Saturday, May 8, 2010

Belajar daripada 'Baju merah'




Krisis kecelaruan politik Thailand yang berlarutan lebih daripada sebulan lepas telah mengakibatkan negara jiran kita lumpuh kegiatan ekonominya berikutan gelombang 'Red Shirt'. Mereka dikenali sebagai Pergerakan Baju Merah dikenali secara rasmi sebagai Barisan Bersatu Untuk Demokrasi Menentang Diktator (UDD) dan kebanyakannya dianggotai penyokong kuat perdana menteri yang digulingkan, Thaksin Shinawatra yang menentang rampasan kuasa tentera pada tahun 2006. Dalam rampasan kuasa itu, kerajaan pimpinan parti Thaksin dibatalkan kemenangannya kerana dituduh melakukan kegiatan rasuah dalam kempen pilihan raya dan digantikan dengan parti pimpinan perdana menteri sekarang, Abhisit Vijajiva atas perintah mahkamah.

Namun penulis beranggapan bahawa episod tunjuk perasaan yang berlaku di Thailand tidak akan surut padam sekirany kerajaan pimpinan Abhisit menunaikan permintaan pihak antikerajaan itu. Soalnya, adakah pilihan raya baru boleh menamatkan semua krisis? Apakah kumpulan ‘Baju Merah’ boleh menerima hakikat jika parti mereka diisytihar kalah dalam pilihan raya baru itu? Apakah mereka boleh menerima dengan lapang dada hakikat kemenangan parti-parti lain yang bertanding termasuk parti campuran Abhisit dan tidak berdemonstrasi lagi? Apa tujuan sebenar di sebalik siri-siri aksi demontsran Baju Merah yang dilihat sebagai anarkis yang mahu menggulingkan Abhisit?Adakah di pihaknya terdapat galang ganti yang lebih baik dalam mengembalikan situasi tenang politik Thailand?

Demokrasi sememangnya membenarkan rakyat untuk berekspresi dan berhak untuk bersuara dalam landasan undang-undang dan selagi mana tidak mengugat keselamatan awam dan menjunjung tinggi nilai kepelembagaan negara. Tetapi, ia tidak bermakna dijadikan tiket untuk bertindak sesuka hati atas nama kebebasan. Sesetengah pihak cuba memanipulasikan istilah kebebasan ini dengan cuba mencabar sepakat perlembagaan yang dipersetujui bersama dalam membina negara bangsa. Bersuara pun telah ditentukan limitasinya dalm Al-Quran supaya tidak boleh mencerca Tuhan kaum agama lain dan tidak berhujah sehingga melewati batas sempadan aqidah.

Namun, apa yang penulis dapat perihati dengan daya analisis cetek ini dalam krisis negara tetangga, Thailand:

