Friday, April 30, 2010
Economy on Qardhawi's point of view..
Sama-sama hayati bait-bait kata tokoh intelektual zaman ini..MESTI TONTON.
Hulu Selangor: Prestasi PR Tidak Memuaskan?

Penulis ingin mencoret sedikit taakulan mudah dan simple sepanjang tempoh kempen yang berlangsung dan hari pengundian di mana masing-masing di pihak jentera BN dan PR cuba untuk memikat hati pengundi dengan 'gula-gula' politik yang mengiurkan nafsu pengundi. Sudah hampir sebulan penulis meninggalkan medan menulis maya ini dek kerana sibuk melunasi kerja-kerja peribadi.
Tahniah diucapkan kepada Dato' Zaid Ibrahim atas pencalonan anda sebagai calon PKR sekaligus memasak kukuh teori politik baru dan alternatif dan meruntuhkan tembok politik yang bersifat racisme dan primitif. Perolehan undi sebnyak 24, 997 telah menunjukkan prestasi PR ynag memberangsangkan dan mencatatkan pola pengundian yang meningkat berbanding keptusan PRU 12 walaupun tewas dengan majoriti 1725 undi kepada pihak lawan. Serangan peribadi dan pembunuhan karier politik telah dijadikan santapan modal kempen kotor BN yang korup idea dan nilai budi dalam memperkenalkan apa itu politik baru yang sepatutnya di'iktikad'kan masyarakat. Sudah jelas dipihak PR, untuk mengakui kelemahan yang ada dan bukannya terus bersifat hipokrit atas pencalonan beliau. Malah, beliau sendiri telah bersungguh-sunnguh untuk berkhidmat biarpun pada hakikatnya kawasan Hulu Selangor adalah legasi kuasa BN sejak berzaman dan suatu yang ajaib sekiranya kubu ini dapat ditawan mudah oleh PR.
Mnyedari daripada keptusan yang dijangka telah memihak kepada BN, alangkah elok sekiranya beberapa pendekatan dan iktibar diamati:
- Di Hulu Selangor, kekebalan BN telah mula terhakis dengan majoriti undi yang diperolehi oleh PR. Ini bermakna kegiatan penerangan negeri dan pusat mesti diperhebatkan dan mesti sampai ke pengetahuan rkayat kampung akan erti kezaliman yang sebenar. Kebodohan mereka boleh mengundang padah pada PR sekiranya PRU 13 dipalu gendangnya.
- Siri PRK yang banyak telah menyaksikan banyak hamburan janji dan hujan duit dipertaruhkan untuk mengaburi persepsi pengundi. Mungkin selepas ini, data statistik janji PRK perlu direkodkan untuk melihat sejauhmana kesungguhan parti-parti yang bertanding menunaikan janji mereka masing-masing. Penting buat penilaian mereka untuk pembinaan persepsi positif.
- Kerjaan negri Selangor dibwah tadbiran PR mesti turun padang mendengar permaslahan golongan luar bandar. Kwasan Felda dan kebajikan mereka seharusnya dijadikan sandaran perjuangan kerajaan negeri supaya mereka mendapat hak mereka sepatutnya.
- Jentera dan kuasa media baru harus dijadikan domain yang dominan untuk melaksanakan kegiatan aktiviti membina suasana pilihanraya yang bersih dan telus. Disamping mencipta fenomena baru dalam mewujudkan partisipasi aktif golongan pengundi muda supya tidak bersikap non pedulisme terhadap politik.
- Berikutan siri-siri PRK yang bertali-arus ini telah mewujudkan semngat permuafakatan kukuh antara rakan-rakan PR melibatkan PAS-PKR-DAP dalam usaha menumbangkan tembok kezaliman secara kolektif. Masing-masing cuba menlengakapi kelemahan dan menampung dengan kekuatan sedia ada. Mungkin ada berpendapat, pembaziran berlaku tatkala PRK diadakan tetapi itu harga yang kita perlu bayar untuk perjuangan dan perubahan menentang kezaliamn. Tiada siapa menjanjikan laluan mudah buat mereka yang merintis jalan perubahan. Teruskan berusaha dan bekerja dan kepadaNya kita berserah.
