Showing posts with label pencerahan. Show all posts
Showing posts with label pencerahan. Show all posts

Sunday, July 4, 2010

Let the film tell us the story.




Barack Obama, presiden Amerika yang telah mencipta sejarah tersendiri beliau sehingga mampu merobohkan tembok perkauman yang menjadi akar tradisi dalam kepimpinan tampuk tertinggi Amerika. Namun, setelah beberapa tahun beliau berada dalam kekuasaan, ternyata apa yang beliau sendiri ungkapkan dalam lobi-lobi kempen ketika pencalonan beliau sebagai Presiden ternyata sussah untuk diterjemahkan.

Penulis beranggapan sememangnya politic will itu amat penting dalam perlu dalam membuat sebrang keputusan dasar mahupun menentukan corak polisi pentadbiran yang baik. Namun, politic wisdom juga amat perlu ditekankan dan diambilcakna. Baru-baru ini, Malaysia telah menarik balik lesen perjudian Ascot Berjaya Sport ketika mana suara rakyat berpadu memprotes usaha terkeji melesenkan hal yang ternyata haram. Penulis melihat pemerintah di mana-aman peringakt kepimpinan pun akan menimbangtara sebarang keputusan yang dibuat sekiranya berhadapan dengan gelombang suara rakyat ataupun mengenepikan kepentingan rakyat. Syabas..rakyat Malaysia..andalah pejuang sebenar yang cintakan Malaysia yang sebenar.

Walaupun Obama telah dijadualkan untuk melwat Indonesia pada Mac 2010 tetapi berikutan bantahan hampir seluruh rakyat Indonesia di kota-kota besar mereka. Obama mungkin berbeza warna kulit daripada George W. Bush tetapi beliau masih menindas umat Islam di Iraq dan Afgahnistan malah terus membungkam bisu ketika mana sekutu uatnya menyerang kapal bantuan kemanusiaan ke Gaza di perairan antarabangsa. Dulu dilihat sebagai hero yang bakal membuat perubahan dan akan menunjukkan simpati kepada dunia Islam dengan aksi lawatannya ke Universiti Azhar namun ia seolah-olah sebagai kulit yang ingin menutup dasar Amerika yang sememangnya tidak akan sama sekali berkompromi malah menunjukkan usaha untuk membela nasib golongan tertindas atas maksud keadilan. Tatkala Amerika menyambut ulangtahun Pengisytiharaan Kemerdekaan pada 4 Julai 1766, mereka sepatutnya berusaha untuk mengangkat terma-terma equality, fraternity dan liberty yang dilaung-laungkan oleh mereka selama ini. Malah, kegagalan Obama makin terserlah dengan menyalahkan BP Pertroleum apabila berlakunya tumpahan minyak di Teluk Mexico.

Walaupun jasad Obama tidak sampai ke Indonesia dengan aksi bantahan, namun aksi filem yang menggambarkan riwayat beliau memasuki pawagam dengan nama Obama Anak Menteng. Bersandarkan novel tulisan Damien Dematra, juga menggunakan judul yang sama, filem ini diarahkan bersama oleh John De Rantau. Ia mengisahkan perjalanan hidup Obama, yang kini meruapakan Presiden ke-44 AS, ketika zaman kanak-kanak di Indonesia.

Inilah kekuatan pimpinan sehingga difilemkan riwayat hidupnya buat tatapan seluruh peminat dan penyokongnya. Betul kata sesetengah pujangga, "Let the pictures or film tells the story..".Gandhi (1982), sebuah filem yang mengangkat sejarah perjuangan beliau demi sebuah pembebasan India daripada cengakaman penjajah. Dalam permulaan filem itu dimulakan dengan ungakapan:

No man's life can be encompassed in one telling... least of all Gandhi's, whose passage through life was so entwined with his nation's struggle for freedom. There is no way to give each event its allotted weight, to recount the deeds and sacrifices of all the great men and women to whom he and India owe such immense debts.