  • Mobilasi massa yang begitu mengujakan penulis sehingga kumpulan kawanan ini sanggup 'berkampung' malah berpesta setelah penat berdemonstrasi melawan fraksi pemerintah . Keupayaan massa dalam menggerakkan kesedaran untuk menunjukkan aksi mereka bertujuan untuk memenuhi kpentingan politik tertentu. Namun, mobilasi tulen lahir daripada literasi politik yang tinggi yang melangkaui dorongan manipulatif yang ditaja oleh pihak berkepntingan dalam menggerakkan idea politik peribadi. Mantan Presiden Thailand, Thaksin Shinawatra dikatakan telah membiayai kumpulan Baju Merah disifatkan penulis politikus yang pentingkan diri sendiri. Dorongan kuat dan gergasi sfiatnya yang sebetulnya dinamakan people power atau kuasa rakyat iaitu apabila yang melakukan demontasri dan penunjuk persaaan kerana inginkan perubahan sejati. Jangan sampai aksi demontrasi yang mulia yang lahir daripada cita-cita rakyat yang sayangkan perubahan dinodai oleh tangan-tangan berkepentingan.
  • Pentingnya pungutan suara dalam menjayakan misi dan hasrat pemerintah. Hilangnya ruang awam dan saluran untuk menyalurkan pendapat rakyat bawahan dan hanya mengutamakan mereka yang sealiran dan 'satu kem' mengakibatkan berlaku ketidakpuasan yang boleh disalurkan melalui suara undi atau aksi demonstrasi yang melampau batas demokrasi. Perlu adanya saluran komunikasi yang dibuka secara lebih luas oleh pemerintah, antara lain dengan membuka wadah partisipasi masyarakat untuk merespons isu berbangkit di samping memperkukuhkan daya literasi dan partipatif rakyat bawahan. Jangan sampai rakyat muak dengan dasar pemerintah autokratik dan bngkit menentang.
  • Dalam menyatakan ketidakpuasan hati berhubung sesuatu isu, pastikan anda bersedia dengan hujahan balas yang konkrit. Mengikut kaedah Imam Ghazali yang tidak menyetujui idea falsafah pada zaman nya, beliau sendiri mengkritik dengan menukilkan kitab Tahafut Al-Falasifah dalam 'serangan' hujah balas kepada golongan filosof. Malah, idea Imam Ghazali juga mendapat tentangan ilmiah daripada Ibnu Rusyd yang diabadikan dalm kitab Tahafut at-Tahafut al-Falasifah. Budaya mengkritik secara sihat mesti dijadikan amalan dalam negara kita bukannya hanya beremosi dan melakukan demonstrasi yang kosong nilai perjuangannya.
  • Dalam politik ada moral dan akhlaknya seperti yang diperlihatkan oleh Baginda Junjungan Besar, Nabi Muhammad s.a.w. Jangan sampai merosakkan harta awam dan berlaku penyalhgunaan kuasa malah hidup dalam najis rasuah sehingga mengakibatkan harta negara berlegar dalam kelompok tertentu. Politik dalam Islam merupakan salah satu cara untuk beribadah kepada Allah, sehingga dalam pandangan ini politik memiliki nilai-nilai kerohanian. Dalam kitab, Al Iqtishod fi Al I’tiqod Imam Ghazali menyebut bahawa “Dikatakan bahwa agama dan kekuasaan adalah dua saudara kembar. Dikatakan pula bahwa agama adalah asas dan kekuasaan adalah penjaganya. Segala sesuatu yang tidak berasaskan prinsip dan nilai ini, pastikan akan binasa dan segala sesuatu yang tidak berpenjaga pasti akan hilang lenyap”.Jangan berpolitik seperti Machiavelli yang berpendapat bahawa kekejaman, keganasan serta kekerasan adalah institusi sah dalam mempertahankan kekuasaan. Nauzibillah min zalik..!
p/s: Lihat semangat Baju Merah dalam video ini. Ambil yang baik dan buruk tak payah nak bawak amal..