Monday, March 15, 2010
Ceritera tentang panas

Terlintas di benak penulis akan rapatnya konotasi panas dengan beberapa peristiwa yang pernah berlaku:
- Panas terik yang extravaganza sifatnya kebelakangan ini adalah secara fizikalnya bilamana manusia rakus dalam mengurustadbir alam dengan sifat kebinatangan mereka sambil dibantu oleh rakan kongsi setia iaitu nafsu. Koalisi padu antara dua unsur jahat ini telah menyebabkan manusia wajib menerima padah akan nazaknya Bumi menanggung derita dan akhirnya dijustifikasikan melalui kepanasan kepada manusia sebagai hukuman mandatori. Rujuk surah Rum, ayat 30.
- Ghazwah Tabuk yang berlaku pada musim panas 9 hijrah telah meninggalkan nota penting buat umat. Kaab bin Malik dan baki 2 sahabat telah dihukum oleh Rasulullah s.a.w akibat leka dengan habuan dunia dengan meninggalkan seruan jihad dan puak Munafiqun pun menampakkan belang munafiq mereka dengan beralasan akan cuaca panas untuk tidak turut serta dalam medan perang. Jangan kita dikalahkan oleh nafsu untuk beribadah dek kerana panas dan banyak nikmat yang mendatang. Panas dunia hanya sedikit nisbahnya. Rujuk surah Taubah, ayat 81.
- Nabi Ibrahim yang dihumbankan dalam api yang marak lagi panas telah disejukkan sifat kepanasannya hingga Baginda berwisata selesa. Amalkan doa ini jika ingin berada dalam kesejukan. Rujuk surah Al-Anbiya' , ayat 69.
- Panasnya dan gawatnya politik tanahair sehinggakan berlaku lompatan perwakilan dan defisitnya nilai integriti sehingga mempermainkan kpercayaan rakyat yang memangkah mereka dengan harapan untuk bekerja dalam satu kesatuan soff dalam membuat perubahan. Ingat, Allah akan persoal setiap kepimpinan anda melibatkan tanggungjawab dan cara bagaimana anda berhadapan dengan soal mengurus persepsi umum rakyat terhadap anda. Rujuk kisah Saidina Umar al-Khattab sewaktu berstatus khalifah yang telah mnerima aduan daripada rakyat yang mengatakan beliau adalah pimpinan yang tidak mempedulikan nasib rakyat sehinggakan beliau sendiri tampil memberi bantuan sebagi bukti keprhatinan daan menafikan dakwaan tidak berasas terhadap beliau.
- Solat Istisqa' (minta hujan) patut diadakan secara mega melibatkan semua kakitangan kerajaan dan pimpinan kerajaan tanda pengharapan dan kerdilnya diri ini menyusunatur kejadian alam yang bagitu sempurna. Kredit diberikan kepada YAB Datuk Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat atas usaha yang dibuat baru-baru ini mengimami solat di Kelantan. Suatu petanda baik bukan sekadar diberi pujian tapi diikuti lagi dituruti bersama.
- Perbanyakkan minum air masak dan kurangkan minum minuman berais. Pkai pakaian cerah dan berkaca mata hitam (tips yang diambil daripada Qatar). Dlam Islam, wajib kita menolak mafsadah (mudarat) untuk diri dan wajib menerima kebaikan. Bilamana seseorang individu menerima maslahah akan terhindar mafsadah.
- Jangan ditrutkan emosi dan kepntingan diri yang akhirnya memakan diri. Syaitan yang dijadikan daripada api akan sentiasa menyemarakkan api yang sedia ada dalam diri manusia sehingga hilang pertimbangan waras. Kolektifnya dalm bekerja dan membuat keputusan akan lebih mengarahkan kepada kebenaran dan kesepakatan. Mereka yang mengisytiharkan diri sebagai Bebas @ katak sebenarnya telah terbabas dan mengkhianati amanah dan mandat rakyat.