Patah balik kepada topik perbincangn, ada beberapa point yang ingin dikongsi bersama dengan pembaca:

1)Barat telah membelanjakan banyak duit untuk menghasilkan sesebuah filem dan masakan tidak nilaian yang tinngi itu tidak disusuli dengan selitan mesej-mesej halus untuk menyampaikan maksudnya kepada penonton. Barat tidak menjadikan filem dalam bentuk hiburan semata-mata tetapi sanggup melabur tinggi dalam 'industri' perfileman ini sehinnga wujudnya Hollywood sebagai empayar penyebar fikrah mereka. Mungkin ada yang berpendapat, tidak perlu untuk berbelanja ke panggung wayang semata-mata untuk menonton filem. Tetapi bagi diri penulis telah 'mewajibkan' diri untuk melihat sendiri bagaimana 'permainan industri' ini berjalan untuk mempengaruhi minda dan idea besar yang ingin disampaikan secara halus. Kita sering mengeluh untuk terus memprotes seseuatu tanpa mengkaji terlebih dahulu bagaimana sesebuah sistem yang telah menjadi urat daging sesebuah masyarakat itu berfungsi. Islam yang dilihat kuasa yang mamapu mentadbir lebih baik harus mempersiapkan pemuka-pemuka figur yang memahami corak kompleks ini dalam bentuk yang boleh difahami mad'u semua. Bukankah genius itu, the capability to change the complexity into simple way..

2)Sejarah agak penting ditonton malah lebih mudah sekiranya disampaikan dalam bentuk yang mudah difahami semua. Tetapi, mereka yang berduit sahaja yang boleh menghasilkan filem-filem berskala raksasa dan mega sifatnya dan sememangnya dinaratifkan untuk memenangkan golongan yang pada pikiran mereka ada mileage besar kepada survival mereka. Usah tunggu hendak berduit baru nak hasilkan filem tetapi mulakn dengan filem-filem pendek yang padat dengan mesej kemanusiaan dan keagamaan sebagi terma utama sebagai usaha memartabatkan kembali Islam sebagai the way of life..Upin dan Ipin mampu buat sehingga boleh pecah masuk pasaran antarabangsa. Betul2x..

3)Zaman generasi Y kini masalah sering dibangkitkan oleh golongan daie apabila gagal memahami mad'u mereka padahal cara yang mereka bawa langsung tidak kena dengan jiwa selera mereka. Penerangan satu hala tanpa bahan kreatif mungkin boleh membawa bncana terhadap pembawaan sebuah dakwah. Kayakan bahan dakwah kita dengan filem dan tayangan yang bermesej.

4) Filem Sang Murabbi bersempena memperingati pemergian al-Marhum Ustadz Abdullah Rahmat, murabbi pendukung amal Islami di bumi seberang perlu diperbanyakkan lagi sebagai bahan sejarah yang mesti difilemkan kerana tokoh-tokoh hebat ini akan terus memberikan semngat berjuang yang kian luntur pada pendokong mereka. Pemergian Ustaz Hassan Shukri baru-baru ini amat membekas pada hati penulis setelah mendapat sendiri sentuhan tarbiyah beliau. Penulis akan tabik pada produser filem yang sanggup menghasilkan filem Sang Murabbi versi al-Marhum Ustaz Hassan Shukri sebagai khutub khanah perlembagaan PAS. Dialah guru, umpama bapa. Mengajar, mendidik, tak kira masa. Tarbiyah baginya, seni membentuk manusia. Bagai pesan Sayyid Qutb di dalam warisan tinggalannya. Al-Fatihah..moga ruh beliau dicucuri rahmat.

Saturday, May 8, 2010

Belajar daripada 'Baju merah'




Krisis kecelaruan politik Thailand yang berlarutan lebih daripada sebulan lepas telah mengakibatkan negara jiran kita lumpuh kegiatan ekonominya berikutan gelombang 'Red Shirt'. Mereka dikenali sebagai Pergerakan Baju Merah dikenali secara rasmi sebagai Barisan Bersatu Untuk Demokrasi Menentang Diktator (UDD) dan kebanyakannya dianggotai penyokong kuat perdana menteri yang digulingkan, Thaksin Shinawatra yang menentang rampasan kuasa tentera pada tahun 2006. Dalam rampasan kuasa itu, kerajaan pimpinan parti Thaksin dibatalkan kemenangannya kerana dituduh melakukan kegiatan rasuah dalam kempen pilihan raya dan digantikan dengan parti pimpinan perdana menteri sekarang, Abhisit Vijajiva atas perintah mahkamah.

