Wednesday, August 25, 2010

Hari-hari dalam Ramadhan 1431H.




Ramadhan kareem. . Ramadhan telah melewati setengah purnama dan tinggal beberapa hari berbaki untuk seluruh ummat Islam merebut peluang dan promosi membuat kebaikan semaksima mungkin. Semak kembali tahap amalan kita dalam bulan Ramadhan kali ini, apakah kita masih selesa dengan pencapaian yang kita tunjukkan sepanjang 15 hari berlalu?Qiamulail..?Tarawikh..?berbuka puasa dengan hidangan yang banyak sehingga membazir..? Takut2 nnti digolongkan di kalangan mereka yang RUGI bila mana Ramadhan yang datang tidak dapat menghapuskan dosa-dosa terdahulu..Mudah-mudahan Allah masih memberikan kita kekuatan untuk terus beramal ibadah sehingga bertemu dengan LAILATUL QADR..
Ramadhan banyak mencatatkan sejarah penting dalam Islam apabila beberapa siri ghazwah berlaku seperti Uhud, Fathu Makkah, pembukaan Andalusia dan lain-lain. Jadi, Ramadan juga bukan alasan bagi kita untuk bermalasan dan beralasn untuk tidak kompeten malah perlu jadi lagi hebat daripada bulan-bulan lain. Teringat penulis akan satu peristiwa dahulu yang berlaku di Tunisia sekitar tahun 1957, Presiden Husin Bourgiba yang mengeluarkan arahan kepada kakitangan awamnya supaya tidak berpuasa atas alasan ia membantutkan PRODUKTIVITI negara. Bagi penulis, ini adalah pemikiran skeptism terhadap agama dan melihat agama adalah satu halangan kepda pembangunan sesebuah negara atau tamadun..tinggalkan Tunisia dengan cerita silamnya dan mudah-mudahan penyakit ini tidak merebak di Malaysia.
Ada beberapa peristiwa yang berlaku dalam bulan Ramadhan kali ini dan ingin dikongsi bersama penulis :
  • Pelancaran mata wang dinar syariah Kelantan
Awal Ramadan pada 12 ogos 2010. Kelantan melancarkan mata wang dinar syariah, dinar emas dan dirham perak sebagai alternatif untuk kegunaan kira-kira 1,000 premis perniagaan di sekitar negeri Kelantan, termasuk Pasar Besar Majlis Perbandaran Kota Bharu (MPKB), Bazar Buloh Kubu dan Pasar Siti Khadijah selain untuk tujuan pembayaran zakat di negeri tersebut serta kegunaan untuk pembayaran gaji kakitangan awam negeri itu. Tahniah dan syabas diucapkan kepada Kerajaan negeri Kelantan atas inisiatif ini dalam mengembalikan penggunaan dinar emas sebagai alternatif matawang. BNM(Bank Negara Mlaysia) sepatutnya sedar akan perlunya matawang ini digunapakai dalam sistem kewangan negara kerana emas adalah komoditi yang sifar inflasi, manipulasi dan tidak akan susut nilai. Malah ,mengikut satu laporan oleh Morgan Stanley dan Royal Bank of Canada merumuskan bahwa ringgit Malaysia akan mengalami kejatuhan nilai dalam tempoh 12 tahun daripada sekrang dan kesan kejatuhan ini adalah disebabkan impak krisis hutang Eropah. Walaubagaimanapun, ini senario yang berlaku dalam matawang yang kita dokong sekarang yang hanya bernilai atas persepsi yang kita letak pada sehelai kertas..Apapun, satu permulaan yang baik ditunjukkan oleh kerajaan pimpinan TGNA dalam memperkukuhkan nilai-nilai ekonomi Islam.
  • Cadangan pembinaan masjid di Ground Zero, tapak runtuhnya WTC.
Awal 10 Ramadhan, 16 Ramadhan. Obama mempertahankan pembinaan masjid dan pusat kebudayaan Islam berhampiran denga tapak runtuhnya WTC 9 tahun lepas atas alsan Amerika mengamalkan kebebasan beragama kepada seluruh rakyatnya. Ia adalah lebih baik daripada saban tahun dijadikan upacara pemujaan mangsa-mangsa yang terkorban oleh waris-waris mereka. Tahniah kerana berjya memecah kebuntuan walapun terikat dengan polisi karat Pro-Zionis dan Yahudi tetapi masih memberi jalan untuk mencipta satu perubahan, Pada penulis, potensi Obama untuk melakukan perubahan dalam kompleksnya sistem sosio-ekonomi rakyat AS wajar dipuji dan berharap Obama akan bertemu jalan hidayah dengan 'lampu hijau'. Kita, ummat Islam seseorang yang ada potensi dan berpengaruh untuk kebangkitan Islam masa depan seperti Nabi S.A.W sendiri berdoa supaya Umar alKhattab diIslamkan kerana beliau kuat dan berpengaruh dalam ketika masyarakat Arab Jahiliyah.
  • Pemergiaan Ustaz Ahmad Sonhadji
2 Ramadhan 1431H, perginya buat selama-lamanya ulama agung nusantara di Singapura. Walaupun namanya asing bagi kita di Mlaysia tetapi karya yang ditinggalkan telah menjadikan almarhum begitu ikhlas dalam kerja dakwahnya di kepulauan Singapura. Ustaz terkenal melalui siri kuliah tafsir al-Quran melalui radio di Singapura. Koleksi kuliah berkenaan dihimpunkan dan akhirnya menjadi koleksi lengkap Tafsir al-Quran kontemporari karangan ulama tempatan yang dinamakan sebagai Abrul Athir. Ya Allah rahmatilah ruh beliau dan kubur beliau dan tempatkan beliau di kalangan mereka yang Engkau kurniakan nikmat serta jadikanlah beliau sebagai suri teladan hidup kami di dunia mahupun akhirat..Tatkala ini, siapa di kalangan kita boleh berkata dia boleh hidup lagi dalam Ramadhan berikutnya dan kalau boleh pun, sejauhmana kadar kekuatan kita jika dibandingkan dengan Ramadhan sebelumnya..renung-renungkanlah..

Akhirmya, dalam bulan Ramadhan yang mulia ini, Allah telah letakkan end of product dalam bulan ini adalah taqwa, iaitu bekalan dan aset bernilai untuk kita bawa ketika berjumpa Ilahi. Pada penulis, ada 3 target yang ingin dicapai sepanjang bulan Ramadhan ini:
  1. Iman yang bertambah
  2. Ilmu yang bermanfaat
  3. Kesihatan yang baik
Semoga ramadhan kali ini menjadi pemula untuk kita meningkatkan kuantiti/kualiti ibadah kita. Larutkan diri kita dengan ibadah-ibadah sunat disamping meningkatkan kualiti-kualiti ibadah yang wajib dalam hari-hari yang tersisa.

Video ihsan daripada Aljazeera tentang masjid berdekatan Ground Zero...