Monday, October 18, 2010

Satu tulisan kritikan dan nasihat buat negaraku Malaysia.



Video di atas adalah ehsan daripada Jazeera berkenaan dengan GM moisquitoes (nyamuk yang terubah genetik).Rujuk Walaupun pada asalnya tampak baik untuk mengurangkan kadar denggi yang kian menghambat penduduk alam. Namun, berkemungkinan mampu memberi impak yang amat buruk kepada ekosistem dan kesan rantaian semulajadi genetik serangga secara tidak langusng jika berada di luar lingkungan.

Dahulu nyamuk di anggap tiada peranan malah dikatakan membawa penyakit yang boleh mengundang maut. Tetepi hari ini, ahli saintis boleh berbangga dengan kejayaan memanipulasikan genetik asal supaya ia lebih rintang dan tidak berbahaya. Banyak teknologi dan penemuan sains yang telah dizahirkan malah ramai di kalangan intelektual lahir pada zaman kini menyaksikan multi disiplin ilmu yang pelbagai dan kompleks namun masih manusia hilang pedoman dan tujuan akan hakikat pencarian ilmu dan hierarki sebenar ilmu malah lebih teruk untuk tidak mengakui akan kehebatan Ilahi sebagai Pencipta. Alvin Toffler dalam bukunya Rethinking the Future menjelaskan "The illiterate of the 21st century will not be those who cannot read and write, but those who cannot learn, unlearn, and relearn". Pembudayaan iqra' bukan setakat boleh membaca tetapi mengkaji dan menaakul secara teliti dengan pengukuhan aspek bukti naqli (revealed knowledge) sebagai asas pengkajian ilmu fardhu kifayah.
Ada beberapa point penting untuk perkongsian bersama.

1)Peranan ilmuan mesti diangkat dan dijulang.
Hari ini, dunia menyaksikan penganugerahan Hadiah Nobel kepada mereka yang dikatakan telah memberikan impak kepada beberapa lapangan ilmu terpilih seperti fizik, biologi, kimia ,sastera dan ekonomi. Satu pujian dapat diberikan kepada pemenang kerana tradisi untuk menghormati ilmuan harus dijadikan amalan sepertimana yang dipraktikkan oleh Khalifah Harun Rasyid kepada Imam Syafie. Cuma, Malaysia kurang mengangkat peranan ilmuan dan tidak menjadikan golongan alim ulama sebagai sumber rujukan masyrakat tetapi meletakkan satu kesilapan besar dalam mengelirukan masyarakat untuk memilih golongan artis selebriti sebagai idola dan tempat tumpuan publik.

2)Ketengahkan idea besar walaupun masyarakat menganggap asing dan janggal dengan pembawaaan kita.
Pepatah Arab ada mengatakan "Manusia akan memusuhi apa yang mereka jahil". Ya, sejauhmana kreatifnya kita selaku daie dalam masyarakat dalam membawa Islam untuk dijadikan sebab kewujudan (raison d'etre) mereka di dunia adalah cuba membawa perubahan yang hak lagi berhikmah berasaskan pembuktian dalil yang bersifat ijmali(umum) kepada penrincian yang berhikmah. Anak muda mesti tampil dengan idea segar dan bersifat 'repulsion' (anjakan) dan bukan hanya bersifat runcitan dan 'refreshment' yang hanya cuba menampal kelemahan yang agak ketara. Iktibar daripada Mlaysia di'kejut'kan dengan prototype idea dan aplikasi GM nyamuk yang disifatkan ganjil dan asing dalam dunia perubatan telah menggusarkan semua peringkat masyarakat. Berasaskan al-aslu fi shai' al-ibahah(asas sesuatu perkara adalah harus) dan antum a'lamu bil umur duniyakum(kamu lebih mengetahui akan urusan dunia kamu), seorang ilmuan mesti berani membawa maslahah umum di samping cuba mengawal kesan sampingan terhdap alam sekeliling. Nabi s.a.w. dahulu pernah hebat ditentang kerana jahilnya bangsa Arab sebelum Islam namun pendektan Nabi mampu menjadikan Semenanjung Arab wilayah Islam yang digeruni.

3)You've got to find what you love
Kata-kata Steve Job, CEO Apple dan beberapa gajet teknologi masa kini. Menarik untuk diteliti dengan sejarah jatuh bangun beliau dalam hidup membuatkan penulis turut termotivasi dalam ucapan yang disampaikan pada majlis graduasi sebuah universiti. Antara kata-katanya, If today were the last day of my life, would I want to do what I am about to do today? Sehingga dogma penting yang dipasakkan adalah "kehidupan" iaitu sebagai agent perubahan yang amat unik untuk dinikmati sebelum datangnya ajal.Rujuk Malaysia dilihat cuba merombak sistem lapuk berasaskan peperiksaan dan mengenepikan serta menganaktirikan mereka yang berpotensi dan berbakat dalam bidang selain sains. Malah, kerajaan telah seolah-olah meletakkan standard untuk berjaya mesti berjaya dalam bidang kritikal dan menegenpikan golongan sains sosial. Tidak berlaku di Barat, bila megetahui seseorang kanak-kanak itu mempunyai minat yang mendalam dalam sesuatu bidang maka akan ditumpukan dan diberi latihan intensif untuk dijadikan aset dan modal insan berkualiti dalam negera mereka. Seprti juga, Sultan Salahuddin Al-Ayyubi yang telah didedahkan dengan pelbagai disiplin ilmu pada awalnya tetapi disebabkan minat yang mendalam kepada ilmu militari dan strategi maka dikhsuskan beliau sehingga menjadi figur penting dalam membebaskan Kota Baitulmaqdis.

4)Kerajaan perlu tahu fokus dalm bajet khsusnya melibatkan soal modal insan dan bidang penyelidikan negara.
Bajet 2011 baru-baru ini dilihat tidak menjawab persoalan yang timbul seperti ketirisan belanjawan, budaya rasuah yang makin teruk, modal insan yang semkain mengecut, kadar jenayah yang hebat serta tidak mesra dengan golongan badan swasta yang dikatakan aset terpenting dalam menyumbang kepada KDNK negara nanti. Mlaha dalam fasal untuk memperkasakan pengajian tinggi, soal peruntukan dana khusus tidak dizahirkan malah dikesampingkan. Melihat contoh Amerika, Presiden Barrack Obama telah memperuntukkan dua kali ganda pakej imbuhan peruntukan sebanyak USD 100bilion kepada bidang sains dan inovasi tatkala mereka mengalami ekonomi yang gawat kerana mereka optimis akan sumber manusia yang berkualiti adalah aset buat negara suatu masa nanti dan menekankan bahawa sains adalah satu tradisi agung dan jaminan keselamatn yang sepatutnya dijaga sebaik mungkin .Mlaysia?seolah-olah terikut-ikut dengan rentak negra maju tetapi mengabaikan proiriti yang sepatutnya berpotensi besar dalam memjukan bidang biodiversiti di Mlaysia. Komitmen tiada dan hilang fokus kesimpulannya.

Akhirnya, teringat akan kata Syed Qutb akan pengertian dakwah iaitu kamu memanusiakan manusia. Ihsan video tentang ucapan Steve Job dapat diambil iktibar dan suntikan motivasi. From nobody i become somebody..