Namun penulis beranggapan bahawa episod tunjuk perasaan yang berlaku di Thailand tidak akan surut padam sekirany kerajaan pimpinan Abhisit menunaikan permintaan pihak antikerajaan itu. Soalnya, adakah pilihan raya baru boleh menamatkan semua krisis? Apakah kumpulan ‘Baju Merah’ boleh menerima hakikat jika parti mereka diisytihar kalah dalam pilihan raya baru itu? Apakah mereka boleh menerima dengan lapang dada hakikat kemenangan parti-parti lain yang bertanding termasuk parti campuran Abhisit dan tidak berdemonstrasi lagi? Apa tujuan sebenar di sebalik siri-siri aksi demontsran Baju Merah yang dilihat sebagai anarkis yang mahu menggulingkan Abhisit?Adakah di pihaknya terdapat galang ganti yang lebih baik dalam mengembalikan situasi tenang politik Thailand?

Demokrasi sememangnya membenarkan rakyat untuk berekspresi dan berhak untuk bersuara dalam landasan undang-undang dan selagi mana tidak mengugat keselamatan awam dan menjunjung tinggi nilai kepelembagaan negara. Tetapi, ia tidak bermakna dijadikan tiket untuk bertindak sesuka hati atas nama kebebasan. Sesetengah pihak cuba memanipulasikan istilah kebebasan ini dengan cuba mencabar sepakat perlembagaan yang dipersetujui bersama dalam membina negara bangsa. Bersuara pun telah ditentukan limitasinya dalm Al-Quran supaya tidak boleh mencerca Tuhan kaum agama lain dan tidak berhujah sehingga melewati batas sempadan aqidah.

Namun, apa yang penulis dapat perihati dengan daya analisis cetek ini dalam krisis negara tetangga, Thailand:

  • Mobilasi massa yang begitu mengujakan penulis sehingga kumpulan kawanan ini sanggup 'berkampung' malah berpesta setelah penat berdemonstrasi melawan fraksi pemerintah . Keupayaan massa dalam menggerakkan kesedaran untuk menunjukkan aksi mereka bertujuan untuk memenuhi kpentingan politik tertentu. Namun, mobilasi tulen lahir daripada literasi politik yang tinggi yang melangkaui dorongan manipulatif yang ditaja oleh pihak berkepntingan dalam menggerakkan idea politik peribadi. Mantan Presiden Thailand, Thaksin Shinawatra dikatakan telah membiayai kumpulan Baju Merah disifatkan penulis politikus yang pentingkan diri sendiri. Dorongan kuat dan gergasi sfiatnya yang sebetulnya dinamakan people power atau kuasa rakyat iaitu apabila yang melakukan demontasri dan penunjuk persaaan kerana inginkan perubahan sejati. Jangan sampai aksi demontrasi yang mulia yang lahir daripada cita-cita rakyat yang sayangkan perubahan dinodai oleh tangan-tangan berkepentingan.
  • Pentingnya pungutan suara dalam menjayakan misi dan hasrat pemerintah. Hilangnya ruang awam dan saluran untuk menyalurkan pendapat rakyat bawahan dan hanya mengutamakan mereka yang sealiran dan 'satu kem' mengakibatkan berlaku ketidakpuasan yang boleh disalurkan melalui suara undi atau aksi demonstrasi yang melampau batas demokrasi. Perlu adanya saluran komunikasi yang dibuka secara lebih luas oleh pemerintah, antara lain dengan membuka wadah partisipasi masyarakat untuk merespons isu berbangkit di samping memperkukuhkan daya literasi dan partipatif rakyat bawahan. Jangan sampai rakyat muak dengan dasar pemerintah autokratik dan bngkit menentang.
  • Dalam menyatakan ketidakpuasan hati berhubung sesuatu isu, pastikan anda bersedia dengan hujahan balas yang konkrit. Mengikut kaedah Imam Ghazali yang tidak menyetujui idea falsafah pada zaman nya, beliau sendiri mengkritik dengan menukilkan kitab Tahafut Al-Falasifah dalam 'serangan' hujah balas kepada golongan filosof. Malah, idea Imam Ghazali juga mendapat tentangan ilmiah daripada Ibnu Rusyd yang diabadikan dalm kitab Tahafut at-Tahafut al-Falasifah. Budaya mengkritik secara sihat mesti dijadikan amalan dalam negara kita bukannya hanya beremosi dan melakukan demonstrasi yang kosong nilai perjuangannya.
  • Dalam politik ada moral dan akhlaknya seperti yang diperlihatkan oleh Baginda Junjungan Besar, Nabi Muhammad s.a.w. Jangan sampai merosakkan harta awam dan berlaku penyalhgunaan kuasa malah hidup dalam najis rasuah sehingga mengakibatkan harta negara berlegar dalam kelompok tertentu. Politik dalam Islam merupakan salah satu cara untuk beribadah kepada Allah, sehingga dalam pandangan ini politik memiliki nilai-nilai kerohanian. Dalam kitab, Al Iqtishod fi Al I’tiqod Imam Ghazali menyebut bahawa “Dikatakan bahwa agama dan kekuasaan adalah dua saudara kembar. Dikatakan pula bahwa agama adalah asas dan kekuasaan adalah penjaganya. Segala sesuatu yang tidak berasaskan prinsip dan nilai ini, pastikan akan binasa dan segala sesuatu yang tidak berpenjaga pasti akan hilang lenyap”.Jangan berpolitik seperti Machiavelli yang berpendapat bahawa kekejaman, keganasan serta kekerasan adalah institusi sah dalam mempertahankan kekuasaan. Nauzibillah min zalik..!
p/s: Lihat semangat Baju Merah dalam video ini. Ambil yang baik dan buruk tak payah nak bawak amal..