Friday, May 7, 2010

Aminul Rasyid dan Reformasi PDRM




Baru-baru ini Malaysia digemparkan dengan tragedi yang meragut nyawa remaja berusia 15 tahun, adik Aminulrasyid Amzah. Sugul dan sedih melihat peristiwa hitam seumpama ini berulang yang membabitkan kematian insan di tangan anggota pihak polis sepertimana yang pernah terjadi kepada Norizan Salleh , 30 dan Tawfiq Noorzan, 22. Nampaknya perilaku polis sekarang seakan-akan telah melebihi bidang tugas asasi iaitu daripada menjaga keselamatan orang awam kepada menimbulkan fenomena takut kepada masyarakat awam. Orang awam sepatutnya mendapat manfaat daripada PDRM supaya ruang lingkup pesekitaran mereka terjamin tetapi hakikatnya PDRM telah rela diperlakukan umpama kuda tunggangan 'sesetengah pihak' berkepentingan guna untuk mewujudkan suasana bersifat totalitarian.
Imej dan persepsi terhadap polis banyak sudah tercalar mutakhir ini dek kerana tindak tanduk sesetengah anggota polisnya dan repons KPN sendiri berhubung dengan isu Aminul Rasyid baru-baru ini. Seolah-olah beliau defensif dan tidak mengutamakan perasaaan keluarga arwah adik Aminul Rasyid dalam mengemukakan jawapan balas kepada wartawan. Bukan semua anggota polis yang bersikap sedemikian malah ada yang jujur dalm melaksanakan tugas mereka untuk mengurangkan kadar jenayah dan membanteras aktiviti subversif nasional. Penulis menghargai sebilangan anggota polis yang tekun dan amanah menjalankan tugas. Tetapi kerana nila setitik, rosak susu sebelanga. Penulis bukan menentang PDRM malah sangat memahami kepentingan serta keperluan PDRM bagi menjaga keselamatan negara dan rakyat. Dan yang penulis lawan adalah penyalahgunaan kuasa atau tindakan yang tidak menepati undang - undang dan peraturan . Jika benar ia tetap benar namun jika salah maka perlu diambil tindakan.
Ramai yang bagi respons berkenaan dengan isu Aminul Rasyid dan jelas menunjukkan semua masyarakat perihatin tentang integriti nyawa yang telah dikorbankan atas sebab 'kenakalan'nya yang dihukumkan dengan pengakhiran yang penuh tragis. Ibu arwah pun menegaskan bahawa anaknya bukan pengganas dan beliau amat mengetahui arwah itu siapa berbanding orang lain.
Ada persoalan asas yang berlegar dalam benak penulis yang hendak dikongsi bersama buat para pembaca:
  • Pihak PDRM khususnya IGP dan Ketua Polis Selangor,Datuk Khalid Abu Bakar perlulah memahami kehendak dan rasa hati masyarakat Malaysia serta peka apakah sebenarnya yang menjadi punca kemarahan rakyat terhadap mereka. Rakyat mahu PDRM bertegas dalam soal imej dan kredibiliti mereka sebagai satu jentera yang begitu berjasa kepada masyarakat.
  • Langkah untuk memaksa masyarakat mengikut setiap tindak tanduk PDRM adalah langkah kurang bijak buat masa ketika rakyat sudah hilang nilai keprcayaan mereka terhadap badan penguatkuasa tersebut. Teringat Steven Covey dalam prinsipnya, Seek first to understand then to be understood. Peluang untuk mengembalikan keyakinan dan integriti PDRM telah terbentang luas dengan menghukum pesalah yang terlibat,iaitu anggota polis yang menembak dalam kejadian tersebut bukannya menukar bidang tugasnya yang langsung memperlihatkan ketidaksungguhan PDRM dalam memperbaiki persepsi negatif.
  • Penubuhan panel khas yang diketuai oleh Timbalan Menteri dalam Negeri seolah-olah menafikan tertubuhnya Suruhanjaya Diraja yang dipohon oleh keluarga arwah dan peguam keluarga serta rakyat amnya. Malah lebih malang lagi, penolakan untuk membahaskn usul adik Aminul Rasyid ini telah ditolak mentah-mentah oleh Dewan Negara. Ini berhubung tentang soal ketelusan dalam membuat penghakiman dan keputusan bersabit kesalahan. Alber Einstein pernah mengungkapkan "We can’t solve problems by using the same kind of thinking we used when we created them.” Tindakan pemerintah dalam menyelesaikan masalah ini hanya tipikal dan sama seperti kes-kes terdhulu.
  • Reformasi menyeluruh terhadap pasukan PDRM mesti disegerakan. Hnya dengan cara ini imej dapat diperbaiki. Sehubungan itu, mewujudkan IPCMC (Suruhanjaya Bebas Pengaduan dan Salah Laku Polis/Independent Police Complaint and Misconduct Commission ) yang dicadangkan dahulu pada tahun 2006 perlu disokong walaupun pernah dibakulsampah kerana mendapat tentangan keras daripda pihak PDRM untuk ditubuhkan.
  • Rakyat di negara ini masih lagi menghormati perjalanan undang-undang asalkan tiada penipuan dan agenda tersendiri untuk menyelamatkan mereka yang benar-benar bersalah. Tindakan menulis surat kepada KPN sendiri dan menghantar memorandum kepada SUHAKAM boleh dizahirkan dan melambangkan keperihatinan tinggi dalam menegakkan keadilan Mlaysia yang kian dibatunisankan..Kuasa desakan boelh dicetuskan dan pemerintah mesti memberi laluan kepada aktivis penegak keadilan dan jangan menganggap mereka sebagai agen anarki untuk menjatuhkan anda sebaliknya memperbaiki perjalanan sebuah negara demokratik.
  • Doakan bersama buat arwah dan keselamatan rakyat Malaysia terus dipelihara dan benih-benih keadilan dapat disuburkan di bumi Mlaysia. STRIVE FOR JUSTICE AND PEACE FOR MALAYSIA ..!Alfatihah buat arwah dan salam takziah buat kelurga mangsa.

Friday, April 30, 2010

Economy on Qardhawi's point of view..



Sama-sama hayati bait-bait kata tokoh intelektual zaman ini..MESTI TONTON.

Hulu Selangor: Prestasi PR Tidak Memuaskan?





Berlabuhnya tirai pilihanraya kecil siri ke 10 selepas tsunami politik 2008 menyaksikan Pakatan Rakyat yang mempertaruhkan Dato' Zaid Ibrahim sebagi calon bagi menentang calon Barisan Nasional iaitu Kamalanathan. Keptusan pengundian dan rakyat di Hulu Selangor telah memilih calon BN tersebut untuk mewakili mereka bagi P094. Bagi penulis, satu kejyaan PR yang sepatutnya di jadikan kayu ukur untuk dibedah siasat bersama.