Wednesday, March 10, 2010
Mahinur Ozdemir ,Tudung, Sekularisme

Penampilan Mahinur Ozdemir, 27 apabila menjadi Ahli Parlimen termuda Belgium dan bertudung yang dikenali dengan kelantangannya mengutarakan hujah serta membahaskan isu pengharaman tudung di kebanyakan tempat awam seperti sekolah. Isu pengangguran serta perumahan, larangan rumah penyembelihan untuk tujuan ibadah korban dan sekatan bantuan kewangan untuk aktiviti kebajikan persatuan badan komuniti Muslim turut di jadikan agenda utama perdebatan yang mewakili 2851 undi yang majoritinya daripada masyarakat migran Arab dan Turki. Belgium adalah negara yang mempunyai populasi Muslim beranggaran lebih setengah juta yang kebanyakannya daripada Maghribi dan Turki.
Tertarik dengan pendirian tegas yang diungkapkan oleh Mahinur ketika ditemuramah, "Samada bertudung atau tidak itu tidak menjadi persoalan besar, pandangan saya terhadap masalah negara dan berusaha mencari solusi penyelesaian tetap sama. Bertudung hanya menutup rambut saya dan bukan idea saya dan ia tidak sama sekali menjadi penghalang kepada aktiviti politik". Tambah Mahinur lagi, bertudung adalah hak kebebasan saya sejak berumur 14 tahun dan kenapa persoalan besar tidak dibincangkan yang melibatkan maruah wanita dipergadai tanpa batas. Malah, setelah beliau bersumpah di Parlimen Belgium, tempoh 6 bulan dijanjikan beliau untuk menilai KPI kerja yang sepatutnya menjadi teras perbincangan daripada perbincangan remeh mengenai tudung beliau.
Tragedi tudung di Turki tidak kurang hebatnya bila Abdurrahman Yalcinkaya telah memfailkan tuntutan mahkamah menuntut supaya AKP dibubar atas dakwaan menjadi dalang kepada aktiviti anti sekularisme. AKP telah memenangi 47% undi dalam pilihanraya 2007 yang lalu. Tidak cukup dengan itu, pendakwa juga mendesak supaya larangan bergiat di dalam politik selama 5 tahun, dikenakan ke atas 71 orang jawatankuasa utama AKP meliputi Perdana Menteri Recep Tayyib Erdogan dan Presiden Abdullah Gul. Alasannya mudah, kerana alergi dengan tudung.
Semua idea yang menentang tudung sebagai pemakaian wanita kerana bimbang akan lunturnya sekularisme gagasan Attaturk. Asalnya sekularisme diangkat menjadi falsafah negara untuk memisahkan urusan agama mencampuri pemerintahan tetapi kini ia telah bertukar rupa menjadi agama paksaan terhadap semua individu yang bernaung di bawah perlembagaan Turki Moden sehingga sanggup mencampuri urusan individu dalam beragama.
Ya, tudung juga dijadikan subjek penentangan Barat dalam memusuhi Islam. Malah, persoalan tudung juga menjadi kayu ukur IMAN dan IMPIAN bagi masyarakat Muslim Barat khususnya tetapi di Malaysia tudung dilihat menjadi trend fesyen biasa sesetengah pihak terutama mak menteri kadang-kadang sekadar mencukupkan syarat meletakkan kain di kepala dengan mendedahkan bahagian tubuh yang lain. Malah mendabik dada dengan mengatakan mereka sudah cukup Islam dengan cara berpakaian ala sekular. Sekadar mengingatkan bertudung atau tidak, ia bukan persoalan personaliti dan pilihan diri tetapi adalah ukuran kepercayaan kepada Dia yang Maha Agung.