Friday, May 7, 2010

Aminul Rasyid dan Reformasi PDRM




Baru-baru ini Malaysia digemparkan dengan tragedi yang meragut nyawa remaja berusia 15 tahun, adik Aminulrasyid Amzah. Sugul dan sedih melihat peristiwa hitam seumpama ini berulang yang membabitkan kematian insan di tangan anggota pihak polis sepertimana yang pernah terjadi kepada Norizan Salleh , 30 dan Tawfiq Noorzan, 22. Nampaknya perilaku polis sekarang seakan-akan telah melebihi bidang tugas asasi iaitu daripada menjaga keselamatan orang awam kepada menimbulkan fenomena takut kepada masyarakat awam. Orang awam sepatutnya mendapat manfaat daripada PDRM supaya ruang lingkup pesekitaran mereka terjamin tetapi hakikatnya PDRM telah rela diperlakukan umpama kuda tunggangan 'sesetengah pihak' berkepentingan guna untuk mewujudkan suasana bersifat totalitarian.
Imej dan persepsi terhadap polis banyak sudah tercalar mutakhir ini dek kerana tindak tanduk sesetengah anggota polisnya dan repons KPN sendiri berhubung dengan isu Aminul Rasyid baru-baru ini. Seolah-olah beliau defensif dan tidak mengutamakan perasaaan keluarga arwah adik Aminul Rasyid dalam mengemukakan jawapan balas kepada wartawan. Bukan semua anggota polis yang bersikap sedemikian malah ada yang jujur dalm melaksanakan tugas mereka untuk mengurangkan kadar jenayah dan membanteras aktiviti subversif nasional. Penulis menghargai sebilangan anggota polis yang tekun dan amanah menjalankan tugas. Tetapi kerana nila setitik, rosak susu sebelanga. Penulis bukan menentang PDRM malah sangat memahami kepentingan serta keperluan PDRM bagi menjaga keselamatan negara dan rakyat. Dan yang penulis lawan adalah penyalahgunaan kuasa atau tindakan yang tidak menepati undang - undang dan peraturan . Jika benar ia tetap benar namun jika salah maka perlu diambil tindakan.
Ramai yang bagi respons berkenaan dengan isu Aminul Rasyid dan jelas menunjukkan semua masyarakat perihatin tentang integriti nyawa yang telah dikorbankan atas sebab 'kenakalan'nya yang dihukumkan dengan pengakhiran yang penuh tragis. Ibu arwah pun menegaskan bahawa anaknya bukan pengganas dan beliau amat mengetahui arwah itu siapa berbanding orang lain.
Ada persoalan asas yang berlegar dalam benak penulis yang hendak dikongsi bersama buat para pembaca:
  • Pihak PDRM khususnya IGP dan Ketua Polis Selangor,Datuk Khalid Abu Bakar perlulah memahami kehendak dan rasa hati masyarakat Malaysia serta peka apakah sebenarnya yang menjadi punca kemarahan rakyat terhadap mereka. Rakyat mahu PDRM bertegas dalam soal imej dan kredibiliti mereka sebagai satu jentera yang begitu berjasa kepada masyarakat.
  • Langkah untuk memaksa masyarakat mengikut setiap tindak tanduk PDRM adalah langkah kurang bijak buat masa ketika rakyat sudah hilang nilai keprcayaan mereka terhadap badan penguatkuasa tersebut. Teringat Steven Covey dalam prinsipnya, Seek first to understand then to be understood. Peluang untuk mengembalikan keyakinan dan integriti PDRM telah terbentang luas dengan menghukum pesalah yang terlibat,iaitu anggota polis yang menembak dalam kejadian tersebut bukannya menukar bidang tugasnya yang langsung memperlihatkan ketidaksungguhan PDRM dalam memperbaiki persepsi negatif.
  • Penubuhan panel khas yang diketuai oleh Timbalan Menteri dalam Negeri seolah-olah menafikan tertubuhnya Suruhanjaya Diraja yang dipohon oleh keluarga arwah dan peguam keluarga serta rakyat amnya. Malah lebih malang lagi, penolakan untuk membahaskn usul adik Aminul Rasyid ini telah ditolak mentah-mentah oleh Dewan Negara. Ini berhubung tentang soal ketelusan dalam membuat penghakiman dan keputusan bersabit kesalahan. Alber Einstein pernah mengungkapkan "We can’t solve problems by using the same kind of thinking we used when we created them.” Tindakan pemerintah dalam menyelesaikan masalah ini hanya tipikal dan sama seperti kes-kes terdhulu.
  • Reformasi menyeluruh terhadap pasukan PDRM mesti disegerakan. Hnya dengan cara ini imej dapat diperbaiki. Sehubungan itu, mewujudkan IPCMC (Suruhanjaya Bebas Pengaduan dan Salah Laku Polis/Independent Police Complaint and Misconduct Commission ) yang dicadangkan dahulu pada tahun 2006 perlu disokong walaupun pernah dibakulsampah kerana mendapat tentangan keras daripda pihak PDRM untuk ditubuhkan.
  • Rakyat di negara ini masih lagi menghormati perjalanan undang-undang asalkan tiada penipuan dan agenda tersendiri untuk menyelamatkan mereka yang benar-benar bersalah. Tindakan menulis surat kepada KPN sendiri dan menghantar memorandum kepada SUHAKAM boleh dizahirkan dan melambangkan keperihatinan tinggi dalam menegakkan keadilan Mlaysia yang kian dibatunisankan..Kuasa desakan boelh dicetuskan dan pemerintah mesti memberi laluan kepada aktivis penegak keadilan dan jangan menganggap mereka sebagai agen anarki untuk menjatuhkan anda sebaliknya memperbaiki perjalanan sebuah negara demokratik.
  • Doakan bersama buat arwah dan keselamatan rakyat Malaysia terus dipelihara dan benih-benih keadilan dapat disuburkan di bumi Mlaysia. STRIVE FOR JUSTICE AND PEACE FOR MALAYSIA ..!Alfatihah buat arwah dan salam takziah buat kelurga mangsa.