Penulis ingin mencoret sedikit taakulan mudah dan simple sepanjang tempoh kempen yang berlangsung dan hari pengundian di mana masing-masing di pihak jentera BN dan PR cuba untuk memikat hati pengundi dengan 'gula-gula' politik yang mengiurkan nafsu pengundi. Sudah hampir sebulan penulis meninggalkan medan menulis maya ini dek kerana sibuk melunasi kerja-kerja peribadi.

Tahniah diucapkan kepada Dato' Zaid Ibrahim atas pencalonan anda sebagai calon PKR sekaligus memasak kukuh teori politik baru dan alternatif dan meruntuhkan tembok politik yang bersifat racisme dan primitif. Perolehan undi sebnyak 24, 997 telah menunjukkan prestasi PR ynag memberangsangkan dan mencatatkan pola pengundian yang meningkat berbanding keptusan PRU 12 walaupun tewas dengan majoriti 1725 undi kepada pihak lawan. Serangan peribadi dan pembunuhan karier politik telah dijadikan santapan modal kempen kotor BN yang korup idea dan nilai budi dalam memperkenalkan apa itu politik baru yang sepatutnya di'iktikad'kan masyarakat. Sudah jelas dipihak PR, untuk mengakui kelemahan yang ada dan bukannya terus bersifat hipokrit atas pencalonan beliau. Malah, beliau sendiri telah bersungguh-sunnguh untuk berkhidmat biarpun pada hakikatnya kawasan Hulu Selangor adalah legasi kuasa BN sejak berzaman dan suatu yang ajaib sekiranya kubu ini dapat ditawan mudah oleh PR.

Mnyedari daripada keptusan yang dijangka telah memihak kepada BN, alangkah elok sekiranya beberapa pendekatan dan iktibar diamati:
  • Di Hulu Selangor, kekebalan BN telah mula terhakis dengan majoriti undi yang diperolehi oleh PR. Ini bermakna kegiatan penerangan negeri dan pusat mesti diperhebatkan dan mesti sampai ke pengetahuan rkayat kampung akan erti kezaliman yang sebenar. Kebodohan mereka boleh mengundang padah pada PR sekiranya PRU 13 dipalu gendangnya.
  • Siri PRK yang banyak telah menyaksikan banyak hamburan janji dan hujan duit dipertaruhkan untuk mengaburi persepsi pengundi. Mungkin selepas ini, data statistik janji PRK perlu direkodkan untuk melihat sejauhmana kesungguhan parti-parti yang bertanding menunaikan janji mereka masing-masing. Penting buat penilaian mereka untuk pembinaan persepsi positif.
  • Kerjaan negri Selangor dibwah tadbiran PR mesti turun padang mendengar permaslahan golongan luar bandar. Kwasan Felda dan kebajikan mereka seharusnya dijadikan sandaran perjuangan kerajaan negeri supaya mereka mendapat hak mereka sepatutnya.
  • Jentera dan kuasa media baru harus dijadikan domain yang dominan untuk melaksanakan kegiatan aktiviti membina suasana pilihanraya yang bersih dan telus. Disamping mencipta fenomena baru dalam mewujudkan partisipasi aktif golongan pengundi muda supya tidak bersikap non pedulisme terhadap politik.
  • Berikutan siri-siri PRK yang bertali-arus ini telah mewujudkan semngat permuafakatan kukuh antara rakan-rakan PR melibatkan PAS-PKR-DAP dalam usaha menumbangkan tembok kezaliman secara kolektif. Masing-masing cuba menlengakapi kelemahan dan menampung dengan kekuatan sedia ada. Mungkin ada berpendapat, pembaziran berlaku tatkala PRK diadakan tetapi itu harga yang kita perlu bayar untuk perjuangan dan perubahan menentang kezaliamn. Tiada siapa menjanjikan laluan mudah buat mereka yang merintis jalan perubahan. Teruskan berusaha dan bekerja dan kepadaNya kita berserah.
Akhirnya, kekalahan ini ada hikmahnya dan bukan bermakna PR ditolak mentah dalam siri PRK kali ini malah kita dalam rekod pertndingan siri PRK seblum ini PR telah berjaya mencatatkan kemenangan 10-2 ke atas BN. Yang pasti, jagn terus dibuai mimpi dan berada dalam 'comfort zone' dan cabar diri PR supaya rakyat mengetahui kredibiliti untuk memerintah dengan adil dan saksama. Mnfaatkan kuasa pensel kerana dengan pensel kita mampu menafikan empayar kezaliman.! Pendidikan asas perubahan..Tahniah buat petugas yang komited..salute,tabikk!