Beberapa perkongsian bersama berkenaan topik perbincangan :
- Di Barat, Islamophobia telah meresap dalam jiwa mereka yang benci kepada Islam. Mlah, penyakit ini telah bertukar menjadi theophobia, iaitu ketakutan luar biasa kepada Tuhan. Apa-apa yang berkaitan dengan Tuhan dan agama akan cuba dilenyapkan. Dunia Islam masih tidak melupakan detik hitam bilamana Marwa Sherbini dibunuh oleh pelampau German di makhamah dengan 18 tikaman setelah hakim memutuskan kes beliau menang dengan pesalah wajib membayar pampasan malu sebanyak 2,800 euro.
- Mahinur Ozdemir yang dilantik sebagai perwakilan di Parlimen Belgium telah berhasarat untuk membawa perubahan dalam negara beliau dibesarkan. Reformasi yang akan mengunci rapat mulut-mulut puak sekularis yang dengki akan kebangkitan relevensinya Islam dalam memimpin perubahan. Sekularis sebenrnya cuba memadamkan potensi kepimpinan Islam supaya masyrakat tidak 'terhutang budi' atas jasa dan khidmat terbaik yang ditunjukkan.
- Turki versi Ataturk telah menjadikan sekularisme sebagai 'agama' dan Attaturk sebagai 'Tuhan' . Versi asal sekularisme Amerika telah menjamin kebebasan individu beragama. Tetapi Model Sekularisme Turki telah menjamin hak negara untuk mendominasi agama dan menyekat sebarang usaha pengamalan agama dalam kehidupan. Sekularisme sempit fahaman Turki telah membuatkan rakyat mual dengan politik bebal pimpinan sekularis Pro-Kemalis yang telah menyebabkan negara menanggung inflasi tinggi dan situasi ekonomi yang teruk. 'Pejuang' sekularis gagal menafsirkan sekularisme dalam bentuk segar dan sikap malas mereka telah menyebabkan ideologi anutan tersebut tidak relevan dan tercengang-cengang. AKP yang tampil dengan reformasi urustadbir yang baik telah memikat hati rakyat untuk terus selesa dengan kepimpinan Recep Tayyib Erdogan seperti mana yang dinyatakan Mustafa Akyol bahawa kerajaan liberal demokrat yang bersifat moderat antara sekularis dan Islamis totalitarian yang menghormati kebebasan beragama menjadi pilihan rakyat.
- Penampilan Mahinur Ozdemir sebagai wakil wanita telah membuktikan kemampuan wanita dalam kepimpinan negara. Tidak timbul wanita tidak layak memimpin asalkan kemampuan dan kebolehupayaan kaum wanita. Isu yang timbul di Malaysia berhubung keluhan CUEPACS tentang pertambahan wanita dalam sektor awam telah hangat dibincangkan sehinggakan timbul suara-suara menafikan potensi yang ada. Dasar yang sedia ada yang bersifat perlindungan dan penaungan telah gagal kerana semata-mata untuk menjaga ekuiti kuota yang lebih menjurus ke arah bias gender dan kronisme. Bertandinglah atas padang rata berdasarkan kebolehan yang dimiliki.
- Fahami Form and substance dalam berjuang. AKP bukan mewajibkan tudung tetapi cuba membenarkan tudung dikenakan tanpa sekatan. Kerana ia, kebebasan individu dalam prinsip demokrasi tulen yang menjamin hak rakyatnya sepenuhnya. Nilai Islam mesti diterapkan dalam setiap denyut nadi sistem pemerintahan daripada membuat paksaan penerimaan Islam secara diktator. Penolakan mentah-mentah rakyat akan berlaku. Biarkan kita bekerja dalam ruang demokrasi yang ada untuk memahamkan mereka. DAP yang menjunjung tinggi prinsip demokrasi akan akur sekiranya masyrakat bersedia untuk menrima Islam sebagai perlembagaan di Malaysia. Sama-sama kita nantikan saat manis tersebut.

Wednesday, March 3, 2010
Islam and the West

[Originally published in International Herald Tribune]
Three decades ago, few would have predicted that the hottest topic of the early 21st century would be Islam. Now, not a single day passes in the Western media without news or comment about Islamist terrorism or calls for Islamic reform.
