Showing posts with label ideologi. Show all posts
Showing posts with label ideologi. Show all posts

Monday, November 9, 2009

Tembok Berlin dan nasib kita kini..



Tarikh 9 November 1989 menyaksikan runtuhnya Tembok Berlin yang memisahkan Jerman Timur dan Jerman Barat yang pada asasnya bersumberkan dua idoelogi yang kontradiks sesame mereka. Genaplah 20 tahun ulangtahun runtuhnya tembok penghalang secara fizikalnya dan ini akan dirayakan oleh pencinta demokrasi seantero dunia. Tembok Berlin telah dibina pada 13 Ogos 1961 pasca Perang Dunia Kedua dan merupakan simbolik kepada Perang Dingin antara AS dan kesatuan Soviet yang masing-masing berusaha menjadi kuasa unipolar dalam geo-politik global. Tembok ini juga dibina sebagi reaksi untuk menghalang penduduk Jerman Timur untuk terus bermigrasi secara bebas ke wilayah Jerman Barat yang mengamalkan sistem ekonomi kapitalis yang punyai pasaran bebas yang lebih ‘terbuka’ berbanding pemerintah sosialis yang dilihat cenderung untuk bersifat totalitarian dan kuku besi.



Dengan justifikasi itu, pemerintah Jerman Timur mendirikan Tembok Berlin untuk mengasingkan rakyatnya daripada dunia luar. Puak totalitarian sosialis sewenang-wenangnya menyeksa malahan membunuh rakyat sendiri yang cuba berhijrah ke Berlin Barat untuk mencari kehidupan yang lebih baik dalam sistem pasaran bebas yang lebih terbuka.



Hari ini, ideologi sosialisme telah ranap dan berkubur malah sejurus runtuhnya Tembok Berlin pada 1989, komunisme yang berwahyukan kepada Das Kapital telah renyuk dan dibakulsampahkan pada 1991 dan perlumbaan teknologi persenjataan nuklear antara Kesatuan Soviet dan AS telah dihentikan. Malah, dataran Tiananmen di Beijing juga menjadi saksi pertmpahan darah rakyat yang bangkit menentang kezaliman pemerintah sosialis pada 4 Jun 1989 dan tidak pelik China sekrang begitu berhati-hati dalm menapis setiap sumber informasi supaya agenda mem’propaganda’kan rakyat untuk bangkit semual dapat dimatikan berikutan peringatan runtuhnya Tembok Berlin.


Penulis yakin ketempangan kedua sistem ini akan berakhir kerana masing-masing diasaskan untuk memenuhi tuntutan nafsu serakah untuk memiliknegarakan semua asset dan mengkayakan kocek pemodal dalam skala keuntungan maksima. Runtuhnya Tembok Berlin pada fizikalnya sahaja dan kini banyak lagi tembok-tembok yang menjadi penghalang yang mesti diruntuhkan baik dari segi pendidikan, pentadbiran institusi agama yang dilihat di’penjara’kan dan sebagainya.



Kesan dan impak tembok non-physically existed ini boleh mengundang bahana besar dalam perkembangan masyarakat yang progresif.Apapun, mereka yang elit akan terus di’pelihara’ dan dijaga oleh sistem korup dan rakyat juga akan dimangsakan. Agenda menjaga status quo pemerintah dipastikan dan sebarang usaha ke arah meruntuhkan ‘tembok’ itu akan dikenakan hukuman. Undang-undang rimba akan disemarakkan dalam kepincangan sedia ada. Berhubung dengan tauliah telah dijadikan senjata ampuh untuk menghalang berkembangnya dakwah yang dilihat agak ‘radikal’ pengajarannya. Isu penangkapan MAZA telah menjadi eviden berhubung soal ini.



Islam pun dikurung dalam kandang dan fungsi memasyrakatkan Islam terbantut kerana jumudnya pemrintah melihat peranan Islam untuk dibataskan untuk hal-hal yang bersifat ritual semata-mata. Prosedur dan kebolhfungsian Islam juga dalam hal siasah syariah tidak salah untuk diinstitusikan tetapi kongkongan yang disalahguna telah mengkibatkan kefahaman Islam disekat.



Pendidikan dilihat sekarang tidak berperanan untuk mendidik masyarakat dengan nilai-nilai murni dan berperanan untuk menyediakan penuntut untuk bereaksi secara positif dan responsif dengan dunia luarnya. Malah telah di’tembok’kan peranan asal ini untuk tujuan indoktrinisasi pemerintah totalitarian. Agenda jahat pecah perintah tinggalan kolonialis telah mengakibatkan kesatuan untuk mendidik semua bangsa bawah satu bumbung bersumberkan agenda murni pendidikan telah gagal dan masing-masing selesa untuk menjaga kaum masing-masing dan akhirnya usaha perpaduan hanya bersifat luaran yang hanya cukup untuk meletakkan ketiga-tiga kaum terbesar dalm satu tempat untuk membuktikan satu Malaysia. Mlaysia masih kelihatan begitu obses mempertahankan sekolah vernakular dan kurang meletakkan keyakinan untuk mengubah kepada sistem sekolah satu aliran. Kesannya, polarisasi kaum begitu ketara dalam strata masyarakat dan harapan mewujudkan keplbagaian dalam kesatuan melalui jalan sukar.



Ayuh, semua berperanan untuk meruntuhkan tembok-tembok yang ada dan menyatukan kembali nilai asli Islam untuk digerakkan dalam nadi denyut masyrakat dalam konteks negara bangsa.

