Saturday, June 19, 2010

Indonesia tolak bantuan kita sebab sumber JUDI..




Demam world cup 2010 Afrika Selatan telah membuka tirainya. Semua orang termasuk penulis bersekang mata semata-mata untuk melihat pasukan pilihannya terus mengungguli setiap match yang berlangsung. Namun, di sebalik keghairahan World Cup 2010 penulis dan rakyat Malaysia tidak akan dilupakan dengan isu judi bola yang sememangnya HARAM tetapi dihalalkan oleh kerajaan Malaysia. Polis yang sepatutnya bekerja untuk mengurangkan jenayah yang lebih besar, telah terpaksa berjaga malam untuk mengesan judi haram bola sepak.

Isu ini perlu diambil serius, bukan masa untuk mendakwa ia telah dimanipulasikan oleh pihak pembangkang untuk kepntingan politik mereka. Tetapi, sudah menjadi kewajipan untuk menegur pimpinan yang gagal mengurustadbir ekonomi negara sehingga dah terlalu 'terdesak' untuk menjana pendapatan ekonomi negara dan ini merupakan tindakan siasah (baca:politik) yang harus dipuji demi menyelamatkan generasi akan datang daripada terus bergelumang dengan najis judi. Kita pun tidak ingin melihat hasil cukai perjudian ini terus mendarah daging dalam denyut nadi ekonomi kewangan negara. Penulis baru terlihat video perbahasan Dewan Rakyat mengenai isu cukai judi yang telah mengautkan keuntungan dan telah 'menyumbang' kepda pendapatan negara sebanyak RM 2,370,000.00. Banyak bukan? Menjadi kerisauan adalah hasil ini telah diagihkan kepada seluruh rakyat. Judi di negara ini telah menjadi industri yang tidak dapat tidak MESTI disokong oleh pemerintah untuk terus berkuasa.



Ketika mana Malaysia sibuk mengangkat nama sebagai hab produk halal dengan menganjurkan MIHAS(Malaysia International Halal Showcase) ke 7, eknominya bergelumang dengan sumber haram. Kita jangan sibuk mendabik dada dengan mengatakan kita juara dalam pengeluaran produk halal tetapi terus menaja industri judi sehingga kerajaan Indonesia telah menolak tawaran bantuan kemanusiaan Malaysia atas alasan Mlaysia negara judi!! Berikut komen yang diberikan untuk menolak bantuan;

Kami sangat berterima kasih atas kepedulian Pemerintah Malaysia, namun karena dibeberapa tempat terjadi penolakan disebabkan alasan judi, kami memilih untuk menolak bantuan Pemerintah Malaysia dengan bantuan negara lain” ujar Ketua Pengedaran Bantuan Bandar Minangkabau, Budi S Ervan.

Dalam sesetengah negara berlumba membina pusat-pusat perjudian dengan anggapan ia dapat meningkatkan hasil pendapatan negara, lain pula halnya sebuah negeri kepulauan kecil di Pasifik, Vanuatu, yang berpenduduk hampir 300,000 orang dan majoriti beragama Kristian. Kerajaan Vanuatu telah meluluskan akta pengharaman judi di negara mereka sejak tahun 2006 dan ia tidak mendapat sebarang bantahan dari rakyat malah dialu-alukan. Nah,bandingkan dengan negara kita yang mengaku negara Islam tetapi menjadi hero dalm isu perjudian dengan menghalalkan judi bola di samping lambakan judi yang sedia ada. Semua agama turut menentang judi kerana ia boleh memudaratkan masyarakat.

Sekiranya pungutan suara dilakukan di kalangan awam, juga ketua-ketua semua agama di Malaysia selain Islam, nescaya mereka akan bersetuju tentang kemudaratan judi dan arak kepada masyarakat, melebihi kebaikan. Penulis bukan anti sukan tetapi amat suka kalau industri sukan dibersihkan daripda unsur dosa. Biar segala perbuatan kita dikirakan sebagai ibadah hatta kita main bola..!Jom kita perangi judi habis-habisan.