What's going on, exactly? Some hawks in the West talk about a "clash of civilizations." This is a perilously shallow idea. The world's 1.2 billion Muslims, some of whom live happily in Western societies, do not constitute a single entity that sees itself engaged in a war of civilizations.
Yet many Muslims have deep suspicions and worries about the West, and the way the West deals with Muslims deeply influences their thoughts. So it is imperative that Westerners understand the nature of Islam and its current crisis.
Islam is similar to Judaism in many ways: It is a strictly monotheistic, law-based and communal religion. Moreover, it teaches its followers that they have a special role in God's plan to guide the world. Early generations of Muslims saw the fulfillment of this promise in the grandeur of the medieval Islamic civilization. In the 16th century, however, the Islamic world began to lag behind the West.
With the fall of the Ottoman Empire, the last notable Islamic power, in the early 1920s, the Muslim world, especially the Arabic Middle East, entered into an acute state of crisis. Anticolonialist tendencies produced the ideology of radical Islam, which is quite different from Islam as a religion.
The great British historian Arnold Toynbee astutely likened the encounter between the modern West and the Islamic world to the relationship between the Roman Empire and the Jewish people during the time of Jesus.
According to Toynbee, the secularist dictators in modern Muslim countries and their secular elites - who look down upon Islam as the faith of the unwashed - are similar to the Herodians who associated themselves with the Romans to the point of self- denial. The modern Islamist terrorists, in contrast, are analogous to the Zealots who decided to wage a war on the Romans hoping that violence would bring about the Kingdom of God.
What the Islamic world needs today is to find a path that is different from Herodianism and from Zealotry. Muslims need to hear more messages that advocate neither a neglect of the divine nor bigotry in its name. They need to hear, one might say, something similar to the message of Jesus: that the Kingdom of God is a spiritual one, that godliness is more important than blind tradition, and that the law is made for man, not the other way around.
In other words, Islam needs to be saved from medieval traditions and modern political hatreds, and to be reunderstood as a God-centered civil faith that will have no trouble being a part of the open, pluralistic modern society.
Some Westerners doubt whether this is possible. But since the 19th century many Muslim intellectuals have been arguing for Islamic reform in order to eliminate authoritarian, bigoted or misogynist traditions. And such ideas are bearing fruit: Just last month, Turkey's official religious authority, the Diyanet, declared that it will remove statements that condone the mistreatment and oppression of women from the Hadith, the non-Koranic commentary on the words and deeds of the Prophet Mohammed. There are many other moves toward reform throughout the Muslim world.
All such reform attempts have to happen within Islam, of course, but Westerners can help, by invalidating the radical Islamist discourse.
This discourse has two main themes, one cultural, the other political. The cultural theme is that the West is a godless, corrupt civilization, a universal acid that destroys all faith and morality. Unfortunately, the long-established association between the West and the Herodians of the Muslim world has added much to this argument. Those rulers have also created a bad name for secularism, practicing it not as just separation of religion and state, but as suppression of the faith and the faithful.
This must change: Western believers and Muslims should do more to discover their common ground in Abrahamic monotheism and its moral values, not to mention in trade and economics. And the West should refrain from supporting anti-Islamist ideologues and former Muslim self-haters.
The political theme of the radical Islamic discourse is that the West, especially the United States and its closest allies, are leading a war on Islam. Unfortunately, every episode of abuse in Abu Ghraib or Guantanamo, and every civilian who has died in Afghanistan and Iraq, has added fuel to the fire. Recently, Israel's violent reprisals in Gaza and Lebanon have fanned this flame.
What the West can do is to insert a wedge between the radical Islamists and the peaceful Muslim majority, by making clear it has no problem with Islam as a religion and by emphasizing the moral values that Christians and humanists share with Islam - above all, respect for the individual.