Monday, March 15, 2010

Ceritera tentang panas




Panas. Satu ungkapan yang sering diluahkan pada saat ketika ini oleh semua yang merasa bahana teriknya matahari yang memancar. Dan terdengar luahan menyamakan panas yang dialami kini umpama berada di neraka jahanam. Tetapi manusia sering lupa mengambil iktibar daripada makhluk yang bernama panas yang telah Allah kirimkan kepada hambanya buat nilaian taqwa dan reminder buat mereka yang terus menerus memekak telinga mendengar inzar peringatan daripadaNya.

Penulis sendiri pernah ke negara Teluk, Qatar tatkala di sana tepat waktu kemuncaknya panas sehinggakan debu-debu kering penuh menenggelamkan kenderaan yang kaku di tepi jalan. Bahang panasnya boleh dikatakan mencecah sekitar 45 -50 darjah celcius. Namun, penduduk Qatar tidak pernah merungut akan kepanasan dan tahap keyakinan mereka kepada Ilahi bertambah yakin dengan berpendapat tahap kepanasan ini adalah ujian kecil. Kata mereka, ini tarbiyah Tabuk. Buktinya, kaum muslimat tetap teguh berprinsip menutup penuh sempurna berjilbab hitam tatkala matahari kuat memuntahkan cahayanya. Di Mlaysia, lain pula senarionya apabila musim panaslah peluang untuk mendedahkan dan acara memendekkan segala pakain dengan beralasan untuk memudahkan peng'udara'an berjalan dengan sempurna.

Terlintas di benak penulis akan rapatnya konotasi panas dengan beberapa peristiwa yang pernah berlaku:
  1. Panas terik yang extravaganza sifatnya kebelakangan ini adalah secara fizikalnya bilamana manusia rakus dalam mengurustadbir alam dengan sifat kebinatangan mereka sambil dibantu oleh rakan kongsi setia iaitu nafsu. Koalisi padu antara dua unsur jahat ini telah menyebabkan manusia wajib menerima padah akan nazaknya Bumi menanggung derita dan akhirnya dijustifikasikan melalui kepanasan kepada manusia sebagai hukuman mandatori. Rujuk surah Rum, ayat 30.
  2. Ghazwah Tabuk yang berlaku pada musim panas 9 hijrah telah meninggalkan nota penting buat umat. Kaab bin Malik dan baki 2 sahabat telah dihukum oleh Rasulullah s.a.w akibat leka dengan habuan dunia dengan meninggalkan seruan jihad dan puak Munafiqun pun menampakkan belang munafiq mereka dengan beralasan akan cuaca panas untuk tidak turut serta dalam medan perang. Jangan kita dikalahkan oleh nafsu untuk beribadah dek kerana panas dan banyak nikmat yang mendatang. Panas dunia hanya sedikit nisbahnya. Rujuk surah Taubah, ayat 81.
  3. Nabi Ibrahim yang dihumbankan dalam api yang marak lagi panas telah disejukkan sifat kepanasannya hingga Baginda berwisata selesa. Amalkan doa ini jika ingin berada dalam kesejukan. Rujuk surah Al-Anbiya' , ayat 69.
  4. Panasnya dan gawatnya politik tanahair sehinggakan berlaku lompatan perwakilan dan defisitnya nilai integriti sehingga mempermainkan kpercayaan rakyat yang memangkah mereka dengan harapan untuk bekerja dalam satu kesatuan soff dalam membuat perubahan. Ingat, Allah akan persoal setiap kepimpinan anda melibatkan tanggungjawab dan cara bagaimana anda berhadapan dengan soal mengurus persepsi umum rakyat terhadap anda. Rujuk kisah Saidina Umar al-Khattab sewaktu berstatus khalifah yang telah mnerima aduan daripada rakyat yang mengatakan beliau adalah pimpinan yang tidak mempedulikan nasib rakyat sehinggakan beliau sendiri tampil memberi bantuan sebagi bukti keprhatinan daan menafikan dakwaan tidak berasas terhadap beliau.
Antara saranan yang boleh diambilcakna di masa panas sekarang:

  1. Solat Istisqa' (minta hujan) patut diadakan secara mega melibatkan semua kakitangan kerajaan dan pimpinan kerajaan tanda pengharapan dan kerdilnya diri ini menyusunatur kejadian alam yang bagitu sempurna. Kredit diberikan kepada YAB Datuk Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat atas usaha yang dibuat baru-baru ini mengimami solat di Kelantan. Suatu petanda baik bukan sekadar diberi pujian tapi diikuti lagi dituruti bersama.
  2. Perbanyakkan minum air masak dan kurangkan minum minuman berais. Pkai pakaian cerah dan berkaca mata hitam (tips yang diambil daripada Qatar). Dlam Islam, wajib kita menolak mafsadah (mudarat) untuk diri dan wajib menerima kebaikan. Bilamana seseorang individu menerima maslahah akan terhindar mafsadah.
  3. Jangan ditrutkan emosi dan kepntingan diri yang akhirnya memakan diri. Syaitan yang dijadikan daripada api akan sentiasa menyemarakkan api yang sedia ada dalam diri manusia sehingga hilang pertimbangan waras. Kolektifnya dalm bekerja dan membuat keputusan akan lebih mengarahkan kepada kebenaran dan kesepakatan. Mereka yang mengisytiharkan diri sebagai Bebas @ katak sebenarnya telah terbabas dan mengkhianati amanah dan mandat rakyat.
P/S: Banyaknya bencana alam mutakhir ini telah menandakan bumi berada di penghujung usia. Tragedi gempa bumi di Chile dengan skala ritcher 8.8 telah mengakibatkan alignmnet bumi lari daripada kedudukan asal dan memendekkan hayat bumi. Rujuk

Wednesday, March 10, 2010

Mahinur Ozdemir ,Tudung, Sekularisme



Penampilan Mahinur Ozdemir, 27 apabila menjadi Ahli Parlimen termuda Belgium dan bertudung yang dikenali dengan kelantangannya mengutarakan hujah serta membahaskan isu pengharaman tudung di kebanyakan tempat awam seperti sekolah. Isu pengangguran serta perumahan, larangan rumah penyembelihan untuk tujuan ibadah korban dan sekatan bantuan kewangan untuk aktiviti kebajikan persatuan badan komuniti Muslim turut di jadikan agenda utama perdebatan yang mewakili 2851 undi yang majoritinya daripada masyarakat migran Arab dan Turki. Belgium adalah negara yang mempunyai populasi Muslim beranggaran lebih setengah juta yang kebanyakannya daripada Maghribi dan Turki.


Tertarik dengan pendirian tegas yang diungkapkan oleh Mahinur ketika ditemuramah, "Samada bertudung atau tidak itu tidak menjadi persoalan besar, pandangan saya terhadap masalah negara dan berusaha mencari solusi penyelesaian tetap sama. Bertudung hanya menutup rambut saya dan bukan idea saya dan ia tidak sama sekali menjadi penghalang kepada aktiviti politik". Tambah Mahinur lagi, bertudung adalah hak kebebasan saya sejak berumur 14 tahun dan kenapa persoalan besar tidak dibincangkan yang melibatkan maruah wanita dipergadai tanpa batas. Malah, setelah beliau bersumpah di Parlimen Belgium, tempoh 6 bulan dijanjikan beliau untuk menilai KPI kerja yang sepatutnya menjadi teras perbincangan daripada perbincangan remeh mengenai tudung beliau.

Tragedi tudung di Turki tidak kurang hebatnya bila Abdurrahman Yalcinkaya telah memfailkan tuntutan mahkamah menuntut supaya AKP dibubar atas dakwaan menjadi dalang kepada aktiviti anti sekularisme. AKP telah memenangi 47% undi dalam pilihanraya 2007 yang lalu. Tidak cukup dengan itu, pendakwa juga mendesak supaya larangan bergiat di dalam politik selama 5 tahun, dikenakan ke atas 71 orang jawatankuasa utama AKP meliputi Perdana Menteri Recep Tayyib Erdogan dan Presiden Abdullah Gul. Alasannya mudah, kerana alergi dengan tudung.

Semua idea yang menentang tudung sebagai pemakaian wanita kerana bimbang akan lunturnya sekularisme gagasan Attaturk. Asalnya sekularisme diangkat menjadi falsafah negara untuk memisahkan urusan agama mencampuri pemerintahan tetapi kini ia telah bertukar rupa menjadi agama paksaan terhadap semua individu yang bernaung di bawah perlembagaan Turki Moden sehingga sanggup mencampuri urusan individu dalam beragama.

