayat dikandung badan kerana bonus pahala yang dijanjikan dalam pesta durian runtuh yang pada 10 awalnya rahmat, di pertengahannya keampunan dan pengakhirannya pelepasan daripada api neraka yang merupakan kemerdekaan hakiki. Semuanya akan dapat dicapai sekiranya ibadah dilakukan dalam penuh pengharapan dan keimanan. Yang penting, puasa juga dapat membentuk sifat kepedulian social yang tinggi terhadap mereka yang kuarang bernasib baik. Tetapi yang silapnya budaya masyrakat kita yang hanya merai anak yatim atau hafiz al quran sebulan sahaja dan membiarkan mereka di baki bulan lain yang sepatutnya mereka amat memerlukan anda..