The more the Muslim majority sees that Western values are compatible with theirs, the more they will see the anti-Western Zealots among them as fanatical troublemakers.
www.thewhitepath.com/archives/2006/08/islam_and_the_west.phpThursday, February 18, 2010
Isu anak jalanan Malaysia
Bukan menafikan tindakan pusat kebajikan, tetapi saban tahun kes pembuangan bayi terus meningkat. Program mega anjuran kerajaan menjadi sarang mereka membuat aktiviti terkeji. Bukan cara sebegini dalam mendidik masyrakat dengan membiarkan kejahatan trut bertindak buas dalm merosakkan elemen pemelihraan keturunan yang menjadi salah satu teras dalam tujuan syariah(Maqasid Syariah). Bagi penulis, beberapa point penting mesti diambilcakna:
1) Kejahilan kerajaan memandang remeh isu ini menyebabkan timbul isu ini dan rakyat dimangsakan terhadap kejahilan dan kebebalan sistem pendidikan yang tiada semangat membentuk sikap dan akhlak. Kejahilan yang berpanjangan ini adalah punca payahnya untuk menerima perubahan. Aqidah dan pemerintahan kerajaan mesti dibersihkan daripada segala bentuk peyelewenagan baik dari segi pemahaman cara hidup pentadbiran (governance) kerana ini yang menatijahkan kepincangan dalam setiap aspek perjalanan kerajaan melibatkan rakyat dan pemerintah.
2) Sistem nilai yang dibentuk sekian lama oleh kerajaan ini dengan menganggap isu buang anak adalah satu norma untuk hidup maju adalah sistem nilai songsang. Mungkin ada yang berpendapat ini harga yang ter'paksa' dibayar untuk maju. Tapi, kerana maju acuan Barat lah jiwa kosong. Pemerintah beranggapan kuasa dan status quo akan kekal di tangan mereka sekiranya aktiviti ini dibiakkan dan ditambah dana untuk menyuburkan dan akhirnya rakyat terpaksa menanggung akan kepincangan sosial yang katastrofik.
3) Permasalahan tidak akan selesai kalau diselesaikan ikut kefahaman taraf pemikran manusi yang dangkal. Hukuman Allah bersifat preventive bukannya sekadar menghukum pesalah wajar dilaksanakan daripada wang rakyat dihabiskan mensubsidi penjenayah yang hidup senang bak di hotel dan di syurga kerana semuanya tersedia.
4) Kerajaan haruslah memastikan kebajikan dari segi kos sara hidup, pekerjaan, taraf pendidikan rakyat terpelihara dan rakyat tidak terlalu terdedah dengan pelbagai maksiat dan kemungkaran yang semacam dilindungi. Semua agama, kaum dan budaya bencikan perkara yang merosakkan dan memudarat anak-bangsa mereka.
5) Penulis masih berpegang dengan agama dan nilai keprcayaan rakyat akan Islam dan murni sekiranya agama pemerintah tunduk patuh dalam meatuhi semua kehendak Ilahi dalm sistem perundangannya. PAS disandarkan kepercayaan oleh rakyat untuk menterjemahkan aspek baldatun tayyibah wa rabbun ghafur yang merupakan anti tesis kepada omongan kosong 1 malaysia. Terapkan kefahaman kepada masyarakat dalam tempoh berbaki yang ada!
Kefahaman asas perubahan!
Wednesday, February 17, 2010
Kaya Jiwa vs kaya harta

Baru-baru ini, Majalah Malaysia Business telah mengeluarkan senarai makhluk manusia yang paling terkaya dalam tahun 2010. Memang dari satu sudut ia merupakan pencapaian yang boleh dibanggakan dengan lahirnya jutawan-jutawan lokal yang mempunyai aset yang mencecah berbilion-bilion ringgit. Namun ini bukan ukuran kepada keberhasilan ekonomi yang stabil walaupun terlihat beberapa individu dan pemuka-pemuka baru yang disenaraikan sebagai jutawan baru yang terdiri daripada bangsa Melayu. Agaknya, pemerintah Malaysia mungkin tresenyum lebar sedikit hasil dasar liberalisasi ekonominya dalam Model Ekonomi Baru yang dicanang beliau sendiri. Paling kaya dalam senarai dicatatkan ialah Robert Kuok dengan aset bernilai RM 10 bilion iaitu pemegang saham utama dalam Kuok Empire, Shangri La dan Wilmer International.