Ya, tudung juga dijadikan subjek penentangan Barat dalam memusuhi Islam. Malah, persoalan tudung juga menjadi kayu ukur IMAN dan IMPIAN bagi masyarakat Muslim Barat khususnya tetapi di Malaysia tudung dilihat menjadi trend fesyen biasa sesetengah pihak terutama mak menteri kadang-kadang sekadar mencukupkan syarat meletakkan kain di kepala dengan mendedahkan bahagian tubuh yang lain. Malah mendabik dada dengan mengatakan mereka sudah cukup Islam dengan cara berpakaian ala sekular. Sekadar mengingatkan bertudung atau tidak, ia bukan persoalan personaliti dan pilihan diri tetapi adalah ukuran kepercayaan kepada Dia yang Maha Agung.

Beberapa perkongsian bersama berkenaan topik perbincangan :
  1. Di Barat, Islamophobia telah meresap dalam jiwa mereka yang benci kepada Islam. Mlah, penyakit ini telah bertukar menjadi theophobia, iaitu ketakutan luar biasa kepada Tuhan. Apa-apa yang berkaitan dengan Tuhan dan agama akan cuba dilenyapkan. Dunia Islam masih tidak melupakan detik hitam bilamana Marwa Sherbini dibunuh oleh pelampau German di makhamah dengan 18 tikaman setelah hakim memutuskan kes beliau menang dengan pesalah wajib membayar pampasan malu sebanyak 2,800 euro.
  2. Mahinur Ozdemir yang dilantik sebagai perwakilan di Parlimen Belgium telah berhasarat untuk membawa perubahan dalam negara beliau dibesarkan. Reformasi yang akan mengunci rapat mulut-mulut puak sekularis yang dengki akan kebangkitan relevensinya Islam dalam memimpin perubahan. Sekularis sebenrnya cuba memadamkan potensi kepimpinan Islam supaya masyrakat tidak 'terhutang budi' atas jasa dan khidmat terbaik yang ditunjukkan.
  3. Turki versi Ataturk telah menjadikan sekularisme sebagai 'agama' dan Attaturk sebagai 'Tuhan' . Versi asal sekularisme Amerika telah menjamin kebebasan individu beragama. Tetapi Model Sekularisme Turki telah menjamin hak negara untuk mendominasi agama dan menyekat sebarang usaha pengamalan agama dalam kehidupan. Sekularisme sempit fahaman Turki telah membuatkan rakyat mual dengan politik bebal pimpinan sekularis Pro-Kemalis yang telah menyebabkan negara menanggung inflasi tinggi dan situasi ekonomi yang teruk. 'Pejuang' sekularis gagal menafsirkan sekularisme dalam bentuk segar dan sikap malas mereka telah menyebabkan ideologi anutan tersebut tidak relevan dan tercengang-cengang. AKP yang tampil dengan reformasi urustadbir yang baik telah memikat hati rakyat untuk terus selesa dengan kepimpinan Recep Tayyib Erdogan seperti mana yang dinyatakan Mustafa Akyol bahawa kerajaan liberal demokrat yang bersifat moderat antara sekularis dan Islamis totalitarian yang menghormati kebebasan beragama menjadi pilihan rakyat.
  4. Penampilan Mahinur Ozdemir sebagai wakil wanita telah membuktikan kemampuan wanita dalam kepimpinan negara. Tidak timbul wanita tidak layak memimpin asalkan kemampuan dan kebolehupayaan kaum wanita. Isu yang timbul di Malaysia berhubung keluhan CUEPACS tentang pertambahan wanita dalam sektor awam telah hangat dibincangkan sehinggakan timbul suara-suara menafikan potensi yang ada. Dasar yang sedia ada yang bersifat perlindungan dan penaungan telah gagal kerana semata-mata untuk menjaga ekuiti kuota yang lebih menjurus ke arah bias gender dan kronisme. Bertandinglah atas padang rata berdasarkan kebolehan yang dimiliki.
  5. Fahami Form and substance dalam berjuang. AKP bukan mewajibkan tudung tetapi cuba membenarkan tudung dikenakan tanpa sekatan. Kerana ia, kebebasan individu dalam prinsip demokrasi tulen yang menjamin hak rakyatnya sepenuhnya. Nilai Islam mesti diterapkan dalam setiap denyut nadi sistem pemerintahan daripada membuat paksaan penerimaan Islam secara diktator. Penolakan mentah-mentah rakyat akan berlaku. Biarkan kita bekerja dalam ruang demokrasi yang ada untuk memahamkan mereka. DAP yang menjunjung tinggi prinsip demokrasi akan akur sekiranya masyrakat bersedia untuk menrima Islam sebagai perlembagaan di Malaysia. Sama-sama kita nantikan saat manis tersebut.