Saturday, October 10, 2009

Angels & Demons..Kecelaruan Barat Memahami Agama dan Sains


Angels and Demons adalah filem sekuel Hollywood kepada filem Da Vinci Code yang diarahkan oleh pengarah yang sama, Ron Howard mengisahkan tentang pertentangan sains dan agama Barat pada zaman pertengahan atau zaman yang disebut sebagai zaman Renaissance, iaitu zaman kebangkitan sains dan berkembangnya aliran positivisme dan rationalisme. Dalam filem ini, Galileo dijadikan subjek penentangan sains terhadap agama.


Mengikut sejarah, Galileo, pengamal fahaman Copernicus adalah seorang ahli astonomi yang telah dituduh menyeleweng daripada ajaran Bible serta dianggap bidaah sesat yang nyata oleh gereja katolik apabila mengemukakan teori sains fizik dan astronomi yang berkaitan tentang matahari sebagi pusat kosmos. Maka timbullah kumpulan Illuminati, kumpulan rahsia yang terdiri daripada ahli sains yang ditindas oleh pihak gereja kerana kajian saintifik mereka yang dianggap bleh menggugat autoriti dan legitimasi gereja sebagai sumber rujukan. Bermula naratif dan plot filem ini yang agak provokatif yang melibatkan kontroversi yang diada-adakan antara gereja Vatican dan golongan Illuminati yang cuba membalas dendam atas Galileo.


Penulis tidak mahu mencerita lanjut tentang kesudahan yang berlaku dalam filem Ron Howard ini kerana ramai sudah menyaksikannya. Tapi cuba mengambil intipati penting yang boleh dikongsi bersama:


  • Promosi filem barat yang anti agama.

Kebanyakan filem Hollywood kini sarat memperjuangkan temanya yang pasca moden sehingga terhasilnya karya perfileman yang penuh dengan fiksyen sains yang melampau realitinya untuk dijelmakan dan mesej yang menyerang semua agama termasuk Kristian sendiri. Keghairahan pasca moden ialah memporak-perandakan apa yang sedia ada dalm struktur masyarakat seperti ketenteraman sosial dan keperluan beragama dan pada masa memunculkan premis-premis baru yang ‘radikal’ sifatnya yang sepatutnya dijadikan norma baru dalam hidup moden kini. Maka tidak pelik melihat filem Angels & Demons, memaparkan naratif kontroversi yang sengaja diada-adakan terhadap pihak gereja yang pada mata Barat sudah primitif sifatnya dan tiada fungsi dalam menentukan tujuan hidup dan menganggap sains adalah segala-galanya jawapan permasalahan hidup. Malah, mereka cuba memadamkan unsur keagamaan di dunia ini untuk mewujudkan dunia yang anti tuhan (atheisme) berpaksikan new world order.


  • Usaha berterusan protes kewujudan realiti Tuhan

Barat sememangnya telah memaksakan pensekularan berlaku dan membina tembok pemisah antara pihak gereja dan saintis sebagi usaha mengelak daripada terbantutnya kajian mereka dan usaha melepaskan diri daripada keterikatan nilai-nilai ‘lapuk’ yang mengongkong mereka. Filem direka untuk menghalalkan tindakan mereka terhadap agama dan Tuhan. Kajian-kajian mereka sekarang bukan dilihat sebagai pemudahcara kepada kehidupan manusiawi kini malah menjadi racun berbahaya kepada alam jagat. Munculnya saintisme dan doktrin darwinisme yang masih menjadi tunjang kewujudan sains moden dan penafian Tuhan. Alam yang menjadi bukti nyata ciptaan Allah (ayat musawwarah-al-Quran terbuka) sepatutnya dijadikan medan berfikir secara rasional tentang kewujudan Allah yang bersifat al-Hayy (Maha Hidup), al-Muhyi (Maha menghidupkan), al-Khaliq (Maha pencipta).


  • Pentingnya mengetahui susur galur dan kepntingan agama serta zaman gerhananya di Barat sepanjang kelahiran, perkembangan modenisasi Barat.

Syed Hossein Nasr pernah berkata Barat telah ramai melahirkan orientalis yang berjaya menfasirkan sumber-sumber khazanah Islam daripada perspektif mereka sehingga banyak mengelirukan umat Islam tetapi umat Islam kini kurang melahirkan oksidentalis (lawan kpd orientalis), mereka yang mengkaji sumber dan sejarah ilmu Barat untuk difahami dengan piawaian Islam. Cabaran menanti kita untuk berhadapan dengan mereka untuk mengemukakan alternatif yang menyakinkan kepada dunia bahawa Islam adalah penyelesaian kepada semua masalah. Saranan yang mesti diambil adalah kaji tentang akar umbi sejarah sains, nilai dalam kerangka pandang hidup Islam dan terapkan nilai-nilai kebaikan dalam pengajaran sains kembali. Setelah penulis melihat sendiri filem Da Vinci Code dan Angels & Demons, betapa pentingnya bagi kita untuk meneliti kembali sejarah kenapa barat mengenepikan agama dalam kehidupan mereka dan bagaimana dunia moden yang begitu kompleks ini berkembang dalam lipatan sejarah yang mesti dirungkai. Ideologi-ideologi dunia yang sepatutnya dikaji untuk memahami dunia ini berubah.


  • Sains dan agama bukan dua entiti yang asing.

Hanya Barat yang memesongkan fahaman bahawa sains dan agama tidak layak duduk sekali. Malah sains mesti dipimpin oleh agama sesuai dengan tanggungjwab manusia sebagai Khalifah yang mengurustadbir alam sesuai dengan kehendak alam serta sains dijadikan alat untuk kenal Tuhan. Sebab itu, ilmu mengurus diri berkenaan dengan akidah dan asas fardhu ain mesti disempurnakan sebelum terjun dalam ilmu fardhu kifayah atau ilmu mengurus sistem alam iaitu sains.