Mungkin dalam tempoh 5 tahun lagi yang mendatang, paparan sama akan terpampang di dada akhbar yang mengatakan individu Robert Kuok masih lagi menjuarai takhta dalam senarai manusia Mlaysia paling kaya dan rakyat pun masih kabur menanggapi maksud sebenar dan hanya sekadar bergembira sebentar tanpa ada rasa untuk memotivasikan diri untuk terus maju dalam pemilikan harta dan aset. Semeamngnya mereka mungkin kaya tetapi berapa ramai yang mendapat faedah hasil kekayaaan yang dituai yang pastinya terdapat 'hak' orang lain dalam bahagian timbunan harta. Penulis teringat kata-kata ketika berdiskusi dengan Prof Emiritus Dr. Khoo Kay Kim, sistem kapitalis yang menjadi dogma ekonomi wujudnya jurang kekayaan melampau antara golongan kaya dan miskin hanya boleh diubati dengan kebajikan sosial. Ya, hari ini, di Malaysia pengalaman peribadi kejyaan jutawan tidak dihebahkan untuk mendorong orang lain turt berjaya seperti mereka. Sebaliknya dibandingkan dengan individu terkaya dalam planet Bumi, Bill Gates dan isterinya Melinda mampu menyalurkan aset kekayaannya apabila menubuhkan Bill & Melinda Foundation yang bertujuan untuk meningkatkan penjagaan kesihatan dan mengurangkan kesmikinan tegar disamping membantu rakyat menikmati akses kepada teknlogi komputer .Rujuk di sini. Namun, sayang individu ini tidak mendapat hidayah. Teringat bait-bait kata, Seseorang tidak dianggap berjaya selagi mana tidak mampu untuk memotivasikan orang lain untuk turut berjaya sepertinya, kata-kata ilmuwan agung.
Agihan kek kekayaan negara yang gagal diurustadbir dengan baik telah menambahkan kemiskinan tegar. Kita boleh berbangga dengan deretan nama baru jutawan namun kita perlu sedari bahawa masih ramai lagi jutaan rakyat yang masih menderita dengan asakan ekonomi yang mencengkam dengan tekanan kos sara hidup yang tinggi berbekalkan nilai pendapatan yang rendah untuk menikamti keperluan asas hidup. Jawapannya, masih berlaku monopoli dalam pemilikan harta yang amat dilarang keras oleh Islam. Sebagai panduan bersama berasaskan nasihat Dr Yusf Qardhawi dalam pemilikan harta:
(1), Ia mesti diperolehi melalui jalan yang halal dan diakui syarak
(2) Mestilah tidak bertentang dengan kepentingan umum. Jika tidak ia mesti dirampas secara rela atau tanpa rela dan digantikan dengan sesuatu yang adil.
Dalam tajuk yang lain beliau menjelaskan tentang penolakan Islam terhadap ihtikar iaitu monopoli harta yang diperlukan oleh umum. Ini bersandar daripada ayat 7, Surah al-Hasyr dimana Allah mengingatkan "..supaya harta tersebut tidak berlegar-legar (monopoli) di antara gologan kaya...." Kekayaan Abdul Rahman bin ‘Auf r.a. dikongsi kepada fakir miskin dan mereka yang memerlukan. Ini adalah contoh terpuji yang patut diamalkan peniaga. Dengan dasar pemilikan harta yang tidak dihalang dengan cukai yang besar oleh pemerintahan Baginda s.a.w., mereka berpeluang menjadi kaya dan mengambil alih tanggungjawab membantu mereka yang memerlukan terutama dari kalangan fakir miskin untuk meneruskan kehidupan selaras dengan perintah agama Islam. Ini contoh terbaik yang sepatutnya dicanang untuk menjamin kesejahteraan sosial. Keadilan bukan bermakna samarata dan menghalang manusia lain berusaha tetapi menggesa kita bekerja dalam ruang lingkup dan peluang yang sama.