Wednesday, March 3, 2010

Islam and the West


[Originally published in International Herald Tribune]

Three decades ago, few would have predicted that the hottest topic of the early 21st century would be Islam. Now, not a single day passes in the Western media without news or comment about Islamist terrorism or calls for Islamic reform.

What's going on, exactly? Some hawks in the West talk about a "clash of civilizations." This is a perilously shallow idea. The world's 1.2 billion Muslims, some of whom live happily in Western societies, do not constitute a single entity that sees itself engaged in a war of civilizations.

Yet many Muslims have deep suspicions and worries about the West, and the way the West deals with Muslims deeply influences their thoughts. So it is imperative that Westerners understand the nature of Islam and its current crisis.

Islam is similar to Judaism in many ways: It is a strictly monotheistic, law-based and communal religion. Moreover, it teaches its followers that they have a special role in God's plan to guide the world. Early generations of Muslims saw the fulfillment of this promise in the grandeur of the medieval Islamic civilization. In the 16th century, however, the Islamic world began to lag behind the West.

With the fall of the Ottoman Empire, the last notable Islamic power, in the early 1920s, the Muslim world, especially the Arabic Middle East, entered into an acute state of crisis. Anticolonialist tendencies produced the ideology of radical Islam, which is quite different from Islam as a religion.

The great British historian Arnold Toynbee astutely likened the encounter between the modern West and the Islamic world to the relationship between the Roman Empire and the Jewish people during the time of Jesus.

According to Toynbee, the secularist dictators in modern Muslim countries and their secular elites - who look down upon Islam as the faith of the unwashed - are similar to the Herodians who associated themselves with the Romans to the point of self- denial. The modern Islamist terrorists, in contrast, are analogous to the Zealots who decided to wage a war on the Romans hoping that violence would bring about the Kingdom of God.

What the Islamic world needs today is to find a path that is different from Herodianism and from Zealotry. Muslims need to hear more messages that advocate neither a neglect of the divine nor bigotry in its name. They need to hear, one might say, something similar to the message of Jesus: that the Kingdom of God is a spiritual one, that godliness is more important than blind tradition, and that the law is made for man, not the other way around.

In other words, Islam needs to be saved from medieval traditions and modern political hatreds, and to be reunderstood as a God-centered civil faith that will have no trouble being a part of the open, pluralistic modern society.

Some Westerners doubt whether this is possible. But since the 19th century many Muslim intellectuals have been arguing for Islamic reform in order to eliminate authoritarian, bigoted or misogynist traditions. And such ideas are bearing fruit: Just last month, Turkey's official religious authority, the Diyanet, declared that it will remove statements that condone the mistreatment and oppression of women from the Hadith, the non-Koranic commentary on the words and deeds of the Prophet Mohammed. There are many other moves toward reform throughout the Muslim world.

All such reform attempts have to happen within Islam, of course, but Westerners can help, by invalidating the radical Islamist discourse.

This discourse has two main themes, one cultural, the other political. The cultural theme is that the West is a godless, corrupt civilization, a universal acid that destroys all faith and morality. Unfortunately, the long-established association between the West and the Herodians of the Muslim world has added much to this argument. Those rulers have also created a bad name for secularism, practicing it not as just separation of religion and state, but as suppression of the faith and the faithful.

This must change: Western believers and Muslims should do more to discover their common ground in Abrahamic monotheism and its moral values, not to mention in trade and economics. And the West should refrain from supporting anti-Islamist ideologues and former Muslim self-haters.

The political theme of the radical Islamic discourse is that the West, especially the United States and its closest allies, are leading a war on Islam. Unfortunately, every episode of abuse in Abu Ghraib or Guantanamo, and every civilian who has died in Afghanistan and Iraq, has added fuel to the fire. Recently, Israel's violent reprisals in Gaza and Lebanon have fanned this flame.

What the West can do is to insert a wedge between the radical Islamists and the peaceful Muslim majority, by making clear it has no problem with Islam as a religion and by emphasizing the moral values that Christians and humanists share with Islam - above all, respect for the individual.

The more the Muslim majority sees that Western values are compatible with theirs, the more they will see the anti-Western Zealots among them as fanatical troublemakers.

www.thewhitepath.com/archives/2006/08/islam_and